INFO
Tiket Terbang Ke Angkasa Lepas Kini Dibuka Kepada Orang Ramai Dengan Harga Bermula RM 1.8 juta.
Tiket Terbang Ke Angkasa Lepas Kini Dibuka Kepada Orang Ramai Dengan Harga Bermula RM 1.8 juta.
Pengasas Syarikat Virgin Galactic, Richard Branson yang terbang ke angkasa lepas tahun lalu telah membuka semula jualan tiket terbang ke angkasa lepas kepada orang ramai mulai Rabu ini dengan harga bermula AS$450,000 atau bersamaan RM 1.8 juta.
Sebelum ini, hanya mereka yang telah membayar deposit untuk berada dalam senarai menunggu boleh membeli tiket penerbangan ke angkasa, tetapi kini jualan dibuka sekali lagi kepada orang ramai.
“Kami merancang untuk mendapatkan 1,000 pelanggan pertama kami yang ingin ke angkasa lepas pada akhir tahun ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Michael Colglazier dalam satu kenyataan.
Ditubuhkan pada 2004, Virgin Galactic sedang berusaha bagi misi membawa lebih ramai manusia meneroka angkasa lepas, yang mana menyaksikan Branson menewaskan pengasas Blue Origin, Jeff Bezos dalam perlumbaan CEO ke angkasa lepas.
Sasaran mereka adalah untuk menerbangkan pelanggan individu berbayar pertama menjelang akhir tahun 2022 dengan meletakkannya di belakang saingan utama dalam sektor pelancongan angkasa lepas, iaitu Blue Origin dan SpaceX milik Elon Musk, yang mana mereka telah menerbangkan penumpang komersial.
Penerbangan ke angkasa oleh syarikat Virgin Galactic akan dilancarkan dari Spaceport America di New Mexico. Sebuah pesawat pengangkut besar berlepas secara mendatar ke altitud Bumi yang tinggi, dan menjatuhkan pesawat angkasa berkuasa roket yang meluncur ke angkasa di Mach-3, sebelum kembali ke Bumi.
Jumlah masa perjalanan ialah 90 minit, dengan penumpang mengalami beberapa minit terapung dalam kabin pesawat angkasa, sambil memerhati kelengkungan Bumi melalui tingkap. Sehingga November lalu, syarikat itu telah menjual 700 tiket ke angkasa.
Sumber: thesun
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.