Jawatan Kosong
Tip Penanaman Mudah Dan Jimat Kos Oleh Surirumah, Tanam 200 Pokok Cili Hingga Jadi Pendapatan Sampingan.

Tip Penanaman Mudah Dan Jimat Kos Oleh Surirumah, Tanam 200 Pokok Cili Hingga Jadi Pendapatan Sampingan.
Tanamkan sifat suka berkebun. Tak perlukan kawasan yang luas, hanya perlukan ruang yang boleh dimanafaatkan dengan tanaman. Selalunya berkebun adalah satu hobi, yang belum berminat berkebun cubalah sekali berkebun , Insya Allah anda akan minat, kerana minat itu akan datang sendiri setelah mencuba.
Seperti suri rumah Alin Lin, minat bercucuk tanam membawanya menanam lebih kurang 200 pokok cili hingga menjana pendapatan sampingan buat dirinya.Tidak lokek berkongsi tip bagi yang nak mencuba menanam pokok cili, beliau menurunkan cara penanaman yang mudah dan jimat kos yang dipraktikkan serta apa yang perlu dilakukan jika pokok cili bermasalah.
Kaedah menanam dan menjaga pokok cili yang paling mudah
Tip jaga pokok cili bara paling mudah. Jika saya boleh anda juga boleh. Bagi yang baru nak cuba;
1) Kenal tanah dan nisbah
Kalau guna cocopeat campur dengan bahan lain seperti;
-Tanah hitam
-Topsoil
-Sekam padi/sawit
2) Nisbah 2+1
Contoh dua cocopeat dan satu itu boleh pilih antara 3 bahan tadi. Tujuan supaya kita lebih mudah merawatnya nanti kerana semua bahan ada nutrisinya yang tersendiri (pengalaman yg pernah terjadi masa musim pertama saya menanam).
Jika cocopeat baru perlu dibasuh dahulu sebelum guna. Kalau guna topsoil campurlah ia dengan cocopeat Nisbah 2+1. Contoh dua topsoil dan satu cocopeat.
Tujuan topsoil dicampur dengan cocopeat untuk mendapatkan tanah yg poroi maka tidaklah tanah tadi padat atau mampat yg menyebabkan anak pokok bantut atau mati.
Jika ditanya saya suka guna yang mana? Jawapan saya suka topsoil dan cocopeat. Senang jaga walau pun terlepas baja tapi tanah itu sangat kaya dengan nutrisi dia sendiri.
3) Baja
Bagi yang baru bermula kecil-kecilan baru nak belajar dan modal tak banyak boleh cuba baja npk 15 15 15. Racun serangga pula boleh cuba mapa malathion 57. Kalau ada duit lebih boleh tambah cuka kayu sekali. Cukup untuk 3 bahan ini bagi yang betul-betul baru bertatih.
Baja npk sudah cukup lengkap;
-N untuk daun
-P untuk akar
-K untuk buah
Pembajaan cukup seminggu sekali.
4) Racun serangga
Cukup sekadar seminggu sekali diselang seli dengan cuka kayu. Jika pokok sudah berbuah dan banyak lalat buah atau ulat yang makan buah boleh guna kekerapan 2 ke 3 kali seminggu.
Bila serangga dah tak nampak lagi boleh jarakkan semula seminggu sekali. Nisbah saya gunakan 1ml dan 1 litter air
5) Pokok rosak apa nak buat?
Bab ini atas pengalaman juga. Bila kita tanam dalam masa 2 minggu selepas pindah dalam polybeg atau batas kita dah boleh nampak mana yang dah mula kerinting dan kuning di bahagian pucuk.
Kalau ada yang begitu potong pucuk dan asingkan dari pokok lain. Biarkan dalam seminggu penjagaan beri sama rata tak perlu berlebih-lebihan sebab kita tak nak manjakan pokok sampai kita terpaksa keluarkan kos rawatan pula hanya setakat satu itu saja.
Ada banyak lagi anak pokok lain yang perlu kita fokuskan. Selepas dua minggu jika masih juga tak sihat, cabut dan buang jauh sebelum berjangkit pada pokok lain.
6) Siraman
Pagi sebelum jam 9, petang selepas jam 6. Jika kawasan redup awal boleh siram awal. Siram seluruh pokok terutama bawah daun. Ini yang saya amalkan setiap dua hari sekali.
Alhamdulillah setakat ini tiada masalah hama putih di bawah daun. Kita dan boleh jimat racun serangga dan tak perlu guna racun serangga banyak sangat pada pokok.
Pokok cili banyak akar serabut, jenis akar serabut sukakan tanah yang peroi lagi gembur tanah lagi banyak akar dapat keluar.
Cara ini sesuai jika baru belajar tanam dan nak jimatkan kos
Saya juga baru belajar dan masih belajar. Apa yang saya sampaikan adalah pengalaman. Saya suri rumah, bukan pekebun sepenuh masa. Menanam adalah hobi kini hobi menjadi pendapatan sampingan.
Pokok saya tak banyak ada lebih kurang hampir 200 pokok. Saya cuba jimatkan kos bagi penjagaan dari musim-musim yang lepas. Cara ini sesuai bagi yang baru nak belajar dan kepada yang nak jimatkan kos dan pokok yang tak banyak macam saya.
Pokok ini saya dah kutip buah cili minggu lepas, yang tinggal ini belum cukup matang nak petik. Ada orang suka petik sampai habis, saya suka petik yang besar-besar saja jadi dapat duduk di kebun seminggu sekali petik cili.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Alin Lin
Jawatan Kosong
Tragis Jam 2.30 Pagi: Pempengaruh TikTok Athira Auni Pergi Selamanya Selepas Dilanggar Pelumba Haram

Dihentam Pelumba Haram 2.30 Pagi, Pempengaruh TikTok Athira Auni Meninggal Dunia
Ruangan media sosial TikTok sejak semalam diselubungi rasa pilu susulan pemergian mengejut seorang pempengaruh muda, Nurul Athira Auni Binti Mohd Hafizzan, yang terlibat dalam satu kemalangan tragis di Kuantan, Pahang.
Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 2.30 pagi, apabila sekumpulan remaja lelaki dipercayai sedang melakukan aktiviti lumba haram di kawasan berkenaan. Berdasarkan kronologi yang diceritakan oleh sahabat terdekat mangsa, mereka ketika itu dalam perjalanan pulang ke Tanjung Lumpur.
Menurut rakan tersebut, Athira Auni yang menunggang motosikal seorang diri sempat meminta rakannya merakam video dirinya di atas jalan. Namun, tidak lama selepas itu, satu dentuman kuat kedengaran dari arah belakang. Gadis berusia 21 tahun itu kemudiannya dilihat terseret beberapa meter sebelum tergolek ke kawasan rumput di tepi jalan.
Sahabat mangsa segera meluru ke arahnya untuk memeriksa keadaan Athira. Ketika itu, dia mendakwa tangan Allahyarhamah masih bergerak. Namun suasana menjadi semakin hiba apabila pihak polis yang tiba di lokasi memaklumkan keadaan sebenar.
“Minta maaflah, tangan dia dah sejuk… awak kena banyak bersabar,” kata anggota polis kepada rakan mangsa.
Menurut saksi, dia masih tidak percaya dengan apa yang berlaku apabila melihat pihak berkuasa menutup jasad Athira dengan kain di lokasi kejadian.
Dalam perkembangan berkaitan, salah seorang pemuda yang dipercayai terlibat dalam nahas tersebut didakwa melarikan diri dari lokasi kejadian, manakala seorang lagi yang merupakan penuntut politeknik kini sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan.
Kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu kesalahan memandu secara cuai sehingga menyebabkan kematian.
Video:<
@denikiqm5rz al fatihah athira auni taurus . moga arwah dikalangan orang beriman . cerita dari saksi mata arwah semasa kejadian 😔 #auni #alfatihah #kemalanganjalanraya ♬ Bintang – Budak Kaca Mata
/p>
Kredit: TikTok denikiqm5rz & Buletin TV3
Jawatan Kosong
“Saya Hanya Bergurau…” – Inkues Dedah Zara Qairina Pernah Buat Aduan Gangguan Seksual Sebulan Lepas Masuk Asrama

“Saya Hanya Bergurau…” – Inkues Dedah Zara Qairina Pernah Buat Aduan Gangguan Seksual Sebulan Lepas Masuk Asrama
Prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan 1, Zara Qairina Mahathir, terus membuka sisi baharu apabila Mahkamah Koroner dimaklumkan bahawa arwah pernah membuat aduan gangguan seksual ketika di asrama SMKA Tun Datu Mustapha, Papar.
Menurut Penolong Ketua Guru Disiplin, Nurul Syahadah Ibrahim, pihak disiplin menerima aduan itu pada 14 Mac, kira-kira sebulan selepas Zara mendaftar.
Zara mendakwa seorang pelajar Tingkatan 2 menghidu bahagian sulitnya ketika dia sedang tidur. Namun hasil siasatan, pelajar itu menafikan dan mendakwa dia hanya menghidu selimut yang dipakai Zara sebelum membawanya untuk dicuci.
“Selepas temu bual dan ambil keterangan semua yang terlibat, kami dapati ia salah faham. Pelajar itu kata dia bergurau,” katanya — malah saksi mengesahkan beliau sendiri menyuruh pelajar berkenaan buat demonstrasi, dan percaya apa yang ditunjukkan.
Peguam Ram Singh kemudian bertanya sama ada unit disiplin mempercayai aduan Zara. Menurut saksi, mereka perlukan keterangan tambahan kerana Zara dikatakan tidur ketika kejadian.
Inkues turut menyentuh dakwaan seorang senior dikenali sebagai “Kak M” yang pernah berkata; “Kalau aku touch-touch kau ini, berdarah kau ni.” Namun saksi menjelaskan ia berlaku selepas Zara dan seorang rakan didakwa mengejek adik Kak M sebagai “chipsmore”.
Saksi juga mengesahkan kumpulan pelajar dikenali “Circle 19” masih wujud dan ada menggunakan bahasa kasar, namun mereka dilarang berpuak.
Tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan, peguam Ram Singh memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau sendiri akan membuat laporan polis terhadap kumpulan itu demi mengelakkan insiden sebegini berulang.
Zara Qairina disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai, selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya awal pagi 16 Julai.
sumber:bernama
Jawatan Kosong
Peluang Pekerjaan MARA 2024: Permohonan Dibuka Sekarang

Peluang Pekerjaan MARA 2024: Peluang pekerjaan di MARA bagi tahun 2024 kini dibuka. Ketahui syarat kelayakan dan cara memohon. Jangan lepaskan peluang ini.
Kenapa anda pilih MARA Sebagai Destinasi Kerjaya?
Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi yang bernaung di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), terus komited dalam pembangunan modal insan yang berkualiti dan membuka Peluang Pekerjaan MARA 2024. Jika anda seorang warganegara Malaysia yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, berinovatif, berdaya kreatif, berdedikasi dan mempunyai keperibadian cemerlang, Peluang Pekerjaan MARA 2024 ini adalah untuk anda. MARA kini membuka peluang kerjaya untuk pelbagai skim perkhidmatan di seluruh pusat pentadbiran MARA di Malaysia.
Peluang Pekerjaan MARA 2024 :
- PEGAWAI UNDANG-UNDANG (GRED L41)
- PENJAGA JENTERA ELETRIK (GRED J19)
- PEMANDU KENDERAAN (GRED H11) (Hanya untuk calon yang memiliki lesen PSV bas BTM > 7500kg sahaja)
RUJUK IKLAN PENUH Peluang Pekerjaan MARA 2024 : (DI SINI)
Syarat Umum Permohonan Jawatan di MARA
Untuk memohon jawatan di Majlis Amanah Rakyat (MARA), anda perlu memenuhi beberapa syarat utama yang ditetapkan. Berikut adalah syarat-syarat umum yang perlu dipatuhi:
- Warganegara Malaysia: Calon mestilah seorang warganegara Malaysia.
- Umur: Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Kelayakan Bahasa Melayu:
- Jawatan 1 dan 2: Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Jawatan 3: Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Pegawai Undang-Undang Gred L41
Kelayakan Akademik
Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Gaji permulaan: Gred L41 – RM2,418.00
Sijil Amalan Guaman.
- Gaji permulaan: Gred L41 – RM2,418.00
Barrister-at-law-England.
- Gaji permulaan: Gred L41 – RM2,418.00
Solicitor of the Supreme Court of Judicature of England atau Solicitor of the Senior Courts of England and Wales daripada Solicitor Regulation Authority.
- Gaji permulaan: Gred L41 – RM2,418.00
Kenaikan Pangkat
Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Undang-Undang atau Jurubahasa Gred LA29/30, LA32, LA38, LA40 layak dipertimbangkan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Undang-Undang Gred L41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan memenuhi syarat berikut:
- Mempunyai kelayakan yang dinyatakan di atas.
- Had umur pelantikan:
- Kurang dari 54 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun.
- Kurang dari 56 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun.
- Kurang dari 58 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Penjaga Jentera Elektrik Gred J19
Kelayakan Akademik
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta sekurang-kurangnya Sijil Kekompetenan Kategori A0 (Sistem Voltan Rendah) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Gaji permulaan: Gred J19 mengikut Kategori Sijil Kekompetenan:
- A0 / A1 = RM1,435.12
- A4-2 / A4-1 / A4 = RM1,493.24
- B0-2 / B0-1 / B0 / B1 / B4 = RM1,551.36
Kenaikan Pangkat
Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Operator Loji, Pembantu Awam atau Pemandu / Operator Jentera Pemunggah layak dipertimbangkan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penjaga Jentera Elektrik Gred J19, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan memenuhi syarat berikut:
Mempunyai kelayakan yang dinyatakan di atas.
- Had umur pelantikan:
- Kurang dari 54 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun.
- Kurang dari 56 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun.
- Kurang dari 58 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Pemandu Kenderaan Gred H11
Kelayakan Akademik
- Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)).
- Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
- Gaji permulaan: Gred H11 mengikut Kelas Lesen Memandu:
- Lesen D: RM1,264.15
- Lesen E/E1/E2: RM1,310.30
- Lesen F/H: RM1,356.45
- Lesen G/I: RM1,402.60
Proses Permohonan dan Pelaksanaan
Pemohon yang ingin memasuki perkhidmatan jawatan di atas hendaklah mematuhi syarat-syarat skim perkhidmatan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan yang dibuat dari semasa ke semasa. Berikut adalah proses permohonan:
Permohonan Dalam Talian: Semua permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi MARA di www.mara.gov.my atau melalui media sosial rasmi MARA (Facebook, Instagram, Twitter).
Syarat-syarat Permohonan:
- Pemohon hanya dibenarkan untuk memohon satu (1) jawatan sahaja.
- Permohonan hendaklah berdasarkan kelayakan yang dimiliki dan tepat dengan bidang yang diiklankan.
- Permohonan yang lewat atau tidak mematuhi syarat akan ditolak.
- Pengesahan Maklumat: Maklumat yang diberikan dalam borang permohonan akan disemak secara terperinci pada hari temu duga. Permohonan akan terbatal jika didapati maklumat yang diberikan adalah salah atau tidak benar.
- Saringan dan Temu Duga: Semua permohonan akan ditapis dan disaring berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Hanya pemohon yang melepasi saringan sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temu duga.
- Semakan Kelayakan: Semakan pengiktirafan kelayakan sijil/diploma/ijazah sarjana muda/ijazah sarjana/ijazah doktor falsafah boleh dibuat melalui laman web Agensi Kelayakan Malaysia di www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm.
Tarikh Tutup Permohonan
Tarikh tutup permohonan iklan jawatan ini ialah pada 31 Julai 2024. Pemohon yang tidak dihubungi dalam masa enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya.
Hubungi Kami :
Pengarah
Bahagian Sumber Manusia MARA
Tingkat 18, Ibu Pejabat MARA
21, Jalan MARA
50609 Kuala Lumpur

Sumber : pexels
Jom Peluang Pekerjaan MARA 2024 dan jadilah sebahagian daripada keluarga besar yang komited dalam memperkasakan masyarakat. Amanah Rakyat.
Keluarga6 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA7 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah












