Connect with us

Kisah

Pengasas Lemb4ga Urusan Tabung Haji, Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid meningg4l dunia akibat sakiit tua

Published

on

kjbilv

Pengasas Lemb4ga Urusan Tabung Haji, Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid meningg4l dunia akibat sakiit tua

Peng̷asas Tabung Haji, Pr0fesor Dir4ja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid, 98, seorang t0koh pentiing di sebalik penubvhan Lemb4ga Urusan Tabung Hajii meningg4l dunia akibat sakiit tua di H0spital Prince Court di ibu negara pada pukul 4.30 petang.

Menurut isterinya, Rohayah Ahmad Bahiran, jen4zah Ungku Aziz, akan dibawa ke Masjiid At-Taqwa dan dij4ngka dikebvmikan pada malam ini.

Allahy4rham merupakan t0koh pentiing di sebalik penubvhan Lemb4ga Urusan Tabung Hajii dan Angk4tan K0perasi Keb4ngsaan Malaysia Berhad (Angk4sa).

Peng4sas Tabung Haji 1

Ungku Abdul Aziz yang dilahiirkan di L0ndon, United Kingd0m pada 28 Januari 1922 merupakan se0rang t0koh yang paliing diseg4ni terutamanya dalam biidang pendiidikan.

Selain itu, beliau juga adalah se0rang ahli ek0nomi yang banyak menyumbang idea kepada ag4ma, b4ngsa dan neg4ra. Beliau pernah memenangi Hadiiah Bud4ya Asia Fukuoka IV pada tahun 1993.

Beliau yang dianuger4hkan gelaran “Pr0fesor Dir4ja Ek0nomi” (Pembangunan Luar Bandar) pada 17 Jun 1978.

Pada 21 Julai 2002 beliau dianuger4hkan T0koh K0perasi Neg4ra sempena Hari K0perasi Neg4ra.

Allahy4rham merupakan bapa kepada bek4s gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar.

Dari hanya satu ‘paperw0rk’ Ungku Aziz ciipta Tabung Haji
Kalau kita lalu di Jalan Tun Razak yang siibuk dengan kender4an yang lalu lal4ng di ibu neg4ra, kita dah boleh lihat bangun4n T4bung Hajii yang terserg4m indah itu.

N4mun yang paling pentiing, bukan sek4dar bangun4n, tapi jas4nya dalam mel4hirkan jut4an jem4ah negara menunaikan ibad4h hajii, yang satu ketika dulu se0lah-0lah satu miisi yang sangat suk4r untuk orang Islam di neg4ra ini untuk berbuat demiikian.

mm 3

N4mun tak ramai yang tahu siapa yang mencetus atau meng4sas ideaa yang cukup ‘brilliant‘ ini sehingga k0nsep T4bung Hajii sekarang diguna pakai oleh banyak neg4ra Islam di seluruh dunia.

Jawapannya tak lain tak bukan, ia lahiir dari idea seorang anak J0hor yang mempunyai Phd dalam biidang ek0nomi dari Uniiversiti Waseda, Jepun – PR0FESOR DIR4JA UNGKU AZIZ UNGKU ABDUL HAMID atau nama mesranya Pak Ungku

Pada tahun 1959, ketika usianya baru 37 tahun, Ungku Aziz telah mengemukakan kert4s kerja bert4juk ”Ranc4ngan Memb4iki Kead4an Ek0nomi B4kal-b4kal Hajii” kepada keraj4an dan seejak itu ideaa beliau telah dik4ji dan diperkemb4ngkan sehiingga apa yang kita lihat sek4rang ini.

Daripada ‘ZER0’, T4bung Hajii (TH) sekarang adalah Pengvrus Danaa Islam terbes4r neg4ra dengan danaa melebiihi RM55 bili0n!

TH juga telah menceburi biidang pel4buran di beberapa sekt0r seperti perladangan, pembangunan hart4nah dan pembiinaan, kew4ngan Islam, tekn0logi maklum4t, miinyak dan ga’s, perkhidm4tan pelanc0ngan dan makanan h4lal dengan keuntvngan bersiih melebiihi RM3 bili0n setiap tahun. Pendep0sit mereka juga dah cec4h 8 jutaa orang.

mm1 3

Memetiik kata-katanya sew4ktu diwawancara Utus4n Malaysia tidak lama dulu mengenai bagaimana terceetusnya ideaa beliau untuk mewvjudkan T4bung Haji.

“Saya lihat orang k4mpung akan menjual k4mbing, kerbau atau t4nah mereka untuk menun4ikan hajii. Sekembalinya mereka dari sana, mereka ti4da tern4kan dan sumber rezeki lagi.

“Sebab itu, saya cetuskan ideaa penubuhan Lemb4ga Urus4n dan T4bung Haji (LUTH). LUTH sebenarnya memb4ntu ek0nomi orang Melayu untuk j4ngka masa yang panj4ng” – Ungku Aziz

mm2 3

Untuk rek0d, Pak Ungku gemar membaca dan telah membaca lebih 70,000 buah buku sejak 70 tahun lalu. Beliau sendiri memiliki lebih 7,000 buku di beberapa temp4t iaitu di rumah dan pejab4tnya.

Kamus saja ada 20 kamus yang masih dip4kai di biliknya. Beliau telah menuliis lebih 1,000 kertas kerja mengenai pelb4gai biidang yang telah diterbiitkan.

 

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kisah

Denda RM50, Air Mata Seorang Nenek: Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Published

on

Denda RM50 Air Mata Seorang Nenek Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Segamat – Seorang wanita warga emas berusia 90 tahun di Kampung Abdullah, Segamat, Johor, mencuri perhatian ramai apabila dikenakan denda RM50 hanya kerana menjual sayur-sayuran hasil tanamannya sendiri tanpa lesen.

Kejadian yang berlaku pada 23 Januari itu bukan sahaja menyentuh perasaan masyarakat, malah membuka perbincangan besar tentang kemanusiaan, keadilan sosial dan keperluan dasar lebih berperikemanusiaan terhadap golongan rentan.

“Saya Cuma Jual Sedikit…”

Perkara ini mula didedahkan oleh seorang pengguna Facebook, Steven Tan, yang terserempak dengan wanita tersebut ketika beliau menjual sayur secara kecil-kecilan di tepi jalan.

Menurut Steven, seorang pegawai Majlis Perbandaran Segamat (MPS) telah mengeluarkan saman RM50 kerana wanita itu tidak mempunyai lesen penjaja.

Walaupun Steven cuba merayu agar pegawai tersebut bertolak ansur, beliau dimaklumkan bahawa tindakan itu terpaksa dilakukan kerana mengikut peraturan.

Lebih menyedihkan, wanita itu turut diberitahu bahawa dia perlu memohon lesen bernilai ratusan ringgit sekiranya mahu terus berniaga.

“Jumlah itu tidak realistik untuk seseorang yang hanya menjual sedikit sayur beberapa kali sebulan,” tulis Steven.

Bagi wanita tersebut, menjual sayur itulah satu-satunya cara untuk menyara hidup. Jika lesen mahal itu diwajibkan, dia bukan sahaja kehilangan perniagaan kecilnya, malah kehilangan harapan.

sayur

Rayuan Yang Menjadi Tindakan

Steven kemudian meminta pandangan orang ramai tentang cara terbaik untuk membantu wanita berkenaan. Hantaran itu pantas tular dan sampai ke pengetahuan Ketua Pemuda MCA Segamat, Tay Kok Wea.

Beliau segera mengarahkan wakilnya ke lokasi untuk membayar denda RM50 tersebut bagi pihak wanita itu.

Dalam kenyataannya, Tay menegaskan bahawa tindakan itu bukan untuk meraih publisiti, sebaliknya demi membantu seorang warga emas yang hampir kehilangan punca rezeki.

sayuran

Tiada Lagi Denda, Harapan Baharu

Tay turut memaklumkan bahawa beliau telah berbincang dengan pihak penguatkuasaan MPS dan mengesahkan bahawa:

  • Tiada lagi denda akan dikenakan terhadap wanita itu

  • Wanita tersebut kini boleh terus menjual sayur tanpa rasa takut

  • Isu yuran lesen akan dibawa ke mesyuarat untuk dicadangkan bayaran simbolik

“Jika cadangan itu diluluskan, saya sendiri akan menanggung kos lesen tersebut,” katanya.

jual

Lebih Daripada Sekadar Denda

Kisah ini bukan sekadar tentang RM50, tetapi tentang maruah, belas kasihan dan keperluan sistem yang lebih adil kepada golongan miskin dan warga emas.

Ia mengingatkan kita bahawa di sebalik peraturan, masih perlu ada ruang untuk pertimbangan kemanusiaan.

Kadangkala, yang mereka perlukan bukan simpati — tetapi peluang untuk terus hidup dengan bermaruah.

Continue Reading

Kisah

“Bukan main garang bini kau bang…” Isteri Cemas Kereta ‘Hilang’, Suami Selamba Rakam

Published

on

Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

“Kereta Kita Mana?!” — Isteri Dah Cuak, Suami Kekal Tenang

Lepas ibu, isteri memang insan paling istimewa dalam hidup seorang lelaki. Bukan sekadar teman hidup, tapi tulang belakang yang setia dalam susah dan senang. Kadang-kadang cara suami menghargai isteri tu sampai another level—siap menyakat dulu sebelum bagi kejutan!

Baru-baru ini, tular di TikTok satu video lucu memaparkan gelagat seorang suami ‘prank’ isterinya. Dalam rakaman tersebut, pasangan ini dilihat baru selesai membeli-belah dan berjalan ke arah parkir. Sampai-sampai je, si isteri terus cuak—kereta mereka “hilang”! Dengan wajah panik, dia bertalu-talu tanya suami: “Kereta mana?”

 Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

Si suami pula kekal steady, tak banyak cakap… tapi sempat merakam setiap reaksi isterinya.

Rupa-Rupanya Kejutan, Hadiah Kereta Baharu

Twist sebenar: itu semua hanyalah rancangan lelaki berkenaan untuk menghadiahkan sebuah kereta baharu buat isteri tercinta. Patutlah tenang semacam—rupanya tengah tunggu momen paling ‘boom’ untuk didedahkan!

“Garang Juga Bini Kau…” — Netizen Terhibur

@ashraffahmadkamal Terima la hadiah sempena hari lahir isteriku yang tercinta. Segala penat lelah untuk anak dan rumahtangga kita, terima lah hadiah i yg tak seberapa ni. I harap u suka 😁 saya ni suka sakat sikit dan wife tahu kalau saya main-main. Jenuh nak cover🤣🤣 Akhirnya menjadi juga surprise untuk dia. Love you my love 😘 #evmalaysia #emas7 #protonemas #proton ♬ original sound – اشراف احمدكمال

Ruangan komen memang meriah. Ramai terhibur dengan reaksi spontan si isteri yang nampak “garang” sebab menyangka kereta mereka dicuri. Pada masa sama, ramai juga puji suami yang berani dan romantik dengan cara tersendiri.

Antara komen yang mencuri tumpuan:

komen

  • Bukan main garang bini kau, bang…

  • Alhamdulillah, hargai isteri sebaiknya.

  • Comel! So happy for you. Semoga bahagia selalu.

  • Doakan saya pun dapat surprise macam ni.

Bahagia Itu Bila Saling Menghargai

Rumah tangga ada pasang surut—ada manis, ada ujian. Tapi indahnya bila semuanya ditempuh berdua. Tak semestinya hadiah besar atau kata-kata manis; kadang usaha kecil yang lahir dari hati pun cukup membahagiakan. Bila suami isteri saling memahami dan menghargai, di situlah letaknya bahagia yang sebenar.

Sumber: TikTok @ashraffkamal_

Continue Reading

Kisah

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri – Luahan Pak Arief Buat Ramai Tersentak 😢”

Published

on

Rumah Warga Emas

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri” – Kisah Pak Arief Buat Ramai Tersentak

Apabila berbicara tentang rumah kebajikan warga emas, ramai antara kita cepat menilai bahawa penghuni di sana mungkin ditinggalkan oleh keluarga atau diabaikan oleh anak-anak. Namun, perkongsian seorang pekerja rumah kebajikan ini membuka sisi realiti yang jarang diperkatakan — bahawa tak semua warga emas ditinggalkan tanpa sebab.

“Saya dah rawat lebih 500 orang tua terlantar”

Menurut Pak Arief, yang sudah bertahun-tahun berkhidmat menjaga warga emas terlantar, dia pernah menguruskan lebih 500 penghuni sepanjang kerjayanya. Namun satu fakta yang mengejutkan ialah, 87% daripada mereka — kira-kira 300 orang — merupakan lelaki yang pernah menyakiti isteri sendiri ketika zaman muda.

“Saya bukan nak menghukum, tapi ini realiti yang saya lihat sendiri. Ramai antara mereka dulu pernah menduakan isteri, berkahwin lain, abaikan keluarga, atau tinggalkan anak-anak,” katanya.

Dulu kahwin lagi, sekarang tinggal sendiri

Ada antara mereka yang berkahwin lain demi nafsu, ada pula yang selingkuh dan mengabaikan anak-anak, sehinggalah akhirnya rumah tangga kedua pun tak kekal lama. Bila usia meningkat dan tiada siapa mahu jaga, barulah mereka sedar nilai kasih yang pernah disia-siakan.

“Bila jatuh terduduk, mereka cuba cari anak-anak dan bekas isteri semula. Tapi kebanyakannya tak lagi diterima. Anak-anak sudah lama menutup hati,” tambah Pak Arief dengan nada sayu.

Rumah Warga Emas

Secara psikologi, anak akan berpihak kepada ibu

Dari sudut psikologi, kata Pak Arief, anak-anak cenderung setia kepada ibu, terutama apabila melihat sendiri pengorbanan dan kesakitan yang ditanggung oleh si ibu selama bertahun-tahun.

Maka tidak hairanlah, ramai lelaki warga emas ini akhirnya berakhir di rumah kebajikan, bukan kerana anak tidak berhati perut, tetapi kerana luka lama yang belum sembuh.

“Anak-anak bukan berdendam, tapi mereka memilih untuk melindungi ibu. Mereka ingat setiap air mata, setiap malam ibu menangis. Itu yang membuat mereka sukar memaafkan,” ujarnya.

@mbak.butet Berdasarkan data, lansia terlantar yang diurus oleh Pak Arief Camra di Griya Lansia, ternyata saat mudanya melakukan ini… #GriyaLansia #GriyaLansiaMalang ♬ original sound – MbakButet – MbakButetAqsa

Pengajaran buat semua

Kisah yang dikongsikan oleh Pak Arief ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi sebagai peringatan kepada para suami dan ayah agar menghargai keluarga selagi diberi peluang.

Setiap tindakan hari ini akan membentuk bagaimana kita diperlakukan nanti — sama ada dengan kasih sayang, atau dengan sepi di penghujung usia.

“Jangan tunggu tua baru mahu bertaubat. Kerana kadang-kadang, bukan semua dosa mampu ditebus dengan air mata,” pesan Pak Arief.

Continue Reading

Trending