Connect with us

SEMASA

Ustazah Norhafizah Luah Syukur Terima Menantu, Mohon Titip Doa, “Tahniah Dapat Menantu. Bahagianya, Sejuk Je Mata Tengok.”

Published

on

sdvdzb

Ustazah Norhafizah Luah Syukur Terima Menantu, Mohon Titip Doa, “Tahniah Dapat Menantu. Bahagianya, Sejuk Je Mata Tengok.”

Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa baru sahaja menerima menerima menantu. Tiada yang lebih bermakna buat ibu dan bapa selain mendoakan yang terbaik buat anak-anak.

Screenshot 20220202 175021 Instagram

Majlis pernikahan antara anak keduanya, Asyraf Murtadha dan pasangannya Aisyah Zafirah berlangsung dengan penuh harmoni dengan iringan restu daripada kedua belah pihak.

Menerusi kapsyennya, ustazah Norhafizah meluahkan rasa syukur kerana anak terunanya kini sudah sah bergelar suami.

Dalam ucapan yang sama, ustazah Norhafizah menitipkan doa dari dirinya dan suami, Datuk Norhafizah buat putera mereka ini supaya bahtera rumahtangga anak dan menantunya ini belayar dengan baik.

Screenshot 20220202 174858 Instagram

بارك الله لكم وبارك عليك وجمع بينكما في خير.
Subhanallah, Alhamdulillah , Lailahaillallah, Allahu Akbar.

Anak teruna umi @asyrafmurtadhaa telah sah menjadi suami kepada putri impian umi @sazafieraa . Gugusan doa dari umi dan abi @dr.azahar.yaakub bahkan seluruh keluarga besar kedua2 belah pihak untuk kalian melayari bahtera rumahtangga dengan penuh sakinah mawaddah wa rahmah.
La hawla wa la quwwata illa billah.
Kami sayangkan pasangan mempelai kerana Allah.
Dengan rendah hati ustazah memohon doa kebaikan dari seluruh sahabat2 , tuan puan budiman untuk raja sehari ini. 🌹❤️🌹❤️🌹❤️🌹❤️🌹❤️

Screenshot 20220202 175204 Instagram 768x520 1

Dalam pada itu, beliau turut memohon orang ramaii agar dapat mendoakan yang baik-baik untuk pasangan mempelai ini.

Melihat gambar yang dikongsikan menerusi video itu, rata-rata memuji pasangan mempelai kelihatan sama cantik sama padan, bagai pinang dibelah dua.

Screenshot 20220202 173612 Facebook 768x1015 1

Untuk rekod, Asyraf Murtadha dan pasangannya Aisyah Zafirah mengikat tali pertunangan pada September 2020. Majlis tersebut turut dikongsikan Ustazah Norhafizah menerusi laman Instagramnya.

Sumber: ustazahnorhafizahmusa

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.