Connect with us

SEMASA

Azwan Bin Omar Atau ‘Abang Viva’ Menerima Sijil Penghargaan Lagi, Daripada Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

Published

on

MHFUTD

Azwan Bin Omar Atau ‘Abang Viva’ Menerima Sijil Penghargaan Lagi, Daripada Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

Sukarelawan, Azwan Bin Omar, 30, mencuri tumpuan ramai kerana sanggup membantu mangsa banjir di Shah Alam yang hanya berbekalkan RM50 dan sebuah bot di atas Perodua Viva yang dinaikinya dari Melaka.

Azwan Bin Omar atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Viva’ menerima sijil penghargaan lagi, daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sempena Majlis Perbarisan Tahunan Tahun 2022 pada Sabtu.

JBPM dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, seramai 15 petugas media, 10 orang awam, lima Pasukan bomba sukarela dan enam agensi swasta menerima sijil yang disampaikan sendiri oleh Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri, Mohammad Hamdan Wahid di sini.

WhatsApp Image 2022 01 22 at 16.41.57 1 1

“Turut menerima sijil penghargaan adalah Datuk Mohamad Dean Law Abdullah yang turut sama memberi sumbangan dan khidmat kemanusiaan kepada mangsa banjir di beberapa tempat di Selangor,Pahang dan Johor.

“Penyampaian sijil ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada individu terbabit yang banyak membantu serta menyokong kelangsungan JBPM.”Ada antara penerima sijil ini bagi kategori orang awam sanggup bergadai nyawa demi menyelamatkan orang lain,” menurut kenyataan tersebut.

Katanya,sebanyak lima pasukan bomba sukarela (PBS) turut diberi sijil penghargaan atas sumbangan mereka dalam operasi menyelamat mangsa banjir di lokaliti masing-masing pada bulan Disember lalu.

WhatsApp Image 2022 01 22 at 16.42.17 1

Selain itu, Skuad Kebajikan JBPM turut dilancarkan dalam majlis tersebut bertujuan untuk membantu pegawai dan anggota bomba yang turut ditimpa musibah.

Sumber Sinar Harian.

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SEMASA

Namewee Ditahan Bersama Pil Ekstasi, Positif Pelbagai Jenis Dadah – Polis Sahkan

Published

on

Namewee Ditahan Bersama Pil Ekstasi Positif Pelbagai Jenis Dadah

KUALA LUMPUR, 26 Okt – Polis Kuala Lumpur mengesahkan bahawa pengarah dan penyanyi kontroversi, Namewee, 42, ditahan di sebuah hotel di ibu negara bulan lalu selepas dipercayai memiliki dan menggunakan dadah jenis ekstasi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata penahanan dibuat oleh sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi sekitar jam 4.30 petang, 22 Oktober lalu.

Hkg4064146.transformed

Ditemui Sembilan Pil Ekstasi di Bilik Hotel

Menurut Datuk Fadil, hasil pemeriksaan dalam bilik hotel berkenaan menemui sembilan biji pil berwarna biru disyaki pil ekstasi, dengan anggaran berat 5.12 gram.

“Suspek telah ditangkap dan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk siasatan lanjut.

Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif empat jenis bahan terlarang iaitu **amphetamine, methamphetamine, ketamin dan THC (ganja),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ditahan Dua Hari, Dituduh di Mahkamah

Tambah beliau, Namewee direman selama dua hari bagi membantu siasatan sebelum dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 24 Oktober lalu dengan dua pertuduhan berasingan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pertuduhan pertama:
➡️ Mengikut Seksyen 39A(1) atas kesalahan memiliki dadah, yang boleh membawa hukuman penjara antara dua hingga lima tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Pertuduhan kedua:
➡️ Mengikut Seksyen 15(1)(a) atas kesalahan menggunakan dadah, dengan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun.

“Suspek tidak mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan dan dibenarkan jaminan RM4,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin tempatan,” ujar Fadil.

Sebutan Semula Kes Disember Ini

Menurut beliau lagi, tarikh sebutan semula kes telah ditetapkan pada 18 Disember 2025 bagi membolehkan pihak pendakwaan dan pembelaan melengkapkan dokumen serta laporan kimia.

Kes ini mendapat perhatian meluas di media sosial memandangkan Namewee (nama sebenar: Wee Meng Chee) sebelum ini dikenali sebagai figura seni yang sering mencetuskan kontroversi menerusi karya muzik dan filemnya, termasuk Nasi Lemak 2.0 dan Babi.

Continue Reading

SEMASA

Rakyat Malaysia Maut Ditembak Lapan Kali di Sungai Golok, Disyaki Akibat Masalah Hutang

Published

on

Rakyat Malaysia Maut Ditembak Lapan Kali di Sungai Golok Disyaki Akibat Masalah Hutang

Rakyat Malaysia Maut Ditembak Lapan Kali di Sungai Golok, Disyaki Akibat Masalah Hutang

PASIR MAS, KELANTAN, 26 Okt – Seorang rakyat Malaysia, Mohd Fuad Fahmie Ghazali, 33, maut selepas ditembak sebanyak lapan kali dalam satu kejadian di sebuah rumah di Sungai Golok, Thailand, pada petang Sabtu.

Mangsa yang berasal dari Kampung Kepas Apam, Pasir Mas, disahkan meninggal dunia sekitar jam 9 malam ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Golok akibat kecederaan parah.

574019966 1329260495908719 6697195181307040541 n e1762062525262

“Saya Dapat Dua Panggilan — Satu Beritahu Dia Ditembak, Satu Lagi Kata Dia Sudah Tiada”

Ibu mangsa, Zaiton Abdul Rahman, 64, berkata, dia menerima berita pemergian anak bongsunya itu daripada menantu, Wan Fatihah Mat Hussin, 35, pada malam kejadian.

“Sekitar jam 8 malam, menantu telefon beritahu Fuad kena tembak.

Belum sempat saya tenangkan diri, sejam kemudian saya dapat panggilan lagi… kali ini untuk beritahu anak saya dah meninggal dunia,” katanya dalam nada sebak.

Menurut Zaiton, arwah merupakan seorang anak yang periang dan tidak pernah menunjukkan sebarang tanda mencurigakan sebelum kejadian.

“Dia baru sahaja balik menjenguk saya beberapa minggu lalu. Tak sangka itu kali terakhir saya lihat dia,” ujarnya lagi.

574029272 1329264979241604 3287419051119542450 n

sumber : sinar harian

Mangsa Ditembak Lapan Kali

Memetik laporan Sinar Harian Online, kejadian berlaku sekitar jam 6.40 petang (waktu tempatan) ketika mangsa berada di sebuah rumah di Sungai Golok.

Siasatan awal oleh polis Narathiwat mendapati, mangsa ditembak lapan kali di bahagian badan dan dada oleh individu yang masih belum dikenal pasti.

Mangsa sempat dibawa ke Hospital Sungai Golok oleh penduduk setempat, namun disahkan meninggal dunia beberapa jam kemudian.

Punca Dikatakan Berpunca Dari Masalah Hutang

573864451 1329264742574961 7421603887303152657 n

sumber: sinar harian

Jurucakap polis Narathiwat memaklumkan bahawa siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada masalah hutang berdasarkan keterangan beberapa saksi yang berada berhampiran lokasi kejadian.

“Pihak kami masih menjalankan siasatan menyeluruh termasuk mengenal pasti suspek yang terlibat serta motif sebenar kejadian,” kata jurucakap itu.

Keluarga Tuntut Keadilan & Urusan Bawa Pulang Jenazah

Keluarga kini sedang berusaha membawa pulang jenazah Mohd Fuad Fahmie ke Malaysia untuk dikebumikan di kampung halamannya di Pasir Mas, Kelantan.

“Kami serahkan kepada pihak berkuasa untuk siasat dan bawa keadilan atas apa yang berlaku,” kata ibunya dalam nada pilu.

Difahamkan, pihak Konsulat Malaysia di Songkhla sedang membantu menguruskan proses dokumentasi dan penghantaran jenazah pulang ke tanah air.

 Al-Fatihah buat Allahyarham Mohd Fuad Fahmie Ghazali. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan keluarga diberi kekuatan menghadapi kehilangan ini.

Continue Reading

SEMASA

Ibu Allahyarham Zayn Rayyan Menangis Ketika Rayuan Hukuman, Peguam Mohon Denda Sahaja Demi Anak Bongsu Autisme

Published

on

Ibu Allahyarham Zayn Rayyan Menangis

PETALING JAYA, 25 Okt — Suasana di Mahkamah Sesyen hari ini bertukar hiba apabila Ismanira Abdul Manaf, 30, ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin, tidak dapat menahan tangis ketika peguamnya membacakan hujahan mitigasi bagi merayu hukuman lebih ringan terhadap kesalahan mengabaikan anak autisme itu dua tahun lalu.

Ismanira, yang hadir berpakaian sopan dan bertudung hitam, dilihat menangis teresak-esak sepanjang prosiding, lebih-lebih lagi apabila peguam bela, Haresh Mahadevan, menyentuh mengenai nasib dan perkembangan anak bongsu pasangan itu, yang kini berada dalam jagaan keluarga saudaranya.

Tangisan Ismanira menjadi semakin kuat sehingga memaksa ibu mentuanya, yang duduk di barisan hadapan galeri awam, menghulurkan tisu bagi menenangkan menantu perempuannya itu.

Ibu Allahyarham Zayn Rayyan Menangis

“Anak Bongsu Juga Autisme, Perlukan Ibu” – Peguam

Dalam rayuan mitigasi, Haresh memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman denda sahaja dan bukan penjara, memandangkan hukuman berat bakal memberi kesan besar terhadap kebajikan anak bongsu Ismanira yang turut menghidap autisme.

“Anak kedua pasangan ini juga merupakan kanak-kanak istimewa seperti Allahyarham Zayn Rayyan.
Disebabkan kes ini, Ismanira hanya dibenarkan bertemu anaknya kurang daripada 48 jam seminggu.

Ketika pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengambil kanak-kanak itu, dia menangis dan berpaut kuat pada ibunya kerana enggan dipisahkan,” katanya dalam hujahan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen.

Peguam tersebut menjelaskan bahawa kanak-kanak autisme lazimnya sukar menerima perubahan drastik, apatah lagi perpisahan dengan ibu mereka, dan boleh mengalami gangguan emosi serta kemurungan sekiranya tidak disediakan sokongan psikologi yang sesuai.

“Hukuman penjara terhadap ibu ini bukan sahaja memberi kesan kepada dirinya, tetapi juga menjejaskan kesejahteraan emosi anaknya yang masih kecil.

Dalam kes seumpama ini, hukuman penjara tidak bersifat mandatori — mahkamah mempunyai budi bicara untuk menggantikan dengan hukuman denda, yang lebih berperikemanusiaan,” tambahnya.

Ibu Allahyarham Zayn Rayyan Menangis

Rayuan Masih Berlangsung

Setakat tengah hari Jumaat, prosiding rayuan hukuman masih berjalan dan dijangka disambung semula selepas rehat bagi mendengar hujahan balas daripada pihak pendakwaan.

Kes Ismanira mendapat perhatian umum selepas anak sulungnya, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang merupakan kanak-kanak autisme berusia enam tahun, ditemui meninggal dunia dua tahun lalu dalam keadaan mencurigakan berhampiran kediaman keluarganya di Damansara Damai.

Kematian tragis Zayn Rayyan telah mengundang simpati rakyat Malaysia dan mencetuskan perdebatan besar mengenai tanggungjawab penjagaan kanak-kanak istimewa, tekanan emosi keluarga, serta keperluan sistem sokongan yang lebih menyeluruh bagi ibu bapa yang membesarkan anak-anak autisme.

Baca lagi : Polis Siasat Pengaruh Permainan Roblox Dalam Kes Budak 6 Tahun Cedera Dikelar Oleh Abang Sendiri Di Batu Pahat – Majalah Ilmu

Continue Reading

Trending