INFO
MKZ Sorting Centre Lokasi, Fungsi & Apa Yang Perlu Anda Lakukan

MKZ Sorting Centre merupakan salah satu pusat penyortiran logistik yang penting di Malaysia, khususnya bagi penghantaran barangan masuk dan keluar dari negeri Melaka. Pusat ini berperanan sebagai hab utama bagi syarikat-syarikat kurier seperti Shopee Express (SPX), Pos Laju, J&T, dan lain-lain untuk menyusun dan mengedarkan bungkusan mengikut destinasi akhir.
Dengan kedudukan geografi yang strategik serta kemudahan logistik berteknologi tinggi, MKZ Sorting Centre Melaka berfungsi sebagai nadi pengedaran barangan dalam sektor e-dagang yang berkembang pesat di negara ini.
Lokasi Strategik MKZ Sorting Centre Melaka
Pusat penyortiran ini dipercayai terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka, yang memberikan kelebihan logistik dari segi akses ke lebuh raya utama serta laluan udara. Ia juga membolehkan penghantaran lebih pantas ke negeri-negeri jiran seperti Johor, Negeri Sembilan, dan Pahang.
Alamat Berdekatan:
Jalan Lapangan Terbang Melaka,
75350 Batu Berendam, Melaka, Malaysia
Nota: Walaupun lokasi ini merujuk kepada Lapangan Terbang MKZ, banyak pengguna menyatakan bahawa SPX MKZ Sorting Centre beroperasi di kawasan yang sama atau berhampiran. Untuk rujukan peta dan navigasi, anda boleh semak terus melalui Google Maps.
Fungsi Utama MKZ Sorting Centre
Sebagai pusat logistik berkapasiti tinggi, MKZ Sorting Centre memainkan beberapa fungsi penting dalam rantaian penghantaran:
1. Penyusunan dan Pemprosesan Bungkusan
Bungkusan yang tiba akan disusun berdasarkan destinasi akhir sama ada ke pusat penghantaran lain, pejabat pos, atau terus kepada pelanggan. Ini termasuk bungkusan dari pelbagai negeri mahupun luar negara.
2. Pemeriksaan Kualiti dan Integriti Bungkusan
Bungkusan akan diperiksa dari segi keadaan fizikal untuk memastikan tiada kerosakan sebelum diteruskan kepada fasa seterusnya.
3. Pengedaran ke Pusat Penghantaran Kecil
Setelah disusun, bungkusan akan dihantar ke pusat penghantaran yang lebih kecil (seperti hub di daerah atau bandar tertentu) untuk diserahkan kepada penghantar terakhir.
Fungsi-fungsi ini menjadikan MKZ Sorting Centre Jasin dan kawasan sekitarnya sebagai nod penting dalam penghantaran tempatan dan antara negeri.
Bungkusan Tersekat di MKZ Sorting Centre? Apa Yang Perlu Anda Lakukan
Adakalanya, pengguna menghadapi situasi di mana bungkusan mereka ‘tersangkut’ atau tidak menunjukkan sebarang kemas kini selepas sampai ke MKZ Sorting Centre. Hal ini lazimnya berlaku ketika:
Tempoh jualan besar-besaran seperti 9.9, 11.11 dan 12.12
Peningkatan mendadak jumlah pesanan
Gangguan logistik dalaman
Apa yang anda boleh lakukan:
Pantau melalui sistem penjejakan
Gunakan aplikasi kurier atau e-dagang untuk melakukan MKZ Sorting Centre tracking secara berkala.Gunakan khidmat pelanggan Shopee atau kurier berkaitan
Hubungi pihak kurier melalui nombor hotline atau emel.Contoh Nombor Telefon (Shopee Express): +603-2777-9222
Jika ada, cari juga nombor rasmi MKZ Sorting Centre phone number atau MKZ Sorting Centre Melaka phone number
Gunakan Live Chat atau Media Sosial
Jika penghantaran melebihi tempoh jangkaan, guna fungsi Live Chat dalam aplikasi Shopee atau adukan di media sosial rasmi Shopee Express.Tindakan Tambahan:
Mohon perpanjangan jaminan jika barangan belum sampai
Buat aduan rasmi jika bungkusan rosak, hilang atau lambat
Kepentingan MKZ Sorting Centre Dalam Industri E-Dagang
Dengan pertumbuhan pesat sektor e-dagang di Malaysia, pusat penyortiran seperti MKZ menjadi komponen utama dalam memastikan kelancaran sistem penghantaran. Sama seperti Geo First Mile Hub dan SZB First Mile Hub, MKZ Sorting Centre Selangor dan Melaka berperanan sebagai antara tulang belakang logistik tempatan.
Platform seperti Shopee, Lazada, TikTok Shop dan pelbagai jenama lain bergantung kepada keberkesanan pusat seperti MKZ untuk menepati janji penghantaran kepada pelanggan.
Soalan Lazim (FAQ)
1. Adakah MKZ dimiliki Shopee sepenuhnya?
Buat masa ini, tiada maklumat rasmi. Namun, Shopee Express antara yang aktif menggunakan pusat ini.
2. Adakah MKZ hanya di Melaka?
MKZ Sorting Centre Melaka adalah lokasi utama, namun terdapat juga operasi pengurusan di negeri lain termasuk yang dirujuk sebagai MKZ Sorting Centre Sabah (bergantung pada konteks dan sistem penamaan dalaman syarikat kurier).
3. Bagaimana cara menjejaki bungkusan dari MKZ?
Gunakan fungsi tracking dalam aplikasi e-dagang anda atau laman web rasmi syarikat kurier. Masukkan nombor penjejakan untuk kemas kini status.
Baca Juga:
👉 First Mile Hub: Panduan Lengkap
Semoga artikel ini memberi panduan bermanfaat kepada anda sebagai pengguna yang bijak dan berpengetahuan dalam dunia penghantaran moden.
INFO
“Yang langgar elok pula hidup!” – Kamal Adli berang dua beradik lumba kereta mewah, ragut nyawa empat sekeluarga

“Yang langgar elok pula hidup!” – Kamal Adli berang dua beradik lumba kereta mewah, ragut nyawa empat sekeluarga
SIKAP tidak bertanggungjawab segelintir pemandu yang menjadikan jalan raya awam sebagai litar lumba terus mengundang tragedi berdarah apabila empat nyawa sekeluarga yang tidak bersalah melayang dalam sekelip mata.
Insiden menyayat hati yang berlaku di Kilometer 27, Jalan Renggam-Simpang Renggam, Johor itu turut mendapat perhatian pelakon popular, Kamal Adli.
Kamal, 40, meluahkan rasa kesal dan berang dengan tindakan melulu pemandu terbabit yang langsung tidak memikirkan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
Kamal Adli Luah Rasa Bengang
Menerusi hantaran di platform Threads, suami kepada aktres Uqasha Senrose ini menyifatkan perbuatan berlumba di jalan raya yang sibuk terutamanya ketika musim orang ramai pulang ke kampung sebagai satu tindakan yang tidak masuk akal.
“Memang bodoh boleh berlumba tengah jalan-jalan sibuk orang balik dari kampung! Sampai orang tak bersalah yang meninggal! Bodoh gila!
“Yang langgar elok pula hidup! Tempatkan mereka bersama orang-orang beriman,” tulisnya penuh emosi.
Dalam pada itu, rata-rata netizen di ruangan komen turut bersetuju dengan kenyataan Kamal dan menzahirkan rasa simpati yang mendalam terhadap nasib malang yang menimpa keluarga berkenaan.
Kronologi Kemalangan Ngeri
Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 1.15 tengah hari Isnin, kemalangan ngeri itu melibatkan lima buah kenderaan iaitu dua buah Mercedes-Benz A250, sebuah BMW 530e, Toyota Vios, Perodua Alza dan Proton Wira.
Siasatan pihak polis mendapati kemalangan berpunca daripada tindakan dua kenderaan mewah yang dipandu secara laju dan melulu.
Akibatnya, kereta BMW berkenaan hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh kenderaan yang dinaiki empat sekeluarga tersebut.
Pelumba Rupanya Adik-Beradik
Lebih mengejutkan, pemandu Mercedes-Benz yang terselamat dan pemandu BMW yang maut rupa-rupanya merupakan pasangan adik-beradik.
Pemandu BMW berusia 22 tahun dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan parah pada bahagian dada. Manakala adiknya yang berusia 19 tahun, pemandu Mercedes-Benz, kini ditahan reman selama dua hari bagi membantu siasatan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Tragedi ini turut mendapat perhatian Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang menggesa pihak polis menyegerakan siasatan agar tindakan pendakwaan yang setimpal dapat diambil terhadap pelaku.
Sumber: ohmymedia
INFO
’Satu Keluarga Habis Licin…’ – Angkara Ego Kereta Mewah Berlumba, 4 Beranak Dijemput Ajal Serentak Di Simpang Renggam

‘Satu Keluarga Habis Licin…’ – Angkara Ego Kereta Mewah Berlumba, 4 Beranak Dijemput Ajal Serentak Di Simpang Renggam
SIAPA sangka, perjalanan petang yang disangka tenang bertukar menjadi sebuah tragedi berdarah yang paling menyayat hati. Kegembiraan sebuah keluarga hancur berkecai dalam sekelip mata apabila empat ahli keluarga terkorban serentak dalam satu kemalangan ngeri melibatkan lima buah kenderaan di Kilometer 27, Jalan Renggam-Simpang Renggam.
Lebih memilukan, insiden hitam ini dipercayai berpunca daripada sikap mementingkan diri dan ego pemandu dua buah kenderaan mewah yang memandu secara laju dan melulu di jalan awam.
Detik Cemas Rempuhan Berantai, BMW Meluncur Masuk Laluan Bertentangan
Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.15 tengah hari itu membabitkan sebuah kereta Mercedes-Benz A250 dan sebuah BMW 530e. Kedua-dua kenderaan berkenaan dipercayai dipandu secara berbahaya dari arah Kluang menuju ke Simpang Renggam.
”Pemandu BMW 530e yang dipandu lelaki tempatan berusia 22 tahun itu dipercayai hilang kawalan akibat dipandu terlalu laju sebelum ia meluncur masuk ke laluan bertentangan.
”Kereta terbabit kemudiannya merempuh empat buah kenderaan lain yang sedang bergerak di laluan berkenaan iaitu Perodua Alza, Toyota Vios, Proton Wira dan sebuah lagi Mercedes-Benz,” katanya.
Akibat impak rempuhan yang tersangat kuat, kereta BMW tersebut dilaporkan tercampak lalu terjatuh ke dalam gaung di seberang jalan.
Empat Beranak Dalam Toyota Vios Maut Di Tempat Kejadian
Sesiapa sahaja yang melihat foto kejadian pasti akan menitiskan air mata. Rempuhan itu telah mengorbankan pemandu Toyota Vios, seorang lelaki berusia 36 tahun, isterinya (33 tahun), seorang warga emas (73 tahun) dan seorang kanak-kanak perempuan sekecil 10 tahun. Dipercayai, kesemua mereka adalah ahli keluarga terdekat.
Kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan. Sementara itu, pemandu BMW berusia 22 tahun pula disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
Tragedi ini turut menyebabkan dua lagi kanak-kanak berusia 11 dan tujuh tahun yang menaiki Perodua Alza mengalami kecederaan parah di kepala dan kini sedang bertarung nyawa di Zon Merah Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang. Beberapa pemandu lain turut mengalami kecederaan di kaki, muka, dan dada.
Remaja 19 Tahun Ditahan Polis, Netizen Mula Berang
Susulan kejadian tersebut, pihak polis telah menahan pemandu Mercedes-Benz A250 yang baru berusia 19 tahun bagi membantu siasatan. Kenderaannya turut dirampas, bagaimanapun ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Berita ini ternyata mengundang kemarahan netizen di media sosial. Rata-rata mengecam tindakan pemandu-pemandu tersebut yang menjadikan jalan raya awam sebagai litar lumba peribadi sehingga mengorbankan nyawa orang lain yang tidak bersalah.
“Moga Ada Syurga Buat Kalian…” – Netizen Banjiri Ruangan Komen Dengan Doa
Menjengah ke ruangan komen di platform media sosial, suasana pilu menyelubungi netizen apabila memikirkan nasib waris yang ditinggalkan. Bayangkan, dalam satu tengah hari, terus hilang empat ahli keluarga sekaligus.
“Ya Allah, luluh hati saya membaca berita ni. Hilang satu keluarga sekaligus. Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” tulis seorang netizen.
“Tolonglah haramkan pemandu-pemandu melulu macam ni daripada guna jalan raya. Kerana ego nak tunjuk hebat, anak orang lain jadi yatim piatu, keluarga orang lain hancur!” komen seorang lagi dengan nada kesal.
Pihak polis turut menasihati semua pengguna jalan raya agar sentiasa bertimbang rasa dan berhati-hati ketika memandu. Ingatlah, keluarga kita da
n keluarga orang lain sedang menunggu di rumah.
Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat para mangsa yang terkorban dan doakan kesembuhan buat anak-anak kecil yang masih kritikal di hospital.
Sumber: borakdaily
INFO
‘Tolong Kuat Ibu, Kami Tunggu Di Rumah’ – Warkah Rindu Anak Pendaki Wanita Hilang Di Gunung Batu Putih Sentuh Hati Netizen

‘Tolong Kuat Ibu, Kami Tunggu Di Rumah’ – Warkah Rindu Anak Pendaki Wanita Hilang Di Gunung Batu Putih Sentuh Hati Netizen
Anak Pendaki Wanita Hilang
SEJAK dilaporkan hilang pada 24 Mei lalu di Gunung Batu Putih, Tapah, Perak, misi pencarian pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, masih menjadi tumpuan utama seluruh rakyat Malaysia.
Terbaharu, tular di media sosial satu luahan hati yang amat menyayat hati daripada anak mangsa yang setia menanti kepulangan ibunya di rumah.
Warkah ringkas namun penuh emosi itu dikongsikan semula oleh pengguna akaun TikTok @darwisyahfaizal, sekali gus mengundang simpati dan air mata dalam kalangan netizen.
Anak Pendaki Wanita Hilang
“Ibu Insan Paling Kuat Saya Kenal”
Menerusi hantaran tersebut, si anak menyatakan keredaan dan ketabahannya dalam mendepani ujian yang amat berat ini, biarpun mengakui ada ketikanya dia berasa sangat tidak berdaya.
“Hai Ibu, saya tahu ibu kuat. Malah, ibu adalah antara insan paling kuat yang saya kenal. Saya tak dapat membayangkan apa yang sedang ibu lalui sekarang, tapi saya sentiasa berdoa agar Allah memberikan ibu kekuatan, ketenangan dan perlindungan untuk terus bertahan,” tulisnya.
Lebih meruntun jiwa, anak mangsa turut menitipkan kata-kata semangat agar ibunya tidak berputus asa di dalam hutan belantara berkenaan.
Dia juga memegang erat pesanan ibunya yang sering mengingatkan tentang kebaikan pencipta dalam apa jua keadaan sekalipun.
“Kami semua sedang menanti kepulangan ibu. Ada masanya saya berasa sangat tak berdaya, tapi saya cuba ingat kata-kata ibu: ‘Allah Maha Baik’. Ibu tak keseorangan. Allah sentiasa bersama ibu, dan kami juga sentiasa bersama ibu dari sini. Kami sayang ibu sangat-sangat,” luahnya lagi.
Anak Pendaki Wanita Hilang
Netizen Banjiri Ruangan Komen Dengan Doa
Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata warga maya tidak dapat menahan sebak malah turut menumpahkan air mata membaca titipan rindu seorang anak kepada ibunya itu.
Ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada keluarga mangsa agar terus cekal sementara menanti perkhabaran gembira daripada pasukan mencari dan menyelamat (SAR).
“Allahuakbar, luruh jantung baca luahan anak dia. Semoga ada keajaiban buat Puan Jaslinda. Ya Allah, pulangkanlah ibu ini ke pangkuan anak-anaknya dalam keadaan selamat,” komen seorang netizen.
“Tak dapat bayangkan perasaan anak dia sekarang. Semoga pasukan SAR dipermudahkan urusan dan diberikan petunjuk segera,” tambah seorang lagi pengguna TikTok.
Untuk rekod, operasi SAR bagi mengesan Jaslinda Saludin yang hilang di kawasan pergunungan tersebut masih giat dijalankan oleh pihak berkuasa dengan bantuan pelbagai agensi dan malim gunung.
Sama-sama kita doakan agar Puan Jaslinda segera ditemui dengan selamat.
Sumber: borakdaily
Keluarga7 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA7 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah







