SEMASA
Demam Video “Begitu Sulit Lupakan Rehan” Bukan Viral Di Tik Tok Je Sampai Ada Pertandingan, Ini Kisah Sedih Disebaliknya…

Demam Video “Begitu Sulit Lupakan Rehan” Bukan Viral Di Tik Tok Je Sampai Ada Pertandingan, Ini Kisah Sedih Disebaliknya…
Saling berbalas reaksi, video viral “Begitu Sulit Lupakan Rehan” berjaya pecahkan tembok sempadan Indonesia dan Malaysia. Topik Rehan terus trending di semua platform media sosial termasuklah Tik Tok, Instagram, Facebook, dan Twitter. Ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan individu yang menyanyikan dan mengapa ia viral sebegitu rupa?
[Video] Satu Shah Alam terpegun tonton video viral “Begitu Sulit Lupakan Rehan
Dari sebuah posting yang di muat naik di dalam laman akaun Tik Tok Era.je, kelihatan ratusan orang sedang khusyuk menonton video viral “Begitu Sulit Lupakan Rehan” di dataran terbuka. Apa yang kelakarnya, mereka seakan-akan begitu fokus dengan lirik yang dinyanyikan oleh gadis kelahiran Indonesia itu sehingga kaku berdiri tidak bergerak sedikit pun.
@era.je Kali ni kitorang ajak satu Shah Alam lah tengok Rehan malam ni. #rehan #begitusulitlupakankamu #fyp #fypシ #foryou #fypmalaysia #fypindonesia
Asal video itu adalah milik dari akaun Tik Tok @binirehan1 atau Intan Lembata Bunting yang kini sudah mempunyai 653.5K pengikut serta 18.7 juta likes semenjak fenomena “Begitu Sulit Lupakan Rehan” beredar di merata-rata negara. Lirik lagu yang diubah suai dari The Junas Monkey feat Yasmin berjudul Cukup Dikenang Saja telah meraih perhatian ramai penonton dan tidak terkecuali ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan lelaki yang bernama “Rehan” itu.
“Aduhai another level orang-orang Shah Alam jarang tak sporting.” 
“Hahahah. Penat lah aku gelak dengan trend ni terpaling Win!!!”
“Jangan sampai Buletin Utama Keluarkan!!!!”
Siapa Rehan? Tolong cari Rehan!
“Begitu sulit lupakan Rehan, apalagi Rehan baik. Begitu susah cari gantinya.” Inilah lirik yang menjadi nyanyian di telinga setiap kali kita membuka media sosial. Mengulas lanjut asal usul pemilik nama lelaki iaitu Rehan yang disebut oleh Intan Lembata atau juga dikenali Intan Sriastuti ini ternyata hanyalah sosok lelaki yang diimpikannya.
“Sosok Rehan adalah lelaki yang hadir dalam mimpi saya,” jawabnya ketika ditemu ramah dari Pagi-Pagi Ambyar Trans TV Indonesia.
Apa yang mengejutkan lagi, rupa-rupanya kewujudan Rehan sebenarnya tidak ada sama sekali.
“Sosoknya yang asli tidak ada,” kata Intan.
Walaupun begitu, Intan turut mengaku Rehan yang wujud dalam mimpinya adalah lelaki yang paling sempurna. Tampan dan macho itulah yang diinginkan. Dia yang juga tidak menyangka video tersebut boleh viral dan bahkan melepasi topik trending di media sosial lalu berkata,
“Sebenarnya tidak pernah terfikir. Niat asal buat video hanya untuk suka-suka sahaja. Waktu itu kebetulan sedang duduk, lalu terdengar muzik dari itu, terus saya terpost tanpa sengaja. Mulanya nak post ke Tik Tok Story cuma tersalah post ke akaun,” ujarnya.
Lirik lagu Begitu Sulit Lupakan Rehan
@binirehan1
Hari terus berlalu
Tergilas oleh waktu
Aku yang pernah menyakitimu
Rasanya ingin bertemu
Maafkan kesalahan
Dan juga kekhilafan
Pernah menancapkan duri tajam
Tak lekang dalam ingatan
Kini kau pergi
Meninggalkanku
Begitu sulit lupakan kamu
Apalagi kamu baik
Begitu susah cari gantinya
Cukup dikenang saja
Maafkan kesalahan
Dan juga kekhilafan
Pernah menancapkan duri tajam
Tak lekang dalam ingatan
Kini kau pergi
Meninggalkanku
Kini kau pergi
Meninggalkanku
Begitu sulit lupakan kamu
Apalagi kamu baik
Begitu susah cari gantinya
Cukup dikenang saja
Begitu sulit lupakan kamu
Apalagi kamu baik
Begitu susah cari gantinya
Cukup dikenang saja
Begitu sulit lupakan kamu
Apalagi kamu baik
Begitu susah cari gantinya
Cukup dikenang saja
Cukup dikenang saja
Cukup dikenang saja
Cukup dikenang saja
Video “Begitu Sulit Lupakan Rehan” telah mendapat 33 juta tontonan dan terus meningkat setiap hari. Walaupun kedengaran pelik tetapi inilah yang berlaku hari ini. Semua orang mempunyai impian memiliki pasangan yang diidamkan. Sungguhpun sekadar mimpi bukan realiti, pasti ia memberi kenangan manis untuk dikenang.
Sumber: Tik Tok era.je
SEMASA
Remaja Pecah Tabung Masjid? Video CCTV Viral Cetus Perdebatan

Remaja Pecah Tabung Masjid? Video CCTV Viral Cetus Perdebatan
ALOR PONGSU – Isu remaja pecah tabung masjid kembali menjadi perhatian apabila satu rakaman CCTV tular di media sosial, memaparkan tindakan beberapa individu dipercayai cuba mengambil wang daripada tabung masjid.
Kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah masjid sekitar Alor Pongsu itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, terutamanya apabila ia melibatkan tempat ibadah umat Islam.
Dalam rakaman tersebut, kelihatan seorang remaja menghampiri tabung sebelum bertindak dalam keadaan mencurigakan. Video itu kemudian tersebar luas dan menjadi antara video viral masjid Malaysia yang hangat diperkatakan.
Netizen Luah Kecewa Isu Tabung Masjid Dicuri
Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa kecewa terhadap kejadian yang disifatkan sebagai tidak menghormati kesucian masjid.
Ada yang menyifatkan tindakan ini sebagai satu bentuk kes remaja curi duit masjid yang semakin membimbangkan, malah ada juga yang mengaitkannya dengan kemerosotan nilai dalam kalangan generasi muda.
“Masjid sepatutnya jadi tempat paling selamat, bukan sasaran jenayah,” tulis seorang pengguna.
Isu Sosial Remaja Malaysia Kembali Dipersoal
Kejadian ini sekali lagi membuka perbincangan tentang isu sosial remaja Malaysia, termasuk peranan keluarga, pendidikan dan masyarakat dalam membentuk sahsiah generasi muda.
Walaupun ada yang menuntut tindakan tegas, terdapat juga pandangan yang mencadangkan pendekatan mendidik dan membimbing agar remaja tidak terus tersasar.
Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung kes remaja pecah tabung masjid tersebut.
Video penuh remaja pecah tabung masjid :
SEMASA
“Hilang Dihanyutkan Arus Deras” – Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Puncak Alam

“Hilang Dihanyutkan Arus Deras” – Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Puncak Alam
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras di Lorong Cakera Purnama, Bandar Puncak Alam, petang tadi.
Kejadian menyayat hati itu dipercayai berlaku sekitar jam 3.30 petang ketika hujan lebat melanda kawasan tersebut.
Menurut Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 7.47 malam.
Susulan itu, seramai enam anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya telah dikejarkan ke lokasi kejadian.
Pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira jam 8.13 malam dan segera memulakan operasi mencari dan menyelamat.
“Laporan daripada orang awam mengatakan mangsa jatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras ketika hujan lebat.
“Ketika ini, kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.
Perkongsian kejadian ini mengundang rasa risau dan simpati dalam kalangan netizen yang turut mendoakan agar mangsa segera ditemui.
Baca lagi : Kanak-Kanak 4 Tahun Maut, Kereta Dipandu Datuk Terbalik Di Manjoi – Majalah Ilmu
Ramai juga mengingatkan tentang bahaya arus deras ketika hujan lebat, terutama di kawasan longkang dan parit yang boleh menjadi sangat berbahaya dalam sekelip mata.
Operasi mencari dan menyelamat Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas masih diteruskan oleh pihak bomba.
Semoga mangsa Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas ditemui segera dan segala urusan dipermudahkan.
SEMASA
“Penonton Selalu Terhibur Dengan Kerenah Atok,Pemergian Ayah Famy Ismail Buat Ramai Sebak”

Pempengaruh TikTok, famy.ismail, sebelum ini sering mencuri perhatian ramai menerusi perkongsiannya menjaga ayah tercinta yang sedang sakit strok.
Melalui video-video yang dimuat naik, ramai penonton mengikuti perjalanan hidup mereka sekeluarga, termasuk rutin harian, rawatan, suasana di hospital dan gelagat ayahnya yang sering memarahi atau berleter kepada Famy.
Walaupun sering dimarahi, Famy tetap sabar melayan kerenah ayahnya. Malah, hubungan mereka membuatkan ramai tersenyum kerana di sebalik kemarahan itu, jelas kelihatan kasih sayang seorang ayah terhadap anak.
Gelagat ayahnya yang kadangkala tegas, lucu dan bersahaja membuatkan ramai penonton terhibur. Ada yang menganggap atok itu seperti ayah atau datuk mereka sendiri kerana sikapnya yang begitu dekat dengan kehidupan ramai orang.
Moto yang sering dikongsikan Famy iaitu “Cipta lah kenangan selagi ianya masih ada” kini menjadi lebih menyentuh hati selepas berita pemergian ayahnya mula tersebar.
Ramai pengikut mengakui mereka terkejut apabila melihat perkongsian ucapan Al-Fatihah dan berita mengenai pemergian ayah Famy.
Ada yang mengatakan mereka baru sahaja melihat video-video ayahnya beberapa hari lalu, malah ada juga yang mengakui masih teringat wajah dan suara ayahnya yang sering muncul dalam kandungan TikTok Famy.
Ruangan komen turut dibanjiri ucapan takziah dan doa daripada orang ramai.
“Terkejut buka Facebook tadi, Al-Fatihah atok.”
“Atok online kami. Semoga tenang di sana, salam takziah kepada keluarga.”
“Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga dan Al-Fatihah… xde dah orang nak hiburkan kami.”
Perkongsian itu membuatkan ramai sedar bahawa setiap momen bersama ibu bapa adalah sangat berharga.
Apa yang dilakukan Famy sepanjang menjaga ayahnya bukan sekadar menghasilkan kandungan di media sosial, tetapi menjadi bukti kasih sayang seorang anak yang sanggup menjaga orang tuanya hingga ke akhir hayat.
Kini, segala gelak tawa, bebelan dan kemarahan kecil ayahnya hanya tinggal kenangan.
Namun kenangan itulah yang akan terus hidup dalam hati keluarga dan para pengikut yang pernah mengikuti perjalanan mereka selama ini.
Al-Fatihah buat Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
Video :
@famy.ismail Ayah udah laaa! Ayah udah laaaa! Simple ! 😩 #CiptaKenangan #foryourpage #AtokOnline #fypシ゚ #fyp ♬ suara asli – Virgiant 🪬
Keluarga6 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA7 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah















