Connect with us

SEMASA

Skim Agihan Bina Rumah | Bantuan Rumah Percuma Guru KAFA

Published

on

skim agihan bina rumah

Skim Agihan Bina Rumah | Bantuan Rumah Percuma Guru KAFA

Sukacita dimaklumkan, berita baik buat guru KAFA di negeri Kedah yang merancang untuk membina rumah di atas tanah sendiri. Anda boleh membuat permohonan  “Skim Agihan Bina Rumah” melalui Skim Pembiayaan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

BACA JUGA: RUMAH PPRT 2022 | Cara Memohon Secara Online & Syarat Kelayakan 


Skim Agihan Bina Rumah 

Skim Agihan Bina Rumah ini adalah khusus untuk guru KAFA yang mengajar dan menetap di negeri Kedah sahaja. Keutamaan adalah untuk guru KAFA yang sudah mempunyai keluarga tetapi masih belum mempunyai rumah sendiri untuk didiami.

Melalui skim ini, pemohon akan menerima pinjaman untuk pembinaan sebuah rumah bernilai RM57,000 (RM63,000 bagi yang tinggal di Langkawi) bagi pembinaan di tanah sendiri atau pasangan sahaja.

Kepada guru KAFA yang layak, anda dipersilakan untuk menghantar permohonan dengan mengisi borang permohonan dan hantar permohonan anda sebelum tarikh tutup permohonan.

Skim Agihan Bina Rumah


Tempoh permohonan

Anda boleh membuat permohonan bermula 1 Julai 2022 ini. Manakala, tarikh tutup permohonan pula adalah pada 22 Julai 2022.


Jenis pinjaman

Skim pembiayaan ini dilakukan dengan kerjasama BIMB dan LZNK.

LZNK membiayai 50% dari jumlah kos sebuah rumah iaitu RM 28,500.00 manakala bagi daerah Langkawi RM 31,500.00. Sementara itu, pembiayaan peribadi (pinjaman) dari pihak BIMB pula adalah 50% dari kos sebuah rumah.

Kadar bayaran bulanan adalah antara RM200-RM300 sebulan dalam tempoh 10 tahun.


Syarat Kelayakan Pemohon

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan untuk memohon. Pastikan anda baca dengan teliti sebelum memohon agar permohonan anda tidak ditolak. 

  • Warganegara Malaysia.
  • Suami atau Isteri merupakan Guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) di Negeri Kedah.
  • Menetap/bermastautin di Negeri Kedah (sekurang-kurangnya 2 tahun).
  • Berumur 25 tahun hingga 50 tahun dari tarikh permohonan.
  • Pendapatan/elaun bulanan isi rumah tidak kurang dari RM 1,000.00 dan tidak melebihi RM 3,000.00.
  • Bukan seorang penghutang penghakiman atau muflis.
  • Memiliki keluasan tanah sekurang-kurangnya 1,500 kaki persegi dan selamat dibina.
  • Melepasi tapisan kelayakan daripada LZNK & BIMB

Cara Membuat Permohonan

Untuk memohon,sila ikuti langkah-langkah di bawah ini:

  1. Layari laman web rasmi di pautan berikut: https://www.zakatkedah.com.my/muat-turun
  2. Di bahagian “Skim Agihan Bina Rumah” muat turun borang permohonan. Cetak (Print out) borang tersebut. 
  3. Kemudian, isi borang yang telah dimuat turun dengan menggunakan HURUF BESAR.
  4. Pastikan semua maklumat diisi.
  5. Sediakan dokumen yang diperlukan (lihat senarai di bawah)
  6. Hantar borang beserta dokumen ke Pejabat Zakat Daerah mengikut alamat pemohon.
  7. Pastikan permohonan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan kerana permohonan yang dihantar selepas itu tidak akan dilayan sama sekali.

Dokumen Yang Diperlukan

Sila sertakan dokumen-dokumen yang disenaraikan dibawah ini ketika menghantar borang. 

  • Salinan kad pengenalan pemohon, pasangan dan tanggungan.
  • Salinan sijil perkahwinan, sijil cerai/sijil kematian suami/isteri (jika berkenaan).
  • Slip elaun Guru KAFA (3 bulan terkini).
  • Slip gaji pasangan/pengesahan pendapatan.
  • Surat pengesahan jawatan daripada Majikan.
  • Penyata bank pengkreditan elaun (3 bulan terkini).
  • Penyata pendapatan (Borang B/eBE/EA/EC) terkini atau Penyata KWSP terkini.
  • Salinan geran tanah yang disahkan.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, atau ingin mengetahui maklumat lanjut sila hubungi/layari: www.zakatkedah.com.my

Berkecimpung dalam dunia penulisan sejak 5 tahun yang lalu. Menulis pelbagai jenis artikel terkini untuk panduan rakyat Malaysia.

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SEMASA

“Pernah Terpalit Kontroversi, Kini Ramai Sebak Tengok Azar Azmi Menangis Dapat Bantuan Dato’ Aliff”

Published

on

“Pernah Terpalit Kontroversi, Kini Ramai Sebak Tengok Azar Azmi Menangis Dapat Bantuan Dato’ Aliff”

“Pernah Terpalit Kontroversi, Kini Ramai Sebak Tengok Azar Azmi Menangis Dapat Bantuan Dato’ Aliff”

Malam ini, ramai netizen mengaku mereka tidak mampu menahan air mata selepas menonton live melibatkan Dato’ Aliff Syukri, Datin Shahida dan pelakon Azar Azmi.

Pada awalnya, ramai menyangka Azar hanya dijemput untuk membantu packing barang dan memeriahkan live jualan seperti biasa.

Namun siapa sangka, di sebalik live tersebut, Dato’ Aliff sebenarnya sudah merancang sesuatu yang jauh lebih besar.

Pernah Terpalit Kontroversi Kini Ramai Sebak Tengok Azar Azmi Menangis Dapat Bantuan Dato Aliff

Dalam siaran itu, Dato’ Aliff dan Datin memaklumkan bahawa setiap barang yang terjual, sebanyak RM5 akan diberikan khas kepada Azar.

Apa yang membuatkan ramai lebih tersentuh, Azar kini dilihat sedang melalui fasa sukar dalam hidup selepas namanya terpalit dengan kontroversi dan kes polis sebelum ini.

Sebab itu, apabila melihat dirinya duduk menahan sebak sambil mendengar pengumuman tersebut, ramai netizen mengaku mereka sendiri turut menangis.

Pernah Terpalit Kontroversi Kini Ramai Sebak Tengok Azar Azmi Menangis Dapat Bantuan Dato Aliff 3

Baru beberapa minit live berlangsung, jumlah jualan sudah mencecah puluhan ribu ringgit.

Malah, ada yang mendakwa jumlah yang berjaya dikumpulkan untuk Azar melebihi RM20,000 dalam tempoh singkat.

Bagi ramai orang, bantuan itu bukan sekadar tentang wang.

Tetapi ia seolah-olah memberi peluang kepada Azar untuk bangkit semula selepas melalui pelbagai ujian dan kecaman.

Pernah Terpalit Kontroversi Kini Ramai Sebak Tengok Azar Azmi Menangis Dapat Bantuan Dato Aliff 2

Ruangan komen pula dipenuhi dengan kata-kata sebak daripada netizen.

“Menangis tengok Azar tahan air mata. Dia nampak terlalu penat.”

“Kadang-kadang orang cuma perlukan seseorang untuk hulur tangan bila dia jatuh.”

“Patutlah rezeki Dato’ Aliff dan Datin tak pernah putus. Mereka suka bantu orang.”

“Apa pun yang jadi sebelum ini, semua orang layak diberi peluang kedua.”

Ramai juga menyifatkan tindakan Dato’ Aliff dan Datin itu sebagai satu bentuk bantuan yang sangat bermaruah.

Pernah Terpalit Kontroversi Kini Ramai Sebak Tengok Azar Azmi Menangis Dapat Bantuan Dato Aliff 20

Bukan sekadar memberi wang, tetapi membuka ruang rezeki untuk seseorang berdiri semula dengan cara yang baik.

Di saat ramai sibuk menghukum dan bercakap tentang kesilapan orang lain, masih ada insan yang memilih untuk membantu tanpa mengungkit masa lalu.

Mungkin sebab itulah live malam ini membuatkan ramai sebak.

Kerana kadang-kadang, satu peluang kecil dan satu tangan yang ikhlas dihulur mampu mengubah hidup seseorang untuk selamanya.

Video Penuh :

 

Continue Reading

SEMASA

“Baru Nak Mulakan Langkah Sebagai Guru” – Guru Pelatih Maut Dalam Perjalanan Pulang Dari Sekolah

Published

on

Guru Pelatih Maut Dalam Perjalanan Pulang Dari Sekolah

“Baru Nak Mulakan Langkah Sebagai Guru” – Guru Pelatih Maut Dalam Perjalanan Pulang Dari Sekolah

Hasrat seorang guru pelatih wanita untuk meneruskan perjalanan hidup dan kerjaya sebagai pendidik berakhir dengan tragedi apabila dia dilaporkan maut dalam kemalangan di Jalan Bandar Sri Indah, Tawau pada Jumaat.

Mangsa dikenali sebagai Amierah Aqeelah Arbin, 25, yang juga merupakan penuntut tahun akhir di sebuah universiti.

670419466 122162933582849525 4908508634077403177 n

Difahamkan, Amierah ketika itu sedang menjalani latihan praktikum sebagai guru pelatih di Sekolah Menengah Kebangsaan Balung.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa dipercayai sedang dalam perjalanan pulang dari sekolah sebelum kereta jenis Perodua Kenari yang dipandunya terbabas ke tepi jalan.

668311622 1465914515576649 5083682331491315429 n

n sumber : bomba

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Jemishin Ujin, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.26 tengah hari.

Seramai enam anggota dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 17 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Tawau.

668580380 122162907692849525 6755510757597094303 n

“Menurut laporan, kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Kenari yang telah terbabas sendiri ke tepi jalan.

“Terdapat seorang mangsa dikeluarkan oleh pasukan perubatan sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian. Mangsa disahkan telah meninggal dunia di lokasi,” katanya.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Perkongsian berita itu mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen yang rata-ratanya turut bersimpati dengan nasib menimpa mangsa.

Ramai menyifatkan pemergian Amierah sangat menyedihkan kerana dia baru sahaja memulakan langkah untuk menjadi seorang guru.

Lebih menyentuh hati, mangsa dikatakan sedang menjalani latihan praktikum dan berada di fasa akhir pengajian sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

668769810 1465914918909942 8631912035095801737 n

Ramai turut menitipkan doa agar roh Amierah ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan keluarga diberikan kekuatan menghadapi kehilangan yang berat ini.

Kadang-kadang, ada insan yang pergi terlalu awal ketika mereka baru sahaja mahu memulakan perjalanan hidup yang sebenar.

Continue Reading

SEMASA

Kad Asing Di Pam RON95 Disekat Mulai 1 April, Sistem Baharu Akan Tapis Transaksi Secara Automatik

Published

on

Kad Asing Di Pam RON95 Disekat Mulai 1 April, Sistem Baharu Akan Tapis Transaksi Secara Automatik

Kad Asing Di Pam RON95 Disekat Mulai 1 April, Sistem Baharu Akan Tapis Transaksi Secara Automatik

PUTRAJAYA – Bermula 1 April ini, penggunaan kad kredit dan kad debit asing di pam petrol RON95 akan disekat secara berperingkat di seluruh negara.

Langkah baharu yang diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) itu dilihat sebagai usaha memperketat kawalan subsidi bahan api serta mengelakkan ketirisan yang berlaku selama ini.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, sistem baharu tersebut akan menghubungkan pam minyak dengan pangkalan data identiti seperti MyKad serta sistem perbankan bagi menapis transaksi secara automatik.

Kad Asing Di Pam RON95 Disekat Mulai 1 April Sistem Baharu Akan Tapis Transaksi Secara Automatik 1

Menurut beliau, pendekatan itu membolehkan transaksi menggunakan kad asing terus dikesan tanpa memerlukan pekerja stesen minyak memantau setiap pam secara manual.

“Selepas 1 April ini, sistem secara automatik akan menapis transaksi. Ini juga dapat mengurangkan beban pekerja stesen untuk ‘menjaga’ pam secara fizikal,” katanya.

Beliau menjelaskan, beberapa stesen minyak sudah bersedia sepenuhnya untuk melaksanakan mekanisme berkenaan dan pelaksanaannya akan dibuat secara berperingkat di seluruh negara.

Walaupun penggunaan kad asing masih dibenarkan, ia hanya boleh digunakan di kaunter dan bukan lagi secara terus di pam minyak.

Ini bermakna pelancong asing atau pengguna yang menggunakan kad luar negara masih boleh membeli petrol, namun perlu berurusan di kaunter stesen minyak bagi tujuan pengesahan dan pemantauan.

KPDN menegaskan bahawa langkah ini bukan bertujuan menyusahkan pengguna asing, sebaliknya bagi memastikan subsidi RON95 benar-benar dinikmati oleh rakyat tempatan yang layak.

Pada masa sama, sistem baharu itu dijangka membantu pihak penguat kuasa membanteras penyalahgunaan subsidi petrol, termasuk kes melibatkan kenderaan asing yang cuba mendapatkan petrol bersubsidi secara tidak sah.

Perubahan ini dijangka memberi kesan besar terutama di kawasan sempadan dan lokasi tumpuan pelancong asing, di mana isu penyalahgunaan RON95 sering menjadi perhatian.

Bagi rakyat Malaysia, penggunaan kad tempatan dan MyKad dijangka menjadi elemen penting dalam sistem baharu ini bagi memastikan transaksi di pam berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

Continue Reading

Trending