Connect with us

Petua

Tip Yang Boleh Dipraktikkan Jika Tanam Serai Dalam Pasu Supaya Subur, Merimbun Dan Gemuk

Published

on

uaciWHVA

Tip Yang Boleh Dipraktikkan Jika Tanam Serai Dalam Pasu Supaya Subur, Merimbun Dan Gemuk

Menjadi kebiasaan untuk menanam serai dalam pasu di sekitar rumah. Tapi yang membezakannya ialah antara serai yang hidup subur dan gemuk atau pun hidup tapi kurus saja.

Jika ada menanam serai dalam pasu Berikut Ada Beberapa Tip Yang Boleh Dipraktikkan Supaya Serai Gemuk Dan Subur Merimbun.

Praktik Tip Ini Jika Tanam Serai Dalam Pasu Supaya Subur Merimbun Gemuk2
1. Bila tanam serai dalam pasu pastikan siram secukupnya paling tidak 2 hari sekali. Sesekali siram serai dengan air beras atau air basuhan ikan (sedikit saja).

2. Tanah dalam pasu perlu digemburkan kerana akar serai cepat penuh. Apabila nampak akar naik di permukaan tukar ke pasu yang lebih besar.

3. Bila serai sudah besar dan gemuk, jangan sayang untuk tuai. Kena potong atau tuai jika tidak, serai akan kecut. Tambah tanah juga.

Praktik Tip Ini Jika Tanam Serai Dalam Pasu Supaya Subur Merimbun Gemuk1
**Foto: Ardi Tani4. Anak serai yang ada boleh alih ke pasu lain supaya batang serai yang membesar tumbuh dengan mudah dah gemuk.

5. Buang daun-daun yang sudah kering dan tak berfungsi. Trim daun tapi jangan terlalu pendek, harus ada banyak bahagian daun hijau untuk proses fotosintesis.

6. Letak pasu atas tanah supaya akar boleh keluar menjalar mencari air jika penuh.

Praktik Tip Ini Jika Tanam Serai Dalam Pasu Supaya Subur Merimbun Gemuk2 1
**Foto: Ardi Tani.

Sumber: Ardi Tani & Immah Ieym

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.