SEMASA
Datuk Azizulhasni Awang dis4hkan menghid4p pey4kit j4ntung, “Saya nak luangkan masa sepenuhnya dengan anak-anak, tanpa anak-anak tahu yang abi nya mungkin akan pergi pada bila-bila masa”

Datuk Azizulhasni Awang dis4hkan menghid4p pey4kit j4ntung, “Saya nak luangkan masa sepenuhnya dengan anak-anak, tanpa anak-anak tahu yang abi nya mungkin akan pergi pada bila-bila masa”
The Pocket Rocketman dikatakan mengalami mas4lah yang dipanggil ‘anomalous aortic 0rigin of right coronary artery’ (AOORCA).
SEMOGA cepat sembuh!
Demikian antara ungkapan yang ditinggalkan para netizen pada ruangan komen jaguh berbasikal negara, Datuk Mohamad Azizulhasni Awang, yang baru-baru ini menjalani pembed4h4n j4antung di Australia.
Azizul mengadu mengalami s4kit d4da pada Februari lalu dan dirujuk kepada pakar j4ntung di Melbourne, Dr Barveen Aisha untuk pemeriksaan lanjut.
Dia kemudian menjalani pembed4han di Hospital Epworth Richmond di Victoria, Australia pada 21 April
“Saya nak luangkan masa sepenuhnya dengan anak-anak
“D0ktor kata kalau saya seorang manusia biasa yang tidak aktif pun ris1ko dia dah tinggi, apatah lagi apabila rutin harian saya sentiasa berlatih di tahap intensiti tinggi dan berlumba di peringkat dunia termasuklah Olimpik Tokyo baru-baru ini.
Tidak ada mustahil jika Allah mengkehendakinya” itu ujar jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang saat mengetahui dirinya dis4hkan menghidap peyakit j4ntung Anom-alous Right Cor0nary Artery.
Menyifatkan keadaan kesi-hatan dirinya ibarat ‘b0m jangka’ ,Azizulhasni berk0ngsi pengalaman beliau buat pertama kali kepada orang ramai berkenaan peyakit j4ntung yang dihid4pinya itu melalui hantaran di Facebook nya baru-baru ini.
Cerita Azizulhasni yang terkenal dengan gelaran The Pocket Rocketman ini,simptom peyakitnya itu sudah lama dirasakan namun ia semakin kuat dan jelas ketika beliau membuat persia-pan ke Sukan Olimpik.
“Ketika itu saya ingat semua tu adalah dise-bab oleh pr0ses umur yang semakin meningkat.
“Semuanya bermula apabila saya kembali berlatih selepas tamat Sukan Olimpik. Selepas pulang dari satu sesi latihan tu, saya rasa sak-it dada yang teramat dan tidak pernah saya alami situasi seperti itu.
“Saya tahu kali ini bukan biasa-biasa kerana simptoms dia adalah lain daripada yang lain.
“Isteri saya keri-sauan dan memaksa untuk terus ke h0spital kerana tanda-tanda itu sedikit seperti ser4ngan j4ntung.
“Saya ni boleh pula memilih untuk pergi selepas dah selesai solat Isyak atas alasan nak selesaikan kewajiban dulu serta saya juga tahu mesti akan lama punya kena tahan nanti. Menga-muk member.
Saya berada di w4d kecem-asan hampir 5 jam, mereka melakukan pelbagai uj1an dan hasilnya tidak pun menunjukkan yang saya ada seragan j4ntung.
“Tidak ada peningkatan Troponin dalam dar-ah tetapi d0ktor di w4d kecem-asan telah menge-san sesuatu yang agak berlainan sedikit pada graf keputusan ECG saya”
“Dari sinilah d0ktor keluarga saya (family GP) iaitu Dr Ati memainkan peranan penting pada peringkat awal untuk merungkai apakah permasal-ahan yang sebenarnya,” katanya lagi.
Pertama kali mengetahui akan kondisi peyakitnya, d0ktor pakar j4ntung terkejuvt dan menyifatkan jaguh sukan itu seorang yang sangat-sangat bertuah.
“Keadaan saya ini ibarat b0m jangka yang boleh melet-up pada bila-bila masa. D0ktor juga bagi perumpaan yang melintas jalan raya, kemungkinannya untuk selamat adalah lebih tinggi dari situasi kondisi j4ntung saya ini.
“Yang mana faham, mereka fahamlah. Saya memang pasrah waktu tu. Saya boleh m4ti pada bila-bila masa, bayangkan kalau korang dapat berita macam tu. Doktor nasihatkan saya untuk berhenti berlatih dahulu buat seketika waktu sebelum membuat diagn0sis kedua untuk ‘double check’.
“Akan tetapi saya sedikit de-gil, masih teruskan latihan seperti biasa sebab memikirkan Sukan Komanwel tinggal berapa bulan je lagi.
“Waktu tu juga hemat saya, kalau saya akan m4ti ‘anytime’ pun, saya nak buat apa yang saya nak buat dulu. Saya nak teruskan aktiviti kegemaran saya iaitu berkayuh dan setiap hari saya luangkan masa sepenuh-penuhnya dengan isteri dan anak-anak seperti tiada hari esok.
Tanpa anak-anak tahu yang abi nya mungkin akan pergi pada bila-bila masa.
“Apa yang kita boleh belajar dari perkongsian saya hari ini? Terus melakukan ‘full screening’ jika anda mempunyai simptoms atau mas4lah berkaitan j4ntung kerana ianya adalah ‘life threa-tening situation’.
“Kalau anda dinasi-hatkan untuk berehat maka berehatlah dan janganlah memilih untuk memperjudikan ny4wa anda,” katanya.
Diberi bantal berbentuk hati
“Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.”
“Diharap anda semua masih sakan beraya dan dapat berjumpa dengan ahli keluarga dan sanak saudara yang tercinta. Harini saya nak share sedikit berkenaan bantal berbentuk hati (heart pillow) yang saya pegang ni. Pada kebiasaannya, mereka yang menjalani ‘open heart surgery’ akan diberikan bantal seperti ini untuk beberapa sebab. Ada yang warnanya merah penuh dan ada juga yang macam saya dapat ni warnanya putih, bergantung kepada hospital.”
“Tak kisahlah warna apa atau bentuknya macam mana, objektif utama bantal ini adalah untuk membantu pes4kit mengurangkan kes4kitan dan tekanan di dada apabila mereka batuk, bersin, ketika membuat ‘deep breathing’, ketawa (mungkin jenis kes yang ketawa macam langsuir la kot) hiccup dan juga apabila ingin bangkit dari katil. Ketika pembed4han dilakukan, pakar bed4h akan mem0tong tulang dada (sternum) yang bertanggungjawab melindungi j4ntung. Oleh itu pes4kit memerlukan sokongan tambahan dengan menggunakan bantal ini di bahagian dada antara 6minggu hingga 3bulan bergantung kepada pes4kit.”
“Penjagaan insisi sangatlah penting dan pes4kit tidak dibenarkan untuk mengangkat dan menolak bebanan yang melebihi 5kg sehingga tulang dada sudah betul-betul sembuh. Berdasarkan kajian, ketika pes4kit batuk mereka akan memberikan tekanan kepada bahagian dada lebih kurang 25kg manakala bersin pula lebih kurang 40kg. Tekanan yang terlampau tinggi akan memberikan risiko kepada insisi dan membantut proses pemulihan.”
“Mengikut pengalaman saya sendiri, apabila hendak batuk tu saya akan cuba kawal dan batuk ala manja-manja je, itupun masih s4kit. Bersin pula pada kebanyakkan waktunya datang secara tiba-tiba dan susah untuk dikawal dan s4kit dia tu memang azab sangat. Berair mata woooo ”
video
Sumber:FacebOok Azizulhasni Awang
SEMASA
Remaja Pecah Tabung Masjid? Video CCTV Viral Cetus Perdebatan

Remaja Pecah Tabung Masjid? Video CCTV Viral Cetus Perdebatan
ALOR PONGSU – Isu remaja pecah tabung masjid kembali menjadi perhatian apabila satu rakaman CCTV tular di media sosial, memaparkan tindakan beberapa individu dipercayai cuba mengambil wang daripada tabung masjid.
Kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah masjid sekitar Alor Pongsu itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, terutamanya apabila ia melibatkan tempat ibadah umat Islam.
Dalam rakaman tersebut, kelihatan seorang remaja menghampiri tabung sebelum bertindak dalam keadaan mencurigakan. Video itu kemudian tersebar luas dan menjadi antara video viral masjid Malaysia yang hangat diperkatakan.
Netizen Luah Kecewa Isu Tabung Masjid Dicuri
Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa kecewa terhadap kejadian yang disifatkan sebagai tidak menghormati kesucian masjid.
Ada yang menyifatkan tindakan ini sebagai satu bentuk kes remaja curi duit masjid yang semakin membimbangkan, malah ada juga yang mengaitkannya dengan kemerosotan nilai dalam kalangan generasi muda.
“Masjid sepatutnya jadi tempat paling selamat, bukan sasaran jenayah,” tulis seorang pengguna.
Isu Sosial Remaja Malaysia Kembali Dipersoal
Kejadian ini sekali lagi membuka perbincangan tentang isu sosial remaja Malaysia, termasuk peranan keluarga, pendidikan dan masyarakat dalam membentuk sahsiah generasi muda.
Walaupun ada yang menuntut tindakan tegas, terdapat juga pandangan yang mencadangkan pendekatan mendidik dan membimbing agar remaja tidak terus tersasar.
Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung kes remaja pecah tabung masjid tersebut.
Video penuh remaja pecah tabung masjid :
SEMASA
“Hilang Dihanyutkan Arus Deras” – Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Puncak Alam

“Hilang Dihanyutkan Arus Deras” – Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Puncak Alam
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras di Lorong Cakera Purnama, Bandar Puncak Alam, petang tadi.
Kejadian menyayat hati itu dipercayai berlaku sekitar jam 3.30 petang ketika hujan lebat melanda kawasan tersebut.
Menurut Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 7.47 malam.
Susulan itu, seramai enam anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya telah dikejarkan ke lokasi kejadian.
Pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira jam 8.13 malam dan segera memulakan operasi mencari dan menyelamat.
“Laporan daripada orang awam mengatakan mangsa jatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras ketika hujan lebat.
“Ketika ini, kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.
Perkongsian kejadian ini mengundang rasa risau dan simpati dalam kalangan netizen yang turut mendoakan agar mangsa segera ditemui.
Baca lagi : Kanak-Kanak 4 Tahun Maut, Kereta Dipandu Datuk Terbalik Di Manjoi – Majalah Ilmu
Ramai juga mengingatkan tentang bahaya arus deras ketika hujan lebat, terutama di kawasan longkang dan parit yang boleh menjadi sangat berbahaya dalam sekelip mata.
Operasi mencari dan menyelamat Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas masih diteruskan oleh pihak bomba.
Semoga mangsa Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas ditemui segera dan segala urusan dipermudahkan.
SEMASA
“Penonton Selalu Terhibur Dengan Kerenah Atok,Pemergian Ayah Famy Ismail Buat Ramai Sebak”

Pempengaruh TikTok, famy.ismail, sebelum ini sering mencuri perhatian ramai menerusi perkongsiannya menjaga ayah tercinta yang sedang sakit strok.
Melalui video-video yang dimuat naik, ramai penonton mengikuti perjalanan hidup mereka sekeluarga, termasuk rutin harian, rawatan, suasana di hospital dan gelagat ayahnya yang sering memarahi atau berleter kepada Famy.
Walaupun sering dimarahi, Famy tetap sabar melayan kerenah ayahnya. Malah, hubungan mereka membuatkan ramai tersenyum kerana di sebalik kemarahan itu, jelas kelihatan kasih sayang seorang ayah terhadap anak.
Gelagat ayahnya yang kadangkala tegas, lucu dan bersahaja membuatkan ramai penonton terhibur. Ada yang menganggap atok itu seperti ayah atau datuk mereka sendiri kerana sikapnya yang begitu dekat dengan kehidupan ramai orang.
Moto yang sering dikongsikan Famy iaitu “Cipta lah kenangan selagi ianya masih ada” kini menjadi lebih menyentuh hati selepas berita pemergian ayahnya mula tersebar.
Ramai pengikut mengakui mereka terkejut apabila melihat perkongsian ucapan Al-Fatihah dan berita mengenai pemergian ayah Famy.
Ada yang mengatakan mereka baru sahaja melihat video-video ayahnya beberapa hari lalu, malah ada juga yang mengakui masih teringat wajah dan suara ayahnya yang sering muncul dalam kandungan TikTok Famy.
Ruangan komen turut dibanjiri ucapan takziah dan doa daripada orang ramai.
“Terkejut buka Facebook tadi, Al-Fatihah atok.”
“Atok online kami. Semoga tenang di sana, salam takziah kepada keluarga.”
“Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga dan Al-Fatihah… xde dah orang nak hiburkan kami.”
Perkongsian itu membuatkan ramai sedar bahawa setiap momen bersama ibu bapa adalah sangat berharga.
Apa yang dilakukan Famy sepanjang menjaga ayahnya bukan sekadar menghasilkan kandungan di media sosial, tetapi menjadi bukti kasih sayang seorang anak yang sanggup menjaga orang tuanya hingga ke akhir hayat.
Kini, segala gelak tawa, bebelan dan kemarahan kecil ayahnya hanya tinggal kenangan.
Namun kenangan itulah yang akan terus hidup dalam hati keluarga dan para pengikut yang pernah mengikuti perjalanan mereka selama ini.
Al-Fatihah buat Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
Video :
@famy.ismail Ayah udah laaa! Ayah udah laaaa! Simple ! 😩 #CiptaKenangan #foryourpage #AtokOnline #fypシ゚ #fyp ♬ suara asli – Virgiant 🪬
Keluarga6 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA7 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah












