Connect with us

SEMASA

Bapa Menetap Di Luar Negara Kongsi Silibus Tahun 1 Di US, Memang Tak Masuk Akal Betul Cara “Diorang” Ajar Murid

Published

on

silibus tahun 1 di us

Sejak akhir-akhir ini heboh tentang isu bebanan silibus subjek Matematik bagi budak Tahun 1 di sekolah rendah Malaysia. Bila seorang cikgu bersuarakan pendapatan dan cadangannya, barulah ibu bapa dan pihak yang lain turut bersetuju dan menyokong untuk didengari rintihan mereka ini. Ada yang beranggapan silibus Tahun 1 yang diajarkan hari ini sangat sukar melebihi kemampuan umur murid itu sendiri. Lantaran itu, seorang bapa telah kongsi silibus Tahun 1 di US hasil dari pengalamannya sendiri menetap di negara tersebut.

Mak ayah mengeluh nak ajar anak, rupanya silibus Tahun 1 di US “kacang” je

silibus tahun 1 di us

Keinginan mak ayah untuk lihat anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran adalah satu harapan yang terlalu diinginkan. Mak ayah sanggup berkorban masa untuk hantar anak-anak ke sekolah, bekerja untuk menampung keperluan sekolah mereka, dan pelbagai lagi bentuk pengorbanan yang lain. Namun yang demikian, oleh kerana silibus pembelajaran yang begitu menguji minda, mereka turut mengeluh kerana sukar memahamkan anak-anak di rumah apabila mengajar mereka. Seorang bapa yang menetap di US ada memuat naik sesuatu yang memeranjatkan semua orang mengenai silibus Tahun 1 di US.

Dengan kapsyen, “Silbus Grade 1 USA macam level tadika Malaysia” ramai yang memberi komen dan pandangan masing-masing. Saif Suhairi, bapa yang kini bermastuatin di US menunjukkan perbezaan yang ketara antara silibus Matematik Tahun 1 di US dan silibus Matematik Tahun 1 di Malaysia.

silibus tahun 1 di us

Katanya, “Murid Darjah 1 di Malaysia sudah dikehendaki untuk menghafal sifir 6. Sedangkan anaknya yang Grade 1 USA baru mengenali nombor seperti budak 4 tahun tadika.”

Bunyinya macam pembelajaran di negara maju itu agak perlahan dari yang lain. Murid Grade 1 hanya diajar untuk berkenalan dengan nombor dan huruf sahaja. Namun demikian, sistem pembelajaran di US mempunyai dua jenis iaitu middle school dan high school yang mana membolehkan murid mendapat tempoh masa pembelajaran yang berbeza dan lebih panjang mengikut peringkat umur.

Barangkali pada peringkat umur sekolah rendah, mereka diberikan kebebasan untuk mengaplikasi cara belajar sambil bermain. Walaupun bermain tetapicara kesemuanya membawa kepada asas pembelajaran dalam bentuk yang lebih menarik perhatian kanak-kanak di usia demikian.

Tak perlu bawa beg berat, laptop Dell dapat seorang satu

Selain daripada itu, murid sekolah di US juga tidak perlu membawa buku balik ke rumah. Ini bermakna tiadalah juga isu beg berat sampai sakit bahu murid hendak usung ke sana ke mari. Apa yang mereka praktikkan adalah tinggalkan sahaja segala kelengkapan belajar di dalam meja.

Yang dibawa balik selalunya laptop Dell yang diberikan percuma bagi setiap orang, file kerja, atau kerja rumah yang perlu disiapkan. Ada sesetengah cikgu yang akan meminta murid bawa pulang hasil pembelajaran hari tersebut untuk ditunjukkan kepasa ibu bapa tetapi itu hanyalah sekadar beberapa helai kertas aktiviti.

Bilangan murid memang tidak ramai jadi mudah cikgu nak ajar

silibus tahun 1 di us

Di samping itu, bilangan murid yang biasa dalam sesebuah kelas hanyalah sekitar 20 hingga 25 orang pelajar. Dalam masa yang sama setiap kelas mempunyai seorang cikgu dan pembantu untuk mengajar.

Cara ini membolehkan pembelajaran berjalan dengan lancar tanpa gangguan. Dalam masa yang sama cikgu dan murid juga lebih fokus dan mudah faham akan sesuatu subjek yang diajarkan. Apabila ini berlaku, siapa yang untung? Sudah tentulah ibu bapa sendiri kerana boleh memantau perkembangan anak-anak mereka dalam pelajaran.

Walau bagaimanapun menurut Saif Suhairi lagi, sebagai rakyat Malaysia yang bangga akan tanah airnya sendiri apabila dia duduk di Malaysia dia akan pilih pada satu sistem pembelajaran yang berkesan untuk anak-anak. Dia juga ada meluahkan kekecewaannya akan nasib sistem pendidikan yang kian berubah seiringnya pertukaran kerajaan, menteri, atau sebagainya.

Ini sama sekali tidak memberikan manfaat yang baik untuk generasi akan datang khususnya anak bangsa kita sendiri. Isu ini perlu diambil serius oleh kerana generasi muda inilah yang akan menjadi pelapis kepada generasi sekarang dalam memartabatkan Malaysia dan memegang tampuk pemerintahan suatu masa nanti.

Sumber: Facebook Saif Suhairi

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SEMASA

Remaja Pecah Tabung Masjid? Video CCTV Viral Cetus Perdebatan

Published

on

remaja pecah tabung masjid

Remaja Pecah Tabung Masjid? Video CCTV Viral Cetus Perdebatan

ALOR PONGSU – Isu remaja pecah tabung masjid kembali menjadi perhatian apabila satu rakaman CCTV tular di media sosial, memaparkan tindakan beberapa individu dipercayai cuba mengambil wang daripada tabung masjid.

Kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah masjid sekitar Alor Pongsu itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, terutamanya apabila ia melibatkan tempat ibadah umat Islam.

Dalam rakaman tersebut, kelihatan seorang remaja menghampiri tabung sebelum bertindak dalam keadaan mencurigakan. Video itu kemudian tersebar luas dan menjadi antara video viral masjid Malaysia yang hangat diperkatakan.

remaja pecah tabung masjid

Netizen Luah Kecewa Isu Tabung Masjid Dicuri

Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa kecewa terhadap kejadian yang disifatkan sebagai tidak menghormati kesucian masjid.

Ada yang menyifatkan tindakan ini sebagai satu bentuk kes remaja curi duit masjid yang semakin membimbangkan, malah ada juga yang mengaitkannya dengan kemerosotan nilai dalam kalangan generasi muda.

“Masjid sepatutnya jadi tempat paling selamat, bukan sasaran jenayah,” tulis seorang pengguna.

Isu Sosial Remaja Malaysia Kembali Dipersoal

Kejadian ini sekali lagi membuka perbincangan tentang isu sosial remaja Malaysia, termasuk peranan keluarga, pendidikan dan masyarakat dalam membentuk sahsiah generasi muda.

Walaupun ada yang menuntut tindakan tegas, terdapat juga pandangan yang mencadangkan pendekatan mendidik dan membimbing agar remaja tidak terus tersasar.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung kes remaja pecah tabung masjid tersebut.

 

Video penuh remaja pecah tabung masjid :

 

Sumber

 

 

 

Continue Reading

SEMASA

“Hilang Dihanyutkan Arus Deras” – Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Puncak Alam

Published

on

Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas

“Hilang Dihanyutkan Arus Deras” – Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Puncak Alam

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras di Lorong Cakera Purnama, Bandar Puncak Alam, petang tadi.

Kejadian menyayat hati itu dipercayai berlaku sekitar jam 3.30 petang ketika hujan lebat melanda kawasan tersebut.

 Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas

Menurut Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 7.47 malam.

Susulan itu, seramai enam anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

 Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas

Pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira jam 8.13 malam dan segera memulakan operasi mencari dan menyelamat.

“Laporan daripada orang awam mengatakan mangsa jatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras ketika hujan lebat.

“Ketika ini, kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.

Perkongsian kejadian ini mengundang rasa risau dan simpati dalam kalangan netizen yang turut mendoakan agar mangsa segera ditemui.

Baca lagi : Kanak-Kanak 4 Tahun Maut, Kereta Dipandu Datuk Terbalik Di Manjoi – Majalah Ilmu

Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas

Ramai juga mengingatkan tentang bahaya arus deras ketika hujan lebat, terutama di kawasan longkang dan parit yang boleh menjadi sangat berbahaya dalam sekelip mata.

Operasi mencari dan menyelamat Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas masih diteruskan oleh pihak bomba.

Semoga mangsa Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas ditemui segera dan segala urusan dipermudahkan.

Sumber

 

 

 

 

 

 

Continue Reading

SEMASA

“Penonton Selalu Terhibur Dengan Kerenah Atok,Pemergian Ayah Famy Ismail Buat Ramai Sebak”

Published

on

,Pemergian Ayah Famy Ismail

Pempengaruh TikTok, famy.ismail, sebelum ini sering mencuri perhatian ramai menerusi perkongsiannya menjaga ayah tercinta yang sedang sakit strok.

Melalui video-video yang dimuat naik, ramai penonton mengikuti perjalanan hidup mereka sekeluarga, termasuk rutin harian, rawatan, suasana di hospital dan gelagat ayahnya yang sering memarahi atau berleter kepada Famy.

,Pemergian Ayah Famy Ismail

Walaupun sering dimarahi, Famy tetap sabar melayan kerenah ayahnya. Malah, hubungan mereka membuatkan ramai tersenyum kerana di sebalik kemarahan itu, jelas kelihatan kasih sayang seorang ayah terhadap anak.

Gelagat ayahnya yang kadangkala tegas, lucu dan bersahaja membuatkan ramai penonton terhibur. Ada yang menganggap atok itu seperti ayah atau datuk mereka sendiri kerana sikapnya yang begitu dekat dengan kehidupan ramai orang.

Moto yang sering dikongsikan Famy iaitu “Cipta lah kenangan selagi ianya masih ada” kini menjadi lebih menyentuh hati selepas berita pemergian ayahnya mula tersebar.

,Pemergian Ayah Famy Ismail

Ramai pengikut mengakui mereka terkejut apabila melihat perkongsian ucapan Al-Fatihah dan berita mengenai pemergian ayah Famy.

Ada yang mengatakan mereka baru sahaja melihat video-video ayahnya beberapa hari lalu, malah ada juga yang mengakui masih teringat wajah dan suara ayahnya yang sering muncul dalam kandungan TikTok Famy.

Ruangan komen turut dibanjiri ucapan takziah dan doa daripada orang ramai.

“Terkejut buka Facebook tadi, Al-Fatihah atok.”

“Atok online kami. Semoga tenang di sana, salam takziah kepada keluarga.”

“Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga dan Al-Fatihah… xde dah orang nak hiburkan kami.”

okomenaa

Perkongsian itu membuatkan ramai sedar bahawa setiap momen bersama ibu bapa adalah sangat berharga.

Apa yang dilakukan Famy sepanjang menjaga ayahnya bukan sekadar menghasilkan kandungan di media sosial, tetapi menjadi bukti kasih sayang seorang anak yang sanggup menjaga orang tuanya hingga ke akhir hayat.

Kini, segala gelak tawa, bebelan dan kemarahan kecil ayahnya hanya tinggal kenangan.

sfasfasfasf

Namun kenangan itulah yang akan terus hidup dalam hati keluarga dan para pengikut yang pernah mengikuti perjalanan mereka selama ini.

670554546 18580053295022083 5156897384375136243 n

Al-Fatihah buat Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

Video :

@famy.ismail Ayah udah laaa! Ayah udah laaaa! Simple ! 😩 #CiptaKenangan #foryourpage #AtokOnline #fypシ゚ #fyp ♬ suara asli – Virgiant 🪬

Continue Reading

Trending