Petua
Tip Pilih Ketam Yang Segar, Manis & Banyak Isi. Ikut 8 Tip Ini

Tip Pilih Ketam Yang Segar, Manis & Banyak Isi. Ikut 8 Tip Ini
Tip Pilih Ketam.Siapa tak suka makan ketam kan. Tapi harganya mahal buat kita tak boleh makan selalu dan kalau nak beli kenalah pilih yang betul-betul elok dan penuh isi. Barulah berbaloi dengan harga.
Bagi yang tak tahu tip pilih ketam ketam yang segar, manis, penuh isi ini cara yang dikongsi oleh Penjual Makanan Laut sendiri, yang boleh dijadikan panduan ketika membeli ketam.
Tip Pilih Ketam
1. Beli waktu ini
Jika ingin membeli ketam, belilah ketam di waktu selepas bulan mengambang penuh, kerana pada waktu ini isi ketam lebih padat dan banyak. Nampak seperti tidak logik, tapi percayalah memang ada perbezaannya.
2. Tengok cengkerang
Jika beli ketam, terutama ketam bunga yang bermacam jenis, lihat pada warna cengkerangnya, terutama bahagian atas dan juga pada sepit. Andai ada warna kebiruan, ia menandakan ketam itu masih segar.
3. Pilih yang berat
Pilih ketam yang lebih berat daripada yang lain, timbang dengan tangan anda. Ketam lebih berat daripada yang lain menunjukkan isinya padat. timang-timang sikit ketam tu, untuk mengagak berat ketam.
4. Belek belakang ketam
Ketam boleh juga diketahui kesegaran dengan lihat belakang ketam. Bentuk tiga segi dekat belakang, jika masih kuat melekap, ia adalah ketam segar.
Mahu lebih yakin lagi, tekanlah pada bahagian tiga segi yang terdapat di belakang badan ketam. Jika ia terlalu lembut dan mudah ditekan, itu bermakna ketam tersebut telah pun lama. Sebaiknya pilihlah yang masih keras dan susah untuk ditekan.
5. Ada bau laut
Bau mestilah ada bau laut, kalau dah ada bau hanyir yang kuat tu.Faham-faham aje la ehh.
6. Cukup anggota
Ketam haruslah masih cukup sifat . Contohnya, kaki ketam masih kuat melekat pada badan dan mata ketam mesti ada lagi.Ini menunjukkan ia masih segar dari laut.
7. Pilih ketam betina
Jika berpeluang untuk memilih, pilihlah ketam betina. Ini kerana ketam betina ni, ada telur dan selalunya ketam betina lebih banyak isi.
Panduan seterusnya ialah, lihat bahagian bawah badan ketam betina. Jika ada selonggok telur di luar badan, ha…itu petanda ketam tersebut banyak telur. Kena ambil yang tu. Memang puas hati makan.
Cara memilih ketam betina ialah dengan melihat pada bahagian belakang badan ketam yang selalunya lebih lebar, bulat dan bukan tirus. Ketam betina badan agak bulat dan sepit yang ada adalah lebih pendek dan kecil berbanding ketam jantan yang mempunyai sepit lebih besar. Dari segi warna, ketam betina warna agak kelabu-coklat, berbanding ketam jantan putih-kebiruan.
8. Bersih tiada tompok
Bahagian bawah ketam yang segar selalunya putih bersih, kalau ada tompok-tompok atau warna selain putih, ia sudah agak kurang segar.
Berikut ada tip pilih ketam yang segar manis dan banyak isi , semoga pembeli dapat menggunakan cara ini ketika membeli.
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA6 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.