Connect with us

Pendidikan

5 Info Perlu Anda Tahu Tentang Bantuan YPG, Bagaimana Cara Mohon?

Published

on

bantuan ypg

5 Info Perlu Anda Tahu Tentang Bantuan YPG, Bagaimana Cara Mohon?

Pendidikan adalah sesuatu yang amat penting dalam kehidupan setiap orang. Tanpa pendidikan kita mungkin tidak mampu untuk membaca, mengira, mengeja, dan bertutur dengan lancar. Setiap orang umumnya akan melalui fasa pendidikan bermula dari pra sekolah atau tadika, sekolah rendah, menengah rendah, menengah atas, pra universiti, dan universiti.

Seiring dengan peningkatan jumlah pelajar yang melanjutkan pelajaran di menara gading, pelbagai inisiatif telah dilakukan oleh kerajaan, dan badan-badan tertentu. Contohnya seperti bantuan kewangan dari Yayasan Pasir Gudang (YPG) yang menjadi daya penarik untuk anak-anak jati Pasir Gudang meneruskan pendidikannya ke peringkat yang lebih tinggi.

Apa itu bantuan YPG?

bantuan ypg

Yayasan Pasir Gudang atau lebih dikenali dengan singkatan nama “YPG” merupakan sebuah yayasan yang ditubuhkan untuk membasmi kadar kemiskinan di kawasan Pasir Gudang.

Sumbangan yang diterima oleh mana-mana syarikat atau badan yang bertanggungjawab akan disalurkan kepada kelompok penduduk yang telah dikenal pasti dari peringkat awal. Inisiatif yang telah dibentuk ini tidak lain tidak bukan adalah untuk meringankan mereka dari segi pendidikan, kebajikan, keceriaan, kesejahteraan, kesihatan, ekonomi, dan sebagainya.

Anak-anak Pasir Gudang yang mahu menyambung pelajaran ke peringkat yan lebih tinggi sama ada Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta boleh memohon untuk mendapatkan bantuan kewangan ini.

Syarat memohon bantuan YPG

Antara syarat-syarat kelayakan untuk memohon bantuan YPG adalah seperti berikut:

  • Merupakan warganegara Malaysia
  • Mempunyai kad pengenalan yang beralamat di Majlis Bandaraya Pasir Gudang
  • Mendapat tawaran kemasukan atau pengesahan pendaftaran dari IPTA/IPTS
  • Mempunyai pendapatan isi rumah/keluarga tidak lebih daripada RM 4,000 sebulan

bantuan ypg

Berapa jumlah bantuan yang diberi?

Jumlah bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM 300 secara one-off atau sekali sahaja kepada pelajar yang layak. Ia juga hanya diberikan kepada anak-anak Pasir Gudang yang mendapat peluang melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma, dan Ijazah Sarjana Muda.

Bagaimana cara memohon bantuan kewangan YPG?

Untuk pengetahun anda, bantuan kewangan ini mula dibuka selama 3 bulan pertama iaitu dari Januari hingga Mac bagi fasa pertama. Dan kini diteruskan lagi, dari April hingga Jun bagi fasa kedua.

1. Mohon secara manual

Bagi cara untuk memohon, ianya mudah sahaja. Hanya perlu isi borang yang telah disediakan oleh YPG di laman sesawangnya di pautan berikut, BORANG PERMOHONAN BANTUAN IPTA.

Setelah borang ini siap di isi, ia perlu diserahkan kembali ke Pejabat Yayasan Pasir Gudang beralamat,

YAYASAN PASIR GUDANG
D/A ARAS 2, MENARA AQABAH,
JALAN BANDAR,
81700 PASIR GUDANG
JOHOR

Jangan lupa juga sertakan sekali dokumen yang lengkap sebelum menghantar seperti:

  • Lampirkan salinan I/C atau surat beranak semua anggota isi rumah
  • Lampirkan salinan slip gaji/pengesahan pendapatan yang bekerja
  • Lampirkan salinan dokumen berkaitan – surat sakit, kad OKU atau lain-lain

2. Mohon secara online

Bagi pemohonan secara atas talian, anda boleh memuat naik beberapa dokumen yang di minta seperti:

  • Kad pengenalan pemohon, dan ibu bapa
  • Slip gaji ketua isi rumah
  • Surat tawarann kemasukan ke IPTA/IPTS

Ke dalam pautan rasmi Yayasan Pasir Gudang iaitu, https://yayasanpasirgudang.org.my

Talian yang boleh dihubungi untuk pertanyaan

Sekiranya terdapat apa-apa pertanyaan, anda boleh suarakan atau hubungi pegawai yang bertanggungjawab di talian 019 3298714 atau 014 6904745. Lebih mudah, boleh datang sahaja ke pejabat mereka di Pasir Gudang untuk bertanya terus tentang hal berkaitan bantuan pendidikan ini.

Semoga dengan bantuan ini akan lebih ramai mahasiswa dan mahasiswi yang boleh melanjutkan pelajaran dengan tenang di menara gading. Sedikit bantuan memang tidak mampu memberi kemewahan pada hidup seseorang, tetapi mampu memastikan perutnya juga terisi dengan makanan seperti orang lain.

Daripada Abu Hurairah, beliau berkata Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak berlalu hari-hari yang tatkala manusia berpagi-pagi melainkan turun dua malaikat dan satu malaikat berdoa: “Ya Allah, berilah ganti kepada orang yang membelanjakan (iaitu menderma atau menyedekahkan) hartanya. Kemudian malaikat yang kedua berdoa: Ya Allah, binasakanlah harta orang yang bakhil.” – (Hadis Riwayat Bukhari)

Bantuan juga adalah salah satu sedekah yang sangat bermanfaat kepada golomgan yang benar-benar memerlukan. Apatah lagi jika digunakan untuk menuntut ilmu.

Sumber: Yayasan Pasir Gudang

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pendidikan

“Guru Fokus Mengajar, Warden Jaga Sahsiah” MRSM Perkenal Warden Sepenuh Masa Mulai Tahun Depan

Published

on

MRSM Perkenal Warden Sepenuh Masa

“Guru Fokus Mengajar, Warden Jaga Sahsiah” MRSM Perkenal Warden Sepenuh Masa Mulai Tahun Depan

Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bakal melalui satu perubahan besar yang dilihat mampu memberi manfaat kepada guru dan pelajar apabila semua 58 buah MRSM Perkenal Warden Sepenuh Masa.

Apa yang menarik perhatian, warden-warden ini bukan lagi terdiri daripada guru, sebaliknya akan dipilih daripada bekas anggota beruniform yang melalui tapisan ketat serta latihan khas.

MRSM Perkenal Warden Sepenuh Masa

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata langkah itu diambil bagi membolehkan guru memberi fokus sepenuhnya kepada tugas mengajar, mendidik dan membentuk kemenjadian pelajar.

“Bermula tahun depan semua 58 buah MRSM akan ada warden sepenuh masa dalam kalangan bekas anggota beruniform dengan pemilihan yang ketat dan wajib melalui latihan untuk faham Falsafah Pendidikan MARA.

“Guru-guru tidak perlu lagi terbeban dengan tugas warden, hanya fokus mengajar, mendidik dan kemenjadian pelajar,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

MRSM Perkenal Warden Sepenuh Masa kata Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

MRSM Perkenal Warden Sepenuh Masa

Menurut beliau, warden yang dipilih bukan sekadar menjaga disiplin atau rutin harian di asrama, tetapi memainkan peranan besar sebagai pendidik watak dan ibu bapa kedua kepada pelajar.

Mereka akan bertanggungjawab memastikan keselamatan pelajar terjamin, disiplin sentiasa terkawal serta membantu membentuk sahsiah, nilai kasih sayang dan keperibadian pelajar.

Dalam masa sama, pelaksanaan warden sepenuh masa ini juga memberi ruang kepada guru untuk lebih memberi perhatian terhadap kualiti pengajaran, pembangunan potensi pelajar dan aspek pembelajaran secara lebih mendalam.

Sebelum ini, dua MRSM iaitu MRSM Besut di Terengganu dan MRSM Balik Pulau di Pulau Pinang menjadi antara perintis kepada penggunaan warden daripada bekas anggota beruniform.

Warden yang dipilih perlu menjalani beberapa siri tapisan termasuk sesi temu duga komprehensif bagi memastikan mereka benar-benar memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh MARA.

Langkah ini dilihat sebagai satu usaha serius untuk memastikan kebajikan, keselamatan dan pembangunan pelajar di asrama lebih terjaga tanpa membebankan guru.

Ramai melihat keputusan ini sebagai perubahan positif kerana guru boleh memberi tumpuan sepenuhnya kepada pendidikan, manakala warden pula memainkan peranan lebih khusus dalam membimbing kehidupan pelajar di asrama.

Pendekatan MRSM Perkenal Warden Sepenuh Masa ini juga seiring dengan ketegasan MARA yang sebelum ini menegaskan tiada kompromi terhadap salah laku, namun tetap mengutamakan pendekatan mendidik, memulih dan berlaku adil kepada pelajar.

 

Sumber : FB

 

Baca lagi : Mohd Fadli Mencadangkan Sudah Masanya Mewujudkan Jawatan Khas Sebagai Warden Asrama Seperti Warden Penjara – Majalah Ilmu

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Continue Reading

Pendidikan

RM60,000 Halang Impian Jadi Doktor — Uncle Kentang Hulurkan Harapan Buat Pelajar Malaysia

Published

on

RM60000 Halang Impian Jadi Doktor — Uncle Kentang Hulurkan Harapan Buat Pelajar Malaysia

RM60,000 Halang Impian Jadi Doktor — Uncle Kentang Hulurkan Harapan Buat Pelajar Malaysia

Impian seorang gadis muda Malaysia untuk menjadi doktor hampir berkubur, bukan kerana kegagalan akademik, tetapi kerana kekangan kewangan.

Selepas berjaya memperoleh tawaran ke Universiti Monash, masa depan gadis itu kelihatan cerah. Namun kegembiraan itu hanya bertahan seketika apabila yuran pendaftaran sebanyak RM60,000 perlu dijelaskan dalam tempoh yang singkat.

Bagi keluarganya, jumlah itu bukan kecil. Masa semakin suntuk, dan mereka terpaksa berkejar dengan waktu untuk mencari dana demi menyelamatkan impian anak mereka.

uncel 1

Ayah Berusaha, Namun Masih Kekurangan RM40,000

Dalam satu perkongsian di Facebook, Uncle Kentang mendedahkan bahawa bapa gadis tersebut mempunyai simpanan KWSP, namun hanya boleh dikeluarkan sepenuhnya selepas setahun.

Dengan usaha sendiri, beliau berjaya mengumpul RM20,000 melalui pelbagai cara. Namun, baki RM40,000 masih menjadi tembok besar yang menghalang.

Dalam keadaan terdesak, bapa itu memberanikan diri menghubungi Uncle Kentang, walaupun beliau sendiri merupakan ahli Jawatankuasa Pelawat Hospital Sungai Buloh serta seorang Rotarian.

Katanya, ini bukan soal maruah — ini soal masa depan anak.

uncel 2

Berani Bersuara Demi Impian

Bagi membantu orang ramai memahami situasi sebenar, Uncle Kentang meminta gadis itu merakam video rayuan.

Walaupun gementar, dia mengumpul keberanian untuk berkongsi kisahnya.

Menurut Uncle Kentang, ramai anak muda memilih untuk diam kerana takut dipandang rendah atau dikritik di media sosial.

Namun gadis ini memilih untuk bersuara, kerana dia tidak mahu melihat impiannya hilang begitu sahaja.

Sahabat 30 Tahun Tampil Membantu

Selepas usaha mendapatkan tajaan daripada seorang ahli perniagaan tidak berhasil, Uncle Kentang menghubungi sahabat lamanya selama 30 tahun, GS Lau.

Tanpa banyak soal, setelah mendengar kisah tersebut, GS Lau bersama keluarganya bersetuju memberi pinjaman mesra untuk menampung baki yang diperlukan.

Uncle Kentang menegaskan, bantuan tidak sepatutnya dinilai berdasarkan bangsa atau latar belakang.

“Jika impian itu benar dan layak diperjuangkan, kita wajib membantunya,” katanya.

Surat Terima Kasih yang Menyentuh Hati

Selepas menerima bantuan, gadis itu menulis sepucuk surat penuh emosi kepada mereka yang menghulurkan tangan ketika dia hampir berputus asa.

Dia secara peribadi mengucapkan terima kasih kepada Tuan dan Puan GS Lau serta keluarga, kerana mempercayai impiannya.

Mereka kemudian bertemu dalam satu makan tengah hari vegetarian, di mana proses penyerahan dana disempurnakan — bukan sekadar transaksi, tetapi simbol kepercayaan terhadap masa depan.

Bila Kebaikan Menyelamatkan Impian

Uncle Kentang menutup perkongsiannya dengan rasa syukur kerana diberi peluang menjadi sebahagian daripada perjalanan ini.

Beliau mendoakan agar gadis tersebut berjaya dalam pengajian dan suatu hari nanti menjadi doktor yang memberi kembali kepada masyarakat.

Apa yang bermula sebagai krisis kewangan, kini menjadi kisah tentang harapan, kebaikan hati, dan kuasa komuniti.

Kerana kadang-kadang, satu tangan yang menghulur mampu mengubah seluruh masa depan seseorang.

Continue Reading

Pendidikan

Ibu Cina Pilih Hantar Anak Ke PASTI, Kini Boleh Bertutur Bahasa Melayu

Published

on

pasti

CHA’AH, SEGAMAT — Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di TikTok menjadi tular selepas beliau menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya ke Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di kampung halamannya di Cha’ah, Johor.

Wanita tersebut, yang menggunakan akaun TikTok @joeychan427, berkongsi bagaimana keputusan itu dibuat bukan kerana faktor agama, tetapi kerana lokasi yang dekat, suasana mesra kanak-kanak dan layanan guru yang penuh kasih sayang.

Anaknya yang dikenali sebagai Kangkang, berusia dua tahun setengah ketika itu, ditempatkan sementara di PASTI ketika mereka pulang dari Perak ke Johor bagi menguruskan hal keluarga.

“Tadika ini nampak sangat menarik, cikgu-cikgunya baik dan mesra. Jadi saya letakkan Kangkang belajar di sini,” tulisnya dalam satu hantaran.

Terima Kecaman, Namun Tetap Berfikiran Terbuka

Menurut ibu tersebut, tidak semua pihak bersetuju dengan keputusannya. Ada yang menghantar mesej negatif kerana menghantar anak ke tadika berteraskan Islam.

Namun, beliau memilih untuk melihat perkara itu dari sudut positif.

“Dulu saya sendiri satu-satunya pelajar Cina dalam kelas semasa belajar Form 6 di Cha’ah. Saya rasa bagus kalau anak saya boleh belajar budaya lain. Kita satu Malaysia,” katanya.

keluarga pasti

Perkembangan Positif Dalam Tempoh 3 Bulan

Selepas tiga bulan di PASTI, Kangkang menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan. Dia kini sudah boleh menyebut perkataan asas dalam Bahasa Melayu seperti:

  • “Ibu”

  • “Duduk”

  • Nombor “satu, tiga, empat”

Malah, kadangkala Kangkang turut menyanyikan lagu kanak-kanak dalam Bahasa Melayu.

Perkara itu membuatkan ibunya terharu, apatah lagi apabila menerima ratusan komen positif daripada netizen yang menyokong tindakannya.

“Saya baca semua komen walaupun tak sempat balas satu-satu. Terima kasih atas kata-kata baik,” katanya.

Hantar Anak Ke PASTI,

Akan Kembali Ke Perak, Namun PASTI Tetap Di Hati

Kangkang dijadualkan pulang ke Perak pada Februari sempena sambutan Tahun Baharu Cina, manakala ibunya akan kembali bekerja sebagai guru bermula Mac.

Namun, beliau berjanji akan terus menziarahi tadika tersebut setiap kali pulang ke Cha’ah.

“Saya akan rindu tadika pertama Kangkang. Bila balik Cha’ah nanti, saya pasti bawa dia jumpa cikgu dan kawan-kawan PASTI.”

Bukti Perpaduan Bermula Dari Pendidikan Awal

Kisah ini menjadi contoh bahawa perpaduan tidak hanya dibina melalui slogan, tetapi melalui pengalaman dan pendedahan sejak kecil.

Apabila kanak-kanak diajar untuk mengenali budaya berbeza dalam suasana harmoni, ia bukan sahaja menguatkan bahasa dan komunikasi, malah menyemai nilai toleransi yang menjadi asas sebuah negara majmuk.

Sumber: TikTok @joeychan427
Disunting oleh: Majalah Ilmu

Continue Reading

Trending