Connect with us

INFO

Cara Meneruskan Membuat Simpanan Sendiri KWSP

Published

on

Cara Meneruskan Membuat Simpanan Sendiri KWSP

Pada waktu pan demik ini ramai yang diberhentikan kerja dan kehilangan sumber pencarian rezeki. Dengan itu ramai yang memutuskan untuk bekerja sendiri demi kelangsungan hidup seperti berniaga online. Kebanyakan semua pekerja akan ada simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja {KWSP} untuk kegunaan hari tua.

Sebaiknya walau pun tiada caruman automatik secara potongan gaji teruskanlah menyimpan walaupun sedikit. Supaya simpanan berterusan dan ada tambahan dividen.

Untuk membuat caruman ini sangatlah mudah. Bagi pengguna Maybank boleh ikut step ini. Jumlah terserah kita, serendah RM10 pun boleh.

Panduan untuk buat simpanan KWSP melalui Maybank ini boleh ikut perkongsian Mastura Akhbar dan juga vanillakismis.

Cara buat self contribution EPF guna Maybank2u

1. Buka laman web Maybank, ini Maybank2u Classic . Masuk username dan id .

Capture2

2. Pergi ke investment .

181425571 3996344980432413 8234795553642810144 n

3. Pergi ke EPF.

181075369 3996344890432422 2103036448603585019 n

4. Untuk yang belum daftar, pilih open EPF . Masukkan nombor EPF/KWSP dan detail lain yang diperlukan. Nanti detail akan kekal di situ, jadi jika mahu mencarum bulan seterusnya boleh tekan Registered Payment.

Untitled design 24

5. Ini caruman yang dah dibuat sendiri, tak perlu TAC pun.

182722800 3996345773765667 6690169212367856641 n

6. Jumlah ini akan tertera dalam i akaun EPF dalam masa 3 hari bekerja. Nanti boleh semak selepas 3 hari bekerja.

181810100 3996344780432433 8617267681358289942 n

Majalah ilmu: Dengan ini harap sedikit dapat membantu anda untuk memudahkan urusan untuk terus membuat simpanan KWSP anda sendiri. Semoga kita semua didalam perlindungan oleh Allah SWT dan semoga Co vid ini segera berakhir Aamiin.

Semoga bermanfaat

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO

Tragedi KKEC UiTM Jengka: Seorang Pelajar Meninggal Dunia, 8 Tidak Sedarkan Diri

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260908 051438 0000

Tragedi KKEC UiTM Jengka: Seorang Pelajar Meninggal Dunia, 8 Tidak Sedarkan Diri

(more…)

Continue Reading

INFO

Kanak-Kanak 2 Tahun Berlumuran Darah Digigit 5 Anjing Liar Di Batu Pahat

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260906 233535 0000

Kanak-Kanak 2 Tahun Berlumuran Darah Digigit 5 Anjing Liar Di Batu Pahat

Tragedi menyayat hati menimpa seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun, Nur Hairah Watikah Mohammad Hamizi, selepas ditemui berlumuran darah akibat diserang lima ekor anjing liar.

​Kejadian yang amat membimbangkan itu dipercayai berlaku di Kampung Tambak, Peserai, Batu Pahat. Menurut sumber, mangsa ditinggalkan sementara di bawah jagaan neneknya kerana ibu bapa kanak-kanak tersebut mempunyai urusan kerja di Johor Bahru.

​Sungguh tidak disangka, dugaan berat melanda keluarga ini apabila kanak-kanak sekecil itu terdedah kepada ancaman kawan anjing liar.

​Insiden ini menjadi peringatan mendalam buat kita semua tentang bahaya haiwan liar yang berkeliaran di kawasan kediaman.

LANGKAH KECEMASAN JIKA DIGIGIT ANJING LIAR

​Sekiranya berdepan situasi digigit atau diserang anjing, tindakan pantas amat penting untuk mengelakkan risiko jangkitan serius atau rabies:

  • Cuci Luka Segera: Basuh kawasan gigitan menggunakan air mengalir dan sabun selama sekurang-kurangnya 15 minit.
  • Kawal Pendarahan: Tekan bahagian luka dengan kain bersih untuk menghentikan pendarahan.
  • Dapatkan Rawatan Segera: Bawa mangsa terus ke hospital atau klinik terdekat bagi mendapatkan suntikan rawatan tetanus, vaksin rabies, dan rawatan pembersihan luka secara profesional.

PERANAN KOMUNITI DAN KESELAMATAN

  • Pastikan Pintu Pagar Sentiasa Ditutup: Awasi pergerakan anak-anak kecil dan pastikan persekitaran rumah selamat.
  • Laporkan Anjing LiarBerkeliaran: Hubungi pihak berkuasa tempatan (PBT) atau Pejabat Kesihatan Daerah untuk tindakan kawalan anjing liar di kawasan perumahan.
  • Didik Langkah Keselamatan: Ingatkan ahli keluarga agar tidak mendekati, mengusik, atau berlari secara mendadak apabila ternampak kumpulan anjing liar.

​Sama-sama kita mendoakan agar adik Nur Hairah Watikah diberikan kesembuhan segera dan dipermudahkan segala urusan rawatan. Semoga keluarga beliau diberikan ketabahan hadapi ujian ini.

​Kredit: Portal Buletin TV3 via kisah dunia

Majalah ilmu

Continue Reading

INFO

Misteri Parcel Berbau Busuk: Jiran Minta Tolong Angkat, Rupanya Berisi Mayat Wanita Dibalut Rapi

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260906 223831 0000

Misteri Parcel Berbau Busuk: Jiran Minta Tolong Angkat, Rupanya Berisi Mayat Wanita Dibalut Rapi

​Pengalaman diminta membantu jiran pada awal pagi bertukar menjadi detik paling mengerikan apabila sebuah parcel yang kelihatan biasa rupa-rupanya menyembunyikan rahsia satu kes pembunuhan kejam.

​Kejadian yang gempar ini bermula apabila seorang jiran mengetuk pintu rumah untuk meminta bantuan memindahkan sebuah parcel yang panjang dan sangat berat. Pembungkusannya kelihatan agak mencurigakan kerana dibalut rahim dengan pita pelekat (sellotape) berlapis-lapis.

​Bila ditanya mengenai isi kandungan parcel berkenaan, jiran tersebut hanya menjawab dengan tenang bahawa ia hanyalah besi dan pakaian-pakaian lama.

Tangan Terkeluar Dari Kotak

​Satu lagi pendedahan daripada pemandu yang diminta menghantar barang tersebut menyatakan bahawa dia sudah terhidu bau busuk yang amat menyengat sepanjang perjalanan. Kerana rasa takut dan ragu-ragu untuk membukanya sendiri, pemandu berkenaan bertindak meninggalkan parcel tersebut di tepi jalan.

​Namun, misteri itu akhirnya terbongkar sepenuhnya apabila tangan mangsa tiba-tiba terkeluar dari kotak berkenaan. Identiti mayat wanita yang sudah membusuk itu kemudiannya disahkan sebagai Siti Maimunah, berumur 41 tahun.

Suspek Berjaya Ditangkap Dalam Masa 6 Jam

​Bertindak atas maklumat dan penemuan ngeri itu, pihak polis segera menjalankan siasatan secara pantas. Hasil kecekapan pasukan keselamatan, suspek utama kes pembunuhan ini berjaya ditangkap hanya dalam tempoh 6 jam selepas mayat mangsa ditemui.

​Kejadian ini menjadi peringatan keras kepada masyarakat agar sentiasa berwaspada dengan persekitaran dan tidak mudah terpedaya dengan permintaan bantuan yang mencurigakan.

​Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga mangsa. Semoga proses keadilan untuk mendiang dapat ditegakkan dengan seadil-adilnya.

Kredit Infomasi: Portal Liputan6 & Detik News via kisah dunia

Majalah ilmu

Continue Reading

Trending