Petua
Tips Mencegah Kamitetep Bersarang di Rumah
Tips Mencegah Kamitetep Bersarang di Rumah
Ramai yang mencari tips mencegah kamitetep kerana kesan dari serangga ini sangat berbahaya dan merugikan. Kamitetep adalah kepompong kecil seperti habuk kayu tergantung atau melekat di dinding rumah atau almari yang juga dikenali sebagai ‘bagworm’. Serangga kecil ini biasanya ada di tempat yang penuh sawang. Walaupun ia nampak kecil dan tak berbahaya, namun di dalamnya terdapat ulat yang boleh menyebabkan gigitan yang sangat sakit. Kulit yang terkena gigitan boleh menjadi gatal, lebam, dan berparut.
Kamitetep atau nama saintifiknya Phereoeca Uterella adalah serangga perosak yang bertukar menjadi kupu-kupu selepas dewasa. Serangga ini berbahaya jika dibiarkan membiak di kawasan rumah kerana ia memakan fabrik untuk meneruskan hidup. Jika berada dalam almari pakaian, kamitetep boleh merosakkan pakaian kita. Gigitan dari serangga ini juga boleh menyebabkan bengkak dan lebam selama beberapa hari.
Tips Mencegah Kamitetep di Rumah:
1. Pastikan Ruang Penyimpanan Tidak Lembap
Kebanyakan serangga menyukai kawasan yang lembap. Oleh itu, pastikan ruang simpanan baju atau almari pakaian anda sentiasa kering.
2. Jaga Kebersihan Rumah
Kebersihan adalah kunci utama. Pastikan kawasan rumah sentiasa bersih, bebas dari habuk, dan barang-barang yang tidak digunakan lagi dibuang atau disimpan dengan betul.
3. Pastikan Pakaian Kering Sebelum Disimpan
Pastikan pakaian yang dibasuh benar-benar kering sebelum disimpan di dalam almari atau tempat simpanan pakaian. Pakaian yang lembap mudah menjadi tempat pembiakan serangga.
4. Lakukan Pembersihan Jika Ada Kehadiran Kamitetep
Jika terdapat kehadiran kamitetep, lakukan pembersihan dan penyelenggaraan di seluruh rumah. Hapuskan serangga ini segera untuk mencegah ia daripada membiak.
5. Bersihkan Sarang Labah-Labah atau Sawang
Kamitetep menyukai tempat-tempat yang ada sawang. Oleh itu, pastikan sarang labah-labah atau sawang dibersihkan secara berkala.
6. Gunakan Alatan Pembersihan Ketika Membasmi Kamitetep
Untuk mengelakkan gigitan, disarankan menggunakan alatan pembersihan yang sesuai ketika membasmi serangga kamitetep.
Penting untuk menjaga kebersihan rumah bagi mencegah serangga kamitetep daripada terus membiak. Dengan mengamalkan tips mencegah kamitetep di atas, anda boleh memastikan rumah anda bebas dari serangga perosak ini.
Sumber:Zaiquzai
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah