Connect with us

Kisah

Yazid Dulu Penyanyi Rock Terkenal, Kini Kerja Angkut Smpah ” Saya tidak pernah rasa malu untuk lakukan kerja ini walaupun satu ketika dahulu pernah popular dan dikenali ramai”.

Published

on

jyhvlh

Yazid Dulu Penyanyi Rock Terkenal, Kini Kerja Angkut Smpah ” Saya tidak pernah rasa malu untuk lakukan kerja ini walaupun satu ketika dahulu pernah popular dan dikenali ramai”.

Umum mengenali Yazid yang popular dengan lagu Bila Bunga Dipetik Orang dan Kerana Menyintaimu nyanyian kumpulan Sejati yang pernah menjadi siulan anak muda.

Terkenal sekitar era 90-an, kisah Yazid juga pernah tular pada awal tahun gara-gara dia terpaksa mengambil upah mengangkut sampah di kawasan kejiranannya demi kelangsungan hidup untuk menyara keluarga.

” Saya ambil keputusan pulang semula ke kampung halaman pada tahun 2002…”

Itu luahkan penyanyi Yazid Alias, 55, yang berkongsi cerita kehidupan terkininya terpaksa berdikari untuk menyara keluarga setelah nekad pulang ke kampung halaman dan meninggalkan kerjaya sebagai penghibur di Kuala Lumpur.

Meskipun perjalanan seni kumpulan yang berasal dari Slim River, Perak ini tidak segah berbanding penghibur yang lahir sezaman dengannya ketika itu, namun berjaya meninggalkan karya untuk diingati peminat sudah memadai.

” Waktu itu saya bermain muzik di sebuah pub di ibu kota. Jadi memang setiap hari saya akan pulang ke rumah lewat malam dan adakalanya sehingga pagi.

” Saya fikir semula sampai bila nak hidup dalam keadaan macam ini. Lagi pun isteri baru sahaja melahirkan anak pertama.

” Saya fikir kalau tinggal di kampung pun masih boleh teruskan karier nyanyian dan terbukti apa yang saya rancangkan itu berjalan dengan baik.

” Kehidupan cukup teratur. Walaupun waktu itu masih tiada pekerjaan tetap namun tawaran menyanyi masih ada.

” Boleh dikatakan setiap minggu saya terima jemputan menyanyi di merata tempat,” ujarnya membuka bicara.

Meletakkan nyanyian sebagai fokus utama, langkahnya tidak pernah tersasar. Pengalaman lampau dijadikan rujukan buat individu di luar sana menilai bakatnya.

Sekali lagi dia menyambut rezeki yang hadir apabila diberi peluang menjadi jurucakap bagi sebuah institusi pinjaman perumahan dalam menjayakan siri program bertemu pelanggan.

Tidak bernoktah di situ, bakatnya terus mendapat perhatian apabila selepas itu dia disambar pihak kementerian dan melantiknya menguruskan beberapa acara yang dijayakan oleh Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang ketika itu menjawat jawatan Menteri Kesihatan dan seterusnya Menteri Pengangkutan.

” Waktu itu banyak program kementerian saya jayakan bersama Ropie daripada kumpulan Cecupak.

” Namun biasalah kerja macam ni bukanlah tetap. Bila ada event tu barulah ada job. Jadi setiap bayaran yang dapat tu kena belanjakan secara berhemah.

” Namun kehidupan mula terkesan selepas w4bak COVlD-I9 meIanda negara pada awal tahun lepas.

” Bermula dari situlah pendapatan saya mula terjejas, apatah lagi ketika itu sebarang penganjuran majlis sudah tidak dibenarkan,” katanya.

Keluar seawal 9 pagi mencari nafkah

Akui buntu memikirkan hari mendatang, apatah lagi ada mulut yang perlu disuap dan perut yang perlu diisi, dia akhirnya mengambil keputusan untuk beralih kerjaya dengan menjadi pengangkut sampah di kawasan perumahannya di Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Kampung Balun, Slim River.

Buang rasa malu, baginya mencari rezeki halal sudah cukup bermakna dari meminta-minta.

Berbekalkan motosikal kepunyaannya yang diubahsuai menjadi roda tiga, seawal 9 pagi dia sudah keluar mencari nafkah.

Bebannya sedikit ringan apabila anak bongsu lelakinya yang berusia 12 tahun turut membantu ketika cuti persekolahan.

” Saya tidak pernah rasa malu untuk lakukan kerja ini walaupun satu ketika dahulu pernah popular dan dikenali ramai. Alhamdullillah, jiran-jiran dan penduduk setempat juga sentiasa memberi sokongan.

” Walaupun ramai beranggapan kerja ini bergelumang dengan bau sampah yang busuk, namun saya tidak pernah merungut. Sekurang-kurangnya dapat sara kehidupan keluarga.

” Saya juga tidak pernah berasa malu kerana ini kerja yang halal dan mampu memberi rezeki buat kami sekeluarga,” katanya.

Menurutnya lagi selesai memungut sampah dari kawasan persekitaran, dia akan memunggah sampah-sampah tersebut ke dalam tong sampah besar yang disediakan pihak berkuasa tempatan (PBT) berdekatan Taman Tasik Yang Dipertua (YDP) Slim River.

Menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan artis yang datang bertanya khabar selepas tersiar kisah kehidupannya baru-baru ini, dia menganggap jalinan ukhuwah antara mereka sebagai anak seni tidak pernah terpadam walaupun sudah lama hilang dari radar industri hiburan tanah air.

Setiap yang bergelar manusia pastinya pernah melalui pahit getir, ujian dan dugaan. Kepayahan mengharungi cabaran hidup serta kesedihan adalah aturan yang ditentukan oleh Maha Esa.

Situasi tersebut adalah ujian yang diturunkan oleh Allah SWT terhadap hamba-Nya untuk menduga kekuatan iman dalam diri. Sama ada besar atau kecil ujian itu terserah kepada-Nya.

Begitu juga dengan apa yang terjadi kepada bapa kepada empat orang anak ini. Setelah diuji dengan kehilangan kerjaya sebagai penghibur, kini timbul pula msaIah kesihatan yang menimpa dirinya.

Katanya pnyak1t kencing manis yang dihadapi ketika ini sedikit sebanyak mengganggu rutin hariannya, terutama dalam soal mencari rezeki.

” Menurut doktor bacaan gula dalam d4rah saya agak tinggi sekarang ini. Pernah sehingga mencecah 29 dan 30 mmo/L melepasi paras normal.

” Buat masa sekarang saya terpaksa jaga kesihatan dengan menjalani rawatan doktor di samping mengamalkan ubat-ubat tradisional dan herba.

” Pnyak1t kncing manis ni sedikit sebanyak mengganggu rutin harian. Kesannya badan cepat letih, tenaga berkurangan dan tekak sentiasa berasa haus.

” Adakalanya saya tidak mampu mengawal tekanan dan emosi. Pantang ada yang tak kena mulalah timbul perasaan marah.

” Jadi kalau rasa macam tu datang saya akan cepat-cepat keluar bawa diri sebentar. Biasanya saya ke masjid untuk tenangkan diri.

Sokong Yazid dengan membeli produk beliau

Tambahnya lagi dia perlu melakukan kerja untuk mengembalikan semula tenaga dalam dirinya. Setiap peluh yang keluar ibarat memberi suntikan semangat baru buatnya. Tidak mahu mengalah walau dalam keadaan sulit, dia cekal walau terpaksa bergelut meneruskan kehidupan.

” Rezeki Allah itu luas, jadi sedaya upaya saya akan terus berusaha untuk menyara keluarga.

” Kini selain daripada lakukan kerja harian, saya juga ada buat bisnes kecil-kecilan sebagai stokis menjual produk pengilat kenderaan jenama FROFIX di Slim River.

” Kepada sesiapa yang ingin mencuba produk ini bolehlah hubungi saya di talian 017-5091582.

” Saya bukan bermaksud ingin meraih simpati atas kesusahan yang dihadapi, namun jika ingin membantu inilah jalan terbaik menyokong perniagaan saya.

” Prinsip saya bukan ingin meminta-minta. Selagi ada kudrat dan nyawa, insya-Allah saya akan terus berdikari.” katanya mengakhiri perbualan.

Sumber:utusan

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kisah

Denda RM50, Air Mata Seorang Nenek: Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Published

on

Denda RM50 Air Mata Seorang Nenek Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Segamat – Seorang wanita warga emas berusia 90 tahun di Kampung Abdullah, Segamat, Johor, mencuri perhatian ramai apabila dikenakan denda RM50 hanya kerana menjual sayur-sayuran hasil tanamannya sendiri tanpa lesen.

Kejadian yang berlaku pada 23 Januari itu bukan sahaja menyentuh perasaan masyarakat, malah membuka perbincangan besar tentang kemanusiaan, keadilan sosial dan keperluan dasar lebih berperikemanusiaan terhadap golongan rentan.

“Saya Cuma Jual Sedikit…”

Perkara ini mula didedahkan oleh seorang pengguna Facebook, Steven Tan, yang terserempak dengan wanita tersebut ketika beliau menjual sayur secara kecil-kecilan di tepi jalan.

Menurut Steven, seorang pegawai Majlis Perbandaran Segamat (MPS) telah mengeluarkan saman RM50 kerana wanita itu tidak mempunyai lesen penjaja.

Walaupun Steven cuba merayu agar pegawai tersebut bertolak ansur, beliau dimaklumkan bahawa tindakan itu terpaksa dilakukan kerana mengikut peraturan.

Lebih menyedihkan, wanita itu turut diberitahu bahawa dia perlu memohon lesen bernilai ratusan ringgit sekiranya mahu terus berniaga.

“Jumlah itu tidak realistik untuk seseorang yang hanya menjual sedikit sayur beberapa kali sebulan,” tulis Steven.

Bagi wanita tersebut, menjual sayur itulah satu-satunya cara untuk menyara hidup. Jika lesen mahal itu diwajibkan, dia bukan sahaja kehilangan perniagaan kecilnya, malah kehilangan harapan.

sayur

Rayuan Yang Menjadi Tindakan

Steven kemudian meminta pandangan orang ramai tentang cara terbaik untuk membantu wanita berkenaan. Hantaran itu pantas tular dan sampai ke pengetahuan Ketua Pemuda MCA Segamat, Tay Kok Wea.

Beliau segera mengarahkan wakilnya ke lokasi untuk membayar denda RM50 tersebut bagi pihak wanita itu.

Dalam kenyataannya, Tay menegaskan bahawa tindakan itu bukan untuk meraih publisiti, sebaliknya demi membantu seorang warga emas yang hampir kehilangan punca rezeki.

sayuran

Tiada Lagi Denda, Harapan Baharu

Tay turut memaklumkan bahawa beliau telah berbincang dengan pihak penguatkuasaan MPS dan mengesahkan bahawa:

  • Tiada lagi denda akan dikenakan terhadap wanita itu

  • Wanita tersebut kini boleh terus menjual sayur tanpa rasa takut

  • Isu yuran lesen akan dibawa ke mesyuarat untuk dicadangkan bayaran simbolik

“Jika cadangan itu diluluskan, saya sendiri akan menanggung kos lesen tersebut,” katanya.

jual

Lebih Daripada Sekadar Denda

Kisah ini bukan sekadar tentang RM50, tetapi tentang maruah, belas kasihan dan keperluan sistem yang lebih adil kepada golongan miskin dan warga emas.

Ia mengingatkan kita bahawa di sebalik peraturan, masih perlu ada ruang untuk pertimbangan kemanusiaan.

Kadangkala, yang mereka perlukan bukan simpati — tetapi peluang untuk terus hidup dengan bermaruah.

Continue Reading

Kisah

“Bukan main garang bini kau bang…” Isteri Cemas Kereta ‘Hilang’, Suami Selamba Rakam

Published

on

Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

“Kereta Kita Mana?!” — Isteri Dah Cuak, Suami Kekal Tenang

Lepas ibu, isteri memang insan paling istimewa dalam hidup seorang lelaki. Bukan sekadar teman hidup, tapi tulang belakang yang setia dalam susah dan senang. Kadang-kadang cara suami menghargai isteri tu sampai another level—siap menyakat dulu sebelum bagi kejutan!

Baru-baru ini, tular di TikTok satu video lucu memaparkan gelagat seorang suami ‘prank’ isterinya. Dalam rakaman tersebut, pasangan ini dilihat baru selesai membeli-belah dan berjalan ke arah parkir. Sampai-sampai je, si isteri terus cuak—kereta mereka “hilang”! Dengan wajah panik, dia bertalu-talu tanya suami: “Kereta mana?”

 Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

Si suami pula kekal steady, tak banyak cakap… tapi sempat merakam setiap reaksi isterinya.

Rupa-Rupanya Kejutan, Hadiah Kereta Baharu

Twist sebenar: itu semua hanyalah rancangan lelaki berkenaan untuk menghadiahkan sebuah kereta baharu buat isteri tercinta. Patutlah tenang semacam—rupanya tengah tunggu momen paling ‘boom’ untuk didedahkan!

“Garang Juga Bini Kau…” — Netizen Terhibur

@ashraffahmadkamal Terima la hadiah sempena hari lahir isteriku yang tercinta. Segala penat lelah untuk anak dan rumahtangga kita, terima lah hadiah i yg tak seberapa ni. I harap u suka 😁 saya ni suka sakat sikit dan wife tahu kalau saya main-main. Jenuh nak cover🤣🤣 Akhirnya menjadi juga surprise untuk dia. Love you my love 😘 #evmalaysia #emas7 #protonemas #proton ♬ original sound – اشراف احمدكمال

Ruangan komen memang meriah. Ramai terhibur dengan reaksi spontan si isteri yang nampak “garang” sebab menyangka kereta mereka dicuri. Pada masa sama, ramai juga puji suami yang berani dan romantik dengan cara tersendiri.

Antara komen yang mencuri tumpuan:

komen

  • Bukan main garang bini kau, bang…

  • Alhamdulillah, hargai isteri sebaiknya.

  • Comel! So happy for you. Semoga bahagia selalu.

  • Doakan saya pun dapat surprise macam ni.

Bahagia Itu Bila Saling Menghargai

Rumah tangga ada pasang surut—ada manis, ada ujian. Tapi indahnya bila semuanya ditempuh berdua. Tak semestinya hadiah besar atau kata-kata manis; kadang usaha kecil yang lahir dari hati pun cukup membahagiakan. Bila suami isteri saling memahami dan menghargai, di situlah letaknya bahagia yang sebenar.

Sumber: TikTok @ashraffkamal_

Continue Reading

Kisah

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri – Luahan Pak Arief Buat Ramai Tersentak 😢”

Published

on

Rumah Warga Emas

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri” – Kisah Pak Arief Buat Ramai Tersentak

Apabila berbicara tentang rumah kebajikan warga emas, ramai antara kita cepat menilai bahawa penghuni di sana mungkin ditinggalkan oleh keluarga atau diabaikan oleh anak-anak. Namun, perkongsian seorang pekerja rumah kebajikan ini membuka sisi realiti yang jarang diperkatakan — bahawa tak semua warga emas ditinggalkan tanpa sebab.

“Saya dah rawat lebih 500 orang tua terlantar”

Menurut Pak Arief, yang sudah bertahun-tahun berkhidmat menjaga warga emas terlantar, dia pernah menguruskan lebih 500 penghuni sepanjang kerjayanya. Namun satu fakta yang mengejutkan ialah, 87% daripada mereka — kira-kira 300 orang — merupakan lelaki yang pernah menyakiti isteri sendiri ketika zaman muda.

“Saya bukan nak menghukum, tapi ini realiti yang saya lihat sendiri. Ramai antara mereka dulu pernah menduakan isteri, berkahwin lain, abaikan keluarga, atau tinggalkan anak-anak,” katanya.

Dulu kahwin lagi, sekarang tinggal sendiri

Ada antara mereka yang berkahwin lain demi nafsu, ada pula yang selingkuh dan mengabaikan anak-anak, sehinggalah akhirnya rumah tangga kedua pun tak kekal lama. Bila usia meningkat dan tiada siapa mahu jaga, barulah mereka sedar nilai kasih yang pernah disia-siakan.

“Bila jatuh terduduk, mereka cuba cari anak-anak dan bekas isteri semula. Tapi kebanyakannya tak lagi diterima. Anak-anak sudah lama menutup hati,” tambah Pak Arief dengan nada sayu.

Rumah Warga Emas

Secara psikologi, anak akan berpihak kepada ibu

Dari sudut psikologi, kata Pak Arief, anak-anak cenderung setia kepada ibu, terutama apabila melihat sendiri pengorbanan dan kesakitan yang ditanggung oleh si ibu selama bertahun-tahun.

Maka tidak hairanlah, ramai lelaki warga emas ini akhirnya berakhir di rumah kebajikan, bukan kerana anak tidak berhati perut, tetapi kerana luka lama yang belum sembuh.

“Anak-anak bukan berdendam, tapi mereka memilih untuk melindungi ibu. Mereka ingat setiap air mata, setiap malam ibu menangis. Itu yang membuat mereka sukar memaafkan,” ujarnya.

@mbak.butet Berdasarkan data, lansia terlantar yang diurus oleh Pak Arief Camra di Griya Lansia, ternyata saat mudanya melakukan ini… #GriyaLansia #GriyaLansiaMalang ♬ original sound – MbakButet – MbakButetAqsa

Pengajaran buat semua

Kisah yang dikongsikan oleh Pak Arief ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi sebagai peringatan kepada para suami dan ayah agar menghargai keluarga selagi diberi peluang.

Setiap tindakan hari ini akan membentuk bagaimana kita diperlakukan nanti — sama ada dengan kasih sayang, atau dengan sepi di penghujung usia.

“Jangan tunggu tua baru mahu bertaubat. Kerana kadang-kadang, bukan semua dosa mampu ditebus dengan air mata,” pesan Pak Arief.

Continue Reading

Trending