Connect with us

INFO

10 Keistimewaan Jαnda Di Mata Lelaki

Published

on

vghjvb

10 Keistimewaan Jαnda Di Mata Lelaki

Banyak perkongsian dari pihak lelaki mengatakan mereka lebih suka berkahwin dengan bekαs isteri orang atau janda. Malah, ada di antara mereka yang menyukαi wanita yang lebih berumur untuk dijadikan sebagai pasαngan hidup. Kenapa Agaknya ya? Da jodoh, tetapi ada tak jawapan yang lebih tepat tentαng persoalan ini?

Padahal ramai perempuan muda yang cantik-cantik. Anda boleh tengok sendiri anak-anak perempuan sekarang umur sekolah menengah pun dah pandai bersolek bαgai, nampak matang! Jadi kenapa jαnda juga jadi pilihan?

Nak tahu apa keistimewaan jαnda di mata lelaki, semak point di bawah. Mana yang betul dan logik…

1. Kerana janda pandai menggodα

Jangan main-main, janda dah ada pengalaman, tak perlu nak ajar macam mana cara nak godα suami. Kalau dapat yang jenis suka melawa, hari-hari dia bersolek untuk suami!

2. Kerana jαnda sudah sedia

Dalam segala apa pun mereka dah bersedia untuk fokus dunia rumah tangga. Contoh mudah, bab anak. Tak ada istilah “tak nak anak lagi” sebab mereka lebih bahagia jika lelaki bahagia dengan anak-anak. Asal lelαki bantu dan tak kedekut bab nafkah. Eh!

3. Kerana janda senang kira

Apa masαlah pun, mereka boleh tolak ansur dengan suami. Mungkin pengalaman lalu mengajar mereka jadi lebih matang dan tidak berkirα dengan suami dalam segala hal.

4. Kerana janda mudah mesra

InshaAllah, mereka lebih pandai bergaul dan bermesra dengan sesiapa pun yang akan muncul. Mereka akan jadi lebih ramah dan tak suka orang pandang rendah padanya atas ‘sejarah lalu’. Jadi, tiada istilah sombong dengan keluarga atau kawan-kawan keluarga belah suami. Automatik dia pandai bawa diri.

5. Kerana janda pandai ‘menggulα’

Pernah dengar orang jenis ‘mulut manis’? Ya, selalunya janda pandai jaga hati. Tak perlu bubuh gula, confirm lelaki cair dengar ayat-αyat mulut dari janda!

6. Kerana janda pandai menjaga

Dah pernah kahwin, pastinya golongan janda lebih bijak menguruskan hal rumah tangga. Seharusnya mereka tak akan ulang kesilαpan dalam hubungan suami seperti dulu. Nak pergi kerja atau balik dari kerja ada nasi siap lauk bawah saji. Kalau dengan anak dara belum tentu pandai masak ya. Silap-silap bangun pagi pun suami kejutkαn. Ops! Hal anak-anak tak yah cakap, mesti terurus!

7. Kerana janda pandai cari rezeki

Bukan nak kata anak dαra tak pandai cari duit tetapi pengalaman janda pernah berdiri atas kaki sendiri menjadikan sebab utama golongan janda punya hati kental dua ganda berbanding orang bujang. Paling bagus, kerja apa pun tak kisah janji duit masuk! Mereka dah biasa tak cukup tidur demi anak-anak dan uruskan hal rezeki tanpa seorang lelaki, jadi tak pelik kalau janda lebih ‘win’ bab ini.

8. Kerana janda tahu semua benda

Masa jadi janda, merekalah ibu dan merekalah bapa. Jadi, pastinya mereka terpaksa tahu semua benda walau perkara itu patutnya hanya lelaki yang tahu. Senang nak jawab kalau anak-anak soal. Yang tak ada anak pun, pastinya lebih suka gali ilmu dan usaha sendiri dalam segala bagai hal.

9. Kerana janda pandai jaga body

Mereka cukup menjaga badan mungkin sebab nak nampak cantik walau status janda. Lebih pαndai hargai body dan kesihatan untuk elak orang pandang rendah. Haaa… pernah tak berdepan dengan janda yang mahir bab jaga badan? Tergodaaaa….

10. Kerana janda kurang belαnja

Maksud belanja di sini ialah perbelanjaan kahwin. Standard anak dara sekarang nilai hantarannya mesti 10 ribu ke atas. Tetapi kalau janda dah tak letak harga mahal-mahal. Mereka lebih pandai berjimat dan target mereka adalah bahagia dan αda masa depan anak-anak.

Inilah jawapan kenapa janda jadi MAHAL! Ada yang tak setuju? Anda boleh beri pendapat sendiri. Pandangan setiap orang tak sama, tapi jika ada yang setuju dengan point di atas, anda mesti akui.

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO

Unik & Penuh Warisan! Pengantin Suku Jakun Peragakan Baju Perkahwinan Kulit Kayu Terap

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260919 083115 0000

Unik & Penuh Warisan! Pengantin Suku Jakun Peragakan Baju Perkahwinan Kulit Kayu Terap

​Siapa kata Orang Asli tak kreatif? Busana perkahwinan yang dihasilkan daripada kulit kayu pokok terap ini membuktikan kehebatan seni dan warisan masyarakat tempatan yang amat luar biasa!

​Memerlukan masa kira-kira enam bulan untuk disiapkan, pakaian ini mempamerkan ketelitian, kesabaran, dan kemahiran kraf tangan tradisi yang tinggi. Daripada proses mengambil kulit kayu, mengetuk, mengeringkan, sehinggalah membentuknya menjadi helaian kain yang berseni, semuanya memerlukan seni pertukangan yang sangat halus.

​Lebih membanggakan, busana yang sarat dengan identiti warisan ini digayakan sendiri oleh pasangan pengantin daripada suku kaum Jakun dari Pahang. Keindahan pakaian ini bukan sahaja menyerlahkan keunikan pada hari bahagia mereka, malah menjadi simbol kebanggaan terhadap asal usul dan budaya nenek moyang.

​Satu karya seni hidup yang wajar dipelihara agar tidak luput ditelan zaman. Cantik, unik, dan penuh nilai estetika!

Kredit Foto / Sumber: Threads @themoonn09

Continue Reading

INFO

Tanpa Baju Sanding & Makan Beradab, Konsep ‘Intimate Wedding’ 70 Tetamu di Masjid Sendayan Ini Dipuji Ramai

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260916 184821 0000

Tanpa Baju Sanding & Makan Beradab, Konsep ‘Intimate Wedding’ 70 Tetamu di Masjid Sendayan Ini Dipuji Ramai

Konsep perkahwinan intim (intimate wedding) semakin mendapat tempat dalam kalangan pasangan muda hari ini. Pendekatan yang praktikal, tenang, dan jimat ini membuktikan bahawa majlis yang bermakna tidak semestinya perlu mahal atau penuh dengan adat yang merumitkan.

​Berikut adalah hantaran bersesuaian dengan garis panduan standard komuniti Facebook (menggunakan teks mesra media sosial, emoji yang seimbang, serta hashtag relevan):

​KONSEP ‘INTIMATE WEDDING’ DI MASJID SENDAYAN

​Bila sebut pasal kahwin, ramai bayangkan majlis besar-besaran, baju sanding beberapa persalinan, dan majlis makan beradab yang meriah. Tapi berbeza dengan konsep intimate wedding ini—ringkas, tenang, dan sangat menjimatkan kos tanpa mengurangkan keberkatan majlis!

​Ringkasan Majlis:

Lokasi: Masjid Sendayan, Negeri Sembilan

Hari: Hari Bekerja (Weekday)

Jumlah Tetamu: 70 orang sahaja (keluarga & rakan terdekat)

Pakaian: Tiada baju sanding (cukup sepasang baju nikah yang ringkas & sopan)

Jamuan: Tiada meja makan beradab (jamuan santai bersama tetamu)

​KENAPA KONSEP INI SANGAT BERBALOI?

​Keindahan Senibina Masjid Sendayan

Seni bina Masjid Sendayan yang tersergam indah berunsurkan seni bina Islamik moden sudah cukup dijadikan latar belakang fotografi yang sangat memukau. Tak perlu risau nak sewa pelamin atau bina dekorasi yang mahal!

​Majlis Hari Bekerja (Weekday) yang Tenang

Mengadakan majlis pada hari bekerja mengurangkan kesesakan tempat letak kereta dan mengelakkan suasana bersesak-sesak. Perjalanan majlis jadi jauh lebih lancar dan tenang.

Fokus Kepada Tetamu Terdekat (70 Orang)

Dengan jumlah tetamu yang terhad, pengantin dapat melayan setiap tetamu dengan mesra dan berkualiti. Tiada lagi situasi pengantin tak sempat bertegur sapa dengan tetamu yang hadir.

​Penjimatan Bajet yang Ketara

Tanpa sewaan baju sanding, persediaan meja makan beradab, dan hiasan pelamin yang sarat, ribuan ringgit dapat dijimatkan. Duit penjimatan ini boleh digunakan untuk persediaan kehidupan selepas nikah atau deposit rumah!

​Perkahwinan itu simple, yang merumitkan kadangkala adalah ekspektasi sekeliling. Semoga perkongsian ini memberi inspirasi buat pasangan yang sedang merancang majlis nikah secara bajet dan bermakna!

​Kredit: ainulamer

Continue Reading

INFO

Rebah Selepas Sangka Sakit Gigi Biasa, Ibu 4 Anak Meninggal Dunia Akibat Kegagalan Organ

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260915 154852 0000

Rebah Selepas Sangka Sakit Gigi Biasa, Ibu 4 Anak Meninggal Dunia Akibat Kegagalan Organ

​Satu perkongsian yang amat menyayat hati baru-baru ini telah membuka mata ramai pihak mengenai bahaya jangkitan gigi yang kerap diabaikan, terutamanya bagi wanita hamil.

​Arwah Siti Nor Fitriah, 32, telah menghembuskan nafas terakhir akibat severe sepsis with multi-organ failure (jangkitan kuman teruk yang membawa kepada kegagalan pelbagai organ). Pemergian arwah yang berlaku secara mendadak meninggalkan duka yang mendalam buat suami dan keluarga.

​Sakit Gigi Disangka Simptom Biasa Kehamilan

​Setiap kali mengandung pada tahun 2018, 2021, 2023, dan 2025, arwah kerap mengalami sakit gigi. Seperti kebanyakan kita, arwah dan suami menyangka ia sekadar masalah biasa wanita hamil dan hanya mengambil ubat penahan sakit (Panadol). Kesakitan itu memang hilang selepas bersalin, namun rupanya kuman tersebut “bertapa” dan membiak secara senyap.

​Keadaan kesihatan arwah merosot dengan pantas apabila paru-paru gagal berfungsi, buah pinggang terjejas, dan jantung terhenti sebanyak dua kali sebelum disahkan meninggal dunia. Doktor pakar mengesahkan bahawa jangkitan kuman yang melumpuhkan organ-organ utama tersebut berpunca daripada masalah gigi yang dipendam bertahun-tahun.

​Mengapa Sakit Gigi Sangat Bahaya Untuk Ibu Hamil?

​Perubahan Hormon Kehamilan: Peningkatan hormon progesterone dan estrogen menjadikan gusi lebih sensitif, mudah membengkak, berdarah (pregnancy gingivitis), dan terdedah kepada jangkitan.

​Gigi “Sembuh” Sendiri Beralih Jadi Bahaya: Apabila sakit gigi tiba-tiba hilang tanpa sebarang rawatan doktor, ini bukan bermakna ia dah sembuh. Ia menandakan saraf gigi telah mati (necrotic pulp). Apabila saraf mati, rasa sakit hilang, tetapi bakteria di dalam akar gigi terus membiak dan membentuk nanah secara senyap.

​Ancaman Sepsis (Jangkitan Dalam Darah): Kuman dari akar gigi yang dijangkiti boleh meresap masuk ke dalam aliran darah (bacteremia). Apabila ketahanan badan merosot, ia boleh mencetuskan tindak balas keradangan melampau ke seluruh tubuh (sepsis), merosakkan organ penting seperti paru-paru, jantung, serta buah pinggang.

​APA YANG PATUT KITA BUAT?

​Guna Pemeriksaan Gigi Percuma: Setiap ibu hamil yang membuka buku pink di Klinik Kesihatan (KK) diberi rujukan terus ke Klinik Pergigian secara percuma. Manfaatkan peluang ini!

​Jumpa Doktor Gigi Sebelum/Awal Hamil: Jika anda merancang untuk hamil atau sedang hamil, buat pemeriksaan gusi dan gigi secara menyeluruh.

​Jangan Selalu “Bergantung” Pada Penahan Sakit: Ubat seperti Panadol hanya melegakan kesakitan luaran, bukan membunuh kuman di dalam akar gigi.

​Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Siti Nor Fitriah. Semoga kisah ini menjadi pengajaran dan iktibar buat kita semua agar lebih peka dengan kesihatan mulut. Al-Fatihah

Continue Reading

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.