Connect with us

Pendidikan

Tarikh Kemaskini UPUOnline 2023/2024: – Lepasan STPM/Setaraf

Avatar of Admin NP

Published

on

kemaskini upuonline

Kemaskini UPUOnline 2023/2024 ~ Perhatian kepada para pelajar lepasan STPM / MATRIKULASI / ASASI / STAM dan setaraf, kini anda boleh mengemaskini pilihan UPUOnline bagi sesi akademik 2023/2024 buat terakhir kalinya.

Berikut adalah info lebih lanjut mengenainya. 

Tarikh Kemaskini UPUOnline 2023/2024

Bagi lepasan STPM/MATRIKULASI/ASASI/STAM yang telah membuat permohonan upu sesi akademik 2023/2024 yang lalu, anda boleh mengemaskini permohonan UPUOnline bermula pada tarikh 27 Julai 2023 (jam 12.00 tengah hari) sehingga 31 Julai 2023 (jam 5.00 petang). 

Ini adalah peluang terakhir untuk kemaskini UPUOnline sama ada anda ingin menukar pilihan kursus, mengemaskini butiran penting, atau membetulkan sebarang ralat dalam permohonan anda sebelum ini.

kemaskini upuonline

Cara Kemaskini UPUOnline

  1. Layari laman web rasmi UPUOnline di pautan berikut: https://upu.mohe.gov.my/
  2. Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan, kemudian log masuk.
  3. Klik pautan untuk ke halaman kemaskini UPUOnline.
  4. Semak satu persatu data dan maklumat yang anda telah isikan. Anda boleh membuat perubahan pada pilihan kursus, mengemas kini butiran hubungan, atau memperbetulkan sebarang ralat dalam permohonan anda sebelum ini.
  5. Jangan lupa klik butang “KEMASKINI” sekiranya terdapat perubahan dilakukan agar segala maklumat dikemaskini dengan jayanya.

Kemaskini UPUOnline

NOTA: Pastikan anda periksa semua maklumat telah diisi dengan betul. Sebarang kesilapan maklumat yang disi isi, akan menyebabkan kesulitan pada kemudian hari. Tiada perubahan dapat dibuat selepas tamat tempoh kemaskini.

Perkara Perlu Disemak & Dikemaskini

Berikut ialah antara perkara penting yang anda perlu semak dan kemaskini sekiranya perlu; 

  • Kemaskini pilihan program pengajian kecuali yang telah dipanggil temuduga dan/atau ujian.
  • Hanya program pengajian yang memenuhi syarat khas akademik sahaja akan disenaraikan dalam pilihan.
  • Kategori diploma / setaraf : Muat naik dokumen dan kemaskini keputusan akademik sahaja

Tips Kemaskini UPUOnline

  • Pastikan anda mempunyai keputusan terkini STPM/MATRIKULASI/ASASI/STAM atau setaraf denganya sebelum anda membuat kemaskini permohonan UPUOnline.
  • Semak semula keutamaan kursus anda sebelum anda mengklik butang “Kemaskini”.
  • Simpan salinan permohonan yang telah dikemas kini untuk rekod anda. 

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi pihak UPUOnline melalui:

  •  Hotline UPU: 03-86842363
  •  Maklumbalas UPU: https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/
  •  E-mel: upu@mohe.gov.my
  •  UPUChat: https://upuchat.org/

Dapatkan maklumat terkini dengan mengikuti Media Sosial Rasmi UPUOnline: 

  •  TikTok : @bkpaupu
  •  Facebook : kemasukan bkpa jpt
  •  Telegram : UPUONLINE CHANNEL
  •  Instagram : @kemasukanbkpa
  •  YouTube : bkpaUPU
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU