SEMASA
Shuib berbesar hati, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah berkenan menerima koleksi tudung hasil bisnes arwah Siti Sarah, “Dulu arwh nak bagi sendiri, tapi tak kesampaian”
Shuib berbesar hati, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah berkenan menerima koleksi tudung hasil bisnes arwah Siti Sarah, “Dulu arwh nak bagi sendiri, tapi tak kesampaian”
Shuib Tunaikan Hajat Arwh kepada Tunku Azizah. Pelawak dan usahawan popular Shuib berbesar hati apabila Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah berkenan menerima koleksi tudung hasil bisnes arwah isterinya, Siti Sarah.
Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, Shuib berkata pemberian tersebut juga adalah tanda terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong yang menzahirkan ucapan takzlah atas pemergian arwh isterinya pada tahun lalu.
“Selama ini, saya sangat kagum dengan Raja Permaisuri Agong yang sopan, prihatin dan sangat mesra rakyat.
“Pengalaman di Tunku Azizah Golf Challenge 2022 akan menjadi kenangan manis yang akan sentiasa tersemat dalam fikiran saya. Junjung kasih Raja Permaisuri Agong,” tulisnya petang tadi.
Sementara itu, ibu tiri Allhyarham Siti Sarah iaitu Siti Fatimah Suberi atau mesra dipanggil Makder mengakui bahawa arwh sangat mengagumi Raja Permaisuri Agong selain berhasrat untuk bertemu namun tidak kesampaian.
“Ti (nama panggilan Allahyarham), mesti kau tengah senyum sekarang ni kan… Alhamdulillah Ya Allah. Junjung kasih Raja Permaisuri Agong sudi menerima @lovetahq.
“Kalau arwah ada mesti dia gembira sangat2 sekarang ni. Dia dah lama simpan hasrat nak bagi sendiri kat Raja Permaisuri Agong tapi tak kesampaian.
“Dia mmg adore sangat dekat Raja Permaisuri Agong. Ti, Shuib dah lunaskan hasrat kau Ti… Alhamdulillah,” tulisnya menerusi ruangan komen.
Sumber : omm
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.