Connect with us

SEMASA

‘Shuib Datang Berjumpa Melutut Di Depan Saya. Katanya, Siti Sarah Sudah Tak Ada’ -Ayah Kepada Isteri Shuib

Avatar of majalahilmu

Published

on

Shuib Datang Berjumpa Melutut Di Depan Saya. Katanya Siti Sarah Sudah Tak Ada Ayah Kepada Isteri Shuib

‘Shuib Datang Berjumpa Melutut Di Depan Saya. Katanya, Siti Sarah Sudah Tak Ada’ -Ayah Kepada Isteri Shuib

Sememangnya pemergian ini diratapi di seluruh negara. Sangat sedih apabila Raisuddin Hamzah diberitahu oleh menantunya bahawa anaknya Siti Sarah telah kembali ke rahmatullah.

Kehilangan orang yang kita sayang sangatlah pedih. Apatah lagi seorang bapa terpaksa berhadapan dengan pemergian anak tercinta ke negara abadi.

Raisuddin Reda “Shuib Datang Berjumpa Melutut Di Depan Saya, Katanya, Siti Sarah Dah Tak Ada”

“Saya rasa dunia ini macam sesepi-sepinya”,”itulah ungkapa yang diluahkan oleh bapa kepada Almarhumah Siti Sarah seperti mana yang dipetik menerusi Harian Metro Online.

Begitulah perasaan yang begitu sedih dinyatakan oleh Raisuddin ketika majlis tahlil dan bacaan Yassin untuk anak arwah anaknya malam tadi.

“Shuib datang berjumpa saya. Dia datang dengan senyuman. Dia melutut di depan saya dan dia kata, Siti dah tak ada.

“Apabila berlakunya perkara ini, saya tak berkata apa-apa. Saya tak tahu nak kata apa,” sambung Raisuddin yang baru saja menamatkan proses kuarantin kendiri pada semalam.

61281637 303583773926762 2020983663396905413 n

Anggap Ketentuan Ilahi & Takdir

shuiiib

Reda dengan ketentuan Ilahi, Raisuddin anggap apa yang terjadi merupakan takdir.

“Apa yang berlaku adalah satu ketentuan yang ditetapkan oleh Allah. Bukan rancangan kita atau sesiapa. Ini yang dikatakan takdir.

“Marilah kita sama-sama doakan dia. Doakan agar dia tenang di sana. Kita cuma hanya dapat mengenang, tapi dia takkan kembali,” akhiri Raisuddin yang hilang kata-kata saat mengetahui anaknya sudah tiada.

Majalah ilmu: Semoga keluarga Arwah Siti Sarah bertabah menghadapi kehilangan insan yang disayangi.

Sumber: Harian Metro Online / Instagram Siti Sarah Raisuddin / Mingguanwanita

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU