Connect with us

Kisah

Pasangan Suami Isteri Ini Naik Kapcai Tawan Berpuluh Negara

Published

on

yvb

Pasangan Suami Isteri Ini Naik Kapcai Tawan Berpuluh Negara

TANPA keberanian, mimpi tak akan menjadi kenyataan.

Itulah kata-kata yang sesuai bagi menggambarkan semangat pasangan suami isteri ini yang tekad mengembara beribu-ribu kilometer sehingga ke benua Eropah.

Apa yang menariknya, pasangan ini menggunakan jalan darat dengan hanya menunggang sebuah motor kapcai untuk ke setiap destinasi!

Berkongsi cerita dengan mStar, Mohd Alfishahrin Zakaria berkata, misi kembaranya yang turut disertai isteri, Diana Latief, 34, bermula pada April 2017 dengan destinasi utamanya adalah kota London.

Pasangan ini yang menunggang motosikal Honda RS150R berjaya menamatkan misi dalam masa 146 hari dan terus mengibarkan Jalur Gemilang di Kedutaan Malaysia di London sempena Hari Kemerdekaan yang ke-60.

“Trip pertama pada 2017, misinya adalah sempena merdeka. Setiap kali keluar mengembara memang ada misi, seperti pada 2018 misinya adalah ke Piala Dunia di Rusia dan pada 2019 misi bantuan bersama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) ke Syria.

“Idea untuk menggunakan kapcai ni, pertamanya kerana ia menjimatkan kos. Saya juga nak membuktikan, walaupun guna kapcai, atau apa kenderaan sekali boleh sampai juga. Syaratnya, semangat dan mental kena kuat,” ujar lelaki berusia 35 tahun ini.

pasangan suami isteri ini naik kapcai tawan berpuluh negara paling ngeri dan menyesal ketika lalu jalan raya kedua tertinggi dunia viral mstar 61a4c70167186

Laluan bergunung di Passu, Pakistan.

Ditanya bagaimana bermulanya misi kembara bersama motosikal kapcai, Mohd Alfishahrin berkata pada peringkat awal dia hanya meneroka ke negara-negara Asean.

“Mula-mula saya start masuk Thailand dan negara-negara Asean. Bila saya kaji, jalan darat rupa-rupanya boleh sampai ke Eropah. Dari situ saya menanam satu impian untuk mengembara ke Eropah menggunakan jalan darat,” ujarnya.

Setakat ini sudah berpuluh negara sudah ditakluk Mohd Alfishahrin dan isteri bersama motor kapcai mereka.

pasangan suami isteri ini naik kapcai tawan berpuluh negara paling ngeri dan menyesal ketika lalu jalan raya kedua tertinggi dunia viral mstar 61a4c7017eb54

Kembara kapcai Mohd Alfishahrin turut menawan Greece.

Antaranya termasuklah Thailand, Myanmar, India, Nepal, Pakistan, Turki, Armenia, Georgia, Greece, Mentenegro, Croatia, Bosnia dan Herzegovina, Belanda, Belgium, Austria, Switzerland, Itali, Jerman, Perancis dan United Kingdom.

Sudah tentunya sepanjang tiga kali trip ekspedisi ini, pelbagai kenangan pahit dan manis ditempuhi pasangan ini.

“Kenangan yang tak boleh saya lupa, yang saya anggap pengalaman ngeri adalah ketika melalui jalan di Ladakh, India. Ia laluan bergunung dan jalan raya kedua tertinggi di dunia. Ketika itu saya terikut geng motosikal lain dari India.

pasangan suami isteri ini naik kapcai tawan berpuluh negara paling ngeri dan menyesal ketika lalu jalan raya kedua tertinggi dunia viral mstar 61a4c7019c926

Mengabadikan kenangan manis di Cappadocia.

“Sudahlah waktu malam, jalan pula licin sebab bersalji. Masa tu terasa menyesal tapi nak patah balik pun gelap dan jauh. Memang tawakal sajalah masa tu.

“Menyesal dan marah pun tak guna. Saya cuma berpegang prinsip, mulut kena jaga, hati kena jaga. Memang kena positif sebab kita musafir. Tapi saya tak serik, kalau ada peluang, nak repeat lagi ke sana.

“Kenangan manis pula terlalu banyak. Namun apa yang mengajar saya sepanjang ekspedisi, kita boleh melihat perbezaan antara negara moden dan negara kurang membangun. Ia mengajar kita erti bersyukur,” ujarnya yang menggunakan nama pena Kapcaipackers di Instagram untuk berkongsi momen kembaranya bersama pengikut.

Kenangan yang tak boleh saya lupa, yang saya anggap pengalaman ngeri adalah ketika melalui jalan di Ladakh, India.

MOHD ALFISHAHRIN ZAKARIA

Memandangkan sempadan di kebanyakan negara sudah dibuka, Mohd Alfishahrin yang merupakan seorang runner dari Klang berkata dia berhasrat untuk memulakan kembaranya pada tahun hadapan, sekiranya ada peluang dan kesempatan.

“Saya berimpian nak sambung menakluk Eropah sebab masih ada lagi negara yang belum sempat takluk dengan jalan darat,” ujarnya.

pasangan suami isteri ini naik kapcai tawan berpuluh negara paling ngeri dan menyesal ketika lalu jalan raya kedua tertinggi dunia viral mstar 61a4c701b65a9

Misi kembara pada 2019 bersama Mapim.

Menggunakan laman sosial Facebook dan Instagram sebagai medium utama perkongsian momen kembaranya bersama isteri, Mohd Alfishahrin tidak menyangka percubaannya untuk memuat naik video di TikTok meraih sambutan yang sangat tidak dijangka.

“Saya suka meneroka segmen baharu di mana di TikTok ini kebanyakannya generasi muda. Jadi saya guna medium ini bukan saja untuk share video tetapi info-info penting untuk seorang pengembara.

pasangan suami isteri ini naik kapcai tawan berpuluh negara paling ngeri dan menyesal ketika lalu jalan raya kedua tertinggi dunia viral mstar 61a4c701d1755

Misi kembara ke Rusia sempena Piala Dunia pada 2018.

“Saya suka kongsi sebab nak galakkan orang untuk melihat dunia. Tak payah tunggu kaya. Dengan cara bajet dan buat kajian pun dah boleh pergi. Bagi saya, persediaan mental, duit dan masa adalah tiga benda yang mesti ada untuk seseorang keluar mengembara,” ujarnya lagi.

Sumber : mStar

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kisah

Denda RM50, Air Mata Seorang Nenek: Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Published

on

Denda RM50 Air Mata Seorang Nenek Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Segamat – Seorang wanita warga emas berusia 90 tahun di Kampung Abdullah, Segamat, Johor, mencuri perhatian ramai apabila dikenakan denda RM50 hanya kerana menjual sayur-sayuran hasil tanamannya sendiri tanpa lesen.

Kejadian yang berlaku pada 23 Januari itu bukan sahaja menyentuh perasaan masyarakat, malah membuka perbincangan besar tentang kemanusiaan, keadilan sosial dan keperluan dasar lebih berperikemanusiaan terhadap golongan rentan.

“Saya Cuma Jual Sedikit…”

Perkara ini mula didedahkan oleh seorang pengguna Facebook, Steven Tan, yang terserempak dengan wanita tersebut ketika beliau menjual sayur secara kecil-kecilan di tepi jalan.

Menurut Steven, seorang pegawai Majlis Perbandaran Segamat (MPS) telah mengeluarkan saman RM50 kerana wanita itu tidak mempunyai lesen penjaja.

Walaupun Steven cuba merayu agar pegawai tersebut bertolak ansur, beliau dimaklumkan bahawa tindakan itu terpaksa dilakukan kerana mengikut peraturan.

Lebih menyedihkan, wanita itu turut diberitahu bahawa dia perlu memohon lesen bernilai ratusan ringgit sekiranya mahu terus berniaga.

“Jumlah itu tidak realistik untuk seseorang yang hanya menjual sedikit sayur beberapa kali sebulan,” tulis Steven.

Bagi wanita tersebut, menjual sayur itulah satu-satunya cara untuk menyara hidup. Jika lesen mahal itu diwajibkan, dia bukan sahaja kehilangan perniagaan kecilnya, malah kehilangan harapan.

sayur

Rayuan Yang Menjadi Tindakan

Steven kemudian meminta pandangan orang ramai tentang cara terbaik untuk membantu wanita berkenaan. Hantaran itu pantas tular dan sampai ke pengetahuan Ketua Pemuda MCA Segamat, Tay Kok Wea.

Beliau segera mengarahkan wakilnya ke lokasi untuk membayar denda RM50 tersebut bagi pihak wanita itu.

Dalam kenyataannya, Tay menegaskan bahawa tindakan itu bukan untuk meraih publisiti, sebaliknya demi membantu seorang warga emas yang hampir kehilangan punca rezeki.

sayuran

Tiada Lagi Denda, Harapan Baharu

Tay turut memaklumkan bahawa beliau telah berbincang dengan pihak penguatkuasaan MPS dan mengesahkan bahawa:

  • Tiada lagi denda akan dikenakan terhadap wanita itu

  • Wanita tersebut kini boleh terus menjual sayur tanpa rasa takut

  • Isu yuran lesen akan dibawa ke mesyuarat untuk dicadangkan bayaran simbolik

“Jika cadangan itu diluluskan, saya sendiri akan menanggung kos lesen tersebut,” katanya.

jual

Lebih Daripada Sekadar Denda

Kisah ini bukan sekadar tentang RM50, tetapi tentang maruah, belas kasihan dan keperluan sistem yang lebih adil kepada golongan miskin dan warga emas.

Ia mengingatkan kita bahawa di sebalik peraturan, masih perlu ada ruang untuk pertimbangan kemanusiaan.

Kadangkala, yang mereka perlukan bukan simpati — tetapi peluang untuk terus hidup dengan bermaruah.

Continue Reading

Kisah

“Bukan main garang bini kau bang…” Isteri Cemas Kereta ‘Hilang’, Suami Selamba Rakam

Published

on

Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

“Kereta Kita Mana?!” — Isteri Dah Cuak, Suami Kekal Tenang

Lepas ibu, isteri memang insan paling istimewa dalam hidup seorang lelaki. Bukan sekadar teman hidup, tapi tulang belakang yang setia dalam susah dan senang. Kadang-kadang cara suami menghargai isteri tu sampai another level—siap menyakat dulu sebelum bagi kejutan!

Baru-baru ini, tular di TikTok satu video lucu memaparkan gelagat seorang suami ‘prank’ isterinya. Dalam rakaman tersebut, pasangan ini dilihat baru selesai membeli-belah dan berjalan ke arah parkir. Sampai-sampai je, si isteri terus cuak—kereta mereka “hilang”! Dengan wajah panik, dia bertalu-talu tanya suami: “Kereta mana?”

 Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

Si suami pula kekal steady, tak banyak cakap… tapi sempat merakam setiap reaksi isterinya.

Rupa-Rupanya Kejutan, Hadiah Kereta Baharu

Twist sebenar: itu semua hanyalah rancangan lelaki berkenaan untuk menghadiahkan sebuah kereta baharu buat isteri tercinta. Patutlah tenang semacam—rupanya tengah tunggu momen paling ‘boom’ untuk didedahkan!

“Garang Juga Bini Kau…” — Netizen Terhibur

@ashraffahmadkamal Terima la hadiah sempena hari lahir isteriku yang tercinta. Segala penat lelah untuk anak dan rumahtangga kita, terima lah hadiah i yg tak seberapa ni. I harap u suka 😁 saya ni suka sakat sikit dan wife tahu kalau saya main-main. Jenuh nak cover🤣🤣 Akhirnya menjadi juga surprise untuk dia. Love you my love 😘 #evmalaysia #emas7 #protonemas #proton ♬ original sound – اشراف احمدكمال

Ruangan komen memang meriah. Ramai terhibur dengan reaksi spontan si isteri yang nampak “garang” sebab menyangka kereta mereka dicuri. Pada masa sama, ramai juga puji suami yang berani dan romantik dengan cara tersendiri.

Antara komen yang mencuri tumpuan:

komen

  • Bukan main garang bini kau, bang…

  • Alhamdulillah, hargai isteri sebaiknya.

  • Comel! So happy for you. Semoga bahagia selalu.

  • Doakan saya pun dapat surprise macam ni.

Bahagia Itu Bila Saling Menghargai

Rumah tangga ada pasang surut—ada manis, ada ujian. Tapi indahnya bila semuanya ditempuh berdua. Tak semestinya hadiah besar atau kata-kata manis; kadang usaha kecil yang lahir dari hati pun cukup membahagiakan. Bila suami isteri saling memahami dan menghargai, di situlah letaknya bahagia yang sebenar.

Sumber: TikTok @ashraffkamal_

Continue Reading

Kisah

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri – Luahan Pak Arief Buat Ramai Tersentak 😢”

Published

on

Rumah Warga Emas

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri” – Kisah Pak Arief Buat Ramai Tersentak

Apabila berbicara tentang rumah kebajikan warga emas, ramai antara kita cepat menilai bahawa penghuni di sana mungkin ditinggalkan oleh keluarga atau diabaikan oleh anak-anak. Namun, perkongsian seorang pekerja rumah kebajikan ini membuka sisi realiti yang jarang diperkatakan — bahawa tak semua warga emas ditinggalkan tanpa sebab.

“Saya dah rawat lebih 500 orang tua terlantar”

Menurut Pak Arief, yang sudah bertahun-tahun berkhidmat menjaga warga emas terlantar, dia pernah menguruskan lebih 500 penghuni sepanjang kerjayanya. Namun satu fakta yang mengejutkan ialah, 87% daripada mereka — kira-kira 300 orang — merupakan lelaki yang pernah menyakiti isteri sendiri ketika zaman muda.

“Saya bukan nak menghukum, tapi ini realiti yang saya lihat sendiri. Ramai antara mereka dulu pernah menduakan isteri, berkahwin lain, abaikan keluarga, atau tinggalkan anak-anak,” katanya.

Dulu kahwin lagi, sekarang tinggal sendiri

Ada antara mereka yang berkahwin lain demi nafsu, ada pula yang selingkuh dan mengabaikan anak-anak, sehinggalah akhirnya rumah tangga kedua pun tak kekal lama. Bila usia meningkat dan tiada siapa mahu jaga, barulah mereka sedar nilai kasih yang pernah disia-siakan.

“Bila jatuh terduduk, mereka cuba cari anak-anak dan bekas isteri semula. Tapi kebanyakannya tak lagi diterima. Anak-anak sudah lama menutup hati,” tambah Pak Arief dengan nada sayu.

Rumah Warga Emas

Secara psikologi, anak akan berpihak kepada ibu

Dari sudut psikologi, kata Pak Arief, anak-anak cenderung setia kepada ibu, terutama apabila melihat sendiri pengorbanan dan kesakitan yang ditanggung oleh si ibu selama bertahun-tahun.

Maka tidak hairanlah, ramai lelaki warga emas ini akhirnya berakhir di rumah kebajikan, bukan kerana anak tidak berhati perut, tetapi kerana luka lama yang belum sembuh.

“Anak-anak bukan berdendam, tapi mereka memilih untuk melindungi ibu. Mereka ingat setiap air mata, setiap malam ibu menangis. Itu yang membuat mereka sukar memaafkan,” ujarnya.

@mbak.butet Berdasarkan data, lansia terlantar yang diurus oleh Pak Arief Camra di Griya Lansia, ternyata saat mudanya melakukan ini… #GriyaLansia #GriyaLansiaMalang ♬ original sound – MbakButet – MbakButetAqsa

Pengajaran buat semua

Kisah yang dikongsikan oleh Pak Arief ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi sebagai peringatan kepada para suami dan ayah agar menghargai keluarga selagi diberi peluang.

Setiap tindakan hari ini akan membentuk bagaimana kita diperlakukan nanti — sama ada dengan kasih sayang, atau dengan sepi di penghujung usia.

“Jangan tunggu tua baru mahu bertaubat. Kerana kadang-kadang, bukan semua dosa mampu ditebus dengan air mata,” pesan Pak Arief.

Continue Reading

Trending