Kisah
Dulu kena ke’cam harga ‘Tel Aviv’, sekarang nasi Arab Chef Ammar laku teruk sampai terpaksa buat peraturan ketat pada pelanggan, 8 Sebab Kenapa Nasi Arab Chef Ammar Mendapat Sambutan

Dulu kena ke’cam harga ‘Tel Aviv’, sekarang nasi Arab Chef Ammar laku teruk sampai terpaksa buat peraturan ketat pada pelanggan, 8 Sebab Kenapa Nasi Arab Chef Ammar Mendapat Sambutan
Selepas tular nasi beriani Chef Ammar Ali yang dikecam mahal seperti ‘Tel Aviv’, tak sangka pula kini makin ramai pelanggan yang beratur untuk mendapatkan menu nasi Arab lamb shank air tangan chef Ammar.
“Tuala Tak Bagi Nasi R0sak”
Menurut Chef Ammar, wap air dari penutup periuk boleh buat nasi cepat r0sak. Itu sebabnya dia meletakan tuala untuk melindungi nasi dari titisan-titsan wap air
Jenis air yang di gunakan juga merupakan air jenis tapisan dan bukannya dari air paip
Dengan teknik tersebut, Chef Ammar mendakwa nasinya boleh tahan selama dua jam. Pernah sampai ke Langkawi, nasi tersebut masih elok untuk di makan
Berikut satu lagi perkongsian menarik dari netizan kenapa Nasi Arab Chef Ammar laku keras pada tahun ini
8 Sebab Kenapa Nasi Arab Chef Ammar Mendapat Sambutan
“Orang bisnes macam saya ni tak terliur sangat tengok Nasi Arab Lamb Shank tu. Saya lebih terliur mengira berapa jumlah orang yang beratur tu
“Beberapa hari ni asyik lalu je kat feed Nasi Arab Lamb Shank Chef Ammar ni. Dah la nama pun sama, tak boleh tak tengok la kan support nama sendiri
“Bila asyik lalu, lalu dan lalu. Maka saya pun kaji sikit apa yg buat sampai orang beratur hari-hari sejak dari awal petang.
“So, ni pandangan saya..
Produk yang UNIK
Saya sendiri jarang dengar ada Nasi Arab Lamb Shank siap dengan telur Saffron. Cari 5-6 bazar kat Kajang Bangi pun takde jumpa nasi arab camni. Kalau nasi arab biasa tu banyak la. So, Chef Ammar ada
produk USP yang bukan saja orang susah nak tiru, malah unik.
Unfair advantage – orang Arab
Chef Ammar gunakan sepenuhnya kelebihan beliau sebagai orang arab menghasilkan nasi Arab. Takde pulak dia gi jual Laksam ke, Kuih Akok ke kan. Saya tau restoran dia ada jugak serve steak tapi dia gunakan Nasi Arab sebagai killer dia kat bazar. Dalam strategy ni, dia orang Arab dan dia gunakan unfair advantage tersebut di bazar. Kalau orang Melayu jual Nasi Arab mesti tak boleh lawan advantage yg Chef Ammar ada ni.
Limited supply
Kalau ikutkan boleh je Chef Ammar buka kedai dia juga sambil niaga kat bazar. Tapi dia tak buat gitu untuk pastikan limited supply. Kalau cust nak, datang bazar. Takde cara lain. Takde kat bazar Putrajaya ke
Jalan TAR ke. Hanya di sesetengah bazar saja. (UPDATE: saya baru tau ada few bazar Chef Ammar). Sampaikan ada orang negeri lain pun datang beratur. Bila ada limited supply, maka akan buat lebih ramai orang beratur dan viral.
Produk yang bagus
Rata-rata orang cakap sedap. Saya tak pernah try lagi tapi kalau tak sedap, rasanya sehari dua je ramai beratur. Lepas tu orang dah tak beratur dah. Dengan pengalaman Chef Ammar dalam bidang kulinari, takde masalah dia nak hasilkan produk makanan yg bagus. Dia bukan chef yg jadi chef sebab masuk contest kan.
Personal branding bertahun lamanya
Chef Ammar bukan baru ni femes. Lama dah orang kenal sejak masuk TV sebelum2 ni lagi. Nama dia tak perlu diperkenalkan. So dia dah buat personal branding ni dah bertahun. Sebelum kita pandai masak lagi.
Dan dia konsisten. Bukan kejap jadi Chef, kejap jadi pelakon, kejap jual minyak wangi, kejap jual baju raya. Semua orang kenal dia sebagai Chef dan personal branding dia konsisten.
Elemen emosi
Orang beli bukan sebab fakta tapi lebih kepada emosi. Kedai dia viral sebab emosi orang bergaduh masa beratur, emosi dia nangis bila kena kecam harga tel aviv, emosi staf dia kena marah. Semua elemen emosi ni akan menaikkan trust dan feel untuk orang nak beratur lagi panjang.
Bos turun padang
Walaupun level dia bos besar, dan Chef yg biasa kat dapur, tapi dia sendiri turun padang gi ciduk nasi. Orang suka camtu. Berapa ramai Chef yang turun padang kat bazar berjumpa dengan orang ramai? Benda ni boleh naikkan lagi trust orang. Kalau ikutkan dia boleh je bungkus siap2 1000 pack suruh staf dia bawak gi bazar n jual. Tapi tidak. Chef Ammar sendiri bawa team dia n ciduk sendiri panas-panas (ni apa yg saya nampak kat gambar n video la).
Aktif social media
Team dia menggunakan social media dengan baik. Orang amek video pun Chef Ammar sendiri respon. Berapa ramai Chef yg buat camtu? Zaman sekarang nak niaga kena aktif social media. Orang Arab yg cakap Melayu pun tak perfect, selamba je buat content Bahasa Melayu n aktif plak tu. Apa alasan kita untuk tak aktif social media.
Kesimpulannya..
Viral dan strategy marketing #nasiarabmandy lamb shank ni boleh dirancang dan bukan bergantung kat nasib jika plan, strategy, execution semua tu betul.
Walaupun kita berada di fasa harga barang semua melonjak naik, ekonomi menguncup, banyak dibuang kerja, tapi masih lagi tak ada masalah untuk belanja harga kayangan untuk berbuka Nasi Arab.
Dalam bisnes ini membuktikan, harga bukanlah faktor utama. Kalau strategy kita betul, letaklah harga berapa pun, orang tetap akan beratur.
Perkongsian ikhlas dari,
Bila makanan habis, tak boleh suka hati call kilang suruh masak lagi
Sementara itu, Chef Ammar mengakui ramai yang telah memberikan cadangan untuk masak lebih, tetapi ada banyak kekangan yang tidak boleh diteruskan.
“Ya saya sedar ramai yang beri cadangan supaya kami masak lebih. Saya nak jelaskan, kami juga ada bajet untuk setiap hari. Jika sudah mencapai bajet, itu sahaja.
“Kami tak boleh call kilang, minta masak lagi dan hantar ke bazar. Ini bukan kedai makan seperti KFC atau McDonald’s. Kami tak tahu bilangan pelanggan yang datang setiap hari. Ada yang minta bungkus siap-siap supaya cepat.
“Tak syoklah kerana kita nak orang lihat makanan dan skil kita secara live. Keduanya, kami kena maintain kualiti makanan.
“Ketiga, kami juga ada staf di mana mereka juga letih, nak berbuka puasa, nak solat. Takkan sepanjang petang hingga malam kita nak duduk di bazar sahaja. Kita kena kemas, buat closing, proses bahan untuk esok pula… semua perkara behind the scene ini pelanggan tak nampak,” terangnya lagi.
kredit: Ammar Zahar, Tik Tok Chef Ammar
Kisah
Denda RM50, Air Mata Seorang Nenek: Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Segamat – Seorang wanita warga emas berusia 90 tahun di Kampung Abdullah, Segamat, Johor, mencuri perhatian ramai apabila dikenakan denda RM50 hanya kerana menjual sayur-sayuran hasil tanamannya sendiri tanpa lesen.
Kejadian yang berlaku pada 23 Januari itu bukan sahaja menyentuh perasaan masyarakat, malah membuka perbincangan besar tentang kemanusiaan, keadilan sosial dan keperluan dasar lebih berperikemanusiaan terhadap golongan rentan.
“Saya Cuma Jual Sedikit…”
Perkara ini mula didedahkan oleh seorang pengguna Facebook, Steven Tan, yang terserempak dengan wanita tersebut ketika beliau menjual sayur secara kecil-kecilan di tepi jalan.
Menurut Steven, seorang pegawai Majlis Perbandaran Segamat (MPS) telah mengeluarkan saman RM50 kerana wanita itu tidak mempunyai lesen penjaja.
Walaupun Steven cuba merayu agar pegawai tersebut bertolak ansur, beliau dimaklumkan bahawa tindakan itu terpaksa dilakukan kerana mengikut peraturan.
Lebih menyedihkan, wanita itu turut diberitahu bahawa dia perlu memohon lesen bernilai ratusan ringgit sekiranya mahu terus berniaga.
“Jumlah itu tidak realistik untuk seseorang yang hanya menjual sedikit sayur beberapa kali sebulan,” tulis Steven.
Bagi wanita tersebut, menjual sayur itulah satu-satunya cara untuk menyara hidup. Jika lesen mahal itu diwajibkan, dia bukan sahaja kehilangan perniagaan kecilnya, malah kehilangan harapan.
Rayuan Yang Menjadi Tindakan
Steven kemudian meminta pandangan orang ramai tentang cara terbaik untuk membantu wanita berkenaan. Hantaran itu pantas tular dan sampai ke pengetahuan Ketua Pemuda MCA Segamat, Tay Kok Wea.
Beliau segera mengarahkan wakilnya ke lokasi untuk membayar denda RM50 tersebut bagi pihak wanita itu.
Dalam kenyataannya, Tay menegaskan bahawa tindakan itu bukan untuk meraih publisiti, sebaliknya demi membantu seorang warga emas yang hampir kehilangan punca rezeki.
Tiada Lagi Denda, Harapan Baharu
Tay turut memaklumkan bahawa beliau telah berbincang dengan pihak penguatkuasaan MPS dan mengesahkan bahawa:
Tiada lagi denda akan dikenakan terhadap wanita itu
Wanita tersebut kini boleh terus menjual sayur tanpa rasa takut
Isu yuran lesen akan dibawa ke mesyuarat untuk dicadangkan bayaran simbolik
“Jika cadangan itu diluluskan, saya sendiri akan menanggung kos lesen tersebut,” katanya.
Lebih Daripada Sekadar Denda
Kisah ini bukan sekadar tentang RM50, tetapi tentang maruah, belas kasihan dan keperluan sistem yang lebih adil kepada golongan miskin dan warga emas.
Ia mengingatkan kita bahawa di sebalik peraturan, masih perlu ada ruang untuk pertimbangan kemanusiaan.
Kadangkala, yang mereka perlukan bukan simpati — tetapi peluang untuk terus hidup dengan bermaruah.
Kisah
“Bukan main garang bini kau bang…” Isteri Cemas Kereta ‘Hilang’, Suami Selamba Rakam

“Kereta Kita Mana?!” — Isteri Dah Cuak, Suami Kekal Tenang
Lepas ibu, isteri memang insan paling istimewa dalam hidup seorang lelaki. Bukan sekadar teman hidup, tapi tulang belakang yang setia dalam susah dan senang. Kadang-kadang cara suami menghargai isteri tu sampai another level—siap menyakat dulu sebelum bagi kejutan!
Baru-baru ini, tular di TikTok satu video lucu memaparkan gelagat seorang suami ‘prank’ isterinya. Dalam rakaman tersebut, pasangan ini dilihat baru selesai membeli-belah dan berjalan ke arah parkir. Sampai-sampai je, si isteri terus cuak—kereta mereka “hilang”! Dengan wajah panik, dia bertalu-talu tanya suami: “Kereta mana?”
Si suami pula kekal steady, tak banyak cakap… tapi sempat merakam setiap reaksi isterinya.
Rupa-Rupanya Kejutan, Hadiah Kereta Baharu
Twist sebenar: itu semua hanyalah rancangan lelaki berkenaan untuk menghadiahkan sebuah kereta baharu buat isteri tercinta. Patutlah tenang semacam—rupanya tengah tunggu momen paling ‘boom’ untuk didedahkan!
“Garang Juga Bini Kau…” — Netizen Terhibur
@ashraffahmadkamal Terima la hadiah sempena hari lahir isteriku yang tercinta. Segala penat lelah untuk anak dan rumahtangga kita, terima lah hadiah i yg tak seberapa ni. I harap u suka 😁 saya ni suka sakat sikit dan wife tahu kalau saya main-main. Jenuh nak cover🤣🤣 Akhirnya menjadi juga surprise untuk dia. Love you my love 😘 #evmalaysia #emas7 #protonemas #proton ♬ original sound – اشراف احمدكمال
Ruangan komen memang meriah. Ramai terhibur dengan reaksi spontan si isteri yang nampak “garang” sebab menyangka kereta mereka dicuri. Pada masa sama, ramai juga puji suami yang berani dan romantik dengan cara tersendiri.
Antara komen yang mencuri tumpuan:
“Bukan main garang bini kau, bang…”
“Alhamdulillah, hargai isteri sebaiknya.”
“Comel! So happy for you. Semoga bahagia selalu.”
“Doakan saya pun dapat surprise macam ni.”
Bahagia Itu Bila Saling Menghargai
Rumah tangga ada pasang surut—ada manis, ada ujian. Tapi indahnya bila semuanya ditempuh berdua. Tak semestinya hadiah besar atau kata-kata manis; kadang usaha kecil yang lahir dari hati pun cukup membahagiakan. Bila suami isteri saling memahami dan menghargai, di situlah letaknya bahagia yang sebenar.
Sumber: TikTok @ashraffkamal_
Kisah
“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri – Luahan Pak Arief Buat Ramai Tersentak 😢”

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri” – Kisah Pak Arief Buat Ramai Tersentak
Apabila berbicara tentang rumah kebajikan warga emas, ramai antara kita cepat menilai bahawa penghuni di sana mungkin ditinggalkan oleh keluarga atau diabaikan oleh anak-anak. Namun, perkongsian seorang pekerja rumah kebajikan ini membuka sisi realiti yang jarang diperkatakan — bahawa tak semua warga emas ditinggalkan tanpa sebab.
“Saya dah rawat lebih 500 orang tua terlantar”
Menurut Pak Arief, yang sudah bertahun-tahun berkhidmat menjaga warga emas terlantar, dia pernah menguruskan lebih 500 penghuni sepanjang kerjayanya. Namun satu fakta yang mengejutkan ialah, 87% daripada mereka — kira-kira 300 orang — merupakan lelaki yang pernah menyakiti isteri sendiri ketika zaman muda.
“Saya bukan nak menghukum, tapi ini realiti yang saya lihat sendiri. Ramai antara mereka dulu pernah menduakan isteri, berkahwin lain, abaikan keluarga, atau tinggalkan anak-anak,” katanya.
Dulu kahwin lagi, sekarang tinggal sendiri
Ada antara mereka yang berkahwin lain demi nafsu, ada pula yang selingkuh dan mengabaikan anak-anak, sehinggalah akhirnya rumah tangga kedua pun tak kekal lama. Bila usia meningkat dan tiada siapa mahu jaga, barulah mereka sedar nilai kasih yang pernah disia-siakan.
“Bila jatuh terduduk, mereka cuba cari anak-anak dan bekas isteri semula. Tapi kebanyakannya tak lagi diterima. Anak-anak sudah lama menutup hati,” tambah Pak Arief dengan nada sayu.
Secara psikologi, anak akan berpihak kepada ibu
Dari sudut psikologi, kata Pak Arief, anak-anak cenderung setia kepada ibu, terutama apabila melihat sendiri pengorbanan dan kesakitan yang ditanggung oleh si ibu selama bertahun-tahun.
Maka tidak hairanlah, ramai lelaki warga emas ini akhirnya berakhir di rumah kebajikan, bukan kerana anak tidak berhati perut, tetapi kerana luka lama yang belum sembuh.
“Anak-anak bukan berdendam, tapi mereka memilih untuk melindungi ibu. Mereka ingat setiap air mata, setiap malam ibu menangis. Itu yang membuat mereka sukar memaafkan,” ujarnya.
@mbak.butet Berdasarkan data, lansia terlantar yang diurus oleh Pak Arief Camra di Griya Lansia, ternyata saat mudanya melakukan ini… #GriyaLansia #GriyaLansiaMalang ♬ original sound – MbakButet – MbakButetAqsa
Pengajaran buat semua
Kisah yang dikongsikan oleh Pak Arief ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi sebagai peringatan kepada para suami dan ayah agar menghargai keluarga selagi diberi peluang.
Setiap tindakan hari ini akan membentuk bagaimana kita diperlakukan nanti — sama ada dengan kasih sayang, atau dengan sepi di penghujung usia.
“Jangan tunggu tua baru mahu bertaubat. Kerana kadang-kadang, bukan semua dosa mampu ditebus dengan air mata,” pesan Pak Arief.
Keluarga6 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA7 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah









