Connect with us

INFO

“Letusan Gunung Berapi Terkuat Bakal Terjadi,” Ramai Orang Tak Pernah Terfikir Pun Bagaimana Sekiranya Keadaan Planet Ganti Bulan?

Published

on

keadaan planet ganti bulan

“Letusan Gunung Berapi Terkuat Bakal Terjadi,” Ramai Orang Tak Pernah Terfikir Pun Bagaimana Sekiranya Keadaan Planet Ganti Bulan?

Bulan adalah satelit bumi yang sangat penting sejak dulu lagi. Ia bertanggungjawab melindungi bumi dari hentaman benda langit seperti komet dan asteroid. Keupayaan bulan tidak hanya sebatas itu, masyarakat Islam sendiri perlu berpandukan kepada bulan untuk menentukan kalender hijrah dan tarikh-tarikh khusus mula berpuasa dan perayaan. Begitu juga dengan kepercayaan masyarakat Yahudi dan yang lain. Pernahkah anda terfikir apa yang akan berlaku pada keadaan planet ganti bulan?

Keadaan planet ganti bulan ada perbezaan yang berlainan

Mengulas dari perkongsian sebuah video Nicholas Holmes yang dimuat naik di Channel Youtube Yeti Dynamics, menunjukkan bagaimana keadaan planet ganti bulan. Video ini diambil secara jelas di langit Huntsville, Alabama, Amerika Syarikat.

Awal video dimulakan oleh bulan yang terlihat sangat kecil di langit. Bulan mempunyai diameter 3,475 km, ini bermakna ia lebih kecil daripada planet utama Musytari dan Zuhal.

keadaan planet ganti bulan

Kemudian, ia digantikan dengan planet Mars. Kelihatan saiznya sedikit lebih besar dan setengah bahagian lagi tidak berapa jelas. Mars adalah planet keempat dari matahari dan merupakan kedua terkecil selepas Merkuri. Ia juga planet yang disebut-sebut oleh ramai ilumuan hari ini untuk mengantikan bumi suatu hari nanti.

keadaan planet ganti bulan

Planet kedua yang diuji adalah planet Neptune. Keadaan planet Neptune mengantikan bulan terlihat bersaiz besar berbanding planet Mars sebelum ini. Ia mempunyai saiz empat kali ganda besar dari bumi dengan diameter  24,750 kilometer.

keadaan planet ganti bulan

Planet ketiga, Nicholas mengilustrasikan planet Uranus  atau juga dikenali dengan jolongan “planet ais” sebagai penganti bulan.  Menariknya, planet ini tidak dapat menyerap cahaya matahari kerana kedudukanya yang ketujuh dari matahari. Oleh kerana itu, suhu di dalamnya mencecah sehingga 226°C. Bayangkan apa yang akan berlaku bila Uranus mendapat cahaya terus dari matahari?

keadaan planet ganti bulan

Planet paling besar di galaksi iaitu planet Jupiter memiliki saiz yang sangat besar dan luar biasa. Setahun di Jupiter bersamaan dengan 10 tahun di Bumi. The Great Red Spot adalah salah satu tarikan Jupiter kerana ia boleh menghasilkan fenomena angin taufan yang sangat besar sekali dan sempurna

keadaan planet ganti bulan

Yang terakhir dikaji adalah keadaan planet ganti bulan dengan meletakkan planet Saturn. Saturn mengantikan bulan memang paling berbeza dari yang lain kerana ia memiliki lingkaran atau gegelang asteroid yang besar. Dikatakan gegelang itu boleh dilihat dengan jelas dari bumi walaupun dengan menggunakan teleskop kecil.

keadaan planet ganti bulan

Kesan kepada manusia dan bumi jika ada planet mengantikan bulan

Ilustrasi yang dilakukan oleh Nicholas ini adalah kerana dia ingin melihat apa yang bakal berlaku pada keadaan planet ganti bulan dengan mengekalkan jarak Bumi dengan bulan yang sama. Namun yang demikian sekiranya benar perkara ini berlaku, kehidupan di Bumi khususnya pasti akan mendapat kesan dari keadaan janggal ini.

1. Sinar matahari yang menyinari planet

keadaan planet ganti bulan

Salah satu kesan popular yang dikatakan adalah sinar matahari akan tampak lebih jauh sedikit dari posisi sebenarnya. Ini mungkin dari faktor saiz, posisi, dan diameter planet yang berbeza-beza.

2. Posisi Bumi terhadap planet-planet itu

Kedudukan bumi akan berubah tidak pada posisi asal ketika berada dengan planet-planet di bima sakti. Perubahan yang sedikit pun boleh menyebabkan banyak berlaku perselisihan meteor dan asteroid pada bumi, bagaimana pula jika posisinya yang berubah?

3. Perubahan posisi planet dan putarannya

Planet di galaksi akan berkedudukan sedikit miring ke tepi dan berputar dalam paksinya pada kelajuan yang sangat cepat sekali.

3. Bumi jadi bulan bagi keempat-empat planet

Oleh kerana saiz bumi kelihatan kecil berbanding planet-planet lain yang mengantikan bulan, jadi amatlah wajar jika dikatakan bumi menjadi salah satu bulan bagi keempat-empat planet ini.

4. Mengaktifkan gunung berapi yang kuat

keadaan planet ganti bulan

Mantel dan kerak Bumi akan tertarik secara graviti ke Jupiter mencapai lebih dari 100 meter, kemudian ia akan pecah. Gerakan tarik menarik ini akan membuatkan tekanan dan cairan panas di bawah permukaan.

Ini secara langsung menyebabkan aktiviti pengaktifan gunung berapi di Bumi kembali meningkat. Bahkan mampu menyebabkan letupan gunung berapi yang sangat kuat sehingga lavanya menembak langsung ke ruang angkasa.

5. Fenomena pasang surut lautan yang luar biasa

Fenomena pasang surut lautan itu perkara biasa. Pentingnya fenomena ini kerana ia membantu menghilangkan bahan pencemar dan mengedarkan nutrien yang diperlukan tumbuhan atau hidupan akuatik lain untuk terus hidup. Malah, dari kejadian ini juga sangat memberi kelebihannya pada manusia sendiri.

Namun demikian, bila mana keadaan planet ganti bulan, pasang suruh lautan boleh mencecah setinggi 18 meter dan menyebabkan perubahan ketara pada permukaan bumi.

Sesungguhnya semua yang terjadi atas kekuasaan Allah SWT. Dalam Al-Quran Allah SWT berfirman,

Maksudnya: “Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya?” – (Surah Al-Anbiyaa´, ayat 30)

Begitu indah penciptaan ini, setiap yang dicipta memberi manfaatnya yang tersendiri kepada seisi kehidupan di atas muka bumi.

Sumber: Yeti Dynamics

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO

​“Yang langgar elok pula hidup!” – Kamal Adli berang dua beradik lumba kereta mewah, ragut nyawa empat sekeluarga

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260602 174236 0000

“Yang langgar elok pula hidup!” – Kamal Adli berang dua beradik lumba kereta mewah, ragut nyawa empat sekeluarga

SIKAP tidak bertanggungjawab segelintir pemandu yang menjadikan jalan raya awam sebagai litar lumba terus mengundang tragedi berdarah apabila empat nyawa sekeluarga yang tidak bersalah melayang dalam sekelip mata.

​Insiden menyayat hati yang berlaku di Kilometer 27, Jalan Renggam-Simpang Renggam, Johor itu turut mendapat perhatian pelakon popular, Kamal Adli.

​Kamal, 40, meluahkan rasa kesal dan berang dengan tindakan melulu pemandu terbabit yang langsung tidak memikirkan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Kamal Adli Luah Rasa Bengang

​Menerusi hantaran di platform Threads, suami kepada aktres Uqasha Senrose ini menyifatkan perbuatan berlumba di jalan raya yang sibuk terutamanya ketika musim orang ramai pulang ke kampung sebagai satu tindakan yang tidak masuk akal.

“Memang bodoh boleh berlumba tengah jalan-jalan sibuk orang balik dari kampung! Sampai orang tak bersalah yang meninggal! Bodoh gila!

“Yang langgar elok pula hidup! Tempatkan mereka bersama orang-orang beriman,” tulisnya penuh emosi.

 

​Dalam pada itu, rata-rata netizen di ruangan komen turut bersetuju dengan kenyataan Kamal dan menzahirkan rasa simpati yang mendalam terhadap nasib malang yang menimpa keluarga berkenaan.

Kronologi Kemalangan Ngeri

​Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 1.15 tengah hari Isnin, kemalangan ngeri itu melibatkan lima buah kenderaan iaitu dua buah Mercedes-Benz A250, sebuah BMW 530e, Toyota Vios, Perodua Alza dan Proton Wira.

​Siasatan pihak polis mendapati kemalangan berpunca daripada tindakan dua kenderaan mewah yang dipandu secara laju dan melulu.

​Akibatnya, kereta BMW berkenaan hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh kenderaan yang dinaiki empat sekeluarga tersebut.

Pelumba Rupanya Adik-Beradik

​Lebih mengejutkan, pemandu Mercedes-Benz yang terselamat dan pemandu BMW yang maut rupa-rupanya merupakan pasangan adik-beradik.

​Pemandu BMW berusia 22 tahun dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan parah pada bahagian dada. Manakala adiknya yang berusia 19 tahun, pemandu Mercedes-Benz, kini ditahan reman selama dua hari bagi membantu siasatan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

​Tragedi ini turut mendapat perhatian Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang menggesa pihak polis menyegerakan siasatan agar tindakan pendakwaan yang setimpal dapat diambil terhadap pelaku.

Majalah ilmu 

Sumber: ohmymedia

Continue Reading

INFO

​’Satu Keluarga Habis Licin…’ – Angkara Ego Kereta Mewah Berlumba, 4 Beranak Dijemput Ajal Serentak Di Simpang Renggam

Published

on

1 20260602 114046 0000

‘Satu Keluarga Habis Licin…’ – Angkara Ego Kereta Mewah Berlumba, 4 Beranak Dijemput Ajal Serentak Di Simpang Renggam

SIAPA sangka, perjalanan petang yang disangka tenang bertukar menjadi sebuah tragedi berdarah yang paling menyayat hati. Kegembiraan sebuah keluarga hancur berkecai dalam sekelip mata apabila empat ahli keluarga terkorban serentak dalam satu kemalangan ngeri melibatkan lima buah kenderaan di Kilometer 27, Jalan Renggam-Simpang Renggam.

​Lebih memilukan, insiden hitam ini dipercayai berpunca daripada sikap mementingkan diri dan ego pemandu dua buah kenderaan mewah yang memandu secara laju dan melulu di jalan awam.

Detik Cemas Rempuhan Berantai, BMW Meluncur Masuk Laluan Bertentangan

​Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.15 tengah hari itu membabitkan sebuah kereta Mercedes-Benz A250 dan sebuah BMW 530e. Kedua-dua kenderaan berkenaan dipercayai dipandu secara berbahaya dari arah Kluang menuju ke Simpang Renggam.

​”Pemandu BMW 530e yang dipandu lelaki tempatan berusia 22 tahun itu dipercayai hilang kawalan akibat dipandu terlalu laju sebelum ia meluncur masuk ke laluan bertentangan.

​”Kereta terbabit kemudiannya merempuh empat buah kenderaan lain yang sedang bergerak di laluan berkenaan iaitu Perodua Alza, Toyota Vios, Proton Wira dan sebuah lagi Mercedes-Benz,” katanya.

​Akibat impak rempuhan yang tersangat kuat, kereta BMW tersebut dilaporkan tercampak lalu terjatuh ke dalam gaung di seberang jalan.

Empat Beranak Dalam Toyota Vios Maut Di Tempat Kejadian

​Sesiapa sahaja yang melihat foto kejadian pasti akan menitiskan air mata. Rempuhan itu telah mengorbankan pemandu Toyota Vios, seorang lelaki berusia 36 tahun, isterinya (33 tahun), seorang warga emas (73 tahun) dan seorang kanak-kanak perempuan sekecil 10 tahun. Dipercayai, kesemua mereka adalah ahli keluarga terdekat.

​Kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan. Sementara itu, pemandu BMW berusia 22 tahun pula disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

​Tragedi ini turut menyebabkan dua lagi kanak-kanak berusia 11 dan tujuh tahun yang menaiki Perodua Alza mengalami kecederaan parah di kepala dan kini sedang bertarung nyawa di Zon Merah Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang. Beberapa pemandu lain turut mengalami kecederaan di kaki, muka, dan dada.

Remaja 19 Tahun Ditahan Polis, Netizen Mula Berang

​Susulan kejadian tersebut, pihak polis telah menahan pemandu Mercedes-Benz A250 yang baru berusia 19 tahun bagi membantu siasatan. Kenderaannya turut dirampas, bagaimanapun ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah.

​Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda jika sabit kesalahan.

​Berita ini ternyata mengundang kemarahan netizen di media sosial. Rata-rata mengecam tindakan pemandu-pemandu tersebut yang menjadikan jalan raya awam sebagai litar lumba peribadi sehingga mengorbankan nyawa orang lain yang tidak bersalah.

“Moga Ada Syurga Buat Kalian…” – Netizen Banjiri Ruangan Komen Dengan Doa

​Menjengah ke ruangan komen di platform media sosial, suasana pilu menyelubungi netizen apabila memikirkan nasib waris yang ditinggalkan. Bayangkan, dalam satu tengah hari, terus hilang empat ahli keluarga sekaligus.

“Ya Allah, luluh hati saya membaca berita ni. Hilang satu keluarga sekaligus. Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” tulis seorang netizen.

“Tolonglah haramkan pemandu-pemandu melulu macam ni daripada guna jalan raya. Kerana ego nak tunjuk hebat, anak orang lain jadi yatim piatu, keluarga orang lain hancur!” komen seorang lagi dengan nada kesal.

​Pihak polis turut menasihati semua pengguna jalan raya agar sentiasa bertimbang rasa dan berhati-hati ketika memandu. Ingatlah, keluarga kita da



n keluarga orang lain sedang menunggu di rumah.

​Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat para mangsa yang terkorban dan doakan kesembuhan buat anak-anak kecil yang masih kritikal di hospital.

Majalah ilmu

Sumber: borakdaily

Continue Reading

INFO

​‘Tolong Kuat Ibu, Kami Tunggu Di Rumah’ – Warkah Rindu Anak Pendaki Wanita Hilang Di Gunung Batu Putih Sentuh Hati Netizen

Published

on

1 20260602 102442 0000

​‘Tolong Kuat Ibu, Kami Tunggu Di Rumah’ – Warkah Rindu Anak Pendaki Wanita Hilang Di Gunung Batu Putih Sentuh Hati Netizen

Anak Pendaki Wanita Hilang

SEJAK dilaporkan hilang pada 24 Mei lalu di Gunung Batu Putih, Tapah, Perak, misi pencarian pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, masih menjadi tumpuan utama seluruh rakyat Malaysia.

​Terbaharu, tular di media sosial satu luahan hati yang amat menyayat hati daripada anak mangsa yang setia menanti kepulangan ibunya di rumah.

​Warkah ringkas namun penuh emosi itu dikongsikan semula oleh pengguna akaun TikTok @darwisyahfaizal, sekali gus mengundang simpati dan air mata dalam kalangan netizen.

Anak Pendaki Wanita Hilang

Anak Pendaki Wanita Hilang

“Ibu Insan Paling Kuat Saya Kenal”

​Menerusi hantaran tersebut, si anak menyatakan keredaan dan ketabahannya dalam mendepani ujian yang amat berat ini, biarpun mengakui ada ketikanya dia berasa sangat tidak berdaya.

“Hai Ibu, saya tahu ibu kuat. Malah, ibu adalah antara insan paling kuat yang saya kenal. Saya tak dapat membayangkan apa yang sedang ibu lalui sekarang, tapi saya sentiasa berdoa agar Allah memberikan ibu kekuatan, ketenangan dan perlindungan untuk terus bertahan,” tulisnya.

 

​Lebih meruntun jiwa, anak mangsa turut menitipkan kata-kata semangat agar ibunya tidak berputus asa di dalam hutan belantara berkenaan.

​Dia juga memegang erat pesanan ibunya yang sering mengingatkan tentang kebaikan pencipta dalam apa jua keadaan sekalipun.

“Kami semua sedang menanti kepulangan ibu. Ada masanya saya berasa sangat tak berdaya, tapi saya cuba ingat kata-kata ibu: ‘Allah Maha Baik’. Ibu tak keseorangan. Allah sentiasa bersama ibu, dan kami juga sentiasa bersama ibu dari sini. Kami sayang ibu sangat-sangat,” luahnya lagi.

FB IMG 1780369564050

Anak Pendaki Wanita Hilang

Netizen Banjiri Ruangan Komen Dengan Doa

​Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata warga maya tidak dapat menahan sebak malah turut menumpahkan air mata membaca titipan rindu seorang anak kepada ibunya itu.

​Ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada keluarga mangsa agar terus cekal sementara menanti perkhabaran gembira daripada pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

“Allahuakbar, luruh jantung baca luahan anak dia. Semoga ada keajaiban buat Puan Jaslinda. Ya Allah, pulangkanlah ibu ini ke pangkuan anak-anaknya dalam keadaan selamat,” komen seorang netizen.

“Tak dapat bayangkan perasaan anak dia sekarang. Semoga pasukan SAR dipermudahkan urusan dan diberikan petunjuk segera,” tambah seorang lagi pengguna TikTok.

​Untuk rekod, operasi SAR bagi mengesan Jaslinda Saludin yang hilang di kawasan pergunungan tersebut masih giat dijalankan oleh pihak berkuasa dengan bantuan pelbagai agensi dan malim gunung.

Anak Pendaki Wanita Hilang

​Sama-sama kita doakan agar Puan Jaslinda segera ditemui dengan selamat.

Majalah ilmu

Sumber: borakdaily

Continue Reading

Trending