Jawatan Kosong
6 JENIS PERNIAGAAN MODAL RENDAH TAPI PULANGAN BERSIH RM10 RIBU SEBULAN
6 JENIS PERNIAGAAN MODAL RENDAH TAPI PULANGAN BERSIH RM10 RIBU SEBULAN
Idea perniagaan kecil modal renda tapi untung lumayan, ramai yang teringin nak ada perniagaan kecil tapi tak mampu keluarkan modal besar. Dalam keadaan ekonomi yang bergelora ini, kerja makan gaji sahaja tak cukup. Dari dulu lagi, tabiat orang makan gaji ni sememangnya tak pernah cukup.
Idea bisnes modal rendah ini dikongsikan oleh Muizz Mahari menerusi entri Facebooknya. Menurut pengalaman dirinya dan orang lain, enam jenis bisnes ini mampu mengaut pulangan sebanyak RM10 ribu sebulan.Selain sesuai untuk mereka yang diberhentikan kerja, surirumah atau penganggur, peluang ini juga harus direbut jika anda inginkan duit sampingan
6 JENIS BISNES MODAL RENDAH TAPI PULANGAN BERSIH RM10,000 SEBULAN.
Ok tadi aku ada janji nak share cara nak cari duit RM10K sebulan tanpa modal yg besar kan? Perniagaan ini sesuai untuk mereka yg dibuang kerja, mahasiswa yg menganggur, suri rumah, pemuda lepasan spm atau bekas staf Malaysia Airlines yg dibuang kerja baru2 ini. Meh aku listkan menurut pengalaman sendiri dan orang lain. Pilihlah mana2 yang sesuai dengan korang.
1. Berniaga Buah Potong
Berniaga buah potong menggunakan motosikal untuk senang bergerak mencari port orang ramai, keuntungan biasanya 50%-60% dari modal. Katakan RM1/plastik, kena target jual 600 plastik sehari, cari port orang ramai (depan sekolah, depan masjid, kawasan pejabat/kilang) paling koman korang akan dapat RM350 sehari × 30 hari = RM10,500
2. Khidmat Potong Rumput
Khidmat potong rumput, guna pekerja 2 orang dengan gaji RM130 sehari termasuk minyak mesin, upah satu halaman rumah biasa sekitar RM60, kerja hanya 2 jam sebuah laman, tugas kita hanya perlu angkat iklan dikawasan perumahan, deal pelanggan, ambil hantar pekerja dan collect duit. sehari kena gigih cari 5 buah rumah untuk seorang pekerja, so kita akan dapat sehari RM340 × 30 hari = RM10,200
3. Menjual Nasi
Menjual nasi RM4 di kawasan penduduk ramai dengan menyediakan khidmat penghantaran. Buat iklan FB untuk orang sekitar, mustahil tidak dapat buat jualan 150 bungkus sehari dengan keuntungan biasa jualan nasi ialah 60%, so sehari bersih dalam tangan ialah RM360 × 30 hari = RM10,800
4. Menjual Air
Jual air RM1/cup depan sekolah time pelajar pulang (2 kali sehari) iaitu sekolah biasa pada pukul 1 hingga 2 ptg & sekolah agama pukul 5 hingga 6 ptg. Menjual 300 cup untuk satu sesi itu bukan perkara yg mustahil, sehari paling tidak kita akan dapat RM600 kasar. Rata2 penjual air bgtau margin untung bersih jual air ni sekitar 80%, jadi sehari kita akan dapat RM480 × 21 hari persekolahan sebulan = RM10,080
5. Berniaga Apam Balik
Berniaga apam balik di pasar malam keuntungan juga 80%, 4× seminggu dengan jualan 400 keping apam balik setiap malam yg berharga rm2 sekeping, setiap malam boleh nilai jualan RM800×4 seminggu × 4 minggu sebulan = jualan kasar RM12,800 tolak modal 20% (RM2,560) = RM10,240.
6. Jadi Ejen Jualan Produk
Jadi agent jualan produk, pilih yg laku keras bulan tu (kerana kebanyakkan produk bermusim), cari yang menawarkan keuntungan melebihi RM50/item, jual guna FB Ads (tak tau guna FB Ads pergi belajar – power editor), sehari letak kos iklan RM80, push sale sekurang2 11 item close deal, setiap hari akan ada orang bank in sebanyak RM550, tolak kos harian iklan RM80 dan bayaran pos RM110 = bersih RM360 × 30 hari = RM10,800
cukup lah 6 jenis bisnes ni dulu, sebenarnya ada banyak lagi perniagaan yg memerlukan modal sedikit tapi pulangan lumayan tapi tak semua perniagaan ini sesuai dengan anda, bisnes ni perlu dipilih, diubah suai dan serasikan dengan diri. Semua pengiraan dari segi modal dan keuntungan adalah tidak tepat kerana harga berbeza mengikut masa dan tempat.
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.