Petua
Berus Cat Mengeras Selepas Cat Rumah? Ini 5 Tips Untuk Elak Ia Berlaku, Mudah Tak Perlu Guna Air
Berus Cat Mengeras Selepas Cat Rumah? Ini 5 Tips Untuk Elak Ia Berlaku, Mudah Tak Perlu Guna Air
Rumah adalah istana yang menjadi tempat anda dan keluarga berteduh. Besar atau kecil, luas atau sempit sesuatu ruang rumah itu, andalah sendiri yang menentukannya. Selalunya, perkara pertama yang menjadi kunci sebelum menghias dan mencantikkan rumah adalah dengan mengecat rumah. Panggil upah orang luar cat rumah kita memang menelan banyak kos. Lebih jimat jika kita cat sendiri. Kos yang dikeluarkan pun hanya barangan dan peralatan untuk mengecat. Namun satu perkara yang orang menyampah untuk cat rumah adalah ketika berhadapan dengan berus cat mengeras. Memang boleh “turn off” mood kita serta merta. Buat kaum lelaki dan suri rumah di luar sana jangan risau sebab artikel pada kali ini akan berkongsi kepada anda tips untuk elak berus cat mengeras dengan cepat tanpa menggunakan air.
Elak berus cat mengeras boleh guna cara begini
Bila mengecat rumah memang tidak lari dengan masalah berus cat mengeras selepas digunakan dan dibiarkan semalaman. Perkongsian ini dikongsi oleh saudara Atama Aaeman yang terdetik untuk menggunakan tips elak berus cat mengeras semasa menjalankan projek mengecat semasa kuarantin PKPD selama 2 hari. Tips ini amat sesuai bagi sesiapa yang mahu elak berus cat jadi keras dalam tempoh yang singkat ketika anda ambil masa untuk berhenti mengecat seketika.
Bagaimana caranya? Caranya memang mudah sahaja:
1. Balut roller dengan beg plastik dalam gambar. Saiz plastik yang digunakan perlu ikut pada saiz roller.
2. Selepas balut, pastikan plastik dipulas pada roller sehingga kebanyakan udara di dalamnya keluar dan lekat ketat pada roller. Boleh juga lekat dengan pita pelekat atau boleh juga gunakan gelang getah untuk elak balutan terbuka.
3. Roller yang sudah dibalut boleh dibiar begitu sahaja tanpa perlu dicuci selepas guna jika ada niat hendak sampai pakai keesokan harinya. Makin banyak sisa cat pada roller semakin bagus. Cat ini tidak akan kering apabila dibalut dengan betul.
Selain itu, menghilangkan cat dari berus cat juga boleh menggunakan thinner. Walaupun ramai tidak suka tangan bergelumang dengan minyak dan thinner, ini adalah cara yang paling selamat. Apa yang perlu anda buat?
- Masukkan cairan thinner atau minyak tanah ke dalam plastik yang kedap air.
- Lalu masukkan berus cat yang kotor kerana cat itu ke dan plastik tersebut.
- Kemudian, ramas plastik sehingga cat yang melekat pada berus cat sedikit demi sedikit akan terungkai.
- Setelah dirasakan cukup bersih, keluarkan berus cat dari plastik yang berisi thinner.
- Seterusnya pindahkan ke plastik yang berisi air sabun pula.
- Ramas plastik tersebut sekali lagi sehingga terlihat bersih sempurna.
- Keluarkan berus cat dan bilas dengan air bersih lalu jemur sehingga kering.
Diharapkan artikel berkenaan dengan tips elak berus cat mengeras ini dapat memberikan anda informasi dan pengetahuan yang bermanfaat. Ingat walaupun penat seharian mengecat, jangan malas untuk mengemas semula peralatan mengecat yang sudah digunakan.
Sumber: Facebook Atama Aaeman
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.