Connect with us

INFO

Ada Hadnya! Ibubapa Jangan Turuti Sangat Kehendak Anak Berlebihan, Elak Anak Jadi ‘BOSS’

Published

on

Ada Hadnya Ibubapa Jangan Turuti Sangat Kehendak Anak Berlebihan Elak Anak Jadi BOSS

Ada Hadnya! Ibubapa Jangan Turuti Sangat Kehendak Anak Berlebihan, Elak Anak Jadi ‘BOSS’

Dengan bergelar seorang mak dan ayah, kita pasti akan ikut kehendak anak-anak. Dengan kata lain, tak kisah anak nak itu atau ini, semuanya dituruti. Sayang anak katakan.

Memang setiap mak ayah sayang akan anak, zuriat keturunan. Namun, jangan terlalu ikut kehendak, bimbang esok-esok terlalu bergantung pada orang tua. Lebih teruk lagi bila anak jadi ‘tuan’ pada mak ayahnya.

Sebab itu, bila anak inginkan sesuatu, tidak salah ikut kehendak tapi janganlah keterlaluan. Ada hadnya.

Inilah yang dikongsikan oleh Aminah Mat Yusoff supaya mak ayah tidak terlalu ikut kehendak anak, boleh amalkan tip-tip ini.

Ikut Kehendak Anak, Ada Hadnya!

Sebelum anak menjadi “TUAN” kepada ibu ayah, amalkan tip ini.

1. Kawal Anak

Sediakan batas dan had yang perlu anak patuhi. Malang nasib ibu ayah jika hidup mereka dikawal oleh anak-anak.

Ibu ayah terpaksa hidup susah, menderita, kepenatan kerana memenuhi kehendak anak yang berlebihan. Hakikat yang perlu kita faham, bila anak menjadi raja. Pasti ibu ayah dianggap seperti hamba. Minta di jauhkan.

Bijaklah melayan karenah anak, semoga mereka membesar bagai juara. Membela kita, menjaga kita dan hadiahkan syurga buat kita.

2. Didikan Melalui Teladan

Apa ibu ayah buat, cakap, lazimi dalam kehidupan, itulah contoh dan disiplin yang akan anak-anak ikut.

Nak anak pandai menghormati, ibu ayah mesti saling menghormati dan hadam dengan tanggungjawab.

Kalau nak anak sopan dan beradab, ibu ayah mesti kawal segala sifat mazmumah, kata-kata kesat dan perbuatan mencarut.

Ada ibu ayah cakap, “Kami manusia, bukan malaikat, pasti buat silap. Kadang-kadang bergaduh depan anak. Marah isteri, pukul isteri. Isteri pula lawan cakap suami.

Betul, semua orang buat silap. Tetapi sebaik-baik kesilapan adalah ungkapan maaf. Bergaduh depan anak, bermaafan pun depan anak.

3. Tegas

Kena ada tapi ada batas, bukan macam gangster cari gaduh. Kelak anak pun jadi macam gangster dan suka buli kawan. Kurangkan jerit pada anak, ia menyebabkan ibu ayah stres. Suara yang perlahan dengan intonasi yang bermakna itu lebih anak-anak faham dan respect.

4. Wujudkan Sunnah Dalam Keluarga

Dekati Al-Qur’an, ajar anak hidupkan Sunnah Nabi. Cara makan, minum, tidur dan segala rutin harian yang diajar oleh Rasulullah SAW.

5. Bacaan Ma’thurat

Lazimi bacaan ma’thurat pagi petang sejak anak masih kecil. Anak akan membesar sebagai seorang yang berjiwa kental, berani, rohani yang terisi, cenderung melakukan kebaikan. Paling penting melaksanakan solat tanpa disuruh.

6. Ajar Kemahiran

Kebanyaknya skill dan kemahiran kepada anak, bukan sekadar teori. Anak yang tidak miliki kemahiran dalam ikhtiar hidup akan selamanya bergantung harap pada ibu ayah.

7. Berpada-Pada Bila Bagi Kesenangan

Biar anak belajar hidup susah, merasai betapa sukarnya untuk dapatkan sesuap nasi. Ia akan mendidik mereka supaya lebih pandai menghargai dan berusaha untuk hidup berdikari. Kemewahan hidup yang tiada batasan hanya merosakkan. Menjadikan anak manja, sombong, ego, tiada hati perut dan melawan cakap ibu ayah

Sabar, tidak pernah merasa penat dan sentiasa istiqamah mendidik anak-anak itulah kunci kepada ibu ayah yang berjaya.

Majalah ilmu: Moga ia bermanfaat untuk mak ayah. Semoga anda dapat mendidik anak anda menjadi seorang generasi muda yang berguna pada masa hadapan, menjadi anak yang berguna kepada ibubapa, agama, bangsa dan negara, Insyallah.

Sumber: Aminah Mat Yusoff / Mingguan Wanita

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO

Tragedi KKEC UiTM Jengka: Seorang Pelajar Meninggal Dunia, 8 Tidak Sedarkan Diri

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260908 051438 0000

Tragedi KKEC UiTM Jengka: Seorang Pelajar Meninggal Dunia, 8 Tidak Sedarkan Diri

(more…)

Continue Reading

INFO

Kanak-Kanak 2 Tahun Berlumuran Darah Digigit 5 Anjing Liar Di Batu Pahat

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260906 233535 0000

Kanak-Kanak 2 Tahun Berlumuran Darah Digigit 5 Anjing Liar Di Batu Pahat

Tragedi menyayat hati menimpa seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun, Nur Hairah Watikah Mohammad Hamizi, selepas ditemui berlumuran darah akibat diserang lima ekor anjing liar.

​Kejadian yang amat membimbangkan itu dipercayai berlaku di Kampung Tambak, Peserai, Batu Pahat. Menurut sumber, mangsa ditinggalkan sementara di bawah jagaan neneknya kerana ibu bapa kanak-kanak tersebut mempunyai urusan kerja di Johor Bahru.

​Sungguh tidak disangka, dugaan berat melanda keluarga ini apabila kanak-kanak sekecil itu terdedah kepada ancaman kawan anjing liar.

​Insiden ini menjadi peringatan mendalam buat kita semua tentang bahaya haiwan liar yang berkeliaran di kawasan kediaman.

LANGKAH KECEMASAN JIKA DIGIGIT ANJING LIAR

​Sekiranya berdepan situasi digigit atau diserang anjing, tindakan pantas amat penting untuk mengelakkan risiko jangkitan serius atau rabies:

  • Cuci Luka Segera: Basuh kawasan gigitan menggunakan air mengalir dan sabun selama sekurang-kurangnya 15 minit.
  • Kawal Pendarahan: Tekan bahagian luka dengan kain bersih untuk menghentikan pendarahan.
  • Dapatkan Rawatan Segera: Bawa mangsa terus ke hospital atau klinik terdekat bagi mendapatkan suntikan rawatan tetanus, vaksin rabies, dan rawatan pembersihan luka secara profesional.

PERANAN KOMUNITI DAN KESELAMATAN

  • Pastikan Pintu Pagar Sentiasa Ditutup: Awasi pergerakan anak-anak kecil dan pastikan persekitaran rumah selamat.
  • Laporkan Anjing LiarBerkeliaran: Hubungi pihak berkuasa tempatan (PBT) atau Pejabat Kesihatan Daerah untuk tindakan kawalan anjing liar di kawasan perumahan.
  • Didik Langkah Keselamatan: Ingatkan ahli keluarga agar tidak mendekati, mengusik, atau berlari secara mendadak apabila ternampak kumpulan anjing liar.

​Sama-sama kita mendoakan agar adik Nur Hairah Watikah diberikan kesembuhan segera dan dipermudahkan segala urusan rawatan. Semoga keluarga beliau diberikan ketabahan hadapi ujian ini.

​Kredit: Portal Buletin TV3 via kisah dunia

Majalah ilmu

Continue Reading

INFO

Misteri Parcel Berbau Busuk: Jiran Minta Tolong Angkat, Rupanya Berisi Mayat Wanita Dibalut Rapi

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260906 223831 0000

Misteri Parcel Berbau Busuk: Jiran Minta Tolong Angkat, Rupanya Berisi Mayat Wanita Dibalut Rapi

​Pengalaman diminta membantu jiran pada awal pagi bertukar menjadi detik paling mengerikan apabila sebuah parcel yang kelihatan biasa rupa-rupanya menyembunyikan rahsia satu kes pembunuhan kejam.

​Kejadian yang gempar ini bermula apabila seorang jiran mengetuk pintu rumah untuk meminta bantuan memindahkan sebuah parcel yang panjang dan sangat berat. Pembungkusannya kelihatan agak mencurigakan kerana dibalut rahim dengan pita pelekat (sellotape) berlapis-lapis.

​Bila ditanya mengenai isi kandungan parcel berkenaan, jiran tersebut hanya menjawab dengan tenang bahawa ia hanyalah besi dan pakaian-pakaian lama.

Tangan Terkeluar Dari Kotak

​Satu lagi pendedahan daripada pemandu yang diminta menghantar barang tersebut menyatakan bahawa dia sudah terhidu bau busuk yang amat menyengat sepanjang perjalanan. Kerana rasa takut dan ragu-ragu untuk membukanya sendiri, pemandu berkenaan bertindak meninggalkan parcel tersebut di tepi jalan.

​Namun, misteri itu akhirnya terbongkar sepenuhnya apabila tangan mangsa tiba-tiba terkeluar dari kotak berkenaan. Identiti mayat wanita yang sudah membusuk itu kemudiannya disahkan sebagai Siti Maimunah, berumur 41 tahun.

Suspek Berjaya Ditangkap Dalam Masa 6 Jam

​Bertindak atas maklumat dan penemuan ngeri itu, pihak polis segera menjalankan siasatan secara pantas. Hasil kecekapan pasukan keselamatan, suspek utama kes pembunuhan ini berjaya ditangkap hanya dalam tempoh 6 jam selepas mayat mangsa ditemui.

​Kejadian ini menjadi peringatan keras kepada masyarakat agar sentiasa berwaspada dengan persekitaran dan tidak mudah terpedaya dengan permintaan bantuan yang mencurigakan.

​Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga mangsa. Semoga proses keadilan untuk mendiang dapat ditegakkan dengan seadil-adilnya.

Kredit Infomasi: Portal Liputan6 & Detik News via kisah dunia

Majalah ilmu

Continue Reading

Trending