Connect with us

Kisah

Ahmed Deedat, Seorang Pendakwah Islam terkenal yang cuba dimųrtädkan ketika terlantar säkit

Published

on

Ahmed Deedat, Seorang Pendakwah Islam terkenal yang cuba dimųrtädkan ketika terlantar säkit

Dalam kalangan sejarah pendakwah Islam alaf baru, Ahmed Deedat merupakan ikon kepada golongan pendakwah di seluruh dunia. Walaupun generasi hari ini mungkin tidak pernah mendengar nama Ahmed Deedat.

Ahmed Deedat dilahirkan pada 1 Julai 1918 di Surat, India. Berhijrah ke Afrika Selatan pada tahun 1927 dan mengakhiri h4yatnya di Durban pada 8 Ogos 2005 ketika berusia 87 tahun setelah sembilan tahun terlantar sakit.

WhatsApp Image 2022 02 27 at 07.42.50 3

Ahmed Deedat merupakan nama besar sebagai tokoh beragama Islam. Namanya turut menjadi perhatian para ‘pembesar’ agama lain. Mereka amat mengenali lelaki berketurunan India yang menetap di Afrika ini.

Beliau menubuhkan Islamic Propagation Centre International (IPCI) bersama rakan- rakannya dan dijadikan platform untuk berdakwah.

Kehadiran Ahmed Deedat di pentas-pentas forum, debat dan wacana amat dinanti-nantikan.

Setiap kali berlaku perdebatan berkaitan ketuhanan, keagamaan di antara Ahmed Deedat dengan p4deri-p4deri atau pun r4hib-r4hib agama lain, pasti mereka akan membuat persiapan yang rapi sebelum naik ke pentas untuk berdebat dengannya.

Ini kerana lelaki bernama Deedat ini merupakan cendekiawan Islam yang mahir dalam bidang perbandingan agama. Beliau seorang yang pakar dalam selok-belok agama-agama yang ada di dunia ini dan berjaya menumpaskan hujah-hujah lawannya.

Malah, ramai di kalangan p4deri-p4deri yang berdebat dengannya di Eropah telah memeluk agama Islam.

WhatsApp Image 2022 02 27 at 07.42.50 1

Kepakaran dan ketinggian ilmu yang ada padanya dicampurkan dengan berhemah dan kebijaksanaannya dalam berhujah, menyebabkan ramai orang tertarik untuk menganut agama Islam.

Mvsuh-mvsuh Islam menggunakan hujah-hujah akal untuk berl4wan dengan Islam dan Ahmed Deedat telah berjaya menggabungkan hujah-hujah berdasarkan dalil-dalil Al Quran dan kitab-kitab lain di samping kebijaksanaan akal fikirannya dalam mempertahankan agama Islam.

Kebanyakan pentas dialog, debat atau pun forum antara agama yang dihadiri beliau akan berakhir dengan lawannya mengakui kebenaran hujah Deedat, atau pun lawannya terpaksa mendiamkan atau menghilangkan diri.

USAHA UNTUK MURT4DKAN DEEDAT.

Dalam siri dakwahnya, Ahmed Deedat telah menjelajah ke Eropah, Arab, India, Asia dan Afrika. Walaupun beliau sering menang dalam perdebatan dan hujah dakwahnya, namun mvsuh-mvsuh Islam dan orientalis Barat masih tidak berpuas hati dengannya.

Mereka terus berusaha untuk mengal4hkan hujah Deedat, malah turut cuba memurt4dkan pendakwah Islam yang disegani itu.

Anaknya yang bernama Yusuf Deedat pernah membongkar satu peristiwa yang berlaku ketika Ahmed Deedat terlantar sakit dan tidak mampu bangun sebelum kem4tiannya.

Sewaktu terlantar sakit, beberapa orang Kristian telah datang kononnya mahu berusaha untuk mengubati Deedat menggunakan Tuhan mereka.

WhatsApp Image 2022 02 27 at 07.42.50 4

Ada seorang lelaki Krist1an ke rumah Deedat ketika itu dengan tujuannya mahu cuba mengkrist1ankan Deedat. Lelaki ini bernama Reverent Na1doo.

Na1doo pergi ke rumah Deedat dan bertanya kepada Deedat, “Boleh saya doakan kamu dengan nama Jesvs? Jika saya doakan kamu dengan namanya, kamu akan sihat, bangkit dan berjalan. Kamu akan bercakap dengan namanya. Bolehkah saya bacakan satu ayat daripada Injil supaya Jesvs sembuhkan kamu?”

Selesai bertanya, Ahmed Deedat memberi maklum balas melalui pergerakan matanya. Ini dirakamkan dalam komputer riba hitam yang terletak di sebelah katilnya.

Katanya : “Mr Na1doo, tolong bacakan saya ayat 30 bab 1 Genesis.” Pinta Ahmed Deedat.

Reverend Na1doo berasa gembira. Dia menyangka pendakwah Islam terkenal di hadapannya itu akan memperkenankan permintaannya. Lalu dia membuka helaian Bible yang ada padanya, dan membacakan ayat yang dipinta.

“Dan Lut pergi ke Zo’4r dan tinggal di gunung dengan dua anak perempuannya. Anak yang sulung berkata kepada adiknya: “Ayah kita sudah tua dan tidak ada manusia di dunia ini yang akan datang kepada kita dengan keadaan dunia ini. Marilah kita beri ayah kita minuman ar4k dan t1dur bersamanya bagi mendapatkan keturunan daripada ayah kita. Mereka memberi ar4k kepada ayah mereka malam itu.

“Anak sulung masuk dan t1dur bersama ayahnya. Tapi ayahnya tidak ambil peduli bila dia baring atau bangun. Kemudian kakaknya berkata kepada adiknya: “Semalam aku t1dur bersama ayahku. Mari kita beri minum ar4k malam ini lagi dan pergilah kau t1dur bersamanya untuk mendapat keturunan daripadanya. Mereka bersama dengan ayahnya dan dia tidak mempedulikannya bila dia baring dan bangun. Maka kedua-dua anak Lut mempunyai anak daripada ayah mereka.”

Selesai membaca ayat tersebut, Ahmed Deedat memberi respon melalui matanya dan bertanya, “Apa moral cerita ini? Apa yang kamu pelajari daripadanya?”

Reverend Na1doo tidak berkata apa- apa. Dia tidak mampu menjawab. Dia tahu dia sudah tewas dengan sendirinya kerana ayat yang dibacanya itu membawa makna yang tidak baik.

Beliau terus bangun dan pergi meninggalkan Ahmed Deedat. Hasratnya untuk mengkrist1ankan Deedat gagal apabila Deedat terlebih dahulu mematahkan hujahnya dengan ayat yang dia sendiri membacanya.

Usaha untuk memurt4dkan Deedat ini tidak terhenti di situ. Mvsuh-mvsuhnya melihat inilah peluang untuk mereka gagalkan Ahmed Deedat kerana sangka mereka apabila dia s4kit dan lemah, dia tidak ada keupayaan untuk berfikir seperti orang sihat.

Antara kisah lain ialah seorang anak muda bernama Ringo yang datang menziarahi Deedat. Ringo seorang penganut Krist1an. Dia bertemu Deedat dan memohon untuk menyembuhkan Deedat daripada peny4kitnya. Ringo memberitahu bahawa semangat Jesvs ada dalam dirinya dan dia akan lakukan sesuatu untuk menyembuhkan Ahmad Deedat.

WhatsApp Image 2022 02 27 at 07.42.50 2

Kemudian Ringo menjerit, “Jesvs sembuhkan dia! Bangun!”

Ahmad Deedat hanya memerhatikan sahaja dari katilnya. Kemudian dia memberi isyarat kepada Ringo. Dia membacakan satu ayat dalam Injil : “Tidak semua orang mengatakan pada Tuhan, Tuhan masukkan aku ke dalam syurga tetapi ia dimasukkan dengan kehendak Tuhan Bapa ku yang ada di dalam syurga. Ramai yang akan kata pada ku pada hari itu: “Tuhan, tidak aku bersama dalam nama mu? Dan nama mu mengeluarkan sya1tan? Dengan nama mu, banyak melakukan kerja-kerja yang hebat? Dan kemudian akan berserah kepada mereka, Aku tidak pernah mengenal mu, berjauhanlah dari ku.” (Matthew 7: 21-23)

Selesai membaca ayat tersebut, Ahmed Deedat bertanya kepada Ringo, “Kenapa Jesvs memberitahu kamu hal ini apabila kamu datang untuk melaksanakan kerja suci ini?”

Ringo tidak dapat menjawab soalan itu. Dia berjanji kepada Deedat untuk datang kembali beberapa hari lagi bagi memberi jawapan. Namun, selepas itu Ringo tidak pernah lagi muncul. Ini menunjukkan Ahmed Deedat berjaya mengalahkannya.

Menurut Yusuf anak kepada Ahmed Deedat, semenjak sembilan tahun bapanya terlantar di katil kerana sakit sehinggalah usianya 87 tahun, tidak henti rumah mereka menerima lawatan daripada golongan pendakwah Krist1an dan pelbagai agama lain.

Ada yang datang berhujah dan ada yang datang dengan membawa surat dan dokumen untuk mempengaruhi Ahmed Deedat agar memeluk agama mereka. Namun setiap kali Deedat membidas hujah mereka, ramai yang malu sendiri dan terdiam.

Ada juga yang menemui ilham apabila bertemu Deedat walaupun di katilnya. Antaranya Sabiha D00lar Khan. Dia kerap bertemu Deedat dan menghantar surat setiap bulan kepada Deedat.

Menurut Sabiha, Ahmad Deedat berperanan besar memahamkannya tentang Islam yang sebenar sehingga dia memperoleh kefahaman, kesedaran, kebenaran dan kemuliaan Islam itu sendiri.

Walaupun dalam keadaan lvmpuh, Ahmad Deedat masih menjawab surat-suratnya yang menambahkan ilham kepada Sabiha dalam mengharungi kehidupannya sebagai seorang Muslim.

Sabiha pernah berkata, tidak ada orang yang kelihatan hebat ketika sakit dan terlantar di katil. Tetapi sebaliknya Ahmed Deedat hebat dan kuat pemikirannya walaupun terlantar.

Ini menunjukkan insan bernama Ahmed Deedat ini melakukan perkara yang menggembirakan Allah S.W.T, Tuhan sekalian makhluk. Demikianlah hebatnya seorang ulama Islam yang menjadi pendakwah terkenal di dunia suatu ketika dahulu.

Pernah suatu ketika, anaknya Yusuf bertanya kepada bapanya. Selama terlantar sakit, tidakkah dia merasa letih untuk melayan tetamunya yang begitu ramai. Ditambah pula para tetamu itu datang dengan membawa pelbagai perm4salahan. Namun Ahmed Deedat menjawab, dia tidak letih atau pun kecewa.

Yusuf bertanya lagi, apakah maknanya tetamu-tetamu itu buat Deedat. Bapanya itu menjawab, kehadiran mereka menggembirakan. Dia merasakan tetamu-tetamu itu satu rahmat buatnya.

Begitulah hebatnya Ahmed Deedat berhujah, berkuliah sehingga ketika terlantar sakit dan menghampiri kem4tian, dia masih seronok dikunjungi tetamu.

WhatsApp Image 2022 02 27 at 07.44.12

Inilah kelebihan yang telah Allah SWT berikan kepada beliau sehingga mampu mengIslamkan ramai p4deri dan penganut-penganut agama lain.

Hari ini, Ahmed Deedat sudah tiada. Namun, beliau meningg4lkan buku-buku tulisannya dan juga rakaman kuliahnya dan hujah beliau sebagai sebaran dakwah untuk dunia Islam.

Sesuatu yang amat besar untuk dijadikan pedoman, beliau berjaya mempertahankan agama dan akidahnya sehinggalah ke akhir h4yat beliau. Itulah insan bernama Sheikh Ahmed Hoosen Deedat al-Hafiz, cendekiawan Muslim yang hebat dalam bidang perbandingan agama sehingga digeruni mvsuh Islam.

Sumber ; Media Islam.

 

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kisah

Denda RM50, Air Mata Seorang Nenek: Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Published

on

Denda RM50 Air Mata Seorang Nenek Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Segamat – Seorang wanita warga emas berusia 90 tahun di Kampung Abdullah, Segamat, Johor, mencuri perhatian ramai apabila dikenakan denda RM50 hanya kerana menjual sayur-sayuran hasil tanamannya sendiri tanpa lesen.

Kejadian yang berlaku pada 23 Januari itu bukan sahaja menyentuh perasaan masyarakat, malah membuka perbincangan besar tentang kemanusiaan, keadilan sosial dan keperluan dasar lebih berperikemanusiaan terhadap golongan rentan.

“Saya Cuma Jual Sedikit…”

Perkara ini mula didedahkan oleh seorang pengguna Facebook, Steven Tan, yang terserempak dengan wanita tersebut ketika beliau menjual sayur secara kecil-kecilan di tepi jalan.

Menurut Steven, seorang pegawai Majlis Perbandaran Segamat (MPS) telah mengeluarkan saman RM50 kerana wanita itu tidak mempunyai lesen penjaja.

Walaupun Steven cuba merayu agar pegawai tersebut bertolak ansur, beliau dimaklumkan bahawa tindakan itu terpaksa dilakukan kerana mengikut peraturan.

Lebih menyedihkan, wanita itu turut diberitahu bahawa dia perlu memohon lesen bernilai ratusan ringgit sekiranya mahu terus berniaga.

“Jumlah itu tidak realistik untuk seseorang yang hanya menjual sedikit sayur beberapa kali sebulan,” tulis Steven.

Bagi wanita tersebut, menjual sayur itulah satu-satunya cara untuk menyara hidup. Jika lesen mahal itu diwajibkan, dia bukan sahaja kehilangan perniagaan kecilnya, malah kehilangan harapan.

sayur

Rayuan Yang Menjadi Tindakan

Steven kemudian meminta pandangan orang ramai tentang cara terbaik untuk membantu wanita berkenaan. Hantaran itu pantas tular dan sampai ke pengetahuan Ketua Pemuda MCA Segamat, Tay Kok Wea.

Beliau segera mengarahkan wakilnya ke lokasi untuk membayar denda RM50 tersebut bagi pihak wanita itu.

Dalam kenyataannya, Tay menegaskan bahawa tindakan itu bukan untuk meraih publisiti, sebaliknya demi membantu seorang warga emas yang hampir kehilangan punca rezeki.

sayuran

Tiada Lagi Denda, Harapan Baharu

Tay turut memaklumkan bahawa beliau telah berbincang dengan pihak penguatkuasaan MPS dan mengesahkan bahawa:

  • Tiada lagi denda akan dikenakan terhadap wanita itu

  • Wanita tersebut kini boleh terus menjual sayur tanpa rasa takut

  • Isu yuran lesen akan dibawa ke mesyuarat untuk dicadangkan bayaran simbolik

“Jika cadangan itu diluluskan, saya sendiri akan menanggung kos lesen tersebut,” katanya.

jual

Lebih Daripada Sekadar Denda

Kisah ini bukan sekadar tentang RM50, tetapi tentang maruah, belas kasihan dan keperluan sistem yang lebih adil kepada golongan miskin dan warga emas.

Ia mengingatkan kita bahawa di sebalik peraturan, masih perlu ada ruang untuk pertimbangan kemanusiaan.

Kadangkala, yang mereka perlukan bukan simpati — tetapi peluang untuk terus hidup dengan bermaruah.

Continue Reading

Kisah

“Bukan main garang bini kau bang…” Isteri Cemas Kereta ‘Hilang’, Suami Selamba Rakam

Published

on

Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

“Kereta Kita Mana?!” — Isteri Dah Cuak, Suami Kekal Tenang

Lepas ibu, isteri memang insan paling istimewa dalam hidup seorang lelaki. Bukan sekadar teman hidup, tapi tulang belakang yang setia dalam susah dan senang. Kadang-kadang cara suami menghargai isteri tu sampai another level—siap menyakat dulu sebelum bagi kejutan!

Baru-baru ini, tular di TikTok satu video lucu memaparkan gelagat seorang suami ‘prank’ isterinya. Dalam rakaman tersebut, pasangan ini dilihat baru selesai membeli-belah dan berjalan ke arah parkir. Sampai-sampai je, si isteri terus cuak—kereta mereka “hilang”! Dengan wajah panik, dia bertalu-talu tanya suami: “Kereta mana?”

 Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

Si suami pula kekal steady, tak banyak cakap… tapi sempat merakam setiap reaksi isterinya.

Rupa-Rupanya Kejutan, Hadiah Kereta Baharu

Twist sebenar: itu semua hanyalah rancangan lelaki berkenaan untuk menghadiahkan sebuah kereta baharu buat isteri tercinta. Patutlah tenang semacam—rupanya tengah tunggu momen paling ‘boom’ untuk didedahkan!

“Garang Juga Bini Kau…” — Netizen Terhibur

@ashraffahmadkamal Terima la hadiah sempena hari lahir isteriku yang tercinta. Segala penat lelah untuk anak dan rumahtangga kita, terima lah hadiah i yg tak seberapa ni. I harap u suka 😁 saya ni suka sakat sikit dan wife tahu kalau saya main-main. Jenuh nak cover🤣🤣 Akhirnya menjadi juga surprise untuk dia. Love you my love 😘 #evmalaysia #emas7 #protonemas #proton ♬ original sound – اشراف احمدكمال

Ruangan komen memang meriah. Ramai terhibur dengan reaksi spontan si isteri yang nampak “garang” sebab menyangka kereta mereka dicuri. Pada masa sama, ramai juga puji suami yang berani dan romantik dengan cara tersendiri.

Antara komen yang mencuri tumpuan:

komen

  • Bukan main garang bini kau, bang…

  • Alhamdulillah, hargai isteri sebaiknya.

  • Comel! So happy for you. Semoga bahagia selalu.

  • Doakan saya pun dapat surprise macam ni.

Bahagia Itu Bila Saling Menghargai

Rumah tangga ada pasang surut—ada manis, ada ujian. Tapi indahnya bila semuanya ditempuh berdua. Tak semestinya hadiah besar atau kata-kata manis; kadang usaha kecil yang lahir dari hati pun cukup membahagiakan. Bila suami isteri saling memahami dan menghargai, di situlah letaknya bahagia yang sebenar.

Sumber: TikTok @ashraffkamal_

Continue Reading

Kisah

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri – Luahan Pak Arief Buat Ramai Tersentak 😢”

Published

on

Rumah Warga Emas

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri” – Kisah Pak Arief Buat Ramai Tersentak

Apabila berbicara tentang rumah kebajikan warga emas, ramai antara kita cepat menilai bahawa penghuni di sana mungkin ditinggalkan oleh keluarga atau diabaikan oleh anak-anak. Namun, perkongsian seorang pekerja rumah kebajikan ini membuka sisi realiti yang jarang diperkatakan — bahawa tak semua warga emas ditinggalkan tanpa sebab.

“Saya dah rawat lebih 500 orang tua terlantar”

Menurut Pak Arief, yang sudah bertahun-tahun berkhidmat menjaga warga emas terlantar, dia pernah menguruskan lebih 500 penghuni sepanjang kerjayanya. Namun satu fakta yang mengejutkan ialah, 87% daripada mereka — kira-kira 300 orang — merupakan lelaki yang pernah menyakiti isteri sendiri ketika zaman muda.

“Saya bukan nak menghukum, tapi ini realiti yang saya lihat sendiri. Ramai antara mereka dulu pernah menduakan isteri, berkahwin lain, abaikan keluarga, atau tinggalkan anak-anak,” katanya.

Dulu kahwin lagi, sekarang tinggal sendiri

Ada antara mereka yang berkahwin lain demi nafsu, ada pula yang selingkuh dan mengabaikan anak-anak, sehinggalah akhirnya rumah tangga kedua pun tak kekal lama. Bila usia meningkat dan tiada siapa mahu jaga, barulah mereka sedar nilai kasih yang pernah disia-siakan.

“Bila jatuh terduduk, mereka cuba cari anak-anak dan bekas isteri semula. Tapi kebanyakannya tak lagi diterima. Anak-anak sudah lama menutup hati,” tambah Pak Arief dengan nada sayu.

Rumah Warga Emas

Secara psikologi, anak akan berpihak kepada ibu

Dari sudut psikologi, kata Pak Arief, anak-anak cenderung setia kepada ibu, terutama apabila melihat sendiri pengorbanan dan kesakitan yang ditanggung oleh si ibu selama bertahun-tahun.

Maka tidak hairanlah, ramai lelaki warga emas ini akhirnya berakhir di rumah kebajikan, bukan kerana anak tidak berhati perut, tetapi kerana luka lama yang belum sembuh.

“Anak-anak bukan berdendam, tapi mereka memilih untuk melindungi ibu. Mereka ingat setiap air mata, setiap malam ibu menangis. Itu yang membuat mereka sukar memaafkan,” ujarnya.

@mbak.butet Berdasarkan data, lansia terlantar yang diurus oleh Pak Arief Camra di Griya Lansia, ternyata saat mudanya melakukan ini… #GriyaLansia #GriyaLansiaMalang ♬ original sound – MbakButet – MbakButetAqsa

Pengajaran buat semua

Kisah yang dikongsikan oleh Pak Arief ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi sebagai peringatan kepada para suami dan ayah agar menghargai keluarga selagi diberi peluang.

Setiap tindakan hari ini akan membentuk bagaimana kita diperlakukan nanti — sama ada dengan kasih sayang, atau dengan sepi di penghujung usia.

“Jangan tunggu tua baru mahu bertaubat. Kerana kadang-kadang, bukan semua dosa mampu ditebus dengan air mata,” pesan Pak Arief.

Continue Reading

Trending