SEMASA
Tiga termasuk seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan hilang, dipercayai dibawa arus sungai di sebuah chalet

Tiga termasuk seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan hilang, dipercayai dibawa arus sungai di sebuah chalet
Kejadian dikatakan berlaku di Bentong, Pahang pagi tadi. Tiga termasuk seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan hilang, dipercayai dibawa arus sungai di sebuah chalet.
Menurut laporan Astro Awani, seramai 35 orang mangsa terkandas dalam insiden banjir lumpur di salah sebuah chalet di sana pada Sabtu. Sembilan daripada mangsa terdiri daripada kanak-kanak.
Sekitar jam 10.40 malam semalam, Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang menerima laporan berkait kejadian. Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands dan Gombak dengan bantuan dari Pasukan STORM Negeri Pahang diarahkan bergegas ke lokasi kejadian.
Pada jam 4.09 pagi tadi, pihak bomba berjaya menemui 32 orang termasuk lapan kanak-kanak berada dalam keadaan kesejukkan. Mangsa dikatakan tidak berani untuk berada di dalam chalet kerana bimbang akan ancaman arus sungai yang deras.
Kerja-kerja menyelamat dilaporkan tamat sekitar jam 8.30 pagi tadi, namun tiga mangsa termasuk seorang kanak-kanak gagal ditemui. Misi pencarian bakal diteruskan esok. Berita lanjut menyusul.
Sumber: Bernama, Astro Awani
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.