Connect with us

SEMASA

Adiknya Mohon Doakan Kakak Yang Sedang Koma Akibat Covid-19, ‘Saya Tidak Kuat Dah!’ Ibu Meninggal Sebab Covid-19, Diikuti Abang, Kakak Pula Sedang Koma

Published

on

Adiknya Mohon Doakan Kakak Yang Sedang Koma Akibat Covid 19 ‘Saya Tidak Kuat Dah Ibu Meninggal Sebab Covid 19 Diikuti Abang Kakak Pula Sedang Koma

Adiknya Mohon Doakan Kakak Yang Sedang Koma Akibat Covid-19, ‘Saya Tidak Kuat Dah!’ Ibu Meninggal Sebab Covid-19, Diikuti Abang, Kakak Pula Sedang Koma

Allahu.. berat sungguh ujian anak lelaki bernama Ayien ini. Diuji kehilangan ibu meninggal dunia disebabkan Covid-19 tahap 5. Tiga hari kemudian, abangnya pula menghembuskan nafas terakhir juga kerana Covid-19.

Maklum Ayien, seluruh ahli keluarganya di kampung dekat Kampung Dusun Muda, Tapah positif Covid-19. Cuma ibu dan abang yang tidak dapat diselamatkan.

Manakala, kakaknya sedang koma dan dimaklumkan keadaannya semakin kritikal. Ayahnya sudah pun sembuh. “Sekarang dah potong gelang.” kongsi Ayien lagi.

bfdgbgfb

Ibu Meninggal Dunia Kerana Covid-19 Tahap 5

Dalam video yang tular itu, sebak sekali keadaan Ayien yang berduka di atas kehilangan insan tercinta. Kongsinya,

“I lost my dear mom yesterday. While my sister still coma, abang pagi ni dikomakan, my uncle still warded. Berat sungguh ujian ni.

Ibu saya yang tercinta telah meninggal 29 Julai akibat covid stage 5, abang pulak meninggal semalam 1 Ogos (ketika status dimuatnaik pada 2 Ogos) juga disebabkan covid stage 5.

Hari ni mendapat perkhabaran kakak saya yang sedang koma, keadaan semakin kritikal. Mohon doa dari semua agar kakak kembali sedar. Saya tak kuat dah.”

Semoga Ada Doa-doa Yang Termakbul

Dalam pada itu, Ayien tidak menyangka video yang dikongsikan itu akan menjadi tular. “Allah tak sangka. Ramai yang mendoakan. Semoga ada keajaiban untuk kakak saya.

Semoga ada doa-doa yang termakbul mendoakan kesembuhan kakak. Terima kasih banyak-banyak.”

Sungguh, Covid-19 ini begitu menguji kekuatan hati sesiapa pun yang teruji.

Marilah sama-sama mendoakan semoga kakak Ayien dapat sembuh daripada Covid-19. Dan kembali semula ke pangkuan keluarga dalam keadaan yang sihat.

Majalah ilmu: Semoga semua yang diuji diberikan kesihatan seperti sedia kala. Kita berdoa sama2 agar covid ini segera hilang.

Sumber: twitter Ayien / Mingguanwanita

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.