Connect with us

Kisah

Menangis Rasa, Selama 6 Bulan Tinggal Di Dalam Pondok Buruk Di Semak, Berdekatan Dengan Laluan Kereta Api

Published

on

Menangis Rasa Selama 6 Bulan Tinggal Di Dalam Pondok Buruk Di Semak Berdekatan Dengan Laluan Kereta Api

Menangis Rasa, Selama 6 Bulan Tinggal Di Dalam Pondok Buruk Di Semak, Berdekatan Dengan Laluan Kereta Api

Sayu dan sedih sangat dan rasa nk menangis bila lihat video yang dikongsikan oleh ustaz ebit lew tentang sebuah keluarga yang hidup susah, tinggal di sebuah pondok buruk di celah semak. Dalam kesusahan kita sekarang ini ramai lagi yang lebih susah dari kita. Bersyukur lah apa yang kita miliki.

Bagus sungguh, Ustaz Ebit Lew sikapnya yang mulia dan prihatin tak pernah putus semangat untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Malaysia.

Sedihnya, 6 Bulan Keluarga Ini Tinggal Di Pondok Buruk

Keadaan keluarga daif itu yang tinggal di Kajang cukup menusuk sanaburi, malah khabarnya pasangan suami isteri dan dua orang anak remajanya itu sudah enam bulan tinggal di pondok buruk itu.

221366952 4480440465319497 2709819573073474345 n

217881511 4480440268652850 144290687673903549 n

“Sayunya hati. Tadi kami ke Kajang Selangor. Dapat berita sepasang suami isteri dengan dua orang anak remaja sudah enam bulan tinggal dalam pondok buruk di celah semak sebelah laluan kereta api.

“Kasihan mereka. Mak dan adiknya telah pergi menumpang di rumah saudara. Ujian mereka. ayah bekas askar. Anak lelakinya 18 tahun kerja kutip sampah. Rajin orangnya. Tiada SPM last belajar darjah 6. Saya tengok ic. Alamat Kajang.

“Menangis Melihat Keadaan Adik Ini”

229540234 4480440291986181 7457795513419415199 n

222113860 4480440421986168 666153696106037640 n

“Menangis melihat keadaan adik ni. Saya minta team ambil mak dan adiknya. Supaya semua dapat duduk semula kembali. Saya carikan rumah sewa untuk mereka. InsyaAllah kita akan bayar sewa bulannya sehingga mereka boleh berdikari sendiri. Syukur dapat cari rumah yang selesa berdekatan kilang cermin. Adik ni nak buat part time disitu.

“Adik ni menangis gembira. Muda lagi dapat beri kehidupan baru buat keluarga. Kata saya,dulu saya tiada duit keluarga saya susah. Sekarang Allah beri rezeki lebih sikit pada saya tapi mak ayah saya dah tiada. Adik syukur muda-muda kerana rajin Allah takdirkan kita berjumpa disini. Terima kasih ustaz.

“Terima kasih kak Rose dan keluarga yang mesej saya dan masyarakat sekitar yang selalu dan banyak membantu.

217772590 4480440455319498 9055242481304792323 n

218944142 4480440411986169 6598167992521088959 n

226114929 4480440375319506 230176221450039056 n

220668073 4480440381986172 4126474538362509803 n

224872358 4480440311986179 8250814079880225023 n

Semoga Allah Bantu Mudahkan

“Adik tadi nak belajar solat dan lain-lain. InsyaAllah kami akan membantu. Doakan ye buat keluarga ini yer.

“Semoga Allah bantu mudahkan. Terima kasih semua masyarakat badan kerajaan dan bukan. Terima kasih Masjid dan Pusat Zakat. Terima kasih NGO semua. Terima kasih yang bersama usaha ini. Terima kasih jiran masyarakat prihatin. Terima kasih semua. Kami cuma debu dan baru merangkak dalam usaha yang besar ini.

230578084 4480440138652863 2973008603475481225 n

227256889 4480440155319528 695799877811221455 n

220351652 4480440115319532 5801127142633675857 n

“Dengan pertolongan Allah juga. Tiada daya upaya melainkan pertolongan Allah. Terima kasih semua masyarakat Malaysia tanpa kira agama bangsa dan negara,” tulis Ustaz Ebit.

Majalah ilmu: Semoga ustaz diberikan kesihatan dan umur yang panjang. Semoga ustaz dimurahkan rezeki untuk menolong lebih ramai orang lagi.

Sumber: Instagram dan Facebook Ustaz Ebit Lew / Mingguanwanita

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.