Connect with us

Kisah

Bapa sebak hantar anak pertama pergi sekolah

Avatar of kidin

Published

on

ovjsdijbvs

Bapa sebak hantar anak pertama pergi sekolah

Sedar tak sedar anak sudah pun semakin membesar dan memulakan kehidupan baru. Setiap bapa pasti akan merasa sebak tiap kali melihat anak sulung meraka melangkah masuk ke sekolah buat kali pertama.

Sebak hantar anak kesekolah

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @tasharossee apabila memuat naik video suaminya yang menangis ketika menghantar anak ke sekolah tadika.

Dapat dilihat lelaki itu begitu sebak sehingga tidak dapat mengawal tangis melihat anaknya melangkah masuk ke dalam kelas.

Pernah bercerai dan rujuk semula

Namun, disebalik video tersebut, rupanya ada kisah sedih yang pernah terjadi sebelum ini. Menerusi video-video sebelumnya di TikTok @tasharossee, mereka sebenarnya pernah berpisah 5 tahun lalu dan mengambil keputusan untuk rujuk semula.

Tangisan yang terjadi saat menghantar anak itu berlaku kerana suaminya berasa begitu menyesal dengan apa yang pernah terjadi sebelum ini dan @tasharossee menulis diruangan kapsyen dengan berharap supaya keluarga mereka dalam keadaan baik-baik sahaja selepas ini setelah pelbagai onak duri yang mereka tempuh sejak awal perkenalan dahulu.

Semoga terus menjadi ayah yang baik

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memahami perasaan lelaki tersebut memandangkan sebelum ini pernah melakukan kesilapan dalam perkahwinan.

Walau bagaimanapun, mereka semua mendoakan agar rumah tangga yang dibina sekali lagi dijaga sebaiknya dan anak tersayang dapat merasai semula kasih sayang ibu bapa dalam satu keluarga yang lengkap.

IMG 5887

IMG 5888

Mesti daddy dia teringat masa anak dia kecil

IMG 5889
Tengok mata daddy merah, kita yang sedih

IMG 5891
Dah tengok video2 sebelum ini baru tahu kenapa daddy dia nangis

IMG 5892
Memang ada mak ayah yang nangis tengok anak pergi sekolah

IMG 5893
Sumber: TikTok @tasharossee

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.