SEMASA
Walaupun Zakir Naik Ditawarkan Lebih Daripada 15 Buah Negara Lain Untuk Bermastautin, Namun, Zakir Berpendapat Malaysia Adalah Negara Terbaik Untuk Dirinya Bermastautin Dan Melakukan Dakwahnya

Walaupun Zakir Naik Ditawarkan Lebih Daripada 15 Buah Negara Lain Untuk Bermastautin, Namun, Zakir Berpendapat Malaysia Adalah Negara Terbaik Untuk Dirinya Bermastautin Dan Melakukan Dakwahnya
Penceramah bebas terkenal yang berasal dari India, Dr Zakir Naik, mengucapkan rasa syukur kerana penghijrahannya ke Malaysia bukan sahaja memberikan pengalaman yang sangat bermakna untuknya tetapi meningkatkan lagi kerja-kerja dakwahnya.
Menerusi laporan Utusan, Zakir Naik telah berkongsi cerita di hadapan 700 orang di Masjid Tuanku Syed Putra mengenai pergerakan dakwahnya di India yang mendapat tentangan daripada parti politik yang menuduhnya memberi inspirasi kepada aktiviti keg4nasan berkaitan kejadian pengeb0man pada tahun 2016 di India.
Umat Islam bersatu dan protes tuduhan yang dikenakan
Zakir Naik menjelaskan plot yang cuba dimanipulasikan itu gagal apabila umat Islam di India bersatu dan bangkit menentang tuduhan berkenaan.
Parlimen India juga telah mengisytiharkan dirinya tidak terlibat dalam aktiviti keganasan yang dituduh terhadapnya.
Bagaimanapun usaha menghalang saya berdakwah tetap dijalankan menerusi tindakan undang-undang yang mengh4ramkan pertubuhan yang diasaskan saya selama lima tahun ketika saya di luar negara.
Malaysia bukan zon per4ng
Sebelum memilih untuk berhijrah ke Malaysia, Zakir telah ditawarkan lebih daripada 15 buah negara untuk beliau bermastautin dan melakukan dakwahnya. Namun, Zakir berpendapat Malaysia adalah negara terbaik untuk dirinya bermastautin.
Ia disebabkan beberapa faktor seperti Malaysia bukanlah zon per4ng serta tiada campur tangan negara luar. Purata penduduk muslim di negara ini mempraktikkan agama Islam dengan baik berbanding negara lain seperti India, Pakistan dan Bangladesh selain Islam adalah agama rasmi Malaysia.
Hampir setiap negeri mempunyai sultan dan raja serta dakwah antara agama Muslim dan bukan Islam dibenarkan manakala kerajaan menyumbangkan dana yang banyak melalui baitulmal dan zakat.
Beliau membuat keptusan untuk menetap di Malaysia kerana yakin bahawa negara ini mempunyai asas ekonomi yang baik dan sistem perbankan patuh syariah terbaik di dunia.
Alhamdulillah, semoga kehadiran Dr. Zakir Naik di Malaysia dapat memberikan kebaikan kepada semua umat Islam di negara ini.
Kredit: Utusan
Sumber: Oh media
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA6 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.