SEMASA
“Skin Allograft Faisal Halim Berjaya dalam Pemulihan Kecederaannya”
“Skin Allograft Faisal Halim Berjaya dalam Pemulihan Kecederaannya”
Prosedur graf kulit atau tampalan kulit untuk menutup luka lecur tahap empat yang dialami oleh pemain Harimau Malaya dan Selangor FC, Faisal Halim 26 tahun, akibat disimbah asid baru-baru ini menunjukkan reaksi positif. Datuk Seri Shahril Mokhtar, ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, menganggap lapisan kulit yang diimport dari luar negara untuk digunakan dalam prosedur yang bermula pada Khamis lepas itu sebagai pilihan yang sesuai.
“Setakat ini, saya melihat kondisi Faisal bertambah baik dengan proses ‘skin allograft’ yang telah berjaya dilakukan tanpa sebarang masalah,” katanya semasa melawat Faisal Halim di hospital semalam.
Pada 5 Mei lepas, Faisal Halim mengalami kecederaan melecur tahap empat selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali ketika berada di sebuah pusat membeli-belah di Petaling Jaya. Pemain yang memenangi anugerah gol terbaik pada Piala Asia 2023 di Qatar Januari lepas itu dijangka tidak dapat beraksi selama lima atau enam bulan ekoran keadaannya yang belum pulih sepenuhnya, sekali gus terlepas dua perlawanan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bulan depan.
Insiden itu merupakan kejadian malang kedua menimpa pemain bolasepak negara selepas pemain pinjaman Terengganu FC, Muhammad Akhyar Abdul Rashid, cedera pada kepala dan kaki selepas diserang dua penyamun di kawasan kediamannya di Kuala Terengganu, pada 2 Mei lepas. Kemudian berlaku serangan seterusnya menyebabkan cermin kereta pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim dipecahkan oleh dua lelaki menaiki motosikal menggunakan tukul besi di Johor Bahru pada 7 Mei.
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah