Petua
10 Tip Pilih Tembikai Yang Manis, Juicy & Berisi Elok Sebelum Membeli
10 Tip Pilih Tembikai Yang Manis, Juicy & Berisi Elok Sebelum Membeli
Pilih tembikai yang elok, bagaimana caranya? Sebelum itu, jom kita fahami sedikit info tentang buah tembikai. Tembikai atau nama saintifiknya, Citrullus lanatus adalah sejenis buah-buahan tropikal yang tumbuh menjalar di atas tanah. Tumbuhan ini amat sesuai di tanam di Malaysia kerana suhunya yang panas, dan lembap sepanjang tahun.
Negara kita sendiri khususnya di negeri-negeri pantai timur telah menjadikan buah tembikai sebagai tanaman domestik yang juga dieksport ke luar negara. Artikel pada kali ini akan berkongsi tentang cara bagaimana untuk pilih tembikai yang manis, dan elok.
Kandungan nutrisi tembikai
Buah tembikai yang sangat terkenal dengan 92% kandungan air dapat mengekalkan tahap hidrasi badan kita khusunya pada musim panas. Oleh kerana itulah, jika kita perasan pasaran buah tembikai sering laris habis di pasar raya ketika cuaca panas terik. Malah air tembikai dalam balang juga banyak di jual di tepi jalan. Antara nutrisi lain yang ada pada sebiji tembikai adalah seperti:
- Vitamin C
- Kalium
- Vitamin B
- Vitamin A
- Kalori
- Protein
- Lemak
- Karbohidrat
- Serat
- Zat besi
- Kalsium
Hadis tentang kelebihan buah tembikai
Dalam sebuah hadis, ada menyatakan bahawa Rasulullah SAW sangat gemar makan buah tembikai sebagaimana yang dinukilkan oleh Imam al-Tirmizi di dalam kitabnya Sunan al-Tirmizi dan al-Syamail al-Muhammadiyyah.
Daripada Aisyah RA berkata:
Maksudnya: “Adapun Nabi SAW pernah memakan buah tembikai bersama kurma basah.” – (Hadis Riwayat al-Tirmizi)
Tips pilih tembikai yang manis & juicy
Jika di Arab Saudi, peniaga pasarnya memberi kebenaran kepada pelanggan membuka buah tembikai untuk dilihat isinya sebelum dibeli. Sekiranya, buah tersebut tidak merah, dan elok, maka tiada sebarang bayaran yang dikenakan.
Namun ia berbeza di Malaysia, yang rata-rata pelanggan membeli tembikai ikut nasibnya sendiri. Kadang bila di pasar, nampak cantik. Tetapi bila dibuka di rumah, isi tembikai tersebut tidak merah, dan busuk. Oleh kerana itu, adalah sangat penting sekiranya kita fahami dulu cara pilih tembikai yang betul sebelum membeli. Antara tipsnya adalah seperti:
1. Jantina buah tembikai
Bukan manusia sahaja yang ada jantina, rupanya buah tembikai pun ada jantan, dan betinanya. Tembikai jantan mempunyai bentuk buah yang lonjong. Manakala tembikai betina berbentuk lebih bulat.
Jika anda mahu membuat jus tembikai atau makanan lain yang perlukan jus dari tembikai dengan kuantiti yang banyak, disarankan untuk pilih tembikai jantan. Hal ini kerana, kandungan air pada tembikai jantan lebih banyak berbanding tembikai betina.
2. Warna permukaan buah
Perhatikan warna pada permukaan buah tembikai tersebut. Umumnya, buah tembikai berwarna hijau. Yang membezakannya adalah sama ada ia berwarna hijau terang atau hijau gelap. Disarankan anda untuk memilih buah tembikai yang mempunyai warna yang lebih gelap.
3. Bentuk, dan arah jalur
Bukan itu sahaja, malah garisan atau jalur pada permukaan buah juga perlu anda perhatikan juga. Pilih buah tembikai yang mempunyai jalur yang berwarna gelap, dan teratur.
4. Tepuk atau jentik
Selalu kita nampak orang ketuk, dan jentik buah tembikai sebelum dibeli. Sebenarnya cara itu juga merupakan tips untuk memilih buah tembikai yang isinya manis, dan merah. Apabila anda tepuk, atau jentik tembikai, ia pasti akan mengeluarkan bunyi. Bunyi yang seakan-akan kosong itulah buah yang terbaik untuk anda pilih.
5. Berat timbangan
Lagi berat buah tembikai, lagi banyak air yang ada di dalamnya.
6. Bulatan di bawah tembikai
Di bawah tembikai selalunya anda boleh lihat bentuk bulat di hujung kiri, dan kanannya. Bulatan yang besar menunjukkan tembikai tersebut belum matang. Manakala bulatan yang kecil pula adalah pilihan yang baik kerana ia sudah cukup matang, dan manis.
7. Permukaan yang licin
Sentuh, dan rasa permukaan buah tembikai itu dengan telapak tangan anda sebelum membeli. Pastikan permukaannya licin, tidak berkematu, dan kulitya cekang.
8. Tompok-tompok kuning
Tompok-tompok kuning pada buah tembikai bukanlah menandakan yang buah tersebut telah busuk atau tidak elok. Sebaliknya, tompok kuning itu menandakan yang ia sudah lama berada di atas tanah. Seeloknya pilih tembikai yang mempunyai tompok-tompok kuning kerana ia lebih manis, dan banyak air.
9. Tompok jaringan lebah
Mengapa dipanggil tompok jaringan lebah bukanlah kerana rupanya yang mencacatkan permukaan buah tembikai tetapi disebabkan lebah sendiri suka hinggap pada buah tersebut oleh kerana isinya yang manis.
10. Tangkai tembikai
Buah tembikai yang sudah matang mempunyai tangkai yang kecut, dan kering. Berbanding dengan tangkai yang masih kelihatan basah, dan berwarna hijau, buah tersebut berkemungkinan besar belum masak sepenuhnya dengan sempurna.
Diharapkan tips ini dapat membantu anda membeli buah tembikai dengan lebih bijak, dan menguntungkan. Jangan lupa cuci dahulu sebelum dimakan, dan amalkan diet yang seimbang dalam pemakanan harian.
Sumber: NJ Share
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah