Connect with us

INFO

15 Khasiat Buah Durian Untuk Kesihatan & Pantang Larang Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Makan

Published

on

khasiat buah durian

15 Khasiat Buah Durian Untuk Kesihatan & Pantang Larang Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Makan

Musim durian tampaknya kembali lagi. Banyak peniaga mula menjual durian di tepi-tepi jalan dan mendapat sambutan yang seperti biasa sangat mengalakkan. Artikel pada kali ini, kita akan kongsikan apakah khasiat buah durian dan pantang larang yang perlu anda tahu sebelum memakannya.

khasiat buah durian

Penggunaan durian sebagai pencuci mulut dan perniagaan komersial

Durian atau lebih dikenali dengan nama gelarannya sebagai raja durian adalah buah yang cukup kuat aroma dan rasanya. Kerana permukaannya yang berduri dan kasar menjadikan buah durian ini agak mencabar untuk dikopek kulitnya jika tidak menggunakan parang atau pisau yang tajam.

Hari ini industri komersial telah menjadikan buah durian sebagai menu yang cukup bervariasi. Contohnya seperti kek durian, cup cake durian, aiskrim durian, ais durian, durian crepe, biskut durian, dan sebagainya.

Selain sesuai dijadikan lempok, jem, bubur, dan tempoyak, buah ini juga dieksport dan diproses menjadi serbuk dan sejuk beku.

Penerimaan dan sambutan yang cukup mengalakkan di tambah citarasa masyarakat Malaysia yang cukup gemar dengan makanan dari hidangan buah ini menjadikan ianya terkenal sehingga ke luar negara.

Jenis-jenis durian di Malaysia

Durian atau nama saintifiknya Durio zibethinus Murr, dikatakan mempunyai hampir 200 jenis yang telah didaftarkan di Malaysia. Buah ini yang lazimnya ditanam di kawasan utama seperti Perak, Kedah, Kelantan, dan Pahang mempunyai kelainan pada setiap jenisnya.

Contoh durian yang selalu kita jumpa adalah seperti Musang King, D 24, Traka, Udang Merah, Hor Lor, D 101, D 88, D 96, XO, Mas Selangor, Jiu Ji, Tawa, D2, dan pelbagai lagi.

khasiat buah durian

Komposisi nutrisi durian

Ini adalah kandungan nutrisi durian bagi setiap per 100 gram.

  • Tenaga (kcl) : 153 gram
  • Karbohidrat, g : 27.9 gram
  • Serat, g : 0.9 gram
  • Protein, g : 2.7 gram
  • Lemak, g : 3.4 gram
  • Kalsium, mg : 40 gram
  • Zat besi, mg : 1.9 gram
  • Natrium, mg : 40 gram
  • Kalium, mg : 70 gram
  • Fosforus, mg : 44 gram
  • Vitamin C, mg : 23.3 gram
  • Karotin, µg : 150 gram

Khasiat makan buah durian

Terdapat banyak manfaat makan buah durian yang perlu anda tahu. Antaranya seperti:

1. Mempunyai ciri-ciri anti-diabetik

Anti-diabetik di sini bermaksud pencegahan bagi penyakit diabetes menyerang manusia. Kajian yang dilakukan sebelum ini menunjukkan bahawa, durian mampu memberi fungsi mengurangkan kandungan gula dalam darah.

Hal ini kerana, kandungan serat pada buah tersebut akan melambatkan peningkatkan gula di dalam darah di samping mempunyai indeks glisemik yang rendah.

2. Melancarkan penghadaman

khasiat buah durian

Serat sangat sinonim membantu dalam proses penghadapan, pencernaan, dan perkumuhan. Kandungan dalam usus akan dibantu oleh serat untuk merangsang dengan lebih cepat proses peristalsis. Dengan cara itu, anda akan terhindar dari masalah sembelit lagi.

3. Rendahkan paras kolesterol

Bila sebut durian sahaja, orang cakap pasal kolesterol tinggi. Sedangkan, pengambilan durian dalam kuantiti yang betul boleh mengurangkan paras kolesterol dalam badan.

4. Menghindarkan diri dari anemia

Anemia adalah penyakit kekurangan sel darah merah. Di Malaysia, tidak terkecuali ramai orang yang menghidap penyakit ini dan salah satu puncanya disebabkan genetik. Disebabkan durian cukup kaya dengan kandungan zat besi, ia dapat membantu pesakit anemia untuk menghasilkan lebih banyak sel darah merah.

5. Banyak sumber vitamin C

Setiap 100 gram durian boleh membekalkan 23.3 gram vitamin C pada tubuh anda. Bahkan sumber vitamin semula jadi ini juga bagus dalam meningkatkan imun badan seseorang.

6. Menjadikan mood seseorang lebih gembira

khasiat buah durian

Durian mengandungi amino asid tryptophan. Ia adalah sejenis amino asid yang akan meningkatkan paras serotonin. Sebab itu kalau anda makan durian selalu sahaja tersenyum salah satu punca kerana hormon ini selain rasa durian yang sedap.

7. Membantu dalam kawalan tekanan darah

Kalium dalam durian berfungsi untuk menurunkan paras tekanan darah dalam saluran darah.

8. Menjadikan waktu tidur lebih berkualiti

Tidur lebih berkualiti dan lena ini juga dipengaruhi oleh tryptophan. Tryptophan akan meningkatkan paras melatonin untuk memberikan tidur anda lebih berkualiti dan sihat.

9. Bagus untuk tulang yang sihat

Cukup banyak nutrisi dalam durian untuk membantu anda mengawal dan mengekalkan tulang yang sihat khususnya kepada golongan tua.

10. Memberi tenaga

khasiat buah durian

Tenaga dikaitkan dengan karbohidrat. Dalam durian, ia cukup banyak dengan kandungan karbohidrat yang mampu membekalkan tenaga bosster dalam badan

Pantang larang makan buah durian

Buah durian yang mempunyai banyak manfaatnya dari segi kesihatan ini turut mempunyai pantang larangnya yang tersendiri. Ia dipengaruhi oleh nasihat turun-temurun orang dulu-dulu dan gaya masyarakat moden kita pada hari ini. Antara pantang larang yang biasa kita dengar adalah seperti:

  • Tidak boleh makan durian dengan minuman berkarbonat
  • Tidak boleh makan durian dengan susu
  • Tidak boleh makan durian dengan minuman berkaffein
  • Tidak boleh makan durian dengan ketam
  • Tidak boleh makan durian dengan daging
  • Tidak boleh makan durian dengan minuman beralkohol

Walau bagaimana pun, pantang larang ini hanyalah sekadar untuk memberi peringatan kepada anda khususnya kepada mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti diabetes, buah pinggang, dan sebagainya. Mengabungkan makan durian dengan makanan-makanan tadi akan memudaratkan diri kita sekiranya diambil dalam kuantiti yang banyak bahkan bagi individu yang sihat juga. Hal ini untuk langkah berjaga-jaga.

Makanlah apa sahaja yang anda suka, tetapi haruslah perhatikan pada kuantiti, cara, dan khasiatnya dulu.

Sumber: Dr Suri Roowi

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO

Unik & Penuh Warisan! Pengantin Suku Jakun Peragakan Baju Perkahwinan Kulit Kayu Terap

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260919 083115 0000

Unik & Penuh Warisan! Pengantin Suku Jakun Peragakan Baju Perkahwinan Kulit Kayu Terap

​Siapa kata Orang Asli tak kreatif? Busana perkahwinan yang dihasilkan daripada kulit kayu pokok terap ini membuktikan kehebatan seni dan warisan masyarakat tempatan yang amat luar biasa!

​Memerlukan masa kira-kira enam bulan untuk disiapkan, pakaian ini mempamerkan ketelitian, kesabaran, dan kemahiran kraf tangan tradisi yang tinggi. Daripada proses mengambil kulit kayu, mengetuk, mengeringkan, sehinggalah membentuknya menjadi helaian kain yang berseni, semuanya memerlukan seni pertukangan yang sangat halus.

​Lebih membanggakan, busana yang sarat dengan identiti warisan ini digayakan sendiri oleh pasangan pengantin daripada suku kaum Jakun dari Pahang. Keindahan pakaian ini bukan sahaja menyerlahkan keunikan pada hari bahagia mereka, malah menjadi simbol kebanggaan terhadap asal usul dan budaya nenek moyang.

​Satu karya seni hidup yang wajar dipelihara agar tidak luput ditelan zaman. Cantik, unik, dan penuh nilai estetika!

Kredit Foto / Sumber: Threads @themoonn09

Continue Reading

INFO

Tanpa Baju Sanding & Makan Beradab, Konsep ‘Intimate Wedding’ 70 Tetamu di Masjid Sendayan Ini Dipuji Ramai

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260916 184821 0000

Tanpa Baju Sanding & Makan Beradab, Konsep ‘Intimate Wedding’ 70 Tetamu di Masjid Sendayan Ini Dipuji Ramai

Konsep perkahwinan intim (intimate wedding) semakin mendapat tempat dalam kalangan pasangan muda hari ini. Pendekatan yang praktikal, tenang, dan jimat ini membuktikan bahawa majlis yang bermakna tidak semestinya perlu mahal atau penuh dengan adat yang merumitkan.

​Berikut adalah hantaran bersesuaian dengan garis panduan standard komuniti Facebook (menggunakan teks mesra media sosial, emoji yang seimbang, serta hashtag relevan):

​KONSEP ‘INTIMATE WEDDING’ DI MASJID SENDAYAN

​Bila sebut pasal kahwin, ramai bayangkan majlis besar-besaran, baju sanding beberapa persalinan, dan majlis makan beradab yang meriah. Tapi berbeza dengan konsep intimate wedding ini—ringkas, tenang, dan sangat menjimatkan kos tanpa mengurangkan keberkatan majlis!

​Ringkasan Majlis:

Lokasi: Masjid Sendayan, Negeri Sembilan

Hari: Hari Bekerja (Weekday)

Jumlah Tetamu: 70 orang sahaja (keluarga & rakan terdekat)

Pakaian: Tiada baju sanding (cukup sepasang baju nikah yang ringkas & sopan)

Jamuan: Tiada meja makan beradab (jamuan santai bersama tetamu)

​KENAPA KONSEP INI SANGAT BERBALOI?

​Keindahan Senibina Masjid Sendayan

Seni bina Masjid Sendayan yang tersergam indah berunsurkan seni bina Islamik moden sudah cukup dijadikan latar belakang fotografi yang sangat memukau. Tak perlu risau nak sewa pelamin atau bina dekorasi yang mahal!

​Majlis Hari Bekerja (Weekday) yang Tenang

Mengadakan majlis pada hari bekerja mengurangkan kesesakan tempat letak kereta dan mengelakkan suasana bersesak-sesak. Perjalanan majlis jadi jauh lebih lancar dan tenang.

Fokus Kepada Tetamu Terdekat (70 Orang)

Dengan jumlah tetamu yang terhad, pengantin dapat melayan setiap tetamu dengan mesra dan berkualiti. Tiada lagi situasi pengantin tak sempat bertegur sapa dengan tetamu yang hadir.

​Penjimatan Bajet yang Ketara

Tanpa sewaan baju sanding, persediaan meja makan beradab, dan hiasan pelamin yang sarat, ribuan ringgit dapat dijimatkan. Duit penjimatan ini boleh digunakan untuk persediaan kehidupan selepas nikah atau deposit rumah!

​Perkahwinan itu simple, yang merumitkan kadangkala adalah ekspektasi sekeliling. Semoga perkongsian ini memberi inspirasi buat pasangan yang sedang merancang majlis nikah secara bajet dan bermakna!

​Kredit: ainulamer

Continue Reading

INFO

Rebah Selepas Sangka Sakit Gigi Biasa, Ibu 4 Anak Meninggal Dunia Akibat Kegagalan Organ

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260915 154852 0000

Rebah Selepas Sangka Sakit Gigi Biasa, Ibu 4 Anak Meninggal Dunia Akibat Kegagalan Organ

​Satu perkongsian yang amat menyayat hati baru-baru ini telah membuka mata ramai pihak mengenai bahaya jangkitan gigi yang kerap diabaikan, terutamanya bagi wanita hamil.

​Arwah Siti Nor Fitriah, 32, telah menghembuskan nafas terakhir akibat severe sepsis with multi-organ failure (jangkitan kuman teruk yang membawa kepada kegagalan pelbagai organ). Pemergian arwah yang berlaku secara mendadak meninggalkan duka yang mendalam buat suami dan keluarga.

​Sakit Gigi Disangka Simptom Biasa Kehamilan

​Setiap kali mengandung pada tahun 2018, 2021, 2023, dan 2025, arwah kerap mengalami sakit gigi. Seperti kebanyakan kita, arwah dan suami menyangka ia sekadar masalah biasa wanita hamil dan hanya mengambil ubat penahan sakit (Panadol). Kesakitan itu memang hilang selepas bersalin, namun rupanya kuman tersebut “bertapa” dan membiak secara senyap.

​Keadaan kesihatan arwah merosot dengan pantas apabila paru-paru gagal berfungsi, buah pinggang terjejas, dan jantung terhenti sebanyak dua kali sebelum disahkan meninggal dunia. Doktor pakar mengesahkan bahawa jangkitan kuman yang melumpuhkan organ-organ utama tersebut berpunca daripada masalah gigi yang dipendam bertahun-tahun.

​Mengapa Sakit Gigi Sangat Bahaya Untuk Ibu Hamil?

​Perubahan Hormon Kehamilan: Peningkatan hormon progesterone dan estrogen menjadikan gusi lebih sensitif, mudah membengkak, berdarah (pregnancy gingivitis), dan terdedah kepada jangkitan.

​Gigi “Sembuh” Sendiri Beralih Jadi Bahaya: Apabila sakit gigi tiba-tiba hilang tanpa sebarang rawatan doktor, ini bukan bermakna ia dah sembuh. Ia menandakan saraf gigi telah mati (necrotic pulp). Apabila saraf mati, rasa sakit hilang, tetapi bakteria di dalam akar gigi terus membiak dan membentuk nanah secara senyap.

​Ancaman Sepsis (Jangkitan Dalam Darah): Kuman dari akar gigi yang dijangkiti boleh meresap masuk ke dalam aliran darah (bacteremia). Apabila ketahanan badan merosot, ia boleh mencetuskan tindak balas keradangan melampau ke seluruh tubuh (sepsis), merosakkan organ penting seperti paru-paru, jantung, serta buah pinggang.

​APA YANG PATUT KITA BUAT?

​Guna Pemeriksaan Gigi Percuma: Setiap ibu hamil yang membuka buku pink di Klinik Kesihatan (KK) diberi rujukan terus ke Klinik Pergigian secara percuma. Manfaatkan peluang ini!

​Jumpa Doktor Gigi Sebelum/Awal Hamil: Jika anda merancang untuk hamil atau sedang hamil, buat pemeriksaan gusi dan gigi secara menyeluruh.

​Jangan Selalu “Bergantung” Pada Penahan Sakit: Ubat seperti Panadol hanya melegakan kesakitan luaran, bukan membunuh kuman di dalam akar gigi.

​Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Siti Nor Fitriah. Semoga kisah ini menjadi pengajaran dan iktibar buat kita semua agar lebih peka dengan kesihatan mulut. Al-Fatihah

Continue Reading

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.