Connect with us

KESIHATAN

ANALISIS telapak tangan, Rahsia Penyaklt Melalui Jari Dan Telapak Tangan

Published

on

hbun

ANALISIS telapak tangan, Rahsia Penyaklt Melalui Jari Dan Telapak Tangan

ANALISIS telapak tangan “The Sign of Hand” telah lama digunakan oleh bangsa Yunani sejak ribuan tahun yang lalu. Itulah sebabnya analisis telapak tangan merupakan salah satu bentuk analisis yang sangat dianjurkan untuk dilakukan oleh seorang Herbalis ketika hendak merawat penyakit pesakit yang datang berubat kepadanya.

Ketahui rahsia tanda-tanda penyakit menerusi jari dan telapak tangan anda. Tangan merupakan bahagian saraf yang paling hujung dari tubuh manusia. Apa saja yang berlaku pada tubuh manusia akan terlihat pada tangan. Di antara bahagian-bahagian tangan yang boleh menunjukkan keadaan suatu penyakit yang berlaku pada manusia adalah telapak tangan bahagian atas, semua jari (mulai dari kelingking hingga ibu jari), ruas-ruas jari bahagian atas dan kuku.

Empat jari yang ada hubung kait dengan organ dalaman tubuh :

Jari telunjuk : usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang
Berikut ini kaitan antara jari dan telapak tangan dengan kesihatan anda :

1. Masalah Kolon (Sembelit)

Penyakit bersumber dari masalah usus besar (kolon) dan sembelit merupakan masalah yang paling utama. Tanda-tanda di tangan pesakit untuk masalah sembelit dan permasalahan kolon adalah sebagai berikut :

Garis-garis ruas jari-jari pada telapak tangan berwarna gelap, semakin gelap warnanya menunjukkan semakin teruk permasalahan sembelitnya.

Garis-garis yang ada pada telapak tangan dan ruas seluruh jari berwarna gelap, semakin gelap warnanya bermakna semakin teruk masalah sembelitnya.

Terdapat bayangan kehitaman secara keseluruhan dari telapak tangan, menandakan lebih kronik dari garis-garis berwarna gelap di ruas jari-jari.

Apabila jari telunjuk dan jari tengah direntangkan terasa sakit, ini menunjukkan adanya masalah sembelit.
Permasalahan usus besar lainnya dapat dilihat pada keadaan ibu jari yang bengkok.

Jari telunjuk bengkok menandakan adanya permasalahan pada usus besar.

Keadaan sembelit yang serius boleh dirawat dengan mesin kolon hydrotherapy, dimana najis-najis yang melekat di usus/kolon akan dikeluarkan dengan bantuan mesin dan biasanya najis berwarna kehitaman.

Sembelit adalah satu penyakit, namun wujudnya kesan daripada penyakit-penyakit lain seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya.

2. Masalah Angin

Masalah angin tak dapat dipisahkan dengan masalah sembelit. Tanda-tanda di tangan pesakit untuk masalah angin adalah terdapat bintik-bintik putih di telapak tangan berwarna kemerah-merahan. Ada dua kemungkinan, jika telapak tangan berwarna merah maka bintik-bintik berwarna putih dan sebaliknya jika telapak tangan berwarna putih maka bintik-bintik berwarna merah. Hal ini diakibatkan oleh gas yang berlebihan di dalam tubuh.

Kesan masalah angin kepada pesakit adalah rasa cepat marah dan beremosi, darah keluar lebih kental bila dibekam, suara tinggi dan pandangan tajam. Masalah angin ini ada hubung kait dengan masalah kolesterol.

3. Masalah Stress

Fikiran menguasai 50% kesihatan manusia. Dalam keadaan tertekan (stress) yang berterusan tubuh akan mengeluarkan hormon steroid yang dapat melemahkan sistem imuniti. Tanda-tanda di tangan pesakit stress adalah terdapat urat-urat biru/hijau di pergelangan tangan, telapak tangan dan disepanjang jari-jari serta sangat terlihat jelas di betis kaki.

Stress menyebabkan pesakit terlalu sedih, cepat marah atau beremosi, tidak nyenyak tidur dan terasa migrain.

Masalah stress ini ada hubungannya dengan masalah jantung, paru-paru dan kekurangan vitamin C.

4. Masalah Jantung

Masalah jantung berbeza dengan penyakit jantung. Masalah jantung maksudnya adalah terdapat gangguan–gangguan pada organ jantung. Berlakunya arteriklorosis (penyumbatan arteri) adalah disebabkan terjadinya keadaan stress yang berpanjangan. Tanda-tanda di tangan pasien yang mengalami gangguan jantung adalah sebagai berikut :

Jari kelingking yang bengkok menandakan adanya permasalahan pada organ jantung.
Jari Tengah yang bengkok menandakan adanya permasalahan pada organ jantung.
Tapak tangan berpeluh atau lembab (tanpa sebarang aktiviti) menandakan seseorang mengalami gangguan pada jantung, paru-paru, sesak nafas dan stress.
Kesan dari masalah jantung adalah dada kiri terasa sakit, kebas pada jari-jari, rasa nyeri seperti di tusuk, mudah terperanjat, berdebar-debar, sukar tidur. Masalah ini ada hubungannya dengan masalah kolesterol atau tingginya kadar LDL (Low Density Lipoprotein) dalam tubuh.

5. Masalah Kolesterol

Masalah kolesterol sangat berkait rapat dengan masalah jantung dan kardiovaskular. Tanda-tanda di tangan pesakit yang mengalami permasalahan kolesterol ini adalah sebagai berikut :

Ruas hujung jari-jari berwarna lebih merah atau lebih gelap dari ruas jari di bawahnya. semakin gelap warnanya menandakan kadar kolesterol di tubuh makin tinggi.
Telapak tangan berwarna merah, kelihatan bengkak dan terdapat urat berwarna biru.
Masalah kolesterol mengakibatkan pesakit mengalami masalah emosi atau cepat marah. Masalah kolesterol berkait rapat dengan masalah sembelit, masalah angin.

6. Masalah Alergi

Masalah Alergi atau Sinusitis hampir menimpa kebanyakan penduduk Asia. Masalah ini biasanya dikaitkan dengan masalah paru-paru (pernafasan) atau asma. Tanda-tanda di tangan pesakit yang mengalami permasalahan ini adalah terdapat urat-urat berwarna biru/kehijau-hijauan pada telapak tangan di bahagian bawah ibu jari. Ibu Jari bahagian atas kempot, juga menandakan berlakunya masalah sinusitis.

Masalah Alergi menyebabkan bersin-bersin terutama di waktu pagi, rambut gugur, mata gatal-gatal, kaki kebas, cepat lelah, asma. Jika kondisi ini berkepanjangan maka akan menimbulkan masalah keputihan bagi perempuan, atau buasir bagi lelaki.

7. Masalah ketidakseimbangan Hormon

Masalah ketidakseimbangan hormon atau inbalance hormon dapat menyebabkan berlakunya masalah berkurangnya keinginan seks (tapi bukan impotensi), masalah di rahim/peranakan. Masalah ini biasanya berlanjut pada masalah

Tiroid, Ovarium, Prostat, Uterus, Fibroid, Endrometris dan kanser rahim.

Tanda-tanda di tangan yang mengalami masalah ketidakseimbangan hormon adalah :

Telapak tangan berwarna pucat merah, terdapat urat berwarna biru dan terlihat sangat jelas.
Telapak tangan licin, kesat dan kulit telapak tangan kering.
Terdapat bulan sabit terbalik hanya di kuku ibu jari menandakan hormon dalam keadaan balance. Sebaliknya apabila bulan sabit terbalik tersebut ada disemua kuku atau ada di kuku-kuku lain selain ibu jari, maka menandakan terdapat masalah inbalance hormon.
Jari Kelingking kempot menandakan berkurangnya kemampuan seks.
Ibu jari bengkok menandakan masalah kesuburan yang rendah.
Akibat dari masalah in balance hormon adalah berkurangnya keinginan seks, perasaan rendah diri, kemurungan yang mendalam bahkan depresi.

8. Masalah Wanita (Rahim dan Uterus)

Masalah wanita yang banyak dialami adalah masalah rahim jatuh atau prolapsus, keputihan, senggugut, fibroid, endrometrosis. Masalah wanita ini apabila berpanjangan akan menyebabkan terjadinya kanser rahim. Beberapa keadaan yang menyebabkan seorang wanita mudah diserang kanser :

(a) Datang darah haid pada usia dibawah 10 tahun.

(b) Berhenti darah haid pada usia di atas 50 tahun.

(c) Tidak melahirkan anak.

(d) Melahirkan anak pada usia 35 tahun terutama anak sulung.

(e) Tidak menyusui anak.

(f) Pernah menderita tumor.

(g) Memiliki sejarah keturunan pesakit kanser.

(h) Pengguna Pil Kesuburan (Hormon).

Tanda-tanda di tangan pesakit yang mengalami permasalahan wanita ini adalah :

Jari kelingking meruncing/menirus menandakan masalah rahim/peranakan.
Jari Kelingking bengkok bahagian atasnya saja menandakan rahim jatuh (prolapsus), jika berterusan akan mengarah pada permasalahan tumor.

9. Masalah Buah Pinggang

Masalah buah pinggang yang banyak dialami adalah masalah kebas-kebas di pinggang, kencing tidak lawas, menahan kencing, batu karang, kencing tak keluar (edena), kencing darah dan sebagainya. Masalah Ginjal ada kaitannya dengan masalah hati dan jantung. Perlu diketahui bahawa kerosakan ginjal tidak melebihi 25% belum memberikan kesan sakit pada pesakit. Apabila seorang ayah atau ibu telah mengalami masalah ginjal, maka berdasarkan penelitian di Malaysia sekitar 60% anak yang dilahirkan akan mewarisi masalah ginjal tersebut.

Tanda-tanda di tangan pesakit yang mengalami permasalahan ginjal ini adalah :

Ruas pertama dari seluruh jari –jari terlihat buncit/bengkak air.
Ruas pertama jari telunjuk berkerut-kerut, menandakan kurang air atau sering menahan air kencing, biasanya juga terlihat kelopak mata berwarna hitam.
Terasa sakit di tiga jari iaitu ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.
Hujung-hujung jari relatif tidak meruncing menandakan seseorang mengalami masalah ginjal, untuk wanita biasanya letak rahim tidak pada tempatnya.
Mata kaki bengkak atau mata bergelambir menandakan ada masalah ginjal dan jantung.
Ruas hujung jari-jari bengkok ke dalam menandakan adanya masalah batu karang/ginjal dan gout.

10. Masalah Daya Tahan Tubuh (System Imunity)

Dari keseluruhan tanda-tanda yang dijelaskan diatas, adalah baru sebatas dugaan adanya permasalahan pada organ yang bersangkutan. Permasalahan tersebut akan betul-betul wujud pada pesakit apabila system imunity tubuhnya dalam keadaan menurun/rendah. Tanda-tanda sistem imuniti rendah adalah :

Hujung jari manis kelihatan bengkok menandakan menurunnya sistem imunity. Selain itu juga terdapat masalah pada usus kecil dan masalah pencernaan. Ini ada kaitanya juga dengan masalah hempedu dan ulu hati.
Telapak tangan berwarna hitam legam menandakan keadaan daya tahan tubuh lemah dan buruk.
Telapak tangan cekung atau berlopak (cukup dalam) menandakan sistem imuniti yang rendah, juga menandakan adanya ganguan pada saraf dalaman. Jika diiringi rasa sakit di belikat, maka pada wanita ada kaitannya dengan rahim/peranakan. Jika lelaki ada kaitannya dengan tenaga batin.
Contoh kes keadaan pesakit yang melibatkan keadaan telapak tangan cekung :

Pada pesakit yang berusia lebih dari 40 tahun, jika memiliki telapak tangan yang cekung, ruas jari pertama buncit, adanya sembelit, warna telapak tangan kemerahan dan lembab, maka dapat dipastikan pesakit tersebut telah mengidap kencing manis (diabetes).
Pada pesakit wanita dewasa, yang memiliki telapak tangan yang cekung dan juga mengalami gangguan pada hormon tiroid, telapak tangan pucat/kebiru-biruan, masalah angin yang kronik, masalah alergi maka dapat dipastikan pesakit ini telah mengidap penyakit keputihan, fibroid dan endrometriosis.
Hujung jari tengah bengkok, terdapat bintik­-bintik putih, telapak tangan licin, gemuk dan berpeluh, menandakan seseorang mengidap stroke.

11. Masalah-masalah Lainnya

Selain tanda-tanda seperti yang diuraikan di atas, masih terdapat tanda-tanda lain yang boleh di lihat di jari dan telapak tangan, diantaranya adalah :

Apabila kuku bergelombang, bergaris-garis dan telapak tangan keras serta terdapat benjolan, ini menandakan keracunan/toksid heavy metal (logam berat).

Bawah mata dan telapak tangan kelihatan pucat, banyak bintik-bintik putih dan urat berwarna biru tersebar merata menandakan seseorang mengalami masalah tekanan darah rendah atau anemia. Kondisi ini juga dapat dilihat jika kuku ditekan beberapa saat sampai berwarna putih dan perlu waktu yang lama untuk kembali kekeadaan normal.

Adanya garisan di tepi perut ibu jari, terlihat berwarna biru/hijau, ini menandakan adanya masalah tiroid atau masalah gastrik (angin dalam usus). Simptomnya adalah jika letih, lapar dan terasa sakit di ulu hati.

Tanda kadar gula yang tinggi dapat dilihat di tapak jari-jari di bawah kuku, semakin gelap warnanya maka semakin tinggi kadar gulanya.

Kuku berwarna agak kemerah-merahan (pink) menunjukan seseorang mudah bingung.

Kuku bergelombang menunjukan kelainan (gangguan) pada hati.

Kuku bergaris menunjukkan kelainan atau gangguan pada ginjal.

Sumber: Kartel Dakwah

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KESIHATAN

Daun Ketum Kini Bernilai RM4 Bilion di Amerika Syarikat – Industri Bernilai Tinggi

Published

on

Daun Ketum Kini Bernilai RM4 Bilion di Amerika Syarikat – Industri Bernilai Tinggi

Daun Ketum Kini Bernilai RM4 Bilion di Amerika Syarikat – Industri Bernilai Tinggi

Ketum, tumbuhan tropika yang berasal dari Asia Tenggara, telah digunakan selama berabad-abad oleh penduduk tempatan sebagai penawar semula jadi untuk kesakitan, peningkatan tenaga, dan memperbaiki mood. Walaupun di rantau ini, penggunaan Daun ketum dilihat sebagai amalan tradisional, ia kini menjadi subjek perdebatan hangat di Amerika Syarikat (AS) kerana penggunaannya semakin meluas dan terus berkembang menjadi industri bernilai $1 bilion. Bagaimanapun, populariti Daun ketum turut datang bersama perdebatan mengenai risiko kesihatan dan cabaran peraturan.

Adakah Daun Ketum Berbahaya?

Setakat ini, masih terdapat kekurangan data saintifik untuk menentukan sepenuhnya keselamatan daun ketum. Menurut para penyelidik, lebih banyak kajian diperlukan untuk memahami sepenuhnya risiko yang mungkin timbul daripada penggunaan daun ketum. Pengambilan daun ketum secara tradisional jarang menyebabkan kesan buruk, tetapi penggunaan daun ketum dalam bentuk pekat, seperti minuman, mungkin mendatangkan risiko yang lebih tinggi.

Menurut Dr. Kirsten E. Smith, seorang penolong profesor psikiatri dan sains tingkah laku di Universiti Johns Hopkins, bahaya timbul apabila terdapat kemungkinan kesan buruk yang boleh dijangkakan, namun pada masa ini, data yang ada masih belum mencukupi untuk mengesahkan bahawa daun ketum sememangnya berbahaya.

Walaupun begitu, produk daun ketum yang lebih pekat boleh menjadi toksik jika diambil dalam dos yang besar. Ini amat jelas dalam minuman berasaskan daun ketum yang mungkin mengandungi kadar sebatian aktif yang lebih tinggi. Misalnya, Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan AS (FDA) telah mengeluarkan amaran terhadap produk Black Liquid Kratom yang dikaitkan dengan tingkah laku agresif, peningkatan kebimbangan, dan juga satu kes kematian yang dilaporkan.

Risiko yang Berkaitan dengan daun ketum

FDA memberi amaran bahawa penggunaan daun ketum boleh menyebabkan kerosakan hati, sawan, dan juga ketagihan. Terdapat kes kematian yang dilaporkan berkaitan dengan penggunaan daun ketum, tetapi dalam kebanyakan kes, pengguna juga terlibat dalam pengambilan dadah lain, menjadikan sumbangan kratom dalam kematian tersebut tidak jelas.

Terdapat juga tindakan undang-undang yang melibatkan tuntutan kematian salah terhadap syarikat yang menjual ketum, di mana pihak plaintif mendakwa bahawa tuntutan pemasaran yang mengelirukan dan ketiadaan label keselamatan yang jelas menyebabkan pengguna tidak mendapat maklumat lengkap mengenai risiko yang dihadapi, terutamanya apabila ketum berinteraksi dengan bahan lain.

Ketum sering dipromosikan sebagai alternatif yang selamat kepada opioid atau sebagai cara untuk merawat gejala pengunduran opioid secara sendiri. Walau bagaimanapun, menurut Matthew Rossheim, seorang profesor dari Universiti North Texas yang telah menjalankan kajian mengenai penyebaran ketum di kedai tembakau dan vape, tuntutan ini tidak disokong oleh kajian perubatan yang mencukupi.

Daun Ketum

daun ketum yang telah di petik : Sumber gambar mstar

 

Adakah ketum Diklasifikasikan sebagai Dadah?

Pada tahun 2016, Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah AS (DEA) cuba mengklasifikasikan ketum sebagai bahan terkawal, sama seperti heroin dan ekstasi, yang akan menjadikan pemilikan dan pengedaran ketum sebagai tindakan yang menyalahi undang-undang. Walau bagaimanapun, selepas bantahan kuat daripada kumpulan advokasi pro-ketum, usaha ini ditinggalkan. Sehingga kini, DEA masih menganggap ketum sebagai “dadah yang menjadi kebimbangan.”

Status Perundangan Ketum

Di AS, status perundangan ketum berbeza mengikut negeri. Beberapa negeri seperti Alabama, Arkansas, Indiana, Rhode Island, Vermont, dan Wisconsin telah mengharamkan ketum sepenuhnya atas kebimbangan kesihatan dan keselamatan. Sementara itu, negeri lain seperti Tennessee dan Ohio sedang mempertimbangkan rang undang-undang yang mengatur penggunaan ketum.

Tindakan FDA terhadap Ketum

Walaupun ketum belum lagi dikenali secara meluas di kalangan pengguna AS, FDA telah menyedari penggunaannya dan memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menggunakan ketum untuk tujuan perubatan sehingga keselamatannya dapat dinilai sepenuhnya. Selama beberapa tahun, FDA telah mengeluarkan surat amaran dan menyita produk daripada pengeluar ketum tertentu selepas menerima laporan mengenai kesan buruk, termasuk kematian.

Ketum belum diluluskan oleh FDA untuk sebarang penggunaan perubatan, dan agensi tersebut juga telah membuat kesimpulan bahawa ketum tidak boleh dipasarkan sebagai makanan tambahan atau “aditif makanan dalam makanan konvensional”. FDA telah bekerjasama dengan agensi persekutuan lain, termasuk Perlindungan Kastam dan Sempadan AS, untuk mengawal penjualan produk ini dan memberi amaran kepada orang ramai tentang risiko penggunaan ketum.

Kajian FDA terhadap Ketum

Penemuan awal daripada kajian pertama FDA mengenai ketum menunjukkan bahawa daun kering yang dikisar dalam bentuk kapsul tidak menimbulkan komplikasi besar; kesan sampingan yang paling kerap dilaporkan ialah muntah, terutamanya di kalangan mereka yang menerima dos lebih tinggi. Walaupun hasil kajian ini kelihatan menjanjikan, terdapat beberapa had yang perlu diambil kira – kajian ini belum lagi disemak oleh rakan sebaya atau diterbitkan secara rasmi. Kajian ini juga melibatkan sampel yang kecil, hanya 40 peserta, dan penemuan mungkin tidak terpakai kepada minuman dan pekat kratom yang lebih popular.

FDA kini mempunyai tiga kajian yang sedang dijalankan mengenai ketum dan sedang mencari permohonan untuk mendapatkan pembiayaan berjuta-juta dolar bagi menilai potensi penyalahgunaannya. Pada Ogos 2024, FDA mengumumkan hasrat untuk menjalankan kajian keempat, tetapi rancangan tersebut ditarik balik sejurus selepas itu.

Kesan Penggunaan Ketum

Penggunaan daun ketum pada dos rendah diketahui dapat memberi kesan rangsangan kepada individu, yang mungkin berasa lebih bertenaga dan ceria. Ini merupakan sebab utama ketum digunakan secara tradisional oleh petani dan pekerja fizikal di Asia Tenggara untuk meningkatkan tenaga dan daya tahan kerja. Namun, kesan positif ini hanya terhad kepada dos yang rendah. Jika diambil secara berlebihan, daun ketum boleh mendatangkan pelbagai kesan buruk kepada kesihatan.

Kesan Sampingan Penggunaan Ketum Berlebihan

Pengambilan ketum dalam dos yang tinggi boleh menyebabkan beberapa gejala negatif seperti:

  • Khayal: Pengguna akan mengalami halusinasi atau perasaan tidak sedar.
  • Pening dan Loya: Penggunaan dalam jumlah yang besar sering dikaitkan dengan rasa pening dan mual.
  • Mengantuk: Daun ketum dalam dos tinggi bertindak sebagai sedatif, menyebabkan individu berasa mengantuk.

Kesan buruk penggunaan jangka panjang termasuklah:

  • Bibir dan Kulit Kehitaman: Pengguna yang mengambil ketum secara berterusan mungkin akan melihat perubahan pada kulit dan bibir yang menjadi kehitaman seolah-olah terbakar.
  • Kulit Kering dan Kerap Sembelit: Kulit pengguna menjadi kering dan masalah sembelit sering dilaporkan akibat penggunaan ketum yang berpanjangan.
  • Hilang Selera Makan dan Berat Badan Menyusut: Penggunaan ketum dalam tempoh lama boleh menyebabkan individu kehilangan selera makan, seterusnya menyusutkan berat badan.
  • Masalah Tidur: Ketum menyebabkan gangguan tidur yang boleh membawa kepada insomnia kronik.
  • Hipotiroidisme: Penggunaan berpanjangan mungkin menyebabkan masalah pada kelenjar tiroid.
  • Kerosakan Hati: Pengambilan berlebihan dalam tempoh panjang juga dikaitkan dengan kerosakan hati.

Gejala Ketagihan Ketum

Pengguna ketum yang mengalami ketagihan akan mempamerkan gejala seperti:

  • Sakit Sendi: Pengguna yang ketagih sering mengadu sengal-sengal pada bahagian sendi.
  • Mata dan Hidung Berair: Ini adalah antara gejala awal ketagihan, di mana pengguna kerap mengalami masalah ini apabila tidak mengambil ketum.
  • Rasa Lemah dan Malas Bekerja: Ketagihan ketum mengurangkan motivasi dan tenaga untuk bekerja.
  • Mudah Marah: Individu yang ketagih mungkin lebih cepat berasa marah dan tidak sabar apabila tidak dapat mengambil ketum.

Kesimpulan

Walaupun terdapat kekurangan data saintifik yang mencukupi mengenai keselamatan ketum, industri ini terus berkembang pesat di AS malah di malaysia. Pengguna ketum perlu berhati-hati terhadap potensi risiko yang wujud terutamanya jika produk tersebut diambil dalam bentuk pekat atau digabungkan dengan bahan lain. Pihak berkuasa kesihatan terus memantau perkembangan ini dan berusaha untuk memberikan lebih banyak panduan serta penyelidikan mengenai kesan jangka panjang ketum.

Baca Juga:

15 Khasiat Misai Kucing yang Terbukti Secara Saintifik untuk Kesihatan Anda

Panduan Lengkap Cara Menanam Halia dalam Pasu untuk Hasil Maksimum

 

 

Continue Reading

KESIHATAN

Tips Menurunkan Berat Badan: Panduan Menurunkan Berat Badan dengan Cara Sihat

Published

on

Tips Menurunkan Berat Badan

Tips Menurunkan Berat Badan: Panduan Menurunkan Berat Badan dengan Cara Sihat

Tips Menurunkan Berat Badan

 

Ramai yang mencari tips menurunkan berat badan tanpa menggunakan produk kurus kerana risau jika muncul kesan sampingan daripada produk tersebut. Menurunkan berat badan adalah satu matlamat yang biasa bagi ramai orang, tetapi sering kali menjadi cabaran besar kerana susah untuk konsisten. Artikel ini akan membincangkan pelbagai strategi dan tips menurunkan berat badan dan membantu anda mencapai berat badan ideal dengan cara yang sihat dan berkesan. Berikut adalah tips menurunkan berat badan tanpa menggunakan produk dan dijamin akan memberi kesan positif kepada diri anda jika anda bersabar dan konsisten.

 

Tips Menurunkan Berat Badan

1. Menetapkan Matlamat yang Realistik

Mengukur Berat Badan Ideal
Ketahui berat badan ideal anda berdasarkan Indeks Jisim Badan (BMI). Anda boleh mengiranya sendiri atau menggunakan penggiraan secara dalam talian.

Menetapkan Matlamat Jangka Pendek dan Panjang
Tetapkan matlamat yang boleh dicapai dalam jangka masa pendek dan panjang.

2. Pemakanan yang Sihat

Tips Menurunkan Berat Badan

Pengambilan Kalori yang Seimbang
Kira jumlah kalori yang diperlukan setiap hari untuk mencapai defisit kalori. Anda boleh mengira kalori anda secara dalam talian. Untuk menurunkan berat badan, kalori yang anda perlu ambil adalah tidak melebihi kalori keperluan harian anda. Contohnya, kalori keperluan harian anda adalah 1500 kalori jadi anda hanya perlu mengambil 1000 kalori sahaja untuk memastikan berat badan anda menurun.

Makan Makanan Berkhasiat
Fokus pada makanan yang kaya dengan nutrien seperti sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin penuh, dan protein tanpa lemak.

Elakkan Makanan yang Diproses
Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi gula, garam, dan lemak tepu terutamanya yang ada dalam makanan segera.

3. Merancang Makanan

Menyediakan Makanan di Rumah
Masak sendiri makanan anda untuk mengawal bahan-bahan yang digunakan dan saiz hidangan.

Merancang Menu Mingguan
Rancang menu mingguan untuk memastikan diet anda seimbang dan pelbagai.

4. Aktiviti Fizikal

Senaman Kardio
Lakukan senaman kardio seperti berjalan, berlari, atau berenang sekurang-kurangnya 150 minit seminggu.

Latihan Kekuatan
Sertakan latihan kekuatan dua kali seminggu untuk membina otot dan meningkatkan metabolisme.

Aktiviti Harian
Tambah aktiviti fizikal dalam rutin harian anda seperti menggunakan tangga dan berjalan kaki.

5. Mengurus Stres

Teknik Relaksasi
Amalkan teknik relaksasi seperti meditasi, yoga, atau pernafasan dalam.

Rehat yang Cukup
Pastikan anda mendapatkan tidur yang mencukupi, sekurang-kurangnya 7-8 jam setiap malam.

6. Meminum Air yang Cukup

Kepentingan Hidrat
Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari untuk membantu proses metabolisme dan pengeluaran toksin.

Mengelakkan Minuman Bergula
Kurangkan pengambilan minuman bergula seperti soda dan jus buah yang tinggi kandungan gula.

7. Pantau Kemajuan Anda

Menyimpan Jurnal Makanan
Catat makanan yang anda makan setiap hari untuk memantau pengambilan kalori.

Menimbang Berat Badan Secara Berkala
Timbang berat badan anda setiap minggu untuk melihat kemajuan anda.

8. Sokongan Sosial

Sertai Kumpulan Sokongan
Bergabung dengan kumpulan sokongan yang mempunyai matlamat yang sama juga adalah salah satu tips menurunkan berat badan yang bersesan.

Berkongsi Matlamat dengan Keluarga dan Rakan
Kongsi matlamat anda dengan orang terdekat untuk mendapatkan sokongan dan dorongan.

9. Elakkan Diet Ekstrem

Kesan Buruk Diet Ekstrem
Elakkan diet yang terlalu ketat kerana ia boleh menyebabkan kekurangan nutrisi dan masalah kesihatan lain. Selain itu apabila berat badan anda turun secara mendadak akibat diet ekstrem, kemungkinan besar berat badan anda juga akan naik mendadak sekiranya anda sudah berhenti untuk diet. Tips menurunkan berat badan ini perlu diikuti agar kesihatan badan anda terjamin.

Fokus pada Gaya Hidup Sihat
Pilih gaya hidup sihat yang berpanjangan daripada perubahan drastik yang sukar dikekalkan.

Menurunkan berat badan memerlukan komitmen, kesabaran, dan disiplin. Dengan mengikuti tips dan strategi yang dikongsikan di atas, anda boleh mencapai matlamat berat badan ideal anda dengan cara yang sihat dan berkesan. Ingat, setiap usaha kecil akan membawa kepada perubahan besar.

Tips Menurunkan Berat Badan

FAQ

Berapa kerap saya perlu bersenam untuk menurunkan berat badan?
Anda disarankan untuk bersenam sekurang-kurangnya 150 minit seminggu, termasuk senaman kardio dan latihan kekuatan.

Adakah saya perlu mengira kalori untuk menurunkan berat badan?
Mengira kalori membantu memastikan anda berada dalam defisit kalori, yang penting untuk penurunan berat badan.

Apakah makanan terbaik untuk sarapan pagi jika ingin menurunkan berat badan?
Pilih sarapan yang tinggi protein dan serat seperti telur, yogurt, dan bijirin penuh.

Bagaimana cara mengatasi keinginan makan makanan manis?
Minum air, makan buah-buahan segar, atau pilih kudapan yang sihat seperti kacang untuk mengatasi keinginan makan makanan manis.

Continue Reading

KESIHATAN

Syed Saddiq berjaya menempuh cabaran dalam Spartan Race dan berkongsi pengalaman.

Published

on

Syed Saddiq

Syed Saddiq berjaya menempuh cabaran dalam Spartan Race dan berkongsi pengalaman.

Syed Saddiq

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, baru-baru ini berkongsi pengalaman menariknya menyertai Spartan Race kategori Beast. Acara larian berbukit ini melibatkan larian sejauh 21.09 kilometer dengan menghadapi kira-kira 30 halangan yang mencabar. Walaupun cuaca panas sekitar 40 darjah celsius, Syed Saddiq tetap nekad menghabiskan lariannya dengan penuh semangat.

 

 

Antara cabaran yang dihadapi ialah Tyrolean Traverse, Armer, dan Olympus Wall. Bagi Olympus Wall, peserta perlu berpaut pada dinding dan bergerak secara melintang tanpa menjejakkan kaki ke lantai, menjadi salah satu cabaran paling sukar bagi Syed Saddiq. Cabaran ini bukan sahaja menguji kekuatan tangan, tetapi juga menguji kepintaran dalam mengatur langkah.

Bagi sesiapa yang gagal mengharungi cabaran Olympus Wall, mereka akan dikenakan penalti berlari sejauh 200 meter sambil membawa beg pasir seberat 30 kilogram. Meskipun begitu, beliau dapat mengharungi semua cabaran dengan jayanya, berkat pengalamannya di Maktab Tentera Diraja (MTD) dan kekuatan mental yang dimiliki.

Syed Saddiq

Beliau juga berkongsi bahawa Spartan Race merupakan sebahagian daripada ‘checklist’ aktiviti yang ingin disertainya. Sebelum ini, beliau telah menyertai acara ultra-marathon dan Ironman Half, dan kini merancang untuk menyertai acara Ironman Full pada masa akan datang. Dengan semangat dan keazaman yang tinggi, Syed Saddiq terus mengukir pencapaian baru dalam dunia sukan.

Continue Reading

Trending