Resepi Viral
Cara Buat Sambal Tumis Yang Lebih Sedap, Cara Dan Petua Berbeza Untuk Masak Sambal Bilis, Sotong, Udang Ataupun Sambal Telur
Cara Buat Sambal Tumis Yang Lebih Sedap, Cara Dan Petua Berbeza Untuk Masak Sambal Bilis, Sotong, Udang Ataupun Sambal Telur
Kebanyakan orang boleh masak sambal, tapi bezanya sedap atau tak sedap. Ikuti petua yang dikongsi oleh Putra Bugis Temasek, bagi yang masih belum berpuas hati dengan masakan sambal yang dimasak.
Kumpul Tip Dan Petua Buat Sambal Yang Sedap
Menurutnya ada cara dan petua berbeza untuk masak sambal bilis, sotong, udang ataupun sambal telur. Boleh ikut tip yang dikumpul dan dikongsi Putra Bugis Temasek.
Saya nak share petua atau cara buat sambal tumis yg lebih sedap. Saya buat penyelidikan tentang sambal tumis sejak dari tahun 2013. Tip ini saya kumpul dan jika ada yang nak berkongsi silakan.
1. Sambal Bilis
- Kalau masak sambal bilis, masukkan sedikit ikan bilis semasa mengisar cili. Lebih perisa sambalnya.Sambal bilik juga memang tak masukkan garam sebab bilis dah masin.
- Cara membuatnya goreng ikan bilis hingga garing dan goreng bawang besar pula. Agak dah layu, angkat dan ketepikan. Kemudian tumis lada kering.
- Apabila dah masak baru masuk air asam gula garam and ikan bilis dengan bawang tadi. Kadang-kadang saya tumis tomato dadu dengan belacan sikit
**Foto www.umpan.my
2. Sambal Sotong
- Kalau sambal sotong, untuk elak sotong berair dan mencemar sambal, selepas basuh sotong perapkan dengan garam. Dan ketika memasak harus rasa garam supaya tidak berlebihan.
- Sebelum masukkan air asam jawa pastikan sotong dah kecut baru dimasukkan.
- Satu lagi untuk sambal udang dengan sotong biasanya saya goreng separuh masak dulu, bila sambalnya dah nak masak baru saya masukkan balik.
3. Sambal Udang
- Jika memasak sambal udang rebuskan kulit udang dan masukkan airnya dalam sambal.
- Elakkan menggunakan cili boh kerana ada cuka (jika terpaksa menggunakannya ia perlu dimasak sehingga betul-betul garing.
- Gula juga perlu digunakan dengan banyak untuk menghilangkan rasa maun/cukanya.)
- Selain itu api juga harus kecil dan tumis sehingga naik minyak.Selepas naik minyak baru masukkan gula. Gula dan minyak akan menjadi caremalize. Sambal tumis akan kelihatan gelap dan cantik dan rasanya sedap!
- Kemudian masukkan air asam, garam dan air secukupnya. Kalau nak masukkan air asam jawa sebaiknya selepas air udang keluar.
- Kalau sambal tumis udang, saya kisar sedikit udang kering dengan cili kering.
- Petua arwah nenek, tiap kali kisar cili kering letakkan sikit kunyit hidup, insyallah mana-mana masakan yg perlukan cili, sambal, asam pedas, akan terasa lebih sedap…
4. Sambal Telur
- Masukkan sikit bilis sebagai perencah.
Praktik cara buat sambal ni. Buat stok banyak-banyak untuk bulan puasa.
Sumber: Putra Bugis Temasek
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah