Pendidikan
7 Rahsia Pelajar Cemerlang Dalam Pelajaran Azali Azlan, 21A SPM
7 Rahsia Pelajar Cemerlang Dalam Pelajaran Azali Azlan, 21A SPM
Harapan bagi setiap pelajar adalah untuk menjadi pelajar cemerlang dengan keputusan yang terbaik. Sebagai seorang anak, memberikan hadiah keputusan peperiksaan yang cemerlang adalah salah satu dari hadiah yang cukup bermakna untuk mengubat segala penat lelah ibu bapa yang telah membesarkan kita.
Rekod pertama keputusan SPM paling tinggi di Malaysia
Masih ingatkah kita tentang fenomena seorang pelajar lelaki dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Yan, Kedah telah menggempar satu Malaysia pada 2007 yang lalu? Beliau berjaya mengatasi rekod Nur Amalina Che Bakri yang memperoleh 17 1A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Antara mata pelajaran yang diambil oleh Azali adalah seperti:
- Bahasa Malaysia (1A)
- Bahasa Inggeris (1A)
- Bahasa Arab Tinggi (1A)
- Pendidikan Syariah Islamiah (1A)
- Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah (1A)
- Biologi (1A)
- Kimia (1A)
- Fizik (1A)
- Matematik Tambahan (1A)
- Sejarah (1A)
- Geografi (1A)
- Perdagangan (1A)
- Ekonomi Asas (1A)
- Matematik Moden (1A)
- Prinsip Akaun (1A)
- Sains Asas (1A)
- Pendidikan Seni (1A)
- Pendidikan Islam (1A)
- Tasawwur Islam (1A)
- Kesusasteraan Melayu (1A)
- Bahasa Inggeris untuk Sains dan Teknologi (2A)
Siapa Azali Azlan yang menggemparkan Malaysia suatu ketika dulu?
Anak kepada pasangan guru, Azlan Othman, 51, dan Rozita Sanapi, 46, dari Tikam Batu, Kedah, telah dinobatkan sebagai pelajar cemerlang SPM 2007. Sekaligus meletakkan nama Azali Azlan sebagai pemegang rekod keputusan paling tinggi, dan cemerlang di Malaysia.
Sungguhpun beliau tekun belajar untuk menghadapi peperiksaan SPM, tetapi tidak terlintas sama sekali rezeki itu berpihak kepadanya sehingga menjadi bualan di seluruh Malaysia. Menurutnya ketika di temu ramah, beliau mengambil 21 mata pelajaran bukanlah untuk memecahkan rekod lalu. Namun sebaliknya hanya melakukannya untuk kepuasan diri sendiri.
“Tujuan asal saya bukan untuk mana-mana rekod, tapi saya buat untuk diri sendiri serta cikgu. Bagi saya, jika buat semata-mata untuk memecahkan rekod, ia tidak memberi apa-apa makna. Ini sebagai hadiah kepada semua guru saya,” katanya.
Tambahannya lagi, sebelum beliau membuat keputusan untuk mengambil 21 mata pelajaran, beliau mendapatkan nasihat awal terlebih dahulu daripada guru-guru tentang kebaikan, dan keburukannya.
Malah katanya lagi, “Cikgu tidak pernah cakap jangan (ambil 21 mata pelajaran), tapi cikgu menjelaskan kebaikan dan keburukannya. Ini kerana mereka bimbang saya tidak boleh menguasai semua mata pelajaran. Namun, saya percaya dengan diri sendiri, Saya percaya pada Tuhan. Alhamdulillah, cikgu banyak membantu. Mereka tolong dapatkan buku teks yang diperlukan. Itu sebab saya katakan ini (kejayaan) bukan untuk diri sendiri tapi untuk guru dan ibu bapa.”
Sebelum ini, anak ketiga daripada lima baradik itu berjaya mendapatkan keputusan 5A dalam UPSR, dan 9A dalam PMR. Seimbang dari akademik, dan sukan, beliau turut aktif dalam kegiatan sekolah sehingga pernah dinobatkan sebagai Tokoh Nilam Kebangsaan, 2007.
Tips pelajar cemerlang oleh Azali Azlan
“Apakah tips anda berjaya dalam pelajaran?” Ini adalah soalan hangat yang selalu ditanyakan oleh orang apabila kita berjaya melakukan sesuatu dengan cemerlang khususnya dalam pelajaran. Antara tips pelajar cemerlang yang di kongsikan Azali Azlan adalah seperti:
1. Istiqamah solat malam
Sebelum mengulang kaji pelajaran, sebaiknya kita bangun pagi untuk solat tahajud terlebih dahulu. Tujuannya untuk mencari keredhaan Allah SWT dengan apa yang sedang kita lakukan. Dalam masa yang sama membentuk rohani yang kuat untuk menuntut ilmu.
Firman Allah SWT dalam Al-Quran:
Maksudnya: “Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah ‘sembahyang tahajjud’ padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” – (Surah Al-Isra’, ayat 79)
Pemilik ilmu yang sebenar adalah dari Allah SWT. Oleh kerana itu, atas izin Nya sahaja kita mampu diberikan kefahaman, dan kelancaran dalam proses pembelajaran tersebut.
2. Rajin berpuasa
Ketika orang lain sibuk menyiapkan diri dengan makanan yang cukup, dan berkhasiat sepanjang menghadapi peperiksaan agar kekal bertenaga, sebaliknya Azali Azlan memilih untuk berpuasa. Beliau berpuasa dari hari pertama peperiksaan sehinggalah hari terakhir.
Hakikatnya, puasa bukan sahaja sebagai medan latihan untuk memupuk sifat sabar, jujur, dan betolak ansur, tetapi juga untuk membina serta membiasakan semua sikap positif dalam diri kita.
Sepertimana perintah Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertakwa.” – (Surah al-Baqarah, ayat 183)
Bagi mereka yang sihat tidak perlu takut atau bimbang akan menjadi lemah dengan berpuasa, tetapi sebaliknya berpuasa dapat meningkatkan kesihatan, dan stamina diri.
3. Rutin makan makanan sunnah
Makanan sunnah seperti madu, kurma, kismis, susu kambing, buah tin, dan habatus sauda sangat baik untuk diamalkan. Hal ini kerana contoh pemakanan tersebut adalah yang diamalkan oleh Rasululluh SAW.
Allah SWT ada berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 172,
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya.”
4. Menjaga hubungan dengan ibu bapa
Hubungan dengan ibu bapa memang perkara utama yang kita kena jaga sebab mereka adalah pintu syurga kita. Begitu juga dengan guru kerana tiga orang insan ini memang berkait rapat dengan kejayaan kita sebagai seorang pelajar. Tidak di lupa juga untuk sentiasa menjaga hubungan dengan orang sekeliling sama ada kawan sekelas, sahabat karib atau sesiapa sahaja.
Sebab kadang kala, rezeki itu tertahan kerana kita pernah menyakitkan hati salah seorang dari mereka walau tidak sengaja. Berbuat salah pada Tuhan kita boleh mintak maaf kepada Tuhan. Jika berbuat salah pada manusia, hanya manusia sahaja yang boleh memaafkan.
5. Sabar, dan tekun dalam menuntut ilmu
Dugaan dalam menuntut ilmu penuh dengan cabaran, dan dugaan. Ilmu itu tidak mudah di pelajari kerana sifatnya yang menyeluruh, dan tidak mampu untuk diketahui semua. Namun begitu sebagai seorang pelajar, jangalah kita berputus asa dalam menimba ilmu.
Hal ini kerana, setiap kesusahan yang didatangkan, dan dihadapi itu pastinya akan membuahkan hasil jika kita tetap sabar, dan tekun.
6. Gemar beriadah, dan sukan
Pelajar cemerlang bukanlah yang sentiasa 24 jam bersama buku sahaja. Namun mereka juga sama seperti orang lain yang perlu beriadah untuk melepaskan tekanan selepas berusaha dengan kuat semasa mengulang kaji pelajaran.
Antara faedah bersukan yang boleh diperolehi adalah membentuk disiplin yang tinggi dalam diri, melahirkan pelajar yang sihat, mendidik diri untuk pandai membahagikan masa, fikiran lebih positif, dan dapat menggunakan masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat.
7. Sokongan dari ibu bapa, dan guru
Selain ibu bapa, dan guru yang banyak memberikan semangat untuk Azali Azlan dalam pelajaran, beliau juga telah menjadikan kakak sulung yang ketika itu melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Cook Universiti, Ireland sebagai pendorong utamanya untuk belajar.
Dengan persekitaran yang baik, dan positif adalah tidak mustahil untuk kita membentuk sebuah generasi cendekiawan yang boleh membangakan dunia suatu hari nanti.
Tips pelajar cemerlang yang dikongsikan tadi banyak menyentuh tentang hal berkaitan rohani. Amalan-amalan kerohanian seperti ini kadang-kala kita terlepas pandang dalam mencari kecemerlangan. Inti pati dalam kecemerlangan bukan sahaja tentang usaha, tetapi juga ketakwaan seseorang itu kepada Tuhannya.
Sumber: Ahmad Sanusi Husain
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.