Pendidikan
Rumah Siswa | Cara Mendaftar Rumah Sewa Untuk Pelajar IPTA

Rumah Siswa | Cara Mendaftar Rumah Sewa Untuk Pelajar IPTA ~ Sukacita dimaklumkan terutamanya untuk pelajar IPTA yang sedang atau berhasrat untuk mendapatkan rumah sewa di sekitar kampus masing-masing.
Anda kini boleh mendaftar melalui Portal Rumah Siswa bagi memudahkan pencarian rumah sewa di sekitar kampus anda.
Baca Juga: Skim MyEzyCover | Pembiayaan Insurans Kenderaan Penjawat Awam
Portal Rumah Siswa
Portal Rumah Siswa adalah merupakan sebuah platform khas yang menghubungkan pelajar sebagai penyewa kepada pemilik premis, mendapatkan khidmat nasihat serta memudahkan proses pencarian bilik atau rumah sewa di sekitar kampus pada harga kompetitif.
Ini adalah bagi memudahkan pelajar IPTA mencari rumah sewa dan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Ia merupakan inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan telah dilancarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi , Datuk Seri Dr Noraini Ahmad pada 4 Mac 2021 bagi menangani isu pengurusan serta keselamatan pelajar IPTA yang tidak tinggal dalam kampus.
Dengan adanya Rumah Siswa ini, ia akan secara tidak langsung akan membantu pihak IPT untuk mentadbir, menelaras serta menguruskan keperluan serta hal ehwal berkaitan kebajikan mahasiswa yang menyewa di luar kampus.
IPTA Yang Terlibat
Portal ini melibatkan kerjasama daripada 20 IPTA utama di seluruh negara seperti berikut :
- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
- Universiti Teknologi MARA (UiTM)
- Universiti Malaya (UM)
- Universiti Utara Malaysia (UUM)
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
- Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
- Universiti Sains Malaysia (USM)
- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Universiti Malaysia Pahang (UMP)
- Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
- Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
- Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
- Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
- Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
- Universiti Malaysia Sabah (UMS)
- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Cara Membuat Pendaftaran
- Untuk mendaftar (sebagai penyewa melalui Portal Rumah Siswa), sila layari: https://rumahsiswa.mohe.gov.my/
- Seterusnya, klik butang ‘Daftar’ di bahagian atas kanan laman web.
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
- Kemudian, log masuk ke email anda dan klik butang ‘Verify Email Address’ untuk mengesahkan email yang anda daftarkan.
- Untuk membuat carian rumah sewa yang ada, sila taip nama tempat/bandar diikuti dengan butang ‘Cari.’
- Senarai kediaman yang bersedia untuk disewakan akan dipaparkan untuk rujukan pelajar.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai agenda rumah sewa siswa ini, sila layari laman web rasmi di pautan berikut: https://rumahsiswa.mohe.gov.my/.
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA6 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.