Connect with us

INFO

Usah Ma rah Si Kecil Kalau Dia Buat 6 Hal Ini.

Published

on

Jangan Marah Si Kecil Kalau Dia Buat 6 Hal Ini.

Usah Ma rah Si Kecil Kalau Dia Buat 6 Hal Ini.

Sebagai seorang ibu dan ayah, kita semestinya idamkan anak-anak kita menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Kita idamkan anak-anak kita mendapat pendidikan baik, juga dapat ditawarkan kerja yang baik dan menjalani kehidupan yang baik. Menjaga anak semasa kecil memang mempunyai pelbagai cabaran dan kerenahnya.Seringkali mak dan ayah naik angin di buatnya. Namun tahukah anda? Jika anak kecil kita melakukan hal ini ibuayah disarankan ” Jangan Marah”.

1. Banyak bertanya.

anak101

Bersyukurlah kalau anak anda jenis suka bertanya banyak soalan. Jangan cepat herdik atau menyuruhnya diam. Layankan sahaja soalan daripadanya. Sebenarnya anak anda sedang cuba mendapatkan perhatian daripada anda.

2. Bermain dengan makanan.

bayi comot sepah makan

Secara spontan anda pasti akan menjerit apabila melihat si kecil sudah comot satu muka dengan makanan yang anda hidangkan kepadanya. tetapi jika anda boleh bertenang sekiranya berhadapan dengan situasi ini, ketahuilah yang anak anda sebenarnya seorang yang bijak. erasaan ingin tahu anak terlalu tinggi hingga membuatkan dia terasa hendak mencuba sesuatu yang dirasakan menyeronokan.

3. Membaling objek

Untitled

Pernahkah anda mengalami situasi dibaling objek seperti botol susu, telefon bimbit, remote tv dan lain2 lagi, oleh si kecil ? Ia sebenarnya salah satu cara anak kecil mengekspresi perasaan sayangnya kepada ibu dan ayah. Sebaliknya anda beritahu anak jangan ulang perkara itu lagi dan dalam masa yang sama ajarkan dia cara yang betul untuk memangil orang lain.

4. Menunjukkan kreativiti

Kadangkala sudah puas anda memuji dan menyatakan kekaguman atau hasil lukisan atau kerja kreatifnya tetapi dia tetapbertanyakan sama ada cantik atau tidak anak anda sebenarnya sedang mencari keyakinan diri. Pujian anda memberikan dia keyakinan untuk menjadi yang lebih baik.

5. Bermain bersama

Adakalanya anak suka mengajak anda bermain bersamanya. Janganlah anda menolak ajakan si kecil. Sesekali apa salahnya layan dia bermain walaupun anak perempuan anda mengajak si ayah bermain masak-masak atau mekap-mekap sementaraanak lelaki pula mengajak ibu mereka sepak bola. Itu tandanya anak sangat sayang akan ibu dan ayah dan inginmemasukkan anda dalam watak alam permainannya.

6. Buat ragam

Di kala anda sedang mengejar masa, anak pula buat hal seperti engan turun dari kereta apabila sudah sampai ke taska atau tertinggal barang sekolah dan menangis dalam perjalanan dan bermacam aneka ragam si kecil persembahkan.Semuanya dilakukan semata-mata mahukan perhatian dan masa yang lebih bersama anda. Jadi janganlah segera menghukumnya kerana ia hanya akan menambahkan lagi kesedihannya. Pujuk dan cakaplah dalam nada yang lembut supaya anak belajar memahami situasi anda.

Apa Kata Anda? Lontar kan pendapat dan pandangan anda di ruang komen dibawah. Segala pandangan dan pendapat anda kami hargai. Terima kasih. @Majalah ilmu.

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO

Bapa Dua Anak Dipuji, Pulangkan Gelang Emas RM15,000 Ditemui Sewaktu Bekerja

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260911 002606 0000

Bapa Dua Anak Dipuji, Pulangkan Gelang Emas RM15,000 Ditemui Sewaktu Bekerja

MELAKA — Nilai kejujuran dan amanah terus menjadi bukti bahawa integriti tidak bergantung kepada jawatan atau ganjaran. Sikap murni ini ditunjukkan oleh seorang pekerja pembersihan di Muzium Samudera, Banda Hilir, yang memulangkan seutas gelang emas bernilai tinggi yang ditemuinya di kawasan kerja.

​Tengku Anddy Asmawi Tengku Ahamad, 28, yang baru dua bulan berkhidmat di muzium berkenaan, tidak berfikir panjang untuk menyerahkan barang kemas tersebut kepada pihak pengurusan muzium sejurus menemuinya.

​Kronologi Penemuan

Penemuan Awal Pagi: Barang kemas seberat 25 gram itu dianggarkan bernilai RM15,000. Beliau menemuinya sekitar jam 7 pagi sewaktu menjalankan tugas pembersihan rutin di sekitar kawasan muzium.

Penyerahan Kepada Pihak Berkuasa Muzium: Tanpa teragak-agak, beliau terus menyerahkan gelang tersebut kepada Pembantu Khidmat Am Muzium Samudera, Khairuddin Mohamad Yusop, untuk tindakan susulan.

Penyimpanan Selamat: Barangan berkenaan disimpan secara selamat sebelum dimaklumkan kepada pegawai bertugas Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) bagi tujuan pengesahan pemilik.

​”Mencari Rezeki Berkat Untuk Keluarga”

​Mengulas mengenai tindakannya, bapa kepada dua orang anak itu menegaskan bahawa prinsip mencari rezeki yang berkat untuk isteri dan anak-anak menjadi pegangan utamanya.

“Tak ada rambang mata dan tidak fikir apa-apa. Saya nampak gelang emas itu, terus bagi kepada staf. Kenapa saya pulangkan? Sebab amanah. Itu tanggungjawab kita dalam kerja,” katanya ketika ditemui di muzium berkenaan.

​Sebelum berkhidmat di Melaka, beliau pernah bekerja sebagai tukang kebun di sebuah muzium di Terengganu sebelum berpindah mengikut isterinya yang berasal dari Melaka.

​Budaya Amanah Di Perbadanan Muzium Melaka

​Pihak Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) sentiasa menerapkan nilai integriti dan kejujuran dalam kalangan warga kerjanya. Menurut wakil muzium, sebarang barangan tertinggal milik pelawat seperti beg tangan mahupun telefon bimbit sentiasa disimpan rapi sehingga dituntut semula oleh pemilik asal.

​Gelang emas berkenaan dijangka dituntut oleh pemiliknya yang berasal dari Kuala Lumpur.

Continue Reading

INFO

Guna Hukuman Kasar Sampai Lebam & Pecah Bibir, Cikgu Fadli Salleh Buat Laporan SISPAA Terhadap Guru Subjek

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260910 235351 0000

Isu Hukuman Kasar Di Sekolah: Pentingnya Menjaga Keselamatan Anak-Anak Dan Saluran Aduan Yang Betul

​Isu disiplin dan keselamatan murid di sekolah primary sentiasa menjadi perhatian utama para ibu bapa dan warga pendidik. Baru-baru ini, tular pendedahan daripada bekas pendidik, Mohd Fadli Salleh, berkenaan tindakan hukuman fizikal yang keterlaluan terhadap murid sekolah rendah.

​Antara ringkasan pendedahan dan iktibar yang boleh diambil daripada kejadian ini:

​📌 Kronologi Ringkas Kejadian

• Pendedahan mendakwa murid-murid di sebuah sekolah rendah berdepan tindakan fizikal yang keras daripada seorang guru subjek Sains, termasuk lempangan, ketukan di kepala, hingga meninggalkan kesan lebam pada pipi.

• Difahamkan, tindakan tersebut berlaku berulang kali dan turut melibatkan beberapa murid lain di tahap satu.

​📌 Pendekatan Profesional Ibu Bapa

Saluran Aduan Rasmi: Daripada mengambil tindakan melampau, langkah melaporkan terus melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) digunakan agar siasatan telus dapat dijalankan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Perbincangan Bersama Pentadbir: Pertemuan bersama Guru Besar dan Penolong Kanan (PK) Petang dijalankan bagi mendapatkan kepastian dan memastikan keselamatan murid sentiasa terjamin.

​📌 Respon Pihak Sekolah & PPD

• Pihak pentadbir sekolah dipuji atas sikap terbuka, prihatin, dan pantas menerima aduan demi kesejahteraan murid.

• Guru berkenaan juga telah dipanggil oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk tindakan siasatan lanjut mengikut garis panduan yang ditetapkan.

​💡 Pengajaran Untuk Semua

Ketegasan dalam mendidik amat penting, namun ia mestilah berlandaskan panduan disiplin yang ditetapkan oleh kementerian. Kerjasama yang mesra dan matang antara ibu bapa, pihak sekolah, serta PPD sangat krusial dalam menyelesaikannya secara berhemah demi kebaikan anak-anak.

Continue Reading

INFO

Tragedi KKEC UiTM Jengka: Seorang Pelajar Meninggal Dunia, 8 Tidak Sedarkan Diri

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260908 051438 0000

Tragedi KKEC UiTM Jengka: Seorang Pelajar Meninggal Dunia, 8 Tidak Sedarkan Diri

(more…)

Continue Reading

Trending