Connect with us

Kisah

Berbekalkan Peta Yang Dilukis, Lelaki Mangsa Cu’lik Jumpa Semula Ibu Kandung Selepas 33 Tahun Terpisah

Avatar of kidin

Published

on

ugewuds

Berbekalkan Peta Yang Dilukis, Lelaki Mangsa Cu’lik Jumpa Semula Ibu Kandung Selepas 33 Tahun Terpisah

Seorang lelaki yang dilahirkan di Yunnan telah diculik oleh jiran sebelum diperdagangkan ke wilayah Henan hampir 2,000km jauhnya. Lelaki di Henan China itu bertemu semula ibu kandung selepas 33 tahun. Beliau diculik ketika baru sahaja berusia empat tahun. Bagaimanapun usaha jejak kasih yang dilakukan menyayat hati.

zE7KD3fu 2 1Rakam layar video perkongsian Li tentang peta kawasan rumahnya di laman sosial Douyin.

LAKARAN PETA

33 tahun bukanlah tempoh yang pendek namun lelaki berkenaan yang bernama Li Jingwei menghabiskan seumur hidup cuba untuk ‘menghidupkan’ memori kampung halaman.

Dia yang kini berusia 37 tahun akhirnya menemui ibu kandung yang dirindui hanya berbekalkan peta kampung asal yang dilakar menggunakan tangan.

Peta lakaran itu sangat mengagumkan bagi ingatan seorang kanak-kanak berusia empat tahun.

Dia mengingati sawah padi dan kolam berhampiran rumah ibu bapanya.

Malah butiran seperti pokok dan lembu meragut, lokasi jalan raya dan sungai berhampiran adalah tepat.

Lakaran peta oleh Li turut menyertakan butiran tentang rupa rumah dan cara penduduk menggunakan baldi kayu besar untuk memasak nasi.

4 1

DICULIK JIRAN BOTAK

Dia masih ingat bahawa dia telah diculik oleh jiran berkepala botak yang terlebih dahulu mengumpannya dengan mainan.

Li turut berkongsi peta tersebut di Douyin, aplikasi TikTok bagi China.

“Mengimbau kembali penampilan ibu bapa saya dan keadaan di sekeliling rumah adalah rutin bagi saya untuk tempoh yang lama dalam hidup,” kata Li tentang usahanya agar memori ketika berusia empat tahun tersebut tidak terpadam.

5 1
Li ketika kecil

UJIAN DNA

Li yang kini suda berkeluarga turut memberikan sampel darah kepada pihak berkuasa.

Polis menemui ibunya menerusi ujian asid deoksiribonukleik (DNA) seterusnya mengesahkan Li adalah anaknya.

Malah polis turut memadankan lakaran peta Li dengan susun atur dengan penempatan berhampiran Zhaotong, sebuah bandar di pergunungan Yunnan. Ia ternyata tepat!

Dua beranak itu akhirnya bertemu pada 1 Januari 2022 lalu dengan penuh linangan air mata.

Bagaimanapun apa yang menyedihkan, bapa kandung Li telah meninggal dunia tanpa sempat bertemu dengan anak yang dirindui.

0WmvnpuJ 1 1
Jejak kasih yang penuh linangan air mata. Hari pertama tahun baru 2022, Li akhirnya bertemu ibu kandung yang dirindui.

KEJAYAAN KES SEBELUM INI JADI DORONGAN

Li berkata kepada pemberita, dua kes penculikan berprofil tinggi yang berjaya bertemu semula dengan ibu bapa masing-masing menjadi menjadi pendorong buat dirinya untuk terus menjejaki ibu bapa kandung.

Salah satu ialah kes berprofil tinggi ialah Guo Xinzhen yang pernah disiarkan di SinarPlus.

Kanak-kanak itu yang diculik ketika berusia dua tahun oleh seorang wanita di wilayah Shandong, timur China pada tahun 1997.

Si bapa, Guo Gangtang tidak pernah berputus asa untuk mencarinya dan pencarian keluarga di seluruh negara memberi inspirasi sebuah filem pada tahun 2015 yang dibintangi Andy Lau.

Dasar satu anak di China antara tahun 1980 hingga 2015 dianggap telah memburukkan lagi masalah penculikan kanak-kanak.

Ia kerana kebanyakan keluarga yang berada berharap untuk mendapatkan anak lelaki sebagai pewaris.

Sumber: Daily Mail, South China Morning Post

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.