Connect with us

Pendidikan

Punca generasi muda tidak minat sambung belajar

Published

on

tidak minat sambung belajar

Punca generasi muda tidak minat sambung belajar

Tidak minat sambung belajar ? Baru-baru ini keputusan SPM bagi tahun 2022 telah dikeluarkan oleh KPM dan seramai 403,637 pelajar yang telah menduduki peperiksaan penting ini sebelum melanjutkan diri mereka ke Universiti mahupun di dalam atau luar negara. Terdapat beberapa maklumat yang telah dikeluarkan oleh media dari pelbagai sudut pandang masing-masing sebagai contoh, KPM telah menurukan gred pemarkahan, Malaysia khuatir masalah tidak celik Matematik dan sebagainya. Hal ini menambahkan kegusaran setiap rakyat Malaysia kerana ia boleh memberikan kesan negatif terhadap sosio ekonomi Malaysia pada masa akan datang. Ini membuktikan generasi sekarang tidak minat sambung belajar.

72.1% lepasan spm tidak sambung belajar 72.1% lepasan spm tidak sambung belajar

tidak minat sambung belajar

Generasi sekarang tidak minat sambung belajar dan lebih memilih untuk menjadi seorang usahawan yang mana pernah dimanipulasikan oleh orang-orang yang berpengaruh di sosial media yang mana lebih kita tahu bahawa setiap perniagaan yang diusahakan hanyalah dalam tempoh sekejap dan tidak berpanjangan berbanding ushawan yang mempunyai ilmu yang luas dan mendalam tentang sesuatu perniagaan yang dilakukan. Pada hari ini kita sendiri boleh melihat kebanyakkan generasi sekarang tidak gemar belajar dan mengutamakan teknologi dan sosial media yang telah didedahkan dari mereka kecil dan memberi kesan pada hari mereka dewasa.

Pelbagai keluhan dan rintihan ibu bapa tentang anak-anak mereka mengatakan bahawa anak-anak mereka tidak minat sambung belajar atau malas untuk belajar. Alasan bagi anak-anak tersebut terlalu banyak kerja-kerja sekolah yang diberikan, ada subjek yang mereka tidak sukai dan sebagainya. Sebagai ibu bapa yang inginkan terbaik untuk masa depan anak-anak, pasti sudah buat yang terbaik agar anak-anak tidak putus harapan untuk terus menuntut ilmu mahupun dari segi paksaan atau rela. Hal ini mungkin tidak nampak pada masa terdekat tetapi seperti kita juga akan merasakan dikemudian  hari apabila sudah meningkat usia.

Tambahan pula dengan adanya teknologi yang canggih dan moden membuatkan mereka terasa lebih senang dan lebih didedahkan oleh perkara yang di alam maya membuatkan mereka terpengaruh dengan kesenangan dan keseronokkan yang mereka lihat sahaja. Jika hal seperti ini tidak ditangani akan mendorong mereka kepada sifat malas dan leka di dalam fikiran mereka sendiri. Bagi mereka dengan adanya teknologi ini membolehkan mereka melakukan sesuatu perkara yang membuahkan hasil dek kerana percaya dengan perkongsian daripada golongan-golongan yang tidak gemar belajar. Seperti kita lihat, ramai anak-anak remaja yang lebih mengunakan imej mereka yang tidak perlu pendidikan yang tinggi namun mampu membuat duit dengan perniagaan mereka sendiri. Perkara ini sangat tidak wajar bagi anak-anak kita mengikutinya oleh kerana membimbangkan keadaan ekonomi, sosial dan sebagainya untuk negara kita.

Sebagai ibu bapa mahupun orang lain perlu mencegah generasi sekarang yang tidak minat sambung belajar supaya dapat memajukan negara Malaysia dan dapat dibanggakan. Ketahuilah antara sebab dan cara untuk memastikan generasi sekarang dan akan datang suka untuk belajar  dan cintakan ilmu dengan secara amnya.

 tidak minat sambung belajar

Antara sebab utama yang mereka tidak minat sambung belajar

Antara sebab utama yang mereka tidak minat sambung belajar adalah kerana kesibukkan oleh ibu bapa itu sendiri membuatkan generasi sekarang lebih lalai dengan gajet-gajet dan kemudahan teknologi yang berlelusa. Hal ini perlu di elak dengan cara terapkan pendidikan dari kecil supaya mereka lebih suka dan minat dengan ilmu. Terdapat pelbagai pilihan bahan pembelajaran yang dapat dipelajari oleh anak-anak tidak kira dalam bentuk huruf atau nombor. Seterusnya, membuatkan anak-anak lebih dekat denga buku dan ilmu berbanding lalai dengan aktiviti di alam maya seperti media sosial dan sebagainya.

Selain itu, kerana suka membandingkan anak kita sesama anak rakan kita membuatkan lagi mereka tidak suka untuk teruskan belajar hal ini kerana boleh menjatuhkan semangat mereka. Sebagai ibu bapa kita wajib memahami masalah generasi kini dan tahu kelemahan dan kekuatan mereka tersendiri. Jika kelemahan itu membuatkan mereka rasa tidak yakin, kita perlu mengilap dengan kata-kata semangat agar mereka terus berusaha tanpa rasa takut denga kelemahan diri mereka sendiri sebaliknya akan cuba untuk melakukan yang terbaik untuk diri mereka sendiri.

tidak minat sambung belajar

Seperti yang kita tahu, peranan utama dalam hal berkaitan anak-anak adalah ibu bapa itu sendiri yang menjadi contoh kepada anak-anak mereka. Setiap kelakuan dan dorongan dari rumah adalah satu karakter anak-anak kita jika berada di luar rumah. Tabiat dan didikan dari rumah oleh ibu bapa sangat penting dipraktikkan kerana ia akan menjadi satu titik utama kepada mereka untuk di bawa apabila berhadapan dengan orang luar. Ibu bapa juga perlu mengambil berat tentang mental dan emosi anak-anak dari masa ke semasa.

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pendidikan

RM60,000 Halang Impian Jadi Doktor — Uncle Kentang Hulurkan Harapan Buat Pelajar Malaysia

Published

on

RM60000 Halang Impian Jadi Doktor — Uncle Kentang Hulurkan Harapan Buat Pelajar Malaysia

RM60,000 Halang Impian Jadi Doktor — Uncle Kentang Hulurkan Harapan Buat Pelajar Malaysia

Impian seorang gadis muda Malaysia untuk menjadi doktor hampir berkubur, bukan kerana kegagalan akademik, tetapi kerana kekangan kewangan.

Selepas berjaya memperoleh tawaran ke Universiti Monash, masa depan gadis itu kelihatan cerah. Namun kegembiraan itu hanya bertahan seketika apabila yuran pendaftaran sebanyak RM60,000 perlu dijelaskan dalam tempoh yang singkat.

Bagi keluarganya, jumlah itu bukan kecil. Masa semakin suntuk, dan mereka terpaksa berkejar dengan waktu untuk mencari dana demi menyelamatkan impian anak mereka.

uncel 1

Ayah Berusaha, Namun Masih Kekurangan RM40,000

Dalam satu perkongsian di Facebook, Uncle Kentang mendedahkan bahawa bapa gadis tersebut mempunyai simpanan KWSP, namun hanya boleh dikeluarkan sepenuhnya selepas setahun.

Dengan usaha sendiri, beliau berjaya mengumpul RM20,000 melalui pelbagai cara. Namun, baki RM40,000 masih menjadi tembok besar yang menghalang.

Dalam keadaan terdesak, bapa itu memberanikan diri menghubungi Uncle Kentang, walaupun beliau sendiri merupakan ahli Jawatankuasa Pelawat Hospital Sungai Buloh serta seorang Rotarian.

Katanya, ini bukan soal maruah — ini soal masa depan anak.

uncel 2

Berani Bersuara Demi Impian

Bagi membantu orang ramai memahami situasi sebenar, Uncle Kentang meminta gadis itu merakam video rayuan.

Walaupun gementar, dia mengumpul keberanian untuk berkongsi kisahnya.

Menurut Uncle Kentang, ramai anak muda memilih untuk diam kerana takut dipandang rendah atau dikritik di media sosial.

Namun gadis ini memilih untuk bersuara, kerana dia tidak mahu melihat impiannya hilang begitu sahaja.

Sahabat 30 Tahun Tampil Membantu

Selepas usaha mendapatkan tajaan daripada seorang ahli perniagaan tidak berhasil, Uncle Kentang menghubungi sahabat lamanya selama 30 tahun, GS Lau.

Tanpa banyak soal, setelah mendengar kisah tersebut, GS Lau bersama keluarganya bersetuju memberi pinjaman mesra untuk menampung baki yang diperlukan.

Uncle Kentang menegaskan, bantuan tidak sepatutnya dinilai berdasarkan bangsa atau latar belakang.

“Jika impian itu benar dan layak diperjuangkan, kita wajib membantunya,” katanya.

Surat Terima Kasih yang Menyentuh Hati

Selepas menerima bantuan, gadis itu menulis sepucuk surat penuh emosi kepada mereka yang menghulurkan tangan ketika dia hampir berputus asa.

Dia secara peribadi mengucapkan terima kasih kepada Tuan dan Puan GS Lau serta keluarga, kerana mempercayai impiannya.

Mereka kemudian bertemu dalam satu makan tengah hari vegetarian, di mana proses penyerahan dana disempurnakan — bukan sekadar transaksi, tetapi simbol kepercayaan terhadap masa depan.

Bila Kebaikan Menyelamatkan Impian

Uncle Kentang menutup perkongsiannya dengan rasa syukur kerana diberi peluang menjadi sebahagian daripada perjalanan ini.

Beliau mendoakan agar gadis tersebut berjaya dalam pengajian dan suatu hari nanti menjadi doktor yang memberi kembali kepada masyarakat.

Apa yang bermula sebagai krisis kewangan, kini menjadi kisah tentang harapan, kebaikan hati, dan kuasa komuniti.

Kerana kadang-kadang, satu tangan yang menghulur mampu mengubah seluruh masa depan seseorang.

Continue Reading

Pendidikan

Ibu Cina Pilih Hantar Anak Ke PASTI, Kini Boleh Bertutur Bahasa Melayu

Published

on

pasti

CHA’AH, SEGAMAT — Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di TikTok menjadi tular selepas beliau menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya ke Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di kampung halamannya di Cha’ah, Johor.

Wanita tersebut, yang menggunakan akaun TikTok @joeychan427, berkongsi bagaimana keputusan itu dibuat bukan kerana faktor agama, tetapi kerana lokasi yang dekat, suasana mesra kanak-kanak dan layanan guru yang penuh kasih sayang.

Anaknya yang dikenali sebagai Kangkang, berusia dua tahun setengah ketika itu, ditempatkan sementara di PASTI ketika mereka pulang dari Perak ke Johor bagi menguruskan hal keluarga.

“Tadika ini nampak sangat menarik, cikgu-cikgunya baik dan mesra. Jadi saya letakkan Kangkang belajar di sini,” tulisnya dalam satu hantaran.

Terima Kecaman, Namun Tetap Berfikiran Terbuka

Menurut ibu tersebut, tidak semua pihak bersetuju dengan keputusannya. Ada yang menghantar mesej negatif kerana menghantar anak ke tadika berteraskan Islam.

Namun, beliau memilih untuk melihat perkara itu dari sudut positif.

“Dulu saya sendiri satu-satunya pelajar Cina dalam kelas semasa belajar Form 6 di Cha’ah. Saya rasa bagus kalau anak saya boleh belajar budaya lain. Kita satu Malaysia,” katanya.

keluarga pasti

Perkembangan Positif Dalam Tempoh 3 Bulan

Selepas tiga bulan di PASTI, Kangkang menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan. Dia kini sudah boleh menyebut perkataan asas dalam Bahasa Melayu seperti:

  • “Ibu”

  • “Duduk”

  • Nombor “satu, tiga, empat”

Malah, kadangkala Kangkang turut menyanyikan lagu kanak-kanak dalam Bahasa Melayu.

Perkara itu membuatkan ibunya terharu, apatah lagi apabila menerima ratusan komen positif daripada netizen yang menyokong tindakannya.

“Saya baca semua komen walaupun tak sempat balas satu-satu. Terima kasih atas kata-kata baik,” katanya.

Hantar Anak Ke PASTI,

Akan Kembali Ke Perak, Namun PASTI Tetap Di Hati

Kangkang dijadualkan pulang ke Perak pada Februari sempena sambutan Tahun Baharu Cina, manakala ibunya akan kembali bekerja sebagai guru bermula Mac.

Namun, beliau berjanji akan terus menziarahi tadika tersebut setiap kali pulang ke Cha’ah.

“Saya akan rindu tadika pertama Kangkang. Bila balik Cha’ah nanti, saya pasti bawa dia jumpa cikgu dan kawan-kawan PASTI.”

Bukti Perpaduan Bermula Dari Pendidikan Awal

Kisah ini menjadi contoh bahawa perpaduan tidak hanya dibina melalui slogan, tetapi melalui pengalaman dan pendedahan sejak kecil.

Apabila kanak-kanak diajar untuk mengenali budaya berbeza dalam suasana harmoni, ia bukan sahaja menguatkan bahasa dan komunikasi, malah menyemai nilai toleransi yang menjadi asas sebuah negara majmuk.

Sumber: TikTok @joeychan427
Disunting oleh: Majalah Ilmu

Continue Reading

Pendidikan

Prasekolah Bermula Usia 5 Tahun, Tahun Satu Umur 6 Tahun Mulai 2027

Published

on

Tahun Satu Umur 6 Tahun Mulai 2027

Prasekolah Bermula Usia 5 Tahun, Tahun Satu Umur 6 Tahun Mulai 2027

Intipati Baharu Dasar Pendidikan Negara

Sistem pendidikan negara bakal memasuki fasa baharu apabila kerajaan mengumumkan pelarasan umur kemasukan murid ke alam persekolahan. Bermula tahun 2027, pendidikan prasekolah dicadangkan bermula pada usia lima tahun, manakala kemasukan ke Tahun Satu pula diselaraskan kepada usia enam tahun. Langkah ini dilihat sebagai usaha menyusun semula asas pendidikan awal kanak-kanak agar lebih selari dengan keperluan perkembangan dan pembelajaran mereka.

Pengumuman tersebut disampaikan oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, semasa Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035. Beliau menegaskan bahawa perubahan ini tidak dilaksanakan secara paksaan pada peringkat awal, sebaliknya memberi ruang kepada ibu bapa, pihak sekolah dan warga pendidik untuk membuat persediaan rapi sebelum ia dilaksanakan secara menyeluruh di peringkat nasional.

Tahun Satu Umur 6 Tahun Mulai 2027

Penstrukturan Semula Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Pelarasan umur ini bertujuan memastikan kanak-kanak memasuki alam persekolahan dalam keadaan lebih bersedia dari segi emosi, sosial dan kognitif. Dengan memulakan prasekolah pada usia lima tahun, kanak-kanak diberi pendedahan awal yang lebih tersusun sebelum melangkah ke pendidikan formal di Tahun Satu pada usia enam tahun.

Pendekatan ini juga dijangka dapat mengurangkan tekanan pembelajaran terlalu awal serta memberi peluang kepada guru merancang aktiviti pembelajaran yang lebih sesuai dengan tahap perkembangan murid.

Tahun Satu Umur 6 Tahun Mulai 2027

Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035

Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035 merupakan pelan jangka panjang selama 10 tahun yang digerakkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memperkukuh sistem pendidikan negara. Pelan ini merangkumi pelbagai aspek penting termasuk penambahbaikan kurikulum, kaedah pentaksiran, latihan guru serta kebajikan warga pendidik.

Matlamat utamanya adalah untuk melahirkan generasi pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah memiliki kemahiran berfikir kritis, nilai murni serta keupayaan menyesuaikan diri dengan cabaran masa depan.

Perubahan Pentaksiran Berpusat

Selain pelarasan umur kemasukan sekolah, pelan ini turut memperkenalkan sistem pentaksiran berpusat bagi murid Tahun Empat dan Tingkatan Tiga. Bagi murid Tahun Empat, pelaksanaan pentaksiran berpusat akan bermula pada tahun 2026, melibatkan mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Langkah ini bertujuan memastikan tahap penguasaan asas murid dapat diukur secara lebih menyeluruh dan seragam di seluruh negara, sekali gus membantu pihak sekolah merancang intervensi pembelajaran yang lebih berkesan.

Ke Arah Sistem Pendidikan Lebih Seimbang

Secara keseluruhan, perubahan yang diperkenalkan melalui Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035 mencerminkan usaha kerajaan untuk membina sistem pendidikan yang lebih seimbang, inklusif dan berpaksikan perkembangan murid. Dengan penstrukturan semula pendidikan prasekolah serta penambahbaikan pentaksiran, negara diharapkan mampu melahirkan generasi pelajar yang lebih bersedia menghadapi realiti dunia masa hadapan.

sumber

Baca lagi : Dr Sheikh Muszaphar Dedahkan ‘Rahsia’ Anak Jadi Pelajar Cemerlang, Sejak Darjah 1 Raih Nombor 1 Dan Kini Dapat 10A – Majalah Ilmu

Continue Reading

Trending