SEMASA
Sanggup Berhenti Gunting Rambut, Pemuda Hantar Budak India Pergi Sekolah Naik Motosikal Selepas Tertinggal Bas

Sanggup Berhenti Gunting Rambut, Pemuda Hantar Budak India Pergi Sekolah Naik Motosikal Selepas Tertinggal Bas
Cabaran dalam menuntut ilmu tidak akan terlepas untuk seorang insan yang bernama pelajar. Kepayahan demi kepayahan setiap kali mahu melangkah ke medan ilmu pastinya akan memberikan kita memori dan ingatan yang tersendiri untuk diingati. Kali ini perkongsian akan membawa anda kisah pemuda hantar budak India pergi sekolah dengan menaiki motosikal.
Berhenti gunting rambut, pemuda hantar budak India pergi sekolah
Pemuda hantar budak India pergi sekolah ini adalah dari perkongsian di laman akaun Tik Tok en.azroy. Pemuda itu iaitu dirinya sendiri sebenarnya sedang merakam video “trim” rambut. Tiba-tiba sahaja video tersebut tergendala apabila dia didatangi oleh seorang pelajar India yang meminta tolong untuk menghantarkannya ke sekolah.
Pelajar India yang tertinggal bas itu mendesak untuk ke sekolah kerana jika tidak, pihak sekolah akan mengeluarkan surat amaran kepadanya. Atas rasa keprihatinan yang tinggi, Azroy telah menghentikan kerjanya dan mengambil keputusan untuk menghantar pelajar tersebut ke sekolah dengan segera menaiki motosikal.
20 minit ke sekolah kalau naik motosikal, biasanya selalu naik basikal
Masa berlalu tanpa dirasa, rupa-rupanya apabila diukur dengan masa dan jarak perjalanan menaiki motosikal mengambil masa 2o minit juga untuk sampai ke sekolah. Dalam kepala Azroy ligat berfikir, bagaimana pelajar itu mampu menaiki basikal setiap kali ketinggalan bas untuk ke sekolah?
Masa yang diambil jika menggunakan basikal sudah tentu lebih lama dan memerlukan tenaga untuk kayuh yang berlipat kali ganda. Terbit rasa sebak dalam hati juga terkilan dengan apa yang berlaku di depan matanya itu.
Bantu orang tanpa mengenal warna kulit dan latar belakang
Kehidupan manusia ibarat sebuah roda. Kadang kita di atas bermegah dan mewah. Kadang kita di bawah sengsara dan miskin. Bahkan, kita sendiri tidak tahu bila akan berada di atas dan bila pula akan jatuh di bawah. Oleh kerana itu, hidupkanlah sifat bantu membantu tanpa kenal warna kulit dan latar belakang. Membantu orang lain atas rasa empati dan perikemanusiaan.
Mulai saat ini, lupakanlah segala perbezaan yang ada dan saling membantu serta hulurkan pertolongan tanpa mengira apa jua perbezaan sama ada bangsa, bahasa, warna kulit dan pegangan politik.
Kepelbagaian bangsa di Malaysia bukanlah melahirkan jurang yang besar sebaliknya inilah keistimewaan yang kita miliki dalam hidup bermasyarakat. Raikan kepelbagaian dengan nilai-nilai murni yang tinggi agar sikap kemanusiaan secara global dapat diimarahkan sampai bila-bila.
Ramai netizen komen terharu dengan budi baik pemuda tersebut
Video yang telah mendapat like sebanyak 58.6K dan ribuan share ini telah mendapat 1107 komen yang positif dari masyarakat yang menonton video berkenaan.
“Kindness will be repaid.”
“Kebaikan akan berbalik kepada kita sebenarnya.”
“Muka brutal tapi dalam hati ada taman. Baik sungguh, nampak dah ciri-ciri suami dan bapa mithali.”
“Baiknya. Begini yang kita mahu saling tolong menolong tak kira bangsa.”
“Akak cikgu sekolah. Terima kasih dik, hantar budak tu ke sekolah. Moga budak tu bermotivasi ke sekolah disebabkan adik.”
“Allahu, teringat zaman sekolah. Kalau terlepas bas mintak tolong orang hantarkan. Ayah dulu polis jarang di rumah sebab tak ulang alik dari rumah.”
“Mungkin nanti sebab dia tak miss sekolah hari tu, dia jadi orang yang berjaya. Good job bang.”
Kisah pemuda hantar budak India pergi sekolah ini sedikit sebanyak dapat menyedarkan kita bahawa di dunia ini masih ada manusia yang tidak hanya mementingkan diri sendiri dan sudi menghulurkan bantuan tanpa mengenal siapa walau seorang kanak-kanak yang jauh lebih muda darinya.
Semoga dengan perkongsian seperti ini semakin memupuk nilai perpaduan yang tinggi dalam jiwa setiap masyarakat lebih-lebih lagi tinggal beberapa minggu sahaja kita bakal menyambut Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-65 pada 31 Ogos nanti.
Sesungguhnya bukan perbezaan yang memecah belahkan sesebuah masyarakat tetapi sikap manusia sendiri yang diluar normanya akan menjadi kata kunci dari segalanya.
Sumber: Tik Tok en.azroy
SEMASA
Remaja Pecah Tabung Masjid? Video CCTV Viral Cetus Perdebatan

Remaja Pecah Tabung Masjid? Video CCTV Viral Cetus Perdebatan
ALOR PONGSU – Isu remaja pecah tabung masjid kembali menjadi perhatian apabila satu rakaman CCTV tular di media sosial, memaparkan tindakan beberapa individu dipercayai cuba mengambil wang daripada tabung masjid.
Kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah masjid sekitar Alor Pongsu itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, terutamanya apabila ia melibatkan tempat ibadah umat Islam.
Dalam rakaman tersebut, kelihatan seorang remaja menghampiri tabung sebelum bertindak dalam keadaan mencurigakan. Video itu kemudian tersebar luas dan menjadi antara video viral masjid Malaysia yang hangat diperkatakan.
Netizen Luah Kecewa Isu Tabung Masjid Dicuri
Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa kecewa terhadap kejadian yang disifatkan sebagai tidak menghormati kesucian masjid.
Ada yang menyifatkan tindakan ini sebagai satu bentuk kes remaja curi duit masjid yang semakin membimbangkan, malah ada juga yang mengaitkannya dengan kemerosotan nilai dalam kalangan generasi muda.
“Masjid sepatutnya jadi tempat paling selamat, bukan sasaran jenayah,” tulis seorang pengguna.
Isu Sosial Remaja Malaysia Kembali Dipersoal
Kejadian ini sekali lagi membuka perbincangan tentang isu sosial remaja Malaysia, termasuk peranan keluarga, pendidikan dan masyarakat dalam membentuk sahsiah generasi muda.
Walaupun ada yang menuntut tindakan tegas, terdapat juga pandangan yang mencadangkan pendekatan mendidik dan membimbing agar remaja tidak terus tersasar.
Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung kes remaja pecah tabung masjid tersebut.
Video penuh remaja pecah tabung masjid :
SEMASA
“Hilang Dihanyutkan Arus Deras” – Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Puncak Alam

“Hilang Dihanyutkan Arus Deras” – Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Puncak Alam
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras di Lorong Cakera Purnama, Bandar Puncak Alam, petang tadi.
Kejadian menyayat hati itu dipercayai berlaku sekitar jam 3.30 petang ketika hujan lebat melanda kawasan tersebut.
Menurut Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 7.47 malam.
Susulan itu, seramai enam anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya telah dikejarkan ke lokasi kejadian.
Pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira jam 8.13 malam dan segera memulakan operasi mencari dan menyelamat.
“Laporan daripada orang awam mengatakan mangsa jatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras ketika hujan lebat.
“Ketika ini, kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.
Perkongsian kejadian ini mengundang rasa risau dan simpati dalam kalangan netizen yang turut mendoakan agar mangsa segera ditemui.
Baca lagi : Kanak-Kanak 4 Tahun Maut, Kereta Dipandu Datuk Terbalik Di Manjoi – Majalah Ilmu
Ramai juga mengingatkan tentang bahaya arus deras ketika hujan lebat, terutama di kawasan longkang dan parit yang boleh menjadi sangat berbahaya dalam sekelip mata.
Operasi mencari dan menyelamat Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas masih diteruskan oleh pihak bomba.
Semoga mangsa Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas ditemui segera dan segala urusan dipermudahkan.
SEMASA
“Penonton Selalu Terhibur Dengan Kerenah Atok,Pemergian Ayah Famy Ismail Buat Ramai Sebak”

Pempengaruh TikTok, famy.ismail, sebelum ini sering mencuri perhatian ramai menerusi perkongsiannya menjaga ayah tercinta yang sedang sakit strok.
Melalui video-video yang dimuat naik, ramai penonton mengikuti perjalanan hidup mereka sekeluarga, termasuk rutin harian, rawatan, suasana di hospital dan gelagat ayahnya yang sering memarahi atau berleter kepada Famy.
Walaupun sering dimarahi, Famy tetap sabar melayan kerenah ayahnya. Malah, hubungan mereka membuatkan ramai tersenyum kerana di sebalik kemarahan itu, jelas kelihatan kasih sayang seorang ayah terhadap anak.
Gelagat ayahnya yang kadangkala tegas, lucu dan bersahaja membuatkan ramai penonton terhibur. Ada yang menganggap atok itu seperti ayah atau datuk mereka sendiri kerana sikapnya yang begitu dekat dengan kehidupan ramai orang.
Moto yang sering dikongsikan Famy iaitu “Cipta lah kenangan selagi ianya masih ada” kini menjadi lebih menyentuh hati selepas berita pemergian ayahnya mula tersebar.
Ramai pengikut mengakui mereka terkejut apabila melihat perkongsian ucapan Al-Fatihah dan berita mengenai pemergian ayah Famy.
Ada yang mengatakan mereka baru sahaja melihat video-video ayahnya beberapa hari lalu, malah ada juga yang mengakui masih teringat wajah dan suara ayahnya yang sering muncul dalam kandungan TikTok Famy.
Ruangan komen turut dibanjiri ucapan takziah dan doa daripada orang ramai.
“Terkejut buka Facebook tadi, Al-Fatihah atok.”
“Atok online kami. Semoga tenang di sana, salam takziah kepada keluarga.”
“Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga dan Al-Fatihah… xde dah orang nak hiburkan kami.”
Perkongsian itu membuatkan ramai sedar bahawa setiap momen bersama ibu bapa adalah sangat berharga.
Apa yang dilakukan Famy sepanjang menjaga ayahnya bukan sekadar menghasilkan kandungan di media sosial, tetapi menjadi bukti kasih sayang seorang anak yang sanggup menjaga orang tuanya hingga ke akhir hayat.
Kini, segala gelak tawa, bebelan dan kemarahan kecil ayahnya hanya tinggal kenangan.
Namun kenangan itulah yang akan terus hidup dalam hati keluarga dan para pengikut yang pernah mengikuti perjalanan mereka selama ini.
Al-Fatihah buat Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
Video :
@famy.ismail Ayah udah laaa! Ayah udah laaaa! Simple ! 😩 #CiptaKenangan #foryourpage #AtokOnline #fypシ゚ #fyp ♬ suara asli – Virgiant 🪬
Keluarga6 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA7 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah






















