Connect with us

INFO

Sebab Kenapa Kereta Bergegar Sehingga Enjin Padam Apabila Aicond Dibuka

Avatar of majalahilmu

Published

on

Sebab Kenapa Kereta Bergegar Sehingga Enjin Padam Apabila Aicond Dibuka

Sebab Kenapa Kereta Bergegar Sehingga Enjin Padam Apabila Aicond Dibuka

Aircond kereta atau penyaman udara kereta memainkan peranan penting lebih-lebih lagi buat pengguna kereta di Malaysia. Sistem penyaman udara yang baik yang dapat menyejukkan ruang kabin kereta amatlah penting terutama sekali apabila berhadapan dengan cuaca panas di Malaysia. Tetapi kadang masalah aicond bisa akan terjadi.

Antara kerosakannya adalah apabila switch on aircond, kereta akan bergegar kerana api tak cukup. Ada sesetengah kes terutamanya toyota perlu diperiksa atau dibersihkan sensor Fast Idling Control Device (FICD). Sepatutnya kalau on aircond rpm kereta akan naik sedikit daripada kebiasaan. Ini bertujuan untuk mengawal engine daripada turun secara mendadak dan FICD (Fast Idling Control Device) yang bertugas untuk mengawal RPM engine ketika ini.

download 13

Ada sesetegah pemilik kereta mengalami masalah iaitu bila on aircond RPM turun sehingga bergegar kereta dan menyebabkan kereta mati. Untuk mengatasi masalah ini anda boleh menambah FICD dari kereta TOYOTA iaitu RPM kereta boleh dilaras ketika on aircond sama ada tinggi atau rendah.

Pada throttle body kereta sama ada SOHC atau DOHC sudah terdapat mekanisme yang mengawal pergerakan RPM ini iaitu kalau enjin DOHC disebut sebagai stepper motor manakala enjin SOHC isc atau gear kit.

maxresdefault 5

Nak tahu macamana benda ni rosak ialah kalau kita start kereta waktu pagi iaitu semasa cold start sepatutnya RPM terus naik sekitar 1.5k – 2k dan bertahan di situ sekejap dan akan perlahan-lahan turun apabila dah mencapai normal temperature. Jika anda start kereta waktu pagi dan terus RPM drop kemungkinan stepper motor atau isc kit ini yang rosak.

Harga pasaran Fast Idling Control Device adalah sekitar RM 25 ke RM 50 bergantung kepada jenis kereta. So kalau enjin kuat bergegar ketika on aircond, eloklah tukar benda ni untuk keselesaan pemanduan anda.

Majalah ilmu: Harap dengan penjelasan ini dapat memberi pengetahuan baru kepada anda untuk lebih peka tentang masalah-masalah kereta anda. Walau sedikit masalah kalau tidak di baiki maka akan melarat dan banyak lagi kerosakan yang akan berlaku. Jadi harap dapat lebih peka lagi perkara yang boleh mengakibatkan kerosakan kereta ini.

Semoga bermanfaat

Sumber: rumahpanjai

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.