INFO
10 Manafaat Intipati Belanjawan Tahun 2020 kepada rakyat.

10 Manafaat Intipati Belanjawan Tahun 2020 kepada rakyat.
Manafaat Intipati Belanjawan Tahun 2020 kepada rakyat malaysia. Majalah ilmu ringkaskan serba sedikit intipati belanjawan tahun 2020 yang telah di bentangkan oleh menteri kewangan, YAB Lim Guan Eng jumaat, 11 Oktober 2019.
1.Bantuan Sara Hidup 2019 (BSH)
- Kerajaan akan meneruskan dan menambahbaik Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada B40 dengan memberikan bantuan secara lebih bersasar.
- Isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah akan menerima bantuan berjumlah RM1,000.
- Isi rumah berpendapatan bulanan dari RM2,001 hingga RM3,000 ke bawah akan menerima bantuan berjumlah RM750.
- Isi rumah berpendapatan bulanan dari RM3,001 hingga RM4,000 akan menerima bantuan berjumlah RM500.
- Kerajaan akan memperkenalkan kadar tambahan BSH sebanyak RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah terhad kepada 4 orang, kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur mereka.
2. i-SURI KWSP
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) iSURI. Melalui skim ini, Kerajaan akan menyediakan geran padanan RM40 setiap bulan sebagai insentif kepada suami penyayang yang mencarum dengan kadar minimum RM5 sebulan kepada simpanan persaraan isteri.
3. Subsidi Minyak Petrol Kereta Dan Motosikal
- Subsidi minyak secara bersasar kepada pihak memiliki sebuah kereta sahaja yang berkapasiti enjin 1,500cc dan ke bawah atau motosikal berkapasiti enjin 125cc dan ke bawah.
- Kerajaan akan memberi subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter bagi motosikal.
- RM2 bilion diperuntukkan dan dijangka dapat memanfaatkan seramai 4 juta pemilik kereta dan 2.6 juta pemilik motosikal.
- Barangan yang terlibat adalah tepung gandum, gula bertapis dan minyak masak dalam paket 1kg, serta beras tempatan 15% hancur pek 10kg, Petrol RON95, diesel dan LPG.
4.Subsidi Elektrik
Subsidi bil elektrik bulanan (Rebat Bil Elektrik) hanya dikhususkan kepada golongan miskin dan miskin tegar yang berdaftar dengan program eKasih, kadar subsidi ditingkatkan kepada RM40 sebulan dan memanfaatkan 185,000 akaun. Peruntukan sebanyak RM80 juta disediakan.
5.KWSP
Bagi menggalakkan peluang pekerjaan bagi rakyat Malaysia yang berumur 60 ke atas, kerajaan mencadangkan supaya caruman mandatori KWSP bagi majikan dikurangkan daripada 6% kepada 4%.
6.Bayaran Khas Penjawat Awam
- Kerajaan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia atas sumbangan mereka dalam menjamin keselamatan serta keamanan negara. Sebagai tanda penghargaan kepada usaha dan dedikasi kesemua penjawat awam semasa melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada mereka, Kerajaan mencadangkan bayaran khas sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam gred 54 dan bawah.
Bayaran khas sebanyak RM250 juga akan diberi kepada pesara kerajaan. Jumlah bayaran khas ini adalah sebanyak RM1 bilion. Berbanding dengan pentadbiran dahulu yang lazimnya menyalurkan bayaran khas pada tahun depan, Kerajaan Pakatan Harapan ini akan menyalurkan bayaran khas sebelum hujung tahun 2018 ini.
7.Penggajian/ Pencen/ Kesihatan
- Bagi memastikan bekas banduan tidak ketinggalan dalam arus pembangunan serta dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, potongan cukai tambahan diberi kepada syarikat yang menggaji pekerja dalam kategori ini.
- Pemberian bantuan sebanyak RM500 secara oneoff kepada pesara yang masih menerima pencen kurang daripada satu ribu ringgit
- Kerajaan memperuntukkan RM10 juta setahun untuk memanjangkan kemudahan perubatan kepada ibu bapa pegawai lantikan kontrak.
- Kerajaan mencadangkan kenaikan gaji minimum kepada RM1,100 di seluruh Malaysia mulai 1 Januari 2019.
- Kerajaan melalui usahasama dengan syarikat insurans swasta, akan memperkenalkan Dana Perlindungan Kesihatan Nasional B40.
- Menyediakan perlindungan percuma kesihatan ke atas 4 penyakit kritikal utama sehingga RM8,000 dan maksimum 14 hari pendapatan gantian semasa rawatan hospital pada kadar RM50 sehari atau bersamaan RM700 setahun.
- Kerajaan akan memperuntukkan hampir RM29 bilion untuk perkhidmatan kesihatan yang merupakan peningkatan sebanyak 7.8% berbanding tahun lepas.
- Meneruskan program saringan percuma pengesanan kanser payudara (mamogram), program vaksinasi HPV dan ujian saringan Pap Smear di hospital dan klinik Kerajaan dengan peruntukan sebanyak RM20 juta.
- Menyediakan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi rawatan penyakit jarang jumpa, rawatan virus Hepatitis C, program menangani masalah pertumbuhan bantut di kalangan kanakkanak, menyediakan saringan dan peluasan rawatan haemodialisis serta Enhanced Primary Healthcare (EnPHC).
- Kementerian Kesihatan telah mensasarkan tahun 2045 ke arah Malaysia Bebas Asap Rokok. Oleh itu, Kementerian akan memperluaskan kawasan larangan merokok melibatkan semua restoran atau kedai makanan yang akan diwartakan mulai 1 Januari 2019
8. PTPTN
- Pembayaran balik PTPTN dengan cara potongan gaji berjadual antara 2% hingga 15% daripada pendapatan bulanan peminjam berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan.
- Layanan pelepasan cukai pendapatan individu bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM8,000
- Potongan pinjaman kepada pelajar daripada isi rumah B40 yang mendapat keputusan kelas pertama.
- Menghapus kira baki hutang kepada peminjam yang berusia 60 tahun dan ke atas dan berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan. Ini memanfaatkan 350 peminjam dengan kos RM4.2 juta.
9. BAJET PENDIDIKAN
- Kementerian Pendidikan adalah penerima peruntukan yang terbesar berjumlah RM60.2 bilion atau 19.1% daripada keseluruhan perbelanjaan Kerajaan tahun 2019.
- Peruntukan bagi bantuan pendidikan berjumlah RM2.9 bilion untuk membantu golongan yang miskin melalui bekalan makanan, buku teks dan bantuan tunai.
Menaikkan taraf dan menyelenggara semua sekolah dengan peruntukan RM652 juta berbanding RM615 juta tahun 2018.
- *Sekolah Kebangsaan – RM250 juta;
- SJKC – Sekolah Jenis Kebangsaan Cina – RM50 juta;
- *Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) – RM50 juta;
- *Sekolah Berasrama Penuh – RM50 juta;
- *Maktab Rendah Sains Mara – RM50 juta;
- *Sekolah Agama Bantuan Kerajaan – RM50 juta;
- *Sekah Mubaligh – RM50 juta;
- *Sekolah Tahfiz – RM50 juta;
- *Sekolah Pondok yang berdaftar – RM25 juta;
- *Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) atau Conforming School – RM15 juta; dan
- *Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) – RM12 juta.
- Menyediakan peruntukan sebanyak RM100 juta bagi pembinaan semula sekolah daif di seluruh negara.
- Memperuntukkan RM206 juta untuk membangun dan menyediakan program latihan di politeknik dan kolej komuniti.
- Peruntukan sebanyak RM30 juta disediakan untuk dana ini. Di samping itu, peruntukan RM20 juta disediakan bagi meningkatkan kompetensi belia melalui Program Bootcamp berkaitan TVET.
- Memperkasa aktiviti penyelidikan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan peruntukan RM400 juta.
- Meneruskan pemberian biasiswa dan pinjaman pelajaran dengan peruntukan RM3.8 bilion di mana RM2 bilion diperuntukan khusus kepada pelajar Bumiputera tajaan MARA.
- Kerajaan memperuntukkan RM17.5 juta kepada Malaysia Professional Accountancy Centre (MyPAC) untuk mengeluarkan 600 akauntan Bumiputera yang diiktiraf dalam jangka masa 5 tahun.
10. INTIPATI BAJET AGAMA
- Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.2 bilion bagi tahun 2019 berbanding RM1.1 bilion tahun 2018 bagi memastikan kemajuan syiar Islam tidak terjejas.
- Sejumlah RM150 juta disediakan bagi melaksanakan program termasuk pembinaan masjid dan surau di seluruh negara. Ini termasuklah inisiatif ‘Khaira Ummah’ untuk melahirkan lebih ramai profesional di kalangan huffaz dan modul pembelajaran agama dengan penggunaan braille.
Ini adalah ringaksan daripada belanjawan 11/10/2019. Apa Pandangan anda?
Apa Kata Anda? Lontar kan pendapat dan pandangan anda di ruang komen dibawah. Segala pandangan dan pendapat anda kami hargai. Terima kasih. @Majalah ilmu.
INFO
Bapa Dua Anak Dipuji, Pulangkan Gelang Emas RM15,000 Ditemui Sewaktu Bekerja

Bapa Dua Anak Dipuji, Pulangkan Gelang Emas RM15,000 Ditemui Sewaktu Bekerja
MELAKA — Nilai kejujuran dan amanah terus menjadi bukti bahawa integriti tidak bergantung kepada jawatan atau ganjaran. Sikap murni ini ditunjukkan oleh seorang pekerja pembersihan di Muzium Samudera, Banda Hilir, yang memulangkan seutas gelang emas bernilai tinggi yang ditemuinya di kawasan kerja.
Tengku Anddy Asmawi Tengku Ahamad, 28, yang baru dua bulan berkhidmat di muzium berkenaan, tidak berfikir panjang untuk menyerahkan barang kemas tersebut kepada pihak pengurusan muzium sejurus menemuinya.
Kronologi Penemuan
Penemuan Awal Pagi: Barang kemas seberat 25 gram itu dianggarkan bernilai RM15,000. Beliau menemuinya sekitar jam 7 pagi sewaktu menjalankan tugas pembersihan rutin di sekitar kawasan muzium.
Penyerahan Kepada Pihak Berkuasa Muzium: Tanpa teragak-agak, beliau terus menyerahkan gelang tersebut kepada Pembantu Khidmat Am Muzium Samudera, Khairuddin Mohamad Yusop, untuk tindakan susulan.
Penyimpanan Selamat: Barangan berkenaan disimpan secara selamat sebelum dimaklumkan kepada pegawai bertugas Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) bagi tujuan pengesahan pemilik.
”Mencari Rezeki Berkat Untuk Keluarga”
Mengulas mengenai tindakannya, bapa kepada dua orang anak itu menegaskan bahawa prinsip mencari rezeki yang berkat untuk isteri dan anak-anak menjadi pegangan utamanya.
“Tak ada rambang mata dan tidak fikir apa-apa. Saya nampak gelang emas itu, terus bagi kepada staf. Kenapa saya pulangkan? Sebab amanah. Itu tanggungjawab kita dalam kerja,” katanya ketika ditemui di muzium berkenaan.
Sebelum berkhidmat di Melaka, beliau pernah bekerja sebagai tukang kebun di sebuah muzium di Terengganu sebelum berpindah mengikut isterinya yang berasal dari Melaka.
Budaya Amanah Di Perbadanan Muzium Melaka
Pihak Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) sentiasa menerapkan nilai integriti dan kejujuran dalam kalangan warga kerjanya. Menurut wakil muzium, sebarang barangan tertinggal milik pelawat seperti beg tangan mahupun telefon bimbit sentiasa disimpan rapi sehingga dituntut semula oleh pemilik asal.
Gelang emas berkenaan dijangka dituntut oleh pemiliknya yang berasal dari Kuala Lumpur.
INFO
Guna Hukuman Kasar Sampai Lebam & Pecah Bibir, Cikgu Fadli Salleh Buat Laporan SISPAA Terhadap Guru Subjek

Isu Hukuman Kasar Di Sekolah: Pentingnya Menjaga Keselamatan Anak-Anak Dan Saluran Aduan Yang Betul
Isu disiplin dan keselamatan murid di sekolah primary sentiasa menjadi perhatian utama para ibu bapa dan warga pendidik. Baru-baru ini, tular pendedahan daripada bekas pendidik, Mohd Fadli Salleh, berkenaan tindakan hukuman fizikal yang keterlaluan terhadap murid sekolah rendah.
Antara ringkasan pendedahan dan iktibar yang boleh diambil daripada kejadian ini:
📌 Kronologi Ringkas Kejadian
• Pendedahan mendakwa murid-murid di sebuah sekolah rendah berdepan tindakan fizikal yang keras daripada seorang guru subjek Sains, termasuk lempangan, ketukan di kepala, hingga meninggalkan kesan lebam pada pipi.
• Difahamkan, tindakan tersebut berlaku berulang kali dan turut melibatkan beberapa murid lain di tahap satu.
📌 Pendekatan Profesional Ibu Bapa
• Saluran Aduan Rasmi: Daripada mengambil tindakan melampau, langkah melaporkan terus melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) digunakan agar siasatan telus dapat dijalankan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
• Perbincangan Bersama Pentadbir: Pertemuan bersama Guru Besar dan Penolong Kanan (PK) Petang dijalankan bagi mendapatkan kepastian dan memastikan keselamatan murid sentiasa terjamin.
📌 Respon Pihak Sekolah & PPD
• Pihak pentadbir sekolah dipuji atas sikap terbuka, prihatin, dan pantas menerima aduan demi kesejahteraan murid.
• Guru berkenaan juga telah dipanggil oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk tindakan siasatan lanjut mengikut garis panduan yang ditetapkan.
💡 Pengajaran Untuk Semua
Ketegasan dalam mendidik amat penting, namun ia mestilah berlandaskan panduan disiplin yang ditetapkan oleh kementerian. Kerjasama yang mesra dan matang antara ibu bapa, pihak sekolah, serta PPD sangat krusial dalam menyelesaikannya secara berhemah demi kebaikan anak-anak.
INFO
Tragedi KKEC UiTM Jengka: Seorang Pelajar Meninggal Dunia, 8 Tidak Sedarkan Diri

Keluarga7 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA7 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA7 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA7 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah


