INFO
Cara atau adab mengejutkan anak yang tidur
Cara Atau Adab Mengejutkan Anak Yang Tidur
Adab kejutkan anak dari tidur. Ini penting kerana setiap hari anak-anak tidur dan perlu bangun dengan adab dan teknik yang betul untuk menjamin kesihatan rohani dan jasmani.
Sebab apa ia ada kaitan dengan kesihatan jasmani?
Ini kerana jantung kita berdengup pada kadar yang agak perlahan semasa kita tidur. Untuk menjaga jantung, amat perlu kita mengawal pergerakan semasa bangun dari tidur. Jika kita nak bersenam pun kita akan panaskan badan (warming up), begitu juga bangun dari tidur.
Sebab apa ia ada kaitan dengan kesihatan rohani?
Ini kerana dari segi psikologinya, jika seorang anak itu dikejut dengan herdikan atau dimarah dan sebagainya maka minda separa sedar akan diaktifkan sedikit demi sedikit untuk membenci orang yang membangunkan itu. Jika setiap hari kita mengejutkan anak-anak dengan cara yang kurang beradab sebenarnya kita menanamkan rasa kebencian yang bahaya dalam minda separa sedar anak itu.
ADAB BANGUNKAN ANAK DARI TIDUR
Cara atau adab membangunkan anak yang tidur, anak yang masih bayi, kanak – kanak , remaja atau dewasa.
1. Beri salam kepada anak yang sedang tidur
2. Sentuh ujung ibu jari kakinya dan goyangkannya perlahan -perlahan.
3. Panggil namanya dengan lembut dan teruskan menggoyang kakinya.
4. Kalau masih belum bangun, kuatkan sedikit suara dan goyang badannya.
5. Teruskan memanggil namanya dan panggillah sayang, manja atau anak.
6. Bangunkan sambil memujinya contoh: Bangun sayang, anak umi yang baik, anak umi yang soleh, anak umi yang rajin.
7. Setelah anak bangun, usap kepalanya sambil berucap dengan lembut agar ia mandi , sholat subuh dan bersegera ke sekolah untuk menjadi anak yang bijak pandai.
8. InsyaALLAH , anak anda akan bangun dengan badan yang segar dan otak yang cerdas karena dibangunkan dengan penuh kasih sayang.
Cara ini juga boleh dilakukan kepada suami isteri tersayang atau kesiapa saja.
semoga bermanfaat.
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah