Connect with us

INFO

STR 2025: Cara Mohon, Rayuan & Kemaskini

Published

on

str 2025

STR 2025: Cara Mohon, Rayuan & Kemaskini

Untuk tahun 2025 akan datang, kerajaan Malaysia masih lagi meneruskan inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebagai satu langkah untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan. STR adalah bantuan kewangan yang diberikan kepada golongan B40 dan sebahagian M40 dengan tujuan meringankan beban hidup dan memastikan kesejahteraan ekonomi rakyat.

Berikut dikongsikan info lebih lama mengenainya.


Sumbangan Tunai Rahmah – STR 2025

Sumbangan Tunai Rahmah 2025 adalah kesinambungan daripada program bantuan kewangan sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). 

STR berfokus kepada keluarga dan individu berpendapatan rendah yang memerlukan sokongan kewangan tambahan bagi menampung keperluan asas serta mengurangkan impak inflasi dan kos sara hidup yang semakin meningkat.Objektif utama bantuan ini adalah untuk meringankan beban kewangan rakyat Malaysia yang terrkesan akibat inflasi, pandemik, dan cabaran ekonomi semasa.

STR 2025

Sumber: Majlis Keselamatan Negara (MKN)

STR 2025 menawarkan bantuan tunai secara one-off kepada individu dan isi rumah yang layak, dengan jumlah bantuan yang berbeza mengikut kategori penerima.Bagi tahun 2025, kerajaan telah mengumumkan peningkatan peruntukan yang signifikan untuk STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA):

  • Jumlah peruntukan meningkat kepada RM13 bilion berbanding RM10 bilion sebelumnya.
  • Peningkatan ini akan memberi manfaat kepada 9 juta penerima, bersamaan dengan 60 peratus penduduk dewasa negara

Kategori Penerima STR 2025

Penerima STR 2025 dibahagikan kepada beberapa kategori, iaitu:

  • Isi Rumah (Keluarga B40 dan Sebahagian M40): Merangkumi pasangan suami isteri dengan tanggungan anak-anak atau orang tua.
  • Warga Emas (Berusia 60 Tahun Ke Atas): Warga emas yang hidup sendirian atau bersama ahli keluarga lain tetapi memerlukan bantuan kewangan.
  • Bujang (Individu Berpendapatan Rendah): Individu bujang yang tidak mempunyai tanggungan serta berpendapatan rendah.

Syarat Kelayakan STR 2025

Rujuk syarat-syarat kelayakan STR mengikut kategori di bawah. Pastikan anda memeriksa syarat kelayakan dengan teliti sebelum memohon untuk mengelakkan permohonan anda ditolak. 

Berikut syarat-syaratnya:

Isi Rumah

i. Kahwin; atau
ii. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; dan
iii. Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

Warga Emas Tiada Pasangan

i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak
mempunyai anak yang menepati syarat; dan
ii. Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
iii. Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.

Bujang

i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
ii. Had umur adalah 21-59 tahun; dan
iii. Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
iv. Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
v. Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

NOTA: 

Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

BACA JUGA: Bantuan Raja Sehari | Bantuan RM1000 Kepada Pasangan Pengantin Baru Johor


Cara Permohonan STR 2025

Terdapat dua cara untuk memohon STR 2025, iaitu:

1. Permohonan Baharu Melalui Portal STR

Untuk memohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, kerajaan telah menyediakan platform secara dalam talian melalui Portal STR. Berikut langkah-langkahnya:

  1. Layari laman rasmi Portal STR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/ menggunakan peranti yang disambungkan ke internet. Portal ini boleh diakses melalui komputer, telefon pintar, atau tablet.
  2. Pemohon yang pertama kali menggunakan Portal STR perlu mendaftar akaun. Klik pada butang ‘Permohonan Baharu STR’ dan lengkapkan maklumat seperti nama penuh, nombor MyKad, alamat emel, nama bank, no akaun bank, nombor telefon dan sebagainya.  Pastikan maklumat yang dimasukkan adalah tepat bagi mengelakkan sebarang masalah semasa proses permohonan.
  3. Muat naik dokumen yang diperlukan seperti berikut:
    • Sekiranya Pemohon berstatus Kahwin, sila muat naik dokumen sijil perkahwinan atau sila kemukakan sijil perkahwinan asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran selewat-lewatnya 7 hari selepas permohonan dibuat bagi tujuan pemprosesan permohonan.
    • Sekiranya Pemohon berstatus Cerai, sila muat naik dokumen sijil cerai atau sila kemukakan sijil cerai asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran selewat-lewatnya 7 hari selepas permohonan dibuat bagi tujuan pemprosesan permohonan.
    • Sekiranya Pemohon berstatus Kematian Pasangan, sila muat naik sijil kematian pasangan atau sila kemukakan sijil kematian asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran selewat-lewatnya 7 hari selepas permohonan dibuat bagi tujuan pemprosesan permohonan.
  1. Sebelum menghantar permohonan, semak semula semua maklumat yang telah diisi. Pastikan semuanya tepat untuk mengelakkan kesilapan yang boleh menyebabkan permohonan ditolak.
  2. Setelah pasti maklumat yang diisi adalah lengkap dan tepat, klik pada butang Hantar. Satu notifikasi pengesahan akan dipaparkan sebagai bukti bahawa permohonan telah berjaya dihantar.

NOTA: 

Pemohon yang perlu membuat Permohonan Baharu STR 2025 adalah seperti berikut:

  • Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR 2024; serta
  • Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
  • Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.

2. Permohonan Secara Manual di Pejabat Hasil

Selain secara online, anda juga boleh memohon STR 2025 secara manual di pejabat hasil berdekatan. Rujuk langkah-langkahnya di bawah ini: 

  1. Dapatkan borang permohonan. Borang permohonan STR boleh didapati di portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah atau di pejabat LHDNM berdekatan. 
  2. Isi borang dengan lengkap. Pastikan semua maklumat diisi dengan tepat dan lengkap untuk mengelakkan sebarang masalah semasa pemprosesan. 
  3. Sediakan dokumen sokongan yang mungkin diperlukan, seperti: Salinan MyKad pemohon, Salinan sijil perkahwinan/perceraian/kematian (jika berkenaan), Salinan MyKad/MyKid anak-anak (jika berkenaan), Bukti pendapatan terkini, dan sebagainya. 
  4. Serahkan borang yang telah diisi berserta dokumen sokongan ke Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berdekatan anda.
  5. Jika memerlukan bantuan, anda boleh berhubung terus dengan Pegawai Khidmat Pelanggan di pejabat LHDNM. 

Tarikh Akhir Permohonan STR 2025

Tarikh akhir permohonan STR 2025 adalah pada 30 November 2024. Bagi melayakkan anda menerima STR Fasa 1, pastikan anda membuat permohonan sebelum 30 November ini.  Walau bagaimanapun, permohonan bagi fasa seterusnya masih dibuka sepanjang tahun.


Rayuan STR 2025

Bagi pemohon yang TIDAK LAYAK, anda boleh cuba untuk membuat rayuan. Rujuk cara-caranya di bawah:

  1. Layari laman rasmi Portal STR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/   menggunakan peranti yang disambungkan ke internet. Portal ini boleh diakses melalui komputer, telefon pintar, atau tablet.
  2. Log masuk ke akaun anda. 
  3. Seterusnya, klik butang “Permohonan Semakan Semula (Rayuan)”
  4. Lengkapkan semula borang dengan maklumat yang diperlukan. 
  5. Buat semakan, dan sahkan. 
  6. Hantar. Selesai. 

NOTA: 

  • Permohonan rayuan secara dalam talian boleh dibuat untuk semua pemohon yang berstatus “Tidak Lulus”, kecuali untuk kes Kod Duplikasi dan Kod 32 (Permohonan Dari Luar Negara Secara Dalam Talian)
  • Walaupun tiada tempoh masa yang tepat dinyatakan, biasanya proses rayuan mengambil masa beberapa minggu untuk diproses. Pemohon dinasihatkan untuk menyemak status rayuan secara berkala melalui portal rasmi dan menghubungi talian hotline STR jika tiada maklum balas selepas tempoh yang munasabah. 
  • Jika rayuan diluluskan, pembayaran akan bermula dari fasa seterusnya. 

BACA JUGA: Pemanjangan Bantuan Sara Hidup (BSH) Veteran Tidak Berpencen – RM300/bulan


Kemaskini STR 2025

Kemas kini maklumat Permohonan STR boleh dibuat secara dalam talian di Portal Rasmi STR LHDN atau melalui penghantaran Borang Kemaskini Maklumat Permohonan STR ke Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC). 

Anda adalah digalakkan untuk membuat kemaskini maklumat Permohonan STR secara dalam talian supaya lebih mudah, cepat dan selamat.

Kemas Kini Maklumat Permohonan STR adalah bagi membenarkan Permohonan STR yang berstatus Lulus untuk membuat kemaskini maklumat asas terhad seperti maklumat berikut:

  1. No. Telefon Rumah
  2. No. Telefon Bimbit
  3. Maklumat Alamat Surat Menyurat
  4. Alamat e-Mel
  5. Maklumat No Telefon Pasangan
  6. Maklumat Akaun Bank Pemohon / Pasangan
  7. Maklumat Waris

Muat turun PDF soalan-soalan lazim berkaitan kemaskini STR di sini: SOALAN_LAZIM_FAQ_MySTR_KEMASKINI-MAKLUMAT-STR-2025


Kadar Bayaran STR 2025 Bagi Setiap Kategori

Bagi tahun 2025, kadar bayaran STR akan meningkat bagi setiap kategori. Ia merupakan peningkatan tertinggi bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) selama ini. 

str 2025

Sumber: Astro Awani

STR 2025

Sumber: Astro Awani

STR 2025

Sumber: Astro Awani

STR 2025

Sumber: Astro Awani

Peningkatan ini bakal memberi manfaat kepada 9 juta penerima atau bersamaan 60 peratus penduduk dewasa negara. Berikut ialah kadar peningkatan bayaran STR 2025:

  • Kadar maksimum yang diterima isi rumah meningkat kepada RM4600 berbanding RM3700.
  • Kadar baharu bagi kategori bujang juga meningkat kepada RM600

Rujuk gambar rajah di bawah untuk kadar bayaran STR 2025 mengikut kategori:

str 2025

Rujukan: Soalan Lazim STR 2025


Kaedah Pembayaran STR

Penerima bantuan STR boleh mendapatkan bayaran tersebut melalui dua cara iaitu:

 

  1. Kredit ke Akaun Bank Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan. 
  2. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN). Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya; tiada maklumat akaun bank atau status pengkreditan gagal kredit . 

Jadual Pembayaran Kaunter Pedalaman Sabah & Sarawak


Maklumat Lanjut STR 2025

Anda boleh menyemak status permohonan, mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan STR melalui saluran berikut:   

  • Portal Rasmi STR, https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Hubungi Hotline BKK: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
  • Hubungi Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
  • Hubungi Talian Pejabat LHDNM (Rujuk Portal Rasmi STR); atau v. Hadir sendiri ke Pejabat LHDNM / PS / UTC. 

Untuk mengetahui maklumat terkini mengenai STR 2025, anda boleh ikuti dan layari:

BACA JUGA: Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP) | Bantuan Kewangan Sehingga RM1,500

Berkecimpung dalam dunia penulisan sejak 5 tahun yang lalu. Menulis pelbagai jenis artikel terkini untuk panduan rakyat Malaysia.

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO

​“Yang langgar elok pula hidup!” – Kamal Adli berang dua beradik lumba kereta mewah, ragut nyawa empat sekeluarga

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260602 174236 0000

“Yang langgar elok pula hidup!” – Kamal Adli berang dua beradik lumba kereta mewah, ragut nyawa empat sekeluarga

SIKAP tidak bertanggungjawab segelintir pemandu yang menjadikan jalan raya awam sebagai litar lumba terus mengundang tragedi berdarah apabila empat nyawa sekeluarga yang tidak bersalah melayang dalam sekelip mata.

​Insiden menyayat hati yang berlaku di Kilometer 27, Jalan Renggam-Simpang Renggam, Johor itu turut mendapat perhatian pelakon popular, Kamal Adli.

​Kamal, 40, meluahkan rasa kesal dan berang dengan tindakan melulu pemandu terbabit yang langsung tidak memikirkan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Kamal Adli Luah Rasa Bengang

​Menerusi hantaran di platform Threads, suami kepada aktres Uqasha Senrose ini menyifatkan perbuatan berlumba di jalan raya yang sibuk terutamanya ketika musim orang ramai pulang ke kampung sebagai satu tindakan yang tidak masuk akal.

“Memang bodoh boleh berlumba tengah jalan-jalan sibuk orang balik dari kampung! Sampai orang tak bersalah yang meninggal! Bodoh gila!

“Yang langgar elok pula hidup! Tempatkan mereka bersama orang-orang beriman,” tulisnya penuh emosi.

 

​Dalam pada itu, rata-rata netizen di ruangan komen turut bersetuju dengan kenyataan Kamal dan menzahirkan rasa simpati yang mendalam terhadap nasib malang yang menimpa keluarga berkenaan.

Kronologi Kemalangan Ngeri

​Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 1.15 tengah hari Isnin, kemalangan ngeri itu melibatkan lima buah kenderaan iaitu dua buah Mercedes-Benz A250, sebuah BMW 530e, Toyota Vios, Perodua Alza dan Proton Wira.

​Siasatan pihak polis mendapati kemalangan berpunca daripada tindakan dua kenderaan mewah yang dipandu secara laju dan melulu.

​Akibatnya, kereta BMW berkenaan hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh kenderaan yang dinaiki empat sekeluarga tersebut.

Pelumba Rupanya Adik-Beradik

​Lebih mengejutkan, pemandu Mercedes-Benz yang terselamat dan pemandu BMW yang maut rupa-rupanya merupakan pasangan adik-beradik.

​Pemandu BMW berusia 22 tahun dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan parah pada bahagian dada. Manakala adiknya yang berusia 19 tahun, pemandu Mercedes-Benz, kini ditahan reman selama dua hari bagi membantu siasatan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

​Tragedi ini turut mendapat perhatian Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang menggesa pihak polis menyegerakan siasatan agar tindakan pendakwaan yang setimpal dapat diambil terhadap pelaku.

Majalah ilmu 

Sumber: ohmymedia

Continue Reading

INFO

​’Satu Keluarga Habis Licin…’ – Angkara Ego Kereta Mewah Berlumba, 4 Beranak Dijemput Ajal Serentak Di Simpang Renggam

Published

on

1 20260602 114046 0000

‘Satu Keluarga Habis Licin…’ – Angkara Ego Kereta Mewah Berlumba, 4 Beranak Dijemput Ajal Serentak Di Simpang Renggam

SIAPA sangka, perjalanan petang yang disangka tenang bertukar menjadi sebuah tragedi berdarah yang paling menyayat hati. Kegembiraan sebuah keluarga hancur berkecai dalam sekelip mata apabila empat ahli keluarga terkorban serentak dalam satu kemalangan ngeri melibatkan lima buah kenderaan di Kilometer 27, Jalan Renggam-Simpang Renggam.

​Lebih memilukan, insiden hitam ini dipercayai berpunca daripada sikap mementingkan diri dan ego pemandu dua buah kenderaan mewah yang memandu secara laju dan melulu di jalan awam.

Detik Cemas Rempuhan Berantai, BMW Meluncur Masuk Laluan Bertentangan

​Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.15 tengah hari itu membabitkan sebuah kereta Mercedes-Benz A250 dan sebuah BMW 530e. Kedua-dua kenderaan berkenaan dipercayai dipandu secara berbahaya dari arah Kluang menuju ke Simpang Renggam.

​”Pemandu BMW 530e yang dipandu lelaki tempatan berusia 22 tahun itu dipercayai hilang kawalan akibat dipandu terlalu laju sebelum ia meluncur masuk ke laluan bertentangan.

​”Kereta terbabit kemudiannya merempuh empat buah kenderaan lain yang sedang bergerak di laluan berkenaan iaitu Perodua Alza, Toyota Vios, Proton Wira dan sebuah lagi Mercedes-Benz,” katanya.

​Akibat impak rempuhan yang tersangat kuat, kereta BMW tersebut dilaporkan tercampak lalu terjatuh ke dalam gaung di seberang jalan.

Empat Beranak Dalam Toyota Vios Maut Di Tempat Kejadian

​Sesiapa sahaja yang melihat foto kejadian pasti akan menitiskan air mata. Rempuhan itu telah mengorbankan pemandu Toyota Vios, seorang lelaki berusia 36 tahun, isterinya (33 tahun), seorang warga emas (73 tahun) dan seorang kanak-kanak perempuan sekecil 10 tahun. Dipercayai, kesemua mereka adalah ahli keluarga terdekat.

​Kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan. Sementara itu, pemandu BMW berusia 22 tahun pula disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

​Tragedi ini turut menyebabkan dua lagi kanak-kanak berusia 11 dan tujuh tahun yang menaiki Perodua Alza mengalami kecederaan parah di kepala dan kini sedang bertarung nyawa di Zon Merah Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang. Beberapa pemandu lain turut mengalami kecederaan di kaki, muka, dan dada.

Remaja 19 Tahun Ditahan Polis, Netizen Mula Berang

​Susulan kejadian tersebut, pihak polis telah menahan pemandu Mercedes-Benz A250 yang baru berusia 19 tahun bagi membantu siasatan. Kenderaannya turut dirampas, bagaimanapun ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah.

​Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda jika sabit kesalahan.

​Berita ini ternyata mengundang kemarahan netizen di media sosial. Rata-rata mengecam tindakan pemandu-pemandu tersebut yang menjadikan jalan raya awam sebagai litar lumba peribadi sehingga mengorbankan nyawa orang lain yang tidak bersalah.

“Moga Ada Syurga Buat Kalian…” – Netizen Banjiri Ruangan Komen Dengan Doa

​Menjengah ke ruangan komen di platform media sosial, suasana pilu menyelubungi netizen apabila memikirkan nasib waris yang ditinggalkan. Bayangkan, dalam satu tengah hari, terus hilang empat ahli keluarga sekaligus.

“Ya Allah, luluh hati saya membaca berita ni. Hilang satu keluarga sekaligus. Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” tulis seorang netizen.

“Tolonglah haramkan pemandu-pemandu melulu macam ni daripada guna jalan raya. Kerana ego nak tunjuk hebat, anak orang lain jadi yatim piatu, keluarga orang lain hancur!” komen seorang lagi dengan nada kesal.

​Pihak polis turut menasihati semua pengguna jalan raya agar sentiasa bertimbang rasa dan berhati-hati ketika memandu. Ingatlah, keluarga kita da



n keluarga orang lain sedang menunggu di rumah.

​Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat para mangsa yang terkorban dan doakan kesembuhan buat anak-anak kecil yang masih kritikal di hospital.

Majalah ilmu

Sumber: borakdaily

Continue Reading

INFO

​‘Tolong Kuat Ibu, Kami Tunggu Di Rumah’ – Warkah Rindu Anak Pendaki Wanita Hilang Di Gunung Batu Putih Sentuh Hati Netizen

Published

on

1 20260602 102442 0000

​‘Tolong Kuat Ibu, Kami Tunggu Di Rumah’ – Warkah Rindu Anak Pendaki Wanita Hilang Di Gunung Batu Putih Sentuh Hati Netizen

Anak Pendaki Wanita Hilang

SEJAK dilaporkan hilang pada 24 Mei lalu di Gunung Batu Putih, Tapah, Perak, misi pencarian pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, masih menjadi tumpuan utama seluruh rakyat Malaysia.

​Terbaharu, tular di media sosial satu luahan hati yang amat menyayat hati daripada anak mangsa yang setia menanti kepulangan ibunya di rumah.

​Warkah ringkas namun penuh emosi itu dikongsikan semula oleh pengguna akaun TikTok @darwisyahfaizal, sekali gus mengundang simpati dan air mata dalam kalangan netizen.

Anak Pendaki Wanita Hilang

Anak Pendaki Wanita Hilang

“Ibu Insan Paling Kuat Saya Kenal”

​Menerusi hantaran tersebut, si anak menyatakan keredaan dan ketabahannya dalam mendepani ujian yang amat berat ini, biarpun mengakui ada ketikanya dia berasa sangat tidak berdaya.

“Hai Ibu, saya tahu ibu kuat. Malah, ibu adalah antara insan paling kuat yang saya kenal. Saya tak dapat membayangkan apa yang sedang ibu lalui sekarang, tapi saya sentiasa berdoa agar Allah memberikan ibu kekuatan, ketenangan dan perlindungan untuk terus bertahan,” tulisnya.

 

​Lebih meruntun jiwa, anak mangsa turut menitipkan kata-kata semangat agar ibunya tidak berputus asa di dalam hutan belantara berkenaan.

​Dia juga memegang erat pesanan ibunya yang sering mengingatkan tentang kebaikan pencipta dalam apa jua keadaan sekalipun.

“Kami semua sedang menanti kepulangan ibu. Ada masanya saya berasa sangat tak berdaya, tapi saya cuba ingat kata-kata ibu: ‘Allah Maha Baik’. Ibu tak keseorangan. Allah sentiasa bersama ibu, dan kami juga sentiasa bersama ibu dari sini. Kami sayang ibu sangat-sangat,” luahnya lagi.

FB IMG 1780369564050

Anak Pendaki Wanita Hilang

Netizen Banjiri Ruangan Komen Dengan Doa

​Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata warga maya tidak dapat menahan sebak malah turut menumpahkan air mata membaca titipan rindu seorang anak kepada ibunya itu.

​Ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada keluarga mangsa agar terus cekal sementara menanti perkhabaran gembira daripada pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

“Allahuakbar, luruh jantung baca luahan anak dia. Semoga ada keajaiban buat Puan Jaslinda. Ya Allah, pulangkanlah ibu ini ke pangkuan anak-anaknya dalam keadaan selamat,” komen seorang netizen.

“Tak dapat bayangkan perasaan anak dia sekarang. Semoga pasukan SAR dipermudahkan urusan dan diberikan petunjuk segera,” tambah seorang lagi pengguna TikTok.

​Untuk rekod, operasi SAR bagi mengesan Jaslinda Saludin yang hilang di kawasan pergunungan tersebut masih giat dijalankan oleh pihak berkuasa dengan bantuan pelbagai agensi dan malim gunung.

Anak Pendaki Wanita Hilang

​Sama-sama kita doakan agar Puan Jaslinda segera ditemui dengan selamat.

Majalah ilmu

Sumber: borakdaily

Continue Reading

Trending