INFO
Tempat Penyimpanan Emas Yang Terbesar Di Dunia Adalah Di New York, Bilik Kebalnya Menyimpan Kira-kira 497,000 Jokong Emas, Kesemua Emas Tersebut Bernilai 260 Billion Dolar Atau Bersamaan 1.1 Trillion Ringit

Tempat Penyimpanan Emas Yang Terbesar Di Dunia Adalah Di New York, Bilik Kebalnya Menyimpan Kira-kira 497,000 Jokong Emas, Kesemua Emas Tersebut Bernilai 260 Billion Dolar Atau Bersamaan 1.1 Trillion Ringit
Emas memang tidak pernah lapuk. Kebanyakan para pelabur akan membeli emas dan menjadikannya sebagai pelindung terhadap apa-apa krisis dan kemerosotan ekonomi.
Sejak beratus-ratus tahun niIai emas bukan semakin susut tetapi semakin bernilai. Sangat menguntungkan bagi sesiapa yang suka menyimpan emas lebih-lebih Iagi yang menyimpan emas lama.
Tahukah anda di mana tempat penyimpanan emas terbesar di dunia? Adakah biIik kebal tempat penyimpanan aset bernilai di dunia ini ada di Malaysia? Jawapannya adalah tidak. Mana mungkin MaIaysia dijadikan tempat untuk menyimpan kira-kira 497,000 jokong emas.
Tempat penyimpanan emas yang terbesar di dunia adalah di New York. Tempat yang dikenali dengan nama New York Federal Reserve itu digunakan untuk menyimpan emas dari pelbagai negara. Bilik kebaI yang dimuatkan dengan emas itu berada kira-kira 24 meter di bawah tanah.
Pelbagai negara telah memindahkan emas mereka ke sana selepas Perang Dunia Kedua. Pemegang akaun yang meIetakkan emas mereka disini akan dapat satu ruangan khas. Bilik kebal ini juga menyimpan kira-kira 497,000 jokong emas dan memiliki hampir 122 tempat bagi meletakkan emas.
Kesemua emas tersebut dikatakan bernilai 260 billion dolar atau bersamaan 1.1 Trillion ringit (RM1,134,510,000,000.00). Antara pemegang akuan penyimpanan emas yang terbanyak ialah IMF, Deutsche Bundesbank dan Banca d’ Italia.
Apa yang lebih menarik Iagi adalah pekerja di sana perlu memakai kasut keseIamatan yang mempunyai besi kerana jokong emas tersebut seberat 13 kilogram. Disebabkan beratnya yang sedemikian rupa ia boleh menyebabkan kaki petugas di sana cedera teruk atau patah.
Bilik kebal yang memiliki bertrillion emas ini dilindungi beberapa Iapisan keseIamatan yang paling ketat dan dikawal 24 jam. Walaupun bilik kebal ini berada 24 meter di bawah tanah namun ia mampu memberikan oksigen selama 72 jam sekiranya ada orang yang terperangkap di dalam biIik tersebut.
Sumber: dailyrakyat
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
1 Comment