Petua
Tip Guna Garam Untuk Pokok Hasilkan Buah Yang Manis Dan Lebat, Juga Boleh Merawat Pokok Daun Kekuningan, Kerinting Serta Serangga Perosak, Dengan Penggunaan Garam Ini Cili Yang Ditanam Lebih Pedas
![Tip Guna Garam Untuk Pokok Hasilkan Buah Yang Manis Dan Lebat, Juga Boleh Merawat Pokok Daun Kekuningan, Kerinting Serta Serangga Perosak, Dengan Penggunaan Garam Ini Cili Yang Ditanam Lebih Pedas 9 uygfiuqwgw](https://majalahilmu.com/wp-content/uploads/2021/12/uygfiuqwgw.jpg)
Tip Guna Garam Untuk Pokok Hasilkan Buah Yang Manis Dan Lebat, Juga Boleh Merawat Pokok Daun Kekuningan, Kerinting Serta Serangga Perosak, Dengan Penggunaan Garam Ini Cili Yang Ditanam Lebih Pedas
Garam ini banyak manfaat untuk tanaman. Bagi yang tanam pokok buah dan sayur elok digunakan untuk dapatkan buah yang manis dan lebat. Garam yang dimaksudkan ini bukanlah garam yang selalu kita guna dalam masakan tapi garam epsom.
Bukan itu saja, garam ini juga berguna untuk merawat pokok yang daun kekuningan, kerinting serta terkena serangga perosak. Jika nak cili yang ditanam lebih pedas juga boleh gunakan garam ini.
Tapi sebelum itu pastikan cara pengunaannya adalah betul. Boleh ikut perkongsian dari nurseri Fig Farm ini.
1. Dapatkan buah yang manis
Tabur garam Epsom pada pokok buah-buahan, pokok kacang, sayuran. Fungsi garam ini dapat meningkatkan tahap klorofil dalam sel tumbuhan membolehkan pokok menghasilkan buah yang manis.
Cara penggunaan: Kadar siraman 1 sudu dicampur dengan 4 liter air. Siram 2 minggu sekali. Tabur 1 sudu setiap pokok 1 bulan sekali.
Bagi pokok tomato guna 2 sudu garam untuk setiap 4 liter. Siram setiap 2 minggu.
2. Melebatkan buah cili, lebih besar dan lebih pedas
Untuk tujuan ini pokok cili perlu diberi magnesium setiap dua minggu. Cara penggunaan untuk pokok cili taburkan 1 sudu garam Epsom untuk setiap kaki persegi 2 minggu sekali.
3. Atasi daun kekuningan
Pokok yang tidak mendapat magnesium yang cukup boleh dikenal pasti dengan daun kuning. Ini kerana magnesium merupakan komponen penting dalam pengeluaran klorofil.
Cara penggunaan: Tabur/ siram lebih kurang 1 sudu besar setiap pokok sebulan sekali supaya daun hijau semula. Siraman, 1 sudu + 4 liter air. Siram 2 minggu sekali
4. Elak daun kerinting (pokok cili)
Tambah garam Epsom di sekeliling pangkal pokok yang sakit. Secara alternatif, untuk penyerapan yang lebih cepat boleh mencampurkan 2 sudu besar garam Epsom dalam segelen air dan siram terus kepada daun.
Cara penggunaan: 2 sudu + 4 liter air. Siram pada daun sebulan sekali.
5. Elak perosak tanaman
Garam epsom juga boleh elak kehadiran siput, ulat bulu dan bena, selaik cegah jentik jentik dalam bekas hidroponik.
Cara penggunaan: Tabur garam ini di pangkal pokok yang terdapat kehadiran ulat perosak.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Fig Farm
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.