Petua
Perlukah Tukar Minyak Hitam Setiap 6 Bulan Walaupun Tak Cukup 10 Ribu Kilometer Perjalanan

Perlukah Tukar Minyak Hitam Setiap 6 Bulan Walaupun Tak Cukup 10 Ribu Kilometer Perjalanan
Pemeriksaan penyelenggaraan kenderaan dan memastikan rekod penyelenggaraan dikemaskin dari semasa ke semasa merupakan satu tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh pemilik kenderaan bagi memastikannya sentiasa dalam keadaan yang terbaik. Servis secara berkala merupakan salah satu cara untuk pastikan komponen kereta berada dalam keadaan terbaik, tidak rosak dan selamat untuk dipandu pada setiap masa.
Di antara yang paling asas ialah membuat pertukaran minyak hitama atau minyak enjin dari semasa ke semasa. Kebiasaannya ia telah ditetapkan dan disarankan oleh pengeluar untuk menukarnya apabila kenderaan mencapai jarak perjalanan 5000km, 7000km, 10,000km atau 15,000km.
Terdapat juga pembikin dan pengeluar yang menyarankan penggunanya untuk menukar minyak hitam secara kerap andai kata kenderaan yang digunakan itu dalam keadaan lasak dan dalam cuaca ekstrem seperti panas dan sejuk.
Tapi timbul juga persoalan adakah kita perlu menukar juga minyak hitam walaupun jarak perjalanan belum mencecah sedangkan tempoh masa sudah berlalu. Sebagai contoh kereta anda sudah lebih 6 bulan tidak ditukar minyak enjin namun jarak perjalanan belum mencapai 10,000km.
Di sinilah pentingnya untuk kita mengetahui tentang satu istilah dikenali sebagai ‘shelf life’.
Ia merupakan satu indikasi kepada jangka hayat sesuatu produk sebelum ia rosak dan tidak boleh digunakan lagi walaupun komponen tersebut belum pernah dipasang pada kereta. Sebagai contoh mudah yang kita boleh lihat ialah tayar. Seperti tayar minyak enjin juga memiliki jangka hayat atau ‘shelf life’ sebelum ia rosak. Kebiasaanya shelf life minyak enjin adalah selama 5 tahun.
PENDEDAHAN KEPADA UNSUR LUARAN
Kerosakan yang berlaku pada minyak enjin selepas beberapa tempoh jangka masa disebabkan tindak balas kimia yang berlaku apabila ia terdedah kepada persekita
Tindak balas dari unsur seperti udara, gas oksigen, haba, cahaya serta air juga boleh memendekkan jangka hayat minyak pelincir. Manakala bagi minyak enjin yang belum digunakan pula perlu disimpan di dalam bekas tertutup seperti di dalam stor bukannya di bawah garaj kereta.
Minyak enjin anda yang telah dituang ke dalam enjin pula akan mula terdedah kepada unsur-unsur yang disebutkan di atas sebaik sahaja botol minyak dibuka dan terutamanya apabila enjin kereta beroperasi. Minyak enjin sebenarnya adalah campuran bahan aditif dengan bahan petroleum ataupun minyak pelincir dihasilkan secara sintetik daripada alkohol.
Pendedahan yang berlaku selepas beberapa bulan akan menyaksikan bahan aditif tersebut tidak lagi dapat berfungsi secara efisyen. Ia menyebabkan bahan pelincir petroleum atau sintetik menjadi kurang likat berbanding asalnya. Apatah lagi apabila mula dicemari dengan unsur hidrokarbon yang mungkin ada pada pertol atau diesel serta terdedah kepada air yang terhasil daripada pembakaran dalaman.
Untuk kereta menggunakan enjin turbo pula sebaik sahaja alat pengesan menilai kelikatan minyak enjin berada di luar parameter yang ditetapkan ia akan menghantar isyarat peringatan kepada pemilik agar menukar minyak secepat mungkin walaupun jarak perjalanan masih kurang daripada 10,000km.
Sementara itu untuk anda menggunakan kereta yang agak berusia, anda boleh kesan minyak pelincir sudah tidak elok digunakan dengan melihat kepada beberapa tip. Antaranya ialah melakukan perbandingan perbandingan seperti bau terbakar, warna semakin gelap serta tahap kelikatanya.
Semoga tips penyelenggaraan kenderaan ini dapat memberikan pengalaman pemanduan kenderaan anda lebih lancar dan selesa.
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga4 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA4 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA4 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA4 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA4 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.